Memaparkan catatan dengan label masak2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masak2. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Mac 2012

LOBSTER

Citer lobster ni minggu dulu lg aku duk tempek dlm fb. La ni baru timbu kerajinan nak wt entry. Hik hik


Lobster sebesar lengan hubby yg kami beli dlm pasar siti khadijah.




Masak blackpepper jer.

Rasa nya sungguh mencengkam kalbu. Tp kan, kalo kat kedai tak tergamak lah nak makan. Mahal bebenor. So dah jumpa yg mentah dan murah ni, elok lah masak sendiri. Seumur hidup aku, ni ler pestaim merasa lobster. Huhu

P/s: sedap woooo

Selasa, 31 Mei 2011

SPAGHETTHI BOLOGNESE & KETUPAT SOTONG


Tudiaaaa..dua benua bergabung gituh.


Owh semalam petang adalah huru hara kat dapur rumah mek. Balik keje agak lewat. Pastu plk lupa nk solat asar siap2 kt ofis. Kelam kabut sbb nak kejar pukul 7. Korang tau ada apa pukul 7? Tak lain tak bukan si setan Seth Tan tu ler. Huwaaa. Tak pasal2 bikin hidup mek huru hara. Huk huk.


Menu semalam masak spaghetti bolognese (betui ka mek eja ni? Belasah!). Kes nya nak ngabih kan bahan2 duk terperap lama sampai nak berkulat. Sebelum berkulat baik habis kan. So, main campak ngan mana2 bahan duk ada lah uols. Mek tak reti nak buat la. Merasa ok kat tekak pun dah kira ok lah tu. Kan? Hehe



Pastu teringin sgt2 nak makan ketupat sotong. Macam mengidam plk rasa nya. Jangan speku, jangan speku!

So, hubby baik hati pi pasar beli sotong sekilo dan santan. Beras pulut mek pau kat kedai sendiri. Hik hik.



Ketupat sotong lambat sikit masak sbb jam 7 tu mek baru tenggek atas dapoq. Sambil tengok nora elena, sambil berlari lari gajah kacau kuah.

Eh kalo korang nak tau, ni pestaim mek buat ketupat sotong sendiri. Tapi menggagau lah call opismate cara2 dan bahan nak buat. Haha. mek lupa lah uols, walopun slalu tolong depa buat. Now, sudah ku praktis kan nya, lepas ni, anytime nak makan terus tenggek santan atas dapur ler. Soookaaa!!

Sabtu, 7 Mei 2011

MEE GUREM




Anak mek dina, sebut mee goreng jadi mee gurem. Haha. Belasah jer lah anak ku!

Kononnya nak diet kan, malam takmo makan nasik. Tapi mulut suami dan anak2 tetap kena isi. Tudiah, masak mee gurem ajo senang kaedahnya. Menu mlm khamis lepas. Walopun mek pun terbabas sama bedal sepinggan. Lupa dah segala mala diet ke hapa. Tak insaf2 nih.;P

KERANG REBUS

nak syer ngan korang cara2 nak buat kerang rebus tak berair.



Memula, ketuk serai, buh dalam periuk yer anak2.



Kerang yg telah di basuh dan ditos tu masukkan ke dalam periuk td. Pastu ketuk bawang puting sebanyak mana yg korang mahu, tabur ler atas kerang2 tu.


Kalo nak buh garam tabur sikit jer. Mek tak tabur pun. Kerang tu dah rasa masin skt2 kn. Rebus jer. Jangan taruk air walo sikit pun. Nanti kerang tu sendiri akan mengeluarkan air nya.




Dah masak nanti, senang lah sikit nak makan. Takde lah meleleh air nya kat lengan. Haha.

Selamat menchoba uols!

Rabu, 13 April 2011

AISKRIM BANDUNG

Malam tadi, kecoh 3 beranak wat aiskrim bandung.
Aiskrim malaysia lah uols.
Anak mek suka benor aiskrim bandung.
Selalu nya ibu dina yg buat.
Tapi kesian gak hari2 nak kena buat kan.
Last2 buat sendiri jer lah. Bukannya susah pun. Hak hak


Dapat la sebesen. Berapa batang ntah. Lupa nak kira.




