Khamis, 29 April 2010

huru hara

huwaaa...
sungguh huru hara hidup ku tanpa internet.
Semalam langsung takleh guna.
call te.le.kom, dorang pun fening
semua pejabat duk call sbb line futus
semua keje kan online
bila takleh online kecoh la jawabnya

balik rumah baru berkesempatan melayari ngan iphone
tp apa la sgt ngan iphone kan
kecik
tak syok
hehe

dah la lappy ku nyawa2 ikan jek ni
berat sgt ke eh
hubby cakap mebi umur dah tua
uzur lah kut
ker dia merajuk sbb aku sibuk nak beli yg mini
oh semalam dah survey
bila nak beli tatau
tapi kalu kong terus mmg wajib gi beli la
ni chatting via ym pun berkurun satu2 perkataan nak kluar
hazab la wei

oh aku sedikit bizi dis week
dengan preparation untuk family day peringkat negeri
lagi pulak minggu ni terima berita yg mengejutkan
our pengarah meninggal dunia dlm eksiden
mebi ramai yg dah baca dalam paper kan
sedih sungguh la
masing2 duk mengenang cerita2 dan peristiwa minggu terakhir pengarah bersama kami
pagi ni pun hq wat tahlil kat majlis teli.pot
semoga allahyarham di tempat kan bersama orang2 yg beriman
amin

kat pejabat pun sibuk training dikir barat
saringan 14-15 mei
kalo dpt masuk final kena gi lawan masa family day nanti
tatau la dpt gi final ke tidak

kat rumah pun bizi gak.
Besok nak wat tahlil sempena dah 40 hari nenek meninggal kan
tgh hari ke petang ajak orang kampung makan2
malam tu tahlil dan mengaji
sapa2 yang berkesudian jemput datang rumah besok yer
jemput dengan hati ikhlas ni tau
kalo nak pegi nanti send emel @ bandito-danish@yahoo.com
nanti daku bagitau direction ke rumah
wokeh.

er..tetiba aku tatau nak bebel apa dah.
stop kat sini dulu la.

bai

Selasa, 27 April 2010

AKOK KEDUT

Lagi berkedut akok itu lagi lah lazat rasanya.




Akok Pak Him pujaan hati di negeri white sand.

UDANG GALAH GULAI KERING

Sebelum kejadian.










Semasa kejadian.








Selepas kejadian.


Makan sampai lebam!


p/s: Aku panggil gulai kering sebab aku masak sampai santan pekat ala2 kerutup. (tapi snap gambar masa santan blom pekat sgt. Hehe)

Ahad, 25 April 2010

GANGGUAN YANG TIDAK SEPATUTNYA BILA BERADA DI OFIS

Ofis korang ada?


Ofis aku banyak.


terutamanya:

1. Peminta sedekah
2. Orang gila
3. Jurujual


oke, let's talk about one by one. Hiks

Peminta sedekah.
Macam2 cara. Konon rumah terbakar. Konon sakit tenat. Konon kena cerai. Konon cacat. Konon miskin.
Kalo hari2 datang mau kopak oh.
Dah la siap marah2 orang kalo tak bersedekah.
Bersedekah apa kalo hati tak ikhlas kan?
Nak ikhlas macamana kalo dah terang2 menipu.
So baik bersedekah pada yg betul2 kita nk bagi.
Sebab nya datang sini siap melawa berlipstik bagai. Gagah perkasa. Siap bawak pengiring muda remaja segar bugar. Siap surat tipu. Orang lain pun hidup payah, tapi tak mintak sedekah dari pejabat ke pejabat. Gigih bekerja. Ni duk membebel dah dapat 10 hengget satu pejabat pun sakit. Tak ke saket hati mendengar. Siap sumpah seranah orang mencarut bagai tau. Hangen okeh.


