Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Mei 2011

KERANG REBUS

nak syer ngan korang cara2 nak buat kerang rebus tak berair.



Memula, ketuk serai, buh dalam periuk yer anak2.



Kerang yg telah di basuh dan ditos tu masukkan ke dalam periuk td. Pastu ketuk bawang puting sebanyak mana yg korang mahu, tabur ler atas kerang2 tu.


Kalo nak buh garam tabur sikit jer. Mek tak tabur pun. Kerang tu dah rasa masin skt2 kn. Rebus jer. Jangan taruk air walo sikit pun. Nanti kerang tu sendiri akan mengeluarkan air nya.




Dah masak nanti, senang lah sikit nak makan. Takde lah meleleh air nya kat lengan. Haha.

Selamat menchoba uols!

Isnin, 11 April 2011

MASAK REBUS CENDAWAN BUSUT

Atau pun dekat kelantan lebih glemer ngan nama kulat pusu.




Kulat pusu ni bermusim jer tau. Dia tumbuh kat mana2 busut yg bertuah. Tak semua busut akan mengeluarkan cendawan ni. Sbb tu bila stok sikit, mmg mahal la rege dia. Susah nak dapat.




Kasi closed up. Dia kotor dengan tanah tau. So sebelum di potong potong tu, kasi cuci bersih2.


Bahan2 lain utk masak resepi ni adalah pucuk cermai. Benornye lebih best kalo masukkan pucuk cekur manis. Tp kat rumah nenek hubby takde pucuk dah, dah tua bangka dah dedaunan nya. Tak sesuai. So ganti ngan pucuk cermai pun ok ler.



Lepas potong cendawan, siapkan pucuk cermai, jgn buh ngan batang2 pulak tau. Hihi. Basuh dan tos kan.

Pastu tumbuk lada hitam, 2 ulas bawang purih dan 2 ulas bawang merah.

Dalam periuk, masukkan cendawan dan pucuk cermai, masukkan kan air. Agak2 la korang nak kuah byk mana. Tp jgn ler banyok sgt. Pastu buh bahan2 tumbuk tadi dan tenggek kan atas dapur.

Bior dia mereneh lama skt masukkan garam dan pak haji. Rasa kan masin kebagai, boleh ler makan.



Gini ler rupa nya yg telah siap dimasakkan.;P



Ok selamat menchobaaa!!

Khamis, 31 Mac 2011

SINGGANG TULANG

Motif? Nak buh resepi singgang tulang, tp terlupa snap gambor singgang tulang.
Huwaaaa mek lupa.
Dah kertu benar ke aku ni? ;(


Ok lah, walopun tadak gambar nya, korang ambi jer lah resepi ni hokeh.



Tulang rusuk lembu sekilo. Basuh bersih2 campak dalam puyuk dan rebus sampai empuk.


Dah lama sikit rebus nya tu (empuk ler), masukkan hirisan halia, lengkuas dan gunting lada kering. Arwah mak aku dia siap tumbuk lada kering tu kasik pecah2. Tapi mek malas kaedahnya uols. Gunting2 sajork lah.


Dan rempah tu korang tumbuk skt kasik pecah2.


Dah turun rasa lengkuas bagai tu, masukkan bawang putih, bawang merah dan asam keping.


Sekejapan tu masukkan garam, pak aji, dan rasa sendiri lah masam masin nya. Nanti korang beger2 sendiri utk citarasa masing2 hokeh.


Itu aja, bersiaran lagi di lain waktu untuk resepi yang lain pulak.

Baiiii

Ahad, 6 Februari 2011

GORENG PEDAS IKAN TONGKOL

Resepi pujaan suami ku. Hak hak. Alwiz kena masak lauk ni. JUgak kegemaran danish dan dina.