Di bantu oleh pembantu seksi yg kalut benor. Makin menyerabutkan ade la. Tapi dah dia nak tolong jugak. Bagi can jer lah kan.



Masa ni dia tnya cukup tak panjang ni? Perasan tak ada nyamuk sekor melekat kat situ (dalam bulatan) Haha

Oh, hari ni dah boleh makan aiskrim bandung tu. Yummehh


Next projek adalah aiskrim pelam jeruk. Tak sabarrr. Semalam baru rendam mempelam.

Isnin, 11 April 2011

MASAK REBUS CENDAWAN BUSUT

Atau pun dekat kelantan lebih glemer ngan nama kulat pusu.




Kulat pusu ni bermusim jer tau. Dia tumbuh kat mana2 busut yg bertuah. Tak semua busut akan mengeluarkan cendawan ni. Sbb tu bila stok sikit, mmg mahal la rege dia. Susah nak dapat.




Kasi closed up. Dia kotor dengan tanah tau. So sebelum di potong potong tu, kasi cuci bersih2.


Bahan2 lain utk masak resepi ni adalah pucuk cermai. Benornye lebih best kalo masukkan pucuk cekur manis. Tp kat rumah nenek hubby takde pucuk dah, dah tua bangka dah dedaunan nya. Tak sesuai. So ganti ngan pucuk cermai pun ok ler.



Lepas potong cendawan, siapkan pucuk cermai, jgn buh ngan batang2 pulak tau. Hihi. Basuh dan tos kan.

Pastu tumbuk lada hitam, 2 ulas bawang purih dan 2 ulas bawang merah.

Dalam periuk, masukkan cendawan dan pucuk cermai, masukkan kan air. Agak2 la korang nak kuah byk mana. Tp jgn ler banyok sgt. Pastu buh bahan2 tumbuk tadi dan tenggek kan atas dapur.

Bior dia mereneh lama skt masukkan garam dan pak haji. Rasa kan masin kebagai, boleh ler makan.



Gini ler rupa nya yg telah siap dimasakkan.;P



Ok selamat menchobaaa!!

Isnin, 4 April 2011

HARI WEEKEND WAJIB MASAK BEST2

Sebab kalo weekdays makan ala2 jer, so hari minggu wajib kena masak best2. Pagi2 dah gigih ke pasar siti khadijah cari stok lauk pauk.



Untuk menu hari Jumaat, mem masak ikan keli berlado masam manis. Ikut resepi arwah mak. Encik hubby suko bebenor kato nyo.



Ikan kering nipis goreng garing. Sedap woooo!!


Ulam pulak, pucuk beko celur.



Sayur pakchoy goreng sos tiram.


Daging bakar.

Kenyang perut suka hati.


Hari sabtu pun gigih masak, tp dah malas nak snap gambar. Hik hik

Khamis, 31 Mac 2011

SINGGANG TULANG

Motif? Nak buh resepi singgang tulang, tp terlupa snap gambor singgang tulang.
Huwaaaa mek lupa.
Dah kertu benar ke aku ni? ;(


Ok lah, walopun tadak gambar nya, korang ambi jer lah resepi ni hokeh.



Tulang rusuk lembu sekilo. Basuh bersih2 campak dalam puyuk dan rebus sampai empuk.


Dah lama sikit rebus nya tu (empuk ler), masukkan hirisan halia, lengkuas dan gunting lada kering. Arwah mak aku dia siap tumbuk lada kering tu kasik pecah2. Tapi mek malas kaedahnya uols. Gunting2 sajork lah.


Dan rempah tu korang tumbuk skt kasik pecah2.


Dah turun rasa lengkuas bagai tu, masukkan bawang putih, bawang merah dan asam keping.