Orang gila
Ha, yang ni mmg meremang bulu roma oke.
Tetiba bukak pintu say hi.
Dah la nampak sangat 'tak betul'
Pastu membebel segala mak nenek tah hapa ke benda.
Seram okeh.
Nak lari pi toilet pun takut.
Haduh.
Macam2 hal


Jurujual
Ha, yg ni oke sikit.
Tapi bila kita tolak baik2 ada pulak yg hangin.
Er, orang tak nak tu sudah la
Bukan semua barang yg kita bawak tu menarik
Takkan la orang nak beli kerana simpati plak kan.



p/s: Ni gara2 aku geram ngan pemintak sedekah satni. Adui. Hangat. Kan dah keluar entri tah pape. Huwaaaaa

Khamis, 22 April 2010

STOK BAJU KURUNG

Sejak arwah nenek takde ni kan, tiap2 malam jumaat mmg kami masih buat tahlil. Selalu nya Danish mmg akan pakai baju melayu time tu. Dina pun apa lagi, harus jeles tahap dewata raya la. Tapi kan, dia ada sepasang jer lah baju kurung. Baju raya tahun lepas. Tu pun dah ketat gelemat dan sengkat. Kesian dia.

So, aku beli la kain2 untuk wat baju kurung kat dia. Dapat tiga pasang. Nanti boleh pakai gi kenduri kendara. Sengaja tailor jahit besar sikit. Konon nya boleh pakai lama sikit.



Kaler oren.

Kaler kuning.


Kaler hijau.



Melawa ngan baju baru. Excited dia!



Tapi takkan Dina jer ada baju, mama dia pun nak jugak. Hihi.


Kaler merah.




Kaler hijau.



Oh hari ni pakai baju yang merah tu yer. Hihi.;P

Rabu, 21 April 2010

KERANA CAP

Asal nya aku pi kedai baju bajan bebudak kes nak cari cap utk Danish. Al, cari yg bodo2 jek. Sebab dia hari2 duk mintak. Katanya nak pakai time pj (pendidikan jasmani).

So, jumpa lah cap jenama tahpape ni. Murah sungguh. Rm6.90. Haha. Lantak.



Pastu aku teringat yang Danish takde short pant untuk di pakai hari2. Tiset banyak tapi sluar pendek cotton takde. Lama dah aku tak beli seluar pendek basahan untuk dia. Rembat 4 lai jer jer dulu.



Pastu kan, kalo masuk kedai tu tak sah tak meronda tgk baju bajan. Memang lawa2.Ekceli, kedai ni ala kedai re.ject shop tau. Tp of course la dia jual lagi murah. Aku suka walopun rejek tapi berkualiti. Buat baju basahan anak2 je pun. Hihi


Oh, sungguh tak tahan tgk baju gegirl yg comel2. Beli untuk Dina. Semua aku rasa nak. Tapi urut dada, urut dada. Kena tahan nafsu nafsi nih. Hik hik






Itu jer. ;P

BENCI BETUL

Aku benci betul bila kena jadik pak sanggup nih. Sakit hati!

Masa ni lah baru diberitahu kena gantikan seseorang untuk course bla bla bla. Dah la satu hapa pun aku tatau (skop keje orang lain). Time nya pulak pagi besok.

Aku benci bila kena gantikan orang.
Aku benci bila kena tergesa - gesa cari maklumat.
Aku benci sebab aku dah set besok aku nak buat bla2 n bla2 tetiba kena tukar tune.

Terus takde mood.

Bengang oh.


Suka ati korang lah nak cakap aku apa pun, tapi yang aku tau, aku dalam mood bengang!

DINA DAN BASIKAL

Dah lama dina tak layan tricycle frog dia yg kaler hijau tuh. Tak IN dia kata, maklum la orang dah perasan diri tu besar sgt. Haha

So, basikal abg Danish zaman dulu kala jadi pilihan dia. Buruk pun buruk lah, janji basikal yg 'real'. Tiap2 petang aku balik keje, mmg mengayuh jer keje dia. Bangun tido pagi blom sarap blom mandi pun mengayuh jer keje dia. Kemaruk betul. Sungguh2 hati lak tu.

Sekali tengok nak tergelak, sekali tengok geram. Kes nya malam2 mesti dia meracau dalam tidur. Lenguh kaki. Lasak betul la.

Ekceli basikal tu dah buruk sgt. Aku tengok dia mengayuh pun tak sampai hati. Ye lah basikal tu uzur kan. Dengan pelana nya yg dah loose, dengan tayar sokongan pun dah senget benget. Loose jugak. Longgar rantai lah. Dah beberapa kali abah baiki, tapi dah mana basikal tua, sakit sokmo lah.

