Khamis, 9 Februari 2012

AKU, EMAK YG CEMBENG

Pagi tadi, masa menguruskan dina nak ke skul, aku sikat rambut dia.
Dia membebel marah2 cakap sakit.
Aku pun lawan membebel gak sbb dia takmo syampoo rambut. Dah kusut masai rambut, jadi susah nak sikat.

Dia pun cakap;

"mama, nanti adik besar, adik sikat rambut mama ok?"

aku terkejut dan lebih kepada terharu benornya.

Aku pun vakap ngan dia;

"ok, mama dh tua nanti adik sikat rambut, mandikan mama, basuh berak mama" terus ayaq mata bergenang. Huhu

Dia pandang jer aku kut cermin, pastu jawab "ok".

Huhu, alangkah bertuah nya kalo betul anak2 mengotakan janji dorang. Moga anak2 aku rajin berbakti pada ibu bapa, pada sapa2 lah. Jangan lupa diri. Amin



Mama n doter. Teman akrab, kawan bergaduh, memang dia best fren aku lah.






Sayang awak irdina maisarah. Moga membesar menjadi orang yg tidak menyombong diri yer.

HADIAH BESDAY

Fuhhhh.....

Lega mek dah berjaya masuk blog sendiri. Sawan aku 2 minggu PC buat onar. Huah huah huah.;P



Ok entry mek apdet lite2 jer lah dulu.


Hadiah besday Danish. Tapi mcm beli kat Dina jer. Sbb danish kurus kerempeng, hadiah ni masih boleh diterima pakai. Padahal lps tu danish menangis mintak kasut bola. Cemana leh tak terpikir nak belikan kasut bola utk mamat tu. Hakhak. Ok lah, kasut bola foward ke besday tahun depan.






Isnin, 6 Februari 2012

BENGANG

Huk huk

Bengang dengan PC sendiri


Rasa nya aku dah buh password. Tp macam dicerobohi. Pastu pc aku mula weng tak tentu hala. Tatau apa masalah dia.

Problem sungguh la. Takleh masuk blog sendiri. Bila dah takleh masuk tentu2nya takleh nak komen blog orang. Walopun aku bukannya rajin sangat nak mengkomen. Selalu nya baca jek. Komen dalam hati. Boleh?

Saat aku rajin nak apdet blog, pc pulak buat hal. Teru smeroyan ngan encik hubby mintak baiki. Ni pun aku rasa hidup segan mati takmo jek. Printer pun buat hal, sampai nak buat keje pun terganggu.

Aku stress ngan pc buruk ni. Tapi dari takde baik lah ada. Walopun sendu kan? Nak buat kerja terpaksa mintak sedekah pc orang. Hampeh betul.

Ok lah, stop merungut dan membebel.

Nanti rajin, aku apdet blog lak. Bila tatau.;P

Ahad, 22 Januari 2012

DANISH'S ANGRY BIRD BIRTHDAY PARTY

Alhamdulillah. Semalam (21 jan 2012) sudah jejak umur 9 tahun anak bujang mek. Selamat hari lahir abang Danish. Harapan mama dan abah moga abe sihat sokmo, belajar rajin2 dan mendengar nasihat. Kami doakan abe bahagia selama nya. Amin.


Kebetulan besday dia jatuh hari sabtu kan, so aku dah rancang lebih kurang la nk wat makan skt. Ajak kawan2 dia n dina pastu jiran2 keliling rumah jer.


Korang saksikan lah gambarajah di bawah. Majlis berlansung ceria n semua kenkanak ribena happy. Dapat makan, dapat belon, dapat party pack. Hehe


Side dishes. Cream puff, kuih tako dan apam polkadot.



Side dishes gak. Rojak buah, coco crunch, sumi jelly, sugar jelly


Kek angry bird. Benda ni jer yg tgh IN n senang nak dpt kan bebarang nya. Party pack pun semua bebarang angry bird. Tp gmbr dlm iphone. Pc aku lak, bangang takleh 'baca'. Huhu (kuciwa)


Lepas tiup lilin pepurak potong kek. Padahal berlakon ambik gambar jer. Suh tetamu makan dulu. Sudah makan baru kita sembelih burung marah ni.


Tenkiu auntie2 datang bawak hadiah. Sengih jer Danish.


Main dishes. Laksa kelantan, laksa penang dan laksam. Jugak limau mandarin. Dah musim dia kan.


tetamu menjamu selera. Aku buat kat porch jer. Tu pun rasa nak pengsan habiskan majlis. Dah aku laki bini jer buat keje. Seb baik kakak aku dtg nolong kejap. Tp bab kemas tu mmg aku laki bini lah. Dah setel majlis baru lah perasan rupanya aku ni dah tua. Sakit sana sini. Hadoiiiiii. Nikmat nya sihat. Huhu


Dina tolong abang bahagikan belon. Party pack pun dia jugak yg cover abang.


Danish bahagikan belon kat classmate dia. Abah dia ngan abah firdaus ni pun classmate jgk dulu. hehe


My ex rumet yg sudi bertandang walopun penat baru sampai jam 3 pg pastu gi kenduri, pastu lajak ke rumah kami. Puan Zura. Banyak kita sembang kan? Tapi rasa mcm tak habis jek. Haha


The kiddos ngan kek burung marah. ;P


Buat tetamu, maaf atas segala kekurangan dan ketaksempurnaan.