Sekejapan tu masukkan garam, pak aji, dan rasa sendiri lah masam masin nya. Nanti korang beger2 sendiri utk citarasa masing2 hokeh.


Itu aja, bersiaran lagi di lain waktu untuk resepi yang lain pulak.

Baiiii

Isnin, 14 Mac 2011

MASAK2 HARI MINGGU

Ni gambarajah masak2 hari jumaat yer. Hari sabtu malas nak snap gambor.



Dimulakan dengan budu plus asam kerat lintang dan ulam nya petola celur. Hik hik




Asam pedas ikan baung. MIL yg masakkan. Mek tak pernah masak sendiri asam pedas. Susah ke eh?



Oh ni ketam kulit lembik goreng blackpepper. Mcm tak nampak jer rupa ketam nya. Lantak lah. Janji sedap.


Korang masak apa?

Selasa, 22 Februari 2011

GULAI TELUR IKAN DURI

Now musim ikan duri bertelur kan.
Telur dia mmg susah nak dapat kalo kat pasar.
Biasanya org jual ikan jer.
Beli ikan, kalo ikan tu bertelur kira bonus la.
Tapi semalam, enchik suami masuk pasar mencari.
Dapat gak la sekilo.
Anak gadis dia si dina sarah tu mmg penggemar telur ikan duri ni.
Padahal kami (read: aku dan suami) pun suka gak. Hehe




Ini lah rupa wajah ikan duri.



Telur dia berbiji besar lbh kurang dlm gambar ni.
P/s: dua2 gambar adalah hasil gugel yer.





So, semalam masak lemak telur ikan duri. Kuah dia pekat giler sbb dah keluar bendalir hat dlm kantung telur tu.
Macam tak jelas tekstur telur nya, tapi mek malas nak snap hat lain. Maafin ya.;P

Isnin, 21 Februari 2011

JERUK CELAGI

Celagi = tamarind

Aku beli celagi yg dah dikupas kulit dan direndam air garam.
Beli 2 hengget jer. Banyak giler. Bahagia sungguh!
Balik rumah, terus basuh dan toskan.
Pastu nak lagi sedap. Buang bijik2 nya. Senang nak makan kaedahnya.



Tengok lah bibik ku yg shekshi. Kusyuk buang bijik. Tapi jgn salah paham. Mama dia yg potong ngan pisau, dia tukang kopek bijik jer. Jangan ada yg ingat nanti aku bagi dina main pisau.;P



Berjaya!!!


Biji2 dah setambun. Haha



Dah siap buang bijik.



Lepas tu terus gaul gula. Malas nak masak air gula dah. Nanti dia cair ngan sendiri membentuk kuah. Kalo nak pedas, picit cabai sikit. Dah cair gula, masukkan semua tu dlm botol, simpan dalam peti sejuk. Time bulan nak mengambang terus ngap sejuk2. Wallah!

Selasa, 15 Februari 2011

MEGI UDANG GALAH

Kononnya nak diet nasik.
Tapi makan megi.
Apa kes??????




Dua mangkuk megi udang galah. Syerasyi bersyama katanya uols.


Tiga ekoq udang galah utk mek.



2 ekoq udang galah utk hubby.



Napa udang galah mek banyak dari hubby?

sebab hubby sayang mek. Ahahaha. Larikkkkkk

Khamis, 10 Februari 2011

JELLY SEGERA

CNY tu ari kan byk kenduri kendara orang kawen2 ni. Makanya byk lah dpt cnederhati dr pengantin. Salah satu nya jelly yg ada nata de coco. Dina mmg suka sgt2. Dah habis stok cenderahati pengantin, terus mengamuk suh mama buatkan. Halaweiii.

Aku ni jenis pelupa jer. Masa dia mintak suh wat tu angguk2, janji2.Pas tu ke laut. Haha. Balik jer keje minah tu tnya, aku lupa. Aku lupa lagiiiii. Haha

Akhirnya, di suatu hari yg hening, aku punpi la beli perkakasan utama.


Hanya ini watak utama nya okeh.