Aku ada beri cadangan kat hubby suh beli kan aje dia basikal baru. Tak sampai hati tengok dia kayuh sepenuh jiwa tapi basikal tu gerak ala2 jer. Tu la pasal dia lenguh2. Tapi kami tangguh dulu la, sebab takut kemaruk dia tu tak lama.



Oh ni kak Ima, kawan yang selalu temankan dia main basikal waktu petang. So, sementara dia main nga kak ima, aku ada masa nak masak2 untuk dinner.



Gelagat Dina naik basikal. Hehe



Selasa, 20 April 2010

Murah rezeki

Trek jogging aku kan tepi terusan. Terusan yg panjng siap bercabang cabang. Sepanjang terusan kiri kanan tu orang kampung suka bercucuk tanam.

Tiap Kali Kami jogging aku kena lah bermanis muka Dan menjadi peramah. Hehe. Nanti orang kampung 'mengumpat' aku sombong lak. Naik Saham aku nanti. Hak hak

oh, pencucuk tanam ni mmg baik hati sungguh tau. Macam hari ni Kami dapat baby corn. Banyak sgt. So aku berikan separuh kat ibu Dina. Kadang2 Kami dapat bendi, jagung, kangkung, sawi, terung ke, macam2 la.

Dan Kami jugak tanpa segan silu sering mintak pokok bunga yg macam2 dorang tanam sepanjang jalan tu. Pokok bunga raya pun dah bermacam jenis.

Nampak sgt kan, kalo kita bermanis muka Dan menghormati orang murah sungguh rezeki. Alhamdulillah. Tapi jgn salah faham lak, sayur2 tu Kami tak mintak, dorang bagi ikhlas. Kami mintak pokok bunga je. Hehe

ADAMAYA

Selalunya, aku tak ambik pot sgt dgn siri drama melayu. Aku suka ekceli tapi tak dapat sokongan hubby. Hubby aku tu mmg langsung tak layan crite melayu. Aku pulak tak sanggup nak pentingkan diri sendiri. Ye lah, aku excited menengok tapi hubby wat muka boring. Tak nak ah aku durhaka. Wakakaka.

Tapi ada satu petang tu aku period pain kan. So, aku tak ikut hubby pi jogging. Terrr layan lah siri adamaya ni. Best ah citer dia. Sbb aku pun dah beratus kali tgk ulang tayang filem i'm not single kan, dan novel2 ala2 kawen paksa ni pun aku selalu duk baca. Maka nya masyuk la ngan taste aku. Hak hak.

Punya aku frust sbb takleh nak tonton on time kan. Berbelah bagi beb. Nak jogging ke nak adamaya. Haha. Dah la kena ugut ngan hubby. Kalo adamaya, terima lah kegemukan. Huhu. Kejam nya suami ku.

So aku gigih pi regis jadik ahli tv.3. Hik hik. Semata mata nak tgk adamaya. Memula tu pening. Siap mintak tolong kenkawan kat fb. Akhirnya dpt gak tengok. Hepi!!

Yang paling penting, henbeg lisa sri.hani dan anne sungguh gojes. Makan hati okeh. ;P

Isnin, 19 April 2010

Teruja

Tadi aku terima 1 mesej dalam fb. Orang tu menyebut Nama 'mesra' aku zaman secondry school dulu. Memula tu tak cam sebab dia pakai Nama ringkas. Aku pun dah ringkaskan Nama aku kat fb, so masing2 takut salah orang.

Memang teruja giler bila terima mesej Dari kawan lama. Sudah lama putus hubungan. Ye lah, semuanya terpisah lps masing2 masuk u. Bawak haluan sendiri. Lagi pulak zaman kami tu terutamanya orang kampung macam aku, telefon bimbit adalah benda yang boleh dimiliki dalam mimpi sahaja. Sedih. Makanya langsung terputus hubungan. Terutama kawan lelaki. Kawan perempuan kadang2 terjumpa kat pasar minggu. Tapi kawan lelaki sukar sekali nak jumpa.

Masing2 dah beranak pinak. Nasib baik belum bercucu. Thehehe. Kalo dulu mmg bergaduh sokmo, now masing2 dah matang. Cakap pun elok2. Sengketa lama yg bodoh2 tu jadi bahan gelak ketawa pulak.