Cara2:
Untuk rebus ikan.
Masukkan asam keping (7-8 kpg)
Garam (banyak sikit yer)
Perasa
Gula melaka sikit
Air sikit jer
Reneh sampai air hampir2 kering.
Pastu goreng ikan tu sampai garing2 kat luar nya. Jgn garing sgt, keras nanti. Hehe

Sambal nya pulak:
Blend bersama
cili kering (10 tngkai, rendam ngan air panas dulu)
Bawang besar 1 labu
Bawang putih (7-8 ulas)

Cara buat sambal:
Panas kan minyak (minyak kena byk yer, kiranya ngam2 ngan kuantiti bahan2 yg diblend tu)
Tak yah tunggu garing, masukkan garam, perasa, gula melaka dan asam keping (boleh pakai asam jawa)
Pastu kacau2 sampai dia garing sesambil rasa cukup ker tidak masam manis nya.
Dah setel tu boleh gaulkan dgn ikan yg di goreng.

Selamat mencuba.

Isnin, 10 Januari 2011

TESTIS LEMBU GORENG HALIA

Hak hak..eksotik weh. Sapa kembang tekak sila katup bangat2 okeh.




Watak utama nya. Testis lembu. Potong siap2 yer.


Bahan2 lain. Halia, bawangputih dan bawang besar.




Tumis halia dulu.


Masukkan bebawang. Goreng sekejap.


Masukkan testis lembu. Garam. Kalo nak taruk kicap dan sos tiram pun boleh. Tp hubby mek pantangsos tiram. Belasah ngan agaram dan perasa jer lah. Goreng sampai masak.



Boleh lah dihidang kan. Jangan lupa masukkan lada besar gak yer. Kasik efek pedas skt.

SUP IKAN HARUAN

Syer resepi lagik uols. Haha. Hujan2 banjir ni takdak keje namanya. ASyik masak2 jer keje nya. Dah la suami pagi petang duk bawak balik ikan sungai. Kali ni kita masak sup pulak yer.




Bahan2 utama. 1 bunjut sup bunjut cap adabi. Halia sikit, bawang merah dan bawang putih tumbuk bersama.



Memula, tumis halia kasik garing dulu.




Pastu masukkan bawang2 tumbuk lak. Kasi garing jugek.


Masukkan air sikit, masukkan bunjut tu. Pastu baru masukkan air bnyk2. hehe. Tpi kalo korang nak masukkan air byk2 dulu pun oke. Suka hati.



Oh ini lah watak utama nya. Ikan haruan. Mek ambik kepala jer. Bahagian lain boleh goreng garing2.
Masukkan ikan, dah menggelegak, masukkan garam dan perasa. Biar duk reneh kat situ sampai tinggal separuh kuahnya. Boleh angkat.



Sup ikan haruan.


Nanti hiris daun sup, daun bawang, dan cili. Pastu tabur bawang goreng dan perah asam limau nipis.

Oke, daa!!

Ahad, 9 Januari 2011

DAGING KERUTUP

Kali ni nak syer resepi daging kerutup. Gigih mek snap gambar satu persatu okeh. Takdak keje nama nya. Hak hak.


Ni masakan hari sabtu. Resepi nya sama ngan hati kerutup yg mek mask haru jumaat tu. Permintaan enchik suami uols. Mek turutkan ajer lah. Janji dia hepi. Gituh.


Let's scroll satu persatu okeh.



Bahan2 nya. Ini utk daging setangah kilo jer tau. Korang agak2 lah lebih kurang kuantiti nya. Halia, bawang putih dan bawang merah.


Mek tk pakai serbuk kerutup. Tapi pakai serbuk kari jer. Sebab arwah emak dulu masak pakai ni jer. Yang paling femes kat kelate, serbuk kari cap orang terbang. Pelik jer. Harga 40 sen. Oh korang campur dengan air panas dulu yer, biar jadik paste.


Dah tentu nya daging uols. Setengah kilo oke. Tp hari tu tak sampai setengah kilo pun.;P



Tumis 3 beradik tadi dulu. Halia, bawang putih dan bawang merah.