Aku ikut jer apa yg kat plastik bungkus tu tulis.



Atur bekas palstik kecik2 tu, taruk nata de coco sebanyak yg mahu, buh lah jelly tadi. Dapat dlm 20 bekas jer. Eleh...sikitnya!!



Kasikclosed up sikit.


Buh dlm peti ais, mkn sejuk2 lps main badminton mmg layan. Haha

Ahad, 6 Februari 2011

GORENG PEDAS IKAN TONGKOL

Resepi pujaan suami ku. Hak hak. Alwiz kena masak lauk ni. JUgak kegemaran danish dan dina.




Cara2:
Untuk rebus ikan.
Masukkan asam keping (7-8 kpg)
Garam (banyak sikit yer)
Perasa
Gula melaka sikit
Air sikit jer
Reneh sampai air hampir2 kering.
Pastu goreng ikan tu sampai garing2 kat luar nya. Jgn garing sgt, keras nanti. Hehe

Sambal nya pulak:
Blend bersama
cili kering (10 tngkai, rendam ngan air panas dulu)
Bawang besar 1 labu
Bawang putih (7-8 ulas)

Cara buat sambal:
Panas kan minyak (minyak kena byk yer, kiranya ngam2 ngan kuantiti bahan2 yg diblend tu)
Tak yah tunggu garing, masukkan garam, perasa, gula melaka dan asam keping (boleh pakai asam jawa)
Pastu kacau2 sampai dia garing sesambil rasa cukup ker tidak masam manis nya.
Dah setel tu boleh gaulkan dgn ikan yg di goreng.

Selamat mencuba.

Ahad, 23 Januari 2011

DADIH

First time buat dadih sendiri uols. Hek hek.
Kecoh giler walopun dadih instant. Haha
Ada aku kesah? Lantak, yg penting mek berjaya buat walopun tak pernah buat dan tak pernah tengok org buat. Kalo makan tu mmg selalu lah. hihi


Oke, beli stok serbuk soya dadih kat mana2 kedai lah. Mek pilih perisa mangga ngan honey dew.



Susu cair. Satu plastik dadih kena buh 1 tin (400 gm) susu cair oke.


100 gm gula. Yang ni mmg mek timbang betul2. Takut over manis, atau tawar habiaq.


Mek tak ikut pun cara2 yg dia sajes tu suh buh awal2 lg atas dapur. Rebus air (air 3 liter ok), lepas mendidih tu buh dalam besen terus. Masukkan gula, masukkan susu cair, kacau dalam 5 minit. Pastu masuk kan serbuk dadih dan kacau sampai semua bersatu hati.



Susun bekas molek2 atas meja, or tempat tinggi sikit la. Nanti tak pepasal kena kat anak2. Panas woo. Biasanya satu plastik bag tu dlm plg minima 40 bekas yer adik2.



Dah masukkan cecair dadih tu, biarkan sejuk kejap, dia dlm proses sejuk dan membeku. Lepas tu boleh tutup dan simpan dlm esbok. Besoknya dah boleh mamam.


Tengok danish tu, sibuk betul menjadi pembantu dapur.;P

KETAM NIPAH

Sepatutnya petang rabu adalah lah petang cuti memasak. Beli kat pasar malam sajork. Balik keje, solat, landing, main badminton dan pegi pasar malam naik motor.

Akan tetapi....


Bila suami ku pulang dari kedai (beli stok kedai) di bawa pulang nya ketam nipah.
Huwaaaa!!! Lebur niat ku nak bersantai petang. Terpaksa lah masak2. Karang suami murka lak.
Tengok2 dlm esbok, paste lada hitam dh yillek. Terus mati kutu tatau nak masak apa. Langsung aku pun stress. Huhu


Ketam nipah. Agak besar. 4 ekor sekilo.




Korang bunuh ketam nipah ni cemana eh? Aku humban jer dlm air panas. Suh hubby buat, dia awal2 lg mencicit lari. Aku jugak yg kena!



Last2 masak tumis pedas ajer lah. Senang cerita.