Lepas tu kan, aku sibuk mengugel Nama kawan2 sekelas. Tapi non ado. Pakwe lama pun yillek. Hihi. Allah tak makbul kan niat aku nak skodeng. Hik hik

tapi naik heran lah jugak kan, nak kata buta it semua orang la ni guna Internet macam makan nasik. Dorang ni tak Regis facebook ka? Facebook kan benda paling cool dalam dunia yg semua orang Ada. Hehe

walo pun twitter tgh in, tp aku tak reti. Setia lah dgn fb untuk masa ini.;p

ANAK BUJANG KU

Oh anak bujang mek hari ni ada exam. Bila ku tanya exam subjek apa, dia ternganga, pastu cakap subjek sains kut. Huhu..aduh. Konfius dia. Aku pun tumpang konfius jugak.

Pagi tadi, dia bagitau cikgu mek sau.dah cakap bawak lah beg apa pun sebab ari ni exam. Tapi aku tetap susun jugak buku teks dalam beg dia. Cikgu pun satu hal, takde nye dia nak bagi jadual periksa. So, aku malas nak pening2, aku susun jer buku ikut jadual harian biasa. Hehe.

Dah la time table aku masuk salin dalam kelas Danish. Pastu tukar kelas dan2 tu tak bagi jadual baru ke hapa. Kalut aku pi mintak ngan anak jiran. Anak bujang aku kalut gak, tapi kalut dia tentu la mengharu biru kan aku. Haha

Tapi redha je lah sebab anak aku skolah kat kampung. Gitu lah pesen kampung. Hua hua hua.

Oh, pagi tadi beriya iya aku pesan suh dia menyapu dalam kelas. Jadual dia menyapu hari isnin. Dah 2 kali dia kena denda ngan cikgu sebab tak menyapu. Bukan malas tapi tak ingat. Hik hik

Tapi dia rileks je citer ngan aku cikgu rotan dia. Sengih2 malu sebab mmg salah dia. Aku tanya gak dia nangis ke tidak. Dia cakap tak. So aku bagitau dia, jangan nangis, sbb mmg salah dia, kena lah denda. Lain kali kena ingat lah.

Pastu dia cerita dia gi check gigi. Dia rileks jer bercerita. Dia cakap satu2 apa yg misi buat. Aku pun naik heran gak awat dia cool jer. Kalo kat rumah, mmg hampeh la mamat tu. So, aku rasa lega bila dia boleh berhadapan dengan situasi2 tertentu kat skolah. Harapan besar aku agar dia mampu berdikari lah. Takde cengeng macam kat rumah. Hihi.


Dah besar anak bujang mek. Kejap jer rasa. Huhu

Ahad, 18 April 2010

Mentor

Dari minggu lepas lg aku nak tulis pasal ujibakat mentor musim ke 4. Tapi asyik lupa sajork. Hihi. Lawak kan? Ada yang aku tak sanggup nak tengok pun ada. Betapa ramai nya rakyat Malaysia yang nak jadik penyanyi.

Tapi aku respek ah, walo pun hazab Dan sumbang, dorang tetap konfiden datang ujibakat. Kalo aku, nak orang upah berapa ek baru nak pegi? Tu pun kalo terbuka untuk orang yg bakal berumur 32 tahun. Haha. tak sanggup beb. Aku sedar aku takdak bakat, suara sungguh tak merdu. Garau dan lantang. Takde lemak merdu. Hehe. Sungguh sedar diri di situ. Ngee

oh, berbalik pada topik asal, mcm2 ragam Dan pe'el yang Ada. Yang tak tahan tu, siap nangis bercucuran air mata. Tak Kira lelaki ka pompuan ka. Sedih sgt lah gamaknya. Ye la, datang jauh, habis duit tubuh penat lama menunggu. Dengan gemuruh lg. Wajib la stress kan. Ada rezeki Cuba lg. Mana tau kan.

Apapun, audition mentor telah menceriakan malam ku. Hehe

peace uols

CARA MENEGUR

Walopun aku dah tua dan ber anak 2, tapi aku still kadang2 tatau pasal kanak2. haha. Kalo ngan anak2 aku, aku main redah je. Memang la, aku ada impian dan perancangan untuk anak2 aku. Aku nak berikan yang terbaik untuk anak2 aku. Tentu lah org lain pun mcm tu kan.