Pastu masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan geng2 dia (mek tatau nama. Hehe)



Dah garing sikit, masukkan paste kari tadi. Goreng dulu sampai naik minyak oke.



Pastu masukkan daging. Gaulkan sebati.



Tunggu sekejap biar turun air dulu.



Pastu masukkan santan. Ni kuantiti santannya. Mek beli 2 hengget.


Oke, masukkan santan, jangan campur air. Kacau sebati. Jangan leka ok. Kejap2 kena kacau, nanti hangit. Sebab santan tu pekat kan.


Jangan lupa masukkan asam keping 2 ulas.



GUla melaka sikit. Kalo uols takmo pun takpe. Tapi org kelantan ni suka ada rasa manis. Tp jgn manis sgt.

Pastu masukkan garam dan perasa. Kacau2 lagi. Tunggu sampai santan kering. Sesambil tu boleh lah rasa masam pedas manis masin segala. Beger2 sendiri lah yer.



Oke, dah siap daging kerutup.




Selamat mencuba uols.;P

Selasa, 14 Disember 2010

RESEPI IKAN PEKASAM

Sharing is caring rite?

ok, kali ni mek nak share cara2 nak buat ikan pekasam. Pada yang berminat jer lah. Kalo tak berminat tu takleh buat apo.

Ini cara arwah emak mek buat k. Cara orang lain mungkin berbeza.


Goreng beras sampai kuning. Goreng tanpa minyak tau. Mek tak basuk pun beras tu. Kalo korang nk basuk entah boleh ke tidak eh? Tak pernah buat lagu tu. Wakaka.


Sejat ikan (tos) sampai kering. Taknak air berjejeh jejeh.


Blend kasikhancur crunchy2 beras yg telah di goreng tadi. Jangan sampai jadi tepung lak. Nak kena ada bijik2 dia jugak.


Pastu ambil la bekas yg sesuai. Mula2 tabur garam dalam bekas tu. Agak2 sendiri la. Jangan byk sangat nanti masin pahit lak. Pastu tabur beras pulak. Sudah tu, lumur garam kat ikan, pastu gaul balikkan dalam beras mesin tadi biar penuh tubuh ikan tu dengan beras. Susun kasi comel2 lah. Layer by layer tu korang tabur garam dan beras jugak tau. Dalam perut ikan jangan lupa buh garam sket.


Last sekali taruk asam keping 2-3 keping nak kasi efek masam yang maximum. Ikut suka korang lah kalo tak nak buh pun.

Tutup bekas elok2. Jangan bagi masuk lalat. Bahaya. Nanti lalat bertelur dan berulat tak boleh makan ikan pekasan korang. Mek simpan bawah tudung saji 3 hari. Dah turun air nya baru masukkan dalam peti sejuk. Tunggu lah dalam 2 minggu pastu try goreng. Rasanya dah jadi pekasam kut masa tu. Hehe

oh, ikan yang sesuai adalah ikan sungai tau. Lebih2 lagi ikan putih yg bersisik tu.

Khamis, 9 Disember 2010

CENDAWAN KUKUR

Cendawan kukur pujaan hati ku setiap masa. Atau orang kelantan panggil kulat sisir. Hehe





Macam2 boleh di masak, gulai lemak, kari, goreng, buat teresek.

Tapi mek kan as u know before, skill masak2 ni kureng sket, so buat yg senang jer lah. Haha



Goreng telur ajor. Tapi makan nasik tambah2.


Caranya:

Bersih siap2 cendawan. Buah habuk buang segala sampah sarap, dan basuh. Perah air dan sejat.
Pastu gaul garam kunyit. Jangan banyak sgt nanti masin sgt tak sedap.
Dlam kuali, tumis bawang putih 3 bijik.
Dah garing (tukar kaler) buh cendawan tadi, goreng sampai air kering dan garing skt. Kalo tak kering tak rangup.
Pastu pecah kan telur 2@3 bijik.
Kacau sampai telur hancur dan bergaul.
Tunggu sampai garing skt. Angkat.

Senang ajer.