Akan tetapi, aku macam tak reti nak mendidik anak2 aku secara berhemah. Aku kadang2 naik darah, kadang2 bertempik macam halilintar. Kadang2 aku terpaksa pukul atau cubit anak aku.

So aku kagum giler bila orang2 yg boleh didik dan tegur anak dorang dengan lemah lembut. Cara aku memula, aku tegur or larang baik2. Kalo 10 kali (di ulang yer, 10 kali, tapi kadang2 tak sampai pun, ikut mood) tak jalan jugak, pitching aku naikkan sikit, makin lama makin tinggi. Kalo tak jugak menjadi, mula lah sepit ketam berjalan. Perlahan dulu aku lepuk. Kalo tak jalan jugak, kuat sikit. DENGAN NIAT NAK MENGAJAR. Bukan mendera hokeh.

Pastu dah anak aku meraung menangis (akibat sakit kena cubit or lepuk) aku mula lah berceramah. Kalo mood aku boleh tahan, aku cakap elok2. Kenapa tak boleh macam tu, kenapa tak boleh macam ni. Kalo mood aku dah ke laut, mmg aku marah giler giler ah.

Korang macamana ek?

Aku kadang2 rasa risau gak ngan cara aku. Sebab kalo aku larang cara elok2, takdenya anak2 aku nak berenti bergaduh or berebut barang. Mesti nak kena suara tinggi atau kadang seiring dgn lepuk. hihi. Orang cakap tak elok tangan kan anak2. Kena pujuk kena cakap lembut2. Nanti rosak jiwa anak. Tapi tu lah, puas aku berlembut pun anak aku bo layan jek. Ke aku yang tak cukup sifat sabar nih.

Aku tenguk satu rancangan kat tv7. Nanny rescue ke apa benda eh. Memang family yg masuk rancangan tu huru hara bebenor. Aku tengok pun urut dada. Pastu aku tengok cara nanny tu solve kan masalah dorang hingga anak2 jadi patuh, tau undang2 dan happy jer. Aku pun mula lah terfikir adakah aku selama ini kejam pada anak2. Tak betul sangat lah cara aku. Huhu. Lain kali nak suruh hubby tengok jugak la. Sama2 memberi motivasi pada kami.

Bila aku tengok anak orang buas/lasal/nakal. Takde pun aku nak kutuk (sebab anak aku pun lasak bebenor). Kecuali kalo parent budak tu buat selamba jer tak heran mmg kena kutuk ngan aku dalam hati lah. Tapi kalo parent dia berusaha melarang atau yang sewaktu dengan nya, mmg aku faham lah kan. At least ada tindakan dari ibu bapa dia untuk suruh anak tu behave. Kalo anak tu tak dengar jugak nak wat macamana kan. Sebab anak2 aku pun lasak jugak. Cuma masih boleh dikontrol lah kalo kat tempat awam.

Tapi aku tumpang rasa kecik hati kalo ada orang dewasa yang marah2 kat bebudak nakal ni sedang kan ibu bapa dia sudah berusaha menyuruh anak dia bersopan. Tak terfikir kah dia kalo ada anak atau cucu nya yang nakal semacam itu suatu hari nanti. Ibu bapa pun tak minta anak dia nakal macam tu. Mesti lah dia nak anak dia baik dan bersopan jer. Kalo aku, berdepan dengan budak nakal, walo dalam hati membara nak marah baik aku lari jer dari situasi tu. Sebab aku pun terfikir kalo aku marah budak2 tu, mak bapak dia kecik hati walopun dia tahu anak dia nakal, kalo aku pun aku kecik hati jugak weh!

Ye lah, cara orang mendidik anak2 tak serupa. Ada orang rasa cara dia betul, cara orang lain salah. Sebab tu aku tak tulis kat blog cara aku didik anak2 sebab mmg aku tak pandai. Aku hentam kromok jer ikut keadaan. Sebab tu blog aku boring. hehe

Oh, sapa2 yang terer pasal pendidikan anak2 sila berikan cara dan pendapat. Boleh aku wat pedoman mendidik anak2 aku. Segala ilmu yang bakal dicurahkan aku dahulakan dengan ucapan ribuan terima kasih. Eceh!

Jumaat, 16 April 2010

Jumaat

Jumaat Nan indah.

Tapi pagi ni aku tak ikut pun Hubby gi jogging. Jeles bila dia cakap dia dah sampai kt point yg aku duk aim sokmo tapi tak pernah kesampaian. Kes nya, semalam aku sakit kepala giler2 Dan period pain. Abih sengal tulang temulang aku rasa. Semalam pun tk dapat jogging. layan citer adamaya. Best gak eh citer ni.

At now tgh tunggu Hubby balik dari kedai. Suruh dia beli Santan. Aku nak masak gulai nenas ikan kering. Lama tak makan. Harap sedap lah aku masak nanti. Hik hik

petang ni ingat nak balik kampung lah.

Ok, selamat bercuti uols

Khamis, 15 April 2010

MANGKUK AYUN

Hehehe..jangan terpedaya dengan tajuk mek yang mengaruts tuh.




Tadi sempat beli 2 jenis mangkuk clay.tan.


Saiz besar. 2 hengget sekeping.




Saiz kecik. 1.50 sekeping.



Pinggan cawan pun ada. Tapi nafsu ku suka kat mangkuk jer. Makanya beli mangkuk je lah.;P

IKLAN SEKEJAP

sesiapa yang terasa berminat nak tengok brooch lawa dan murah, sila lah ke sales blog kv.

Rabu, 14 April 2010

MANIK KAYANGAN

Semalam aku beli manik2 ni. Hiks




Sebab nak jahit kat lengan baju. Tak suka bila tailor just klim kaler. Kalo dia wat tangan cekik takpe. Atau sembat vodoh tu. Ni bila klim kaler aku tak gemor. Huhu. mmg tak gemor sungguh la. Nak kasi aku tak menyampah ngan baju aku ni (sayang kat kain, hahahaha) so jahit la manik dan sequin.


Aku jahir simple jer. Belum siap pun lagi. Target siap ari ni. Besok nak pakai. Mesti kena target cepat sbb kalo dah duk peram wajib aku tak siap kan.

Harapnya petang nanti siap lah. Hehe

BANGLE & BROOCH

Ni takdak keje nama nya. Hak hak


Aku kebosanan semalam, makanya mengikut vontot opismate ke kedai a.von.


Tak pepasal tersangkut dengan in bangle.




Dan ini brooch.






Feling2 ro.zita che wan uols. ;P

Selasa, 13 April 2010

ETOK REBUS SERAI

Korang panggil apa ek? Orang putih panggil clam ke? Hihi. Orang kelate panggil etok.


Ekceli, air dalam terusan dah nak kering. Ye lah, musim menuai padi kan (hoyeh hubby dpt duit nanti. Hiks), makanya tak perlu lah air banyak dlm terusan. Hubby nak serkap ikan, tapi tak dapat2. Last gagau cari etok je lah. Dia cakap, anak2 lintah banyak bebenor pakat duk hurung dia. Geli mek dengar. Ewwww!!!



So, sebab dia pun rasa geli ngan anak2 lintah yg banyak tu, sikit jer dapat etok. Peram satu malam, kasik kluar segala lumpur2 dalam badan etok tu.

Pastu basuh cuci kasi bersih. Kalo dak mesti rasa lumpur.



Aku rebus serai jer. Boleh jer tumis pedas tapi malas. Haha.

Simple jer resepinya, tumis bawang putih bawang merah dan serai, masukkan etok. Tunggu kejap masukkan garam dan perasa. Tutup tudung periuk. Kejapnya dah boleh makan.

Lemak2, manis masin rasanya. Dan wangi serai gituh.

NEW LAYOUT

Hoyeehhhh!!!!


Bangga dengan diri sendiri. Hak hak. Kembang idum beb!

Yer, sepanjang aku berblog, sejak bila eh? 2007 kut. Tak pernah tukar template sendiri. Selalunya orang lain (kawan blog jugek) yang tolong buat kan.

So, tadi aku jelajah tah ke mana mana, dan jumpa layout yg lawa. Terus klik cari design yg comel2. Semua aku rasa nak. Tamak betul.

Tapi nak try buat tadi agak terketar ketar gak la. Takut ilang abih segala maklumat asal kat blog ni. Hehe

Tarik nafas panjang bila siap (siap rujuk satu2 cemana nak buat tau!) dan bila nak klik view blog tu aku berdebar giler. Sumpah.


Alhamdulillah, menjadi. Syukur. Oh nanti dah boring dengan yg ini boleh tukar lain pulak. Lawa lawa semuanya.


Hoyehhhh,

JERUK PAUH

Punya lah aku tak perasan rupanya ada berbuah pokok pelam kat rumah.

Hehe..bukan main berebut buah pelam kat pejabat. Ye lah, pejabat aku ada 3 batang pokok pauh (mangga). Blom cukup umur dah berebut rebut nak makan colek atau buat jeruk. Hehe

Rupa2 nya, kat rumah sendiri pun berbiah. Tersorok di sebalik daun. Tu pun pengasuh dina bagitau. Bila tengok, dah tua sangat dah. Tempurung dah keras gilo.

Pengasuh dina tolong jolokkan semua. Kalo simpan masak pun takdak sapa nak makan. Membazir pulak kan. Last2 kami gotong royong potong kecik2 nak buat jeruk. Sampai melepuh tangan aku. Huwaaaaaa...


Dapat satu besen besar.




Closed up. Kasik korang meleleh ayaq liuq. Hahaha



Ekceli, aku tak pandai wat jeruk. Selalunya arwah mak yg buat. Sedap sgt2. Tapi bila mak dah takde ni kan, kena lah cuba buat sendiri. Aku tanya pengasuh dina proses nak buat nya.


Boleh lah untuk makan sendiri. Bawak dtang opis sesikit jamu kawan2. Hehe

CHEESE CAKE

Ari tu, masa my.din mall baru bukak, ada booth yg duk kasi try cheese cake keluaran tempatan. Agak sedap jugak tapi aku tak berkesempatan nak membeli. Masa tu kan grand opening, manusia malam lalat hurung bangkai. Hua hua hua.


So, 2 hari lepas berkesempatan lagi gi my.din mall, terus teringat nak beli cheese cake ni.



Aku beli dua perisa.



Satu perisa stroberi.








Dan satu lagi tiramisu.





Dua - dua pun sodap.

Rege dia dekat 3 hengget satu. Aku lupa rege tepat. 2.90 kah, 2.95 kah, atau 2.99. Hehe. Senang kira 3 hengget lah.

Isnin, 12 April 2010

TAK BOLEH TAHAN

Uols, mek kan, kalo dengar aria.ni ada sale, wajib menggeletis nak pegi.

Haduh, cannot tahan, cannot tahan. Tak beli pun takpe, janji leh cuci mata. Huhu.



Semalam pegi lagi.




Tersangkut dengan yg ini pulak.


Balik tu menyesal tak beli kaler hijau lumut. Huhu

Oh, pada yg tak tahu, sale sampai 18hb ni tau.

Ahad, 11 April 2010

CINCIN DINA

Dina kan selalu lepak dalam kedai runcit bila balik dari rumah pengasuh sementara tunggu kami balik keje.

Hoho..bila duk dalam kedai, macam2 la dia nak beli. Salah satu nya jajan yang ada mainan2 tu semua.


Hari tu dia dapat cincin ni.

Dan tetiap pagi dia selalu paksa2 mama dia ni pakai cincin dia. Banyak lagi patent lain. Rama2, kumbang, tapi aku paling suka yang ini. Sebab sebijik macam dia. Haha.

Khamis, 8 April 2010

BRISKWALK

Now petang2 aku suka briskwalk.

Jam 6.00 mula ngan siram segala bunga keliling rumah. Dah siap baru la start briskwalk.

Nak jogging mek semput nyah! Cara terbaik, briskwalk kejap, jogging kejap. Gilir2.

La ni petang2 suka sebab ramai orang kampung kat bendang (trek jogging mek kan tepi bendang, syok angin sepoi2 bahasa). Musim menuai sekarang. Dina ngan Danish pun excited sebab dorang suka tengok mesin tuai padi.

Kalo dulu 1km pegi 1 km balik. Now dah boleh buat 1.5km pegi dan 1.5km balik.

Orang kampung yg duk bercucuk tanam kat tepi2 tali air tu dah kenal sgt ngan kami. Kalo pakcik2 motor lalu dorang pulak sibuk suh langkah cepat2. Haha.

Tapi kan, stroller yg selalu aku buh Dina tu dah uzur sangat. Nyawa2 ikan dah. Ye lah, stroller zamn Danish dulu. Nak pakai yg Dina pun sayang nak wat basahan. Ingat nak pi cari stroller sekenhen kat kedai bundlelah.

Tak kisah lah tak kurus pun, janji sihat, ye dok? Aku malas dah nak stress pasal gemuk ni. Janji kontrol makan dan workout sikit2 dah ler.

Rabu, 7 April 2010

KASUT BARU




Hari ni pakai kasut baru uols!


Mata asyik nak pandang kaki jek. Haha

Kalah anak dara perangai mak dara. ;P

TRANSFORMASI

Ada yang tanya aku, kete yang kami beli tu asal nya model mana.



Taraaaaaaaa!!!! Wagon ni masih digunapakai hingga ke hari ini.




Pastu ditransformkan jadi ala ad resort. Aku tak jumpa gambar sebenar. Tapi memang cenggini lah rupa parasnya.





Dan ini rupa yang terkini. Sebijik macam yang kami beli.



P/s: Gambar adalah digugel kecuali gambar pertama.;)

Selasa, 6 April 2010

KL - MASA UNTUK PULANG

Pagi khamis, jugak takleh tido sebab idung tersumbat. Huwaaaaa.

Lepas solat subuh pack semua barang. Ingat nak bertolak awal.

View from my room.;)




Pose2 dulu before balik. Ngee



Lepas sarap, masukkan beg dalam kete terus ke pasar chokit nak beli buah. Sesambil carik tudung syria. Tak sempat nak gi jalan tar. Cari kat chokit dah ler.

Oh sangat hepi sebab buah oren besar takde bijik ada kat chokit. Now susah nak jumpa oren besar tu kat kota bharu. Harus lah memborong sakan kan.

Masa nak ke kereta tu, terpandang telekung, terus 'tinggg' timbul idea nak beli utk MIL. Ekceli kalo gi mana2 memang aku mati kutu nak beli apa untuk MIL. Huhu. Seb baik jumpa telekung lawa. Dapat rege best, wajib la syok kan.


Sampai genting sempah, u-turn kejap semata mata nak beli buah berangan untuk di bawa pulang. Beli 2 kilo je.




Hubby yang cuak memandu kereta baru. Hik hik



Aku lak, co-pilot yang takdak fungsi. Huhu. Tersengguk - sengguk tahan mengantuk. Hubby suh aku tido jer, tapi tak sampai hati la nak biar dia drive sensorang. Dah la tak biasa lagi ngan kete tu kan. Baik tak mek? ;P


Singgah lunch dlm bandar gua musang. Kebetulan konvoi 3 buah kete. So, join makan sama2 la. Lepas makan solat jamak kat rnr gua musang. Lepas tu takde singgah mana2 dah. Rindu anak2 ooo. Heehee

Isnin, 5 April 2010

DINNER @ RESTOREN NELAYAN

Dah petang masing2 menggelupur nak balik. Letih uols. Kl punya lah hujan lebat gilo. Nak kluar parking sogo tu gerun aku tengok air membuak buak masuk. Hampir banjir kilat kl. Lebat sungguh hujannya.


Sampai kat bili mandi dan solat, hubby bantai tido. Aku jugak la yg keboringan. Tido pun takmo. Puas fb dan blog aku merayap.


Dah nak malam baru hubby bangkit. So, pakat2 nak gi dinner kat restoren nelayan tasik titiwangsa.



Pose2 dulu before melangkah keluar. Hiks




Restoren nelayan katanya.;P




Anak2 buah ku join da club.




Jeruk mangga dan kacang yg buat semua orang hampir putus nyawa. Dah la batuk selsema, makan benda2 gini wajib la gatal2 tekak. Hihi




Seczhuan sup yg sedap.



Sotong celup tepung yg jugak sedap.



Ayam goreng ngan gajus dan cili kering jugak sedap.



Butter prwan yg sedap sgt, sungguh menepati citarasa dan udang dia besar dan fresh. Wallah!



Jugak ikan siakap 3 rasa yg saiz nya fuh fuh, bagak gak ler.



Lapar ke bi?




Overall semua sedap lah!