Hadiah dari kami? Lupa nak snap gambar. Nanti mek wat entry lain yer. Ada jugak modal aku apdet blog nanti.;P Hehe

Khamis, 19 Januari 2012

JADUAL SEORANG MAMA BERANAK 2 YANG SUDAH BERSEKOLAH

Dah lama aku nk tulis pasal ni, tp cam biasa ah, asyik malas sajork.

Tapi ari ni mood sudah mari. Besok2 dah tua boleh baca awat aku meroyan sesangat.

Aku tau orang lain lebih penat dari aku. Tapi aku tetap nak cerita pasal aku gak. Tak kira.

Oke, kita mula kan ngan hari minggu.

Jumaat
-Sapu rumah, tangga, laman (kalo rajin mop lantai ngan basuh bilik air)
- Basuh kasut skolah danish
-kutip kain baju humbang dlm mesin
- kutip kain baju yg dh kering lipat atau hanger masuk dlm 'bilik' masing2
-sarapan
-tgk tv kejap
-masak utk tgh hari
-makan anak beranak
-siap kan danish nk pi masjid (towel baju melayu semua kan sediakan)
-mandikan dina (minah ni susah mandi pagi)
-solat zuhur
-jemur kain
-lepak dpn tv (atau kenkadang sambung jahit manik)
-solat asar
-jaga kedai
-tolong hubby berkebun (now projek kandang itik pulak)
-masak2 utk dinner
-kerah anak2 mandi
-kerah anak2 solat dan mengaji
-bagi danish makan, suapkan dina makan (kalo tak suap lgsg takmo makan)
-solat isya
-dinner laki bini
-kalo tkade pape baru boleh rebah blkg

Sabtu
-pegi pasar (kalo jumaat takgi, sabtu kena pegi)
-sapu kemas rumah
-iron segunung baju stok seminggu (mkn masa 2 jam lbh)
-masak2 utk lunch
-lunch
-kerah anak mandi
-kerah anak wat homework
-solat zuhur
-lepak kejap
-solat asar
-jaga kedai
-tolong hubby berkebun (punggah kelapa tanam serai tanam nenas tanam kelapa dan mcm2 xtvt, projek kandang itik lg)
-masak utk dinner(takde skip masak okeh, walopun kdg2 kami tapau makanan luar, tetap kena masak gak utk MIL dan atuk. Huwaaaa)
-kerah anak mandi
-kerah anak solat dan mengaji
-sambung ajar homework anak
-susun buku skolah danish
-simpan beg kindy dina
-siap semua kasut stoking belt danish
-lepak tgk tv dan tido

Hari kerja
-bangun solat subuh
-kejut danish
-bakar roti utk danish
-wat air milo bekal utk danish n dina
-10 kali kejut dina
-layan dina meragam sbb ngantuk malas bangun
-mandikan dina ngan air suam
-dress up dina
-siapkan roti bakar utk danish
-ambik beg2 semua letak kat tangga
-kerah anak sarap cepat2
-pakai baju dan mekap lbh kurang
-drop danish kt skolah
-drop dina kt skolah
-kerja
-balik keje ambik dina (danish MIL dah ambik)
-layan angin dina kat kedai mana2 dulu
-punggah semua beg2
-solat asar
-basuh tgn baju keje nga 'anak2 dia'
-setelkan beg kindy dina
-masak utk dinner
-kerah anak mandi, mengaji
-bagi danish makan dan suap dina
-solat isya
-dinner laki bini
-teman danish wt homework
-siap kan beg skolah danish
-tgk tv dan tido


Hiks...sikit jer kan? Tapi aku penat gilerrrrrrr. Rasa mau patah pinggang. Dan rasa nak nangis kadang2. I'm not a supermak, but must acting as supermak. Huwaaaaaaaaa. Demi keluarga, ku tempuhi jua. Kalo aku tak buat, sapa nak buat? huhu

Husband tetap tolong. Tp kdg2 aku rasa penat sgt2. Kalo time cuti skolah rasa heaven giler. Huhu. Dan kalo penat sangat aku jadi pemarah. Marah anak2, marah husband, membebel tak tentu pasal. Macam orang sewel. Tp tu jugak cara nak lepaskan tekanan.

Korang cemana yer?

Selasa, 17 Januari 2012

NOMBOR MISTERI

Haluuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Korang yg bijak pandai....
Tolong selesai kan masalah misteri nusantara aku neh

Hari ahad (eh masuk isnin dah kan sbb dah jam 12.13am)
Henfon aku bunyik kreng kreng.
Tanjat boboi tau. Aku dah la baru nak lena. (mlm tu aku tertakut sbb tgk citer 49days tu kan. Saspen. So, aku duk teringat2 babak yg aku takut tu padahal bukan citer seram pown)

Dalam mamai tu aku tgk nombor pelik kluar kat skrin henfon. Aku tanya hubby, nombor sapa pelik ni? Hubby pun mamai gak. Dia cakap, angkat jer lah kan. Banyak tanya lak. Hiks

So aku pun dengan saspen cakap 'hello?'

Belah sana bunyi nafas org jer. Aku ni, 'hello?'

Pastu sore pompuan merdu jer cakap 'hello'

Aku balas balik 'hello?'

Dia pun balas 'hello'. ni mau sejuta kali hello ni. Tetiba dia senyap. aku duk hello2 sensorang.

Saspen sungguh. Takkan lah hantu call aku kan?

So, kalo korang tau nombor pebenda lagu ni

65 9858 6138

Sila lah bitau aku, supaya hidup ku tidak diselubungi misteri.

Seumur hidup aku tak pernah tengok nombor telefon lagu ni.;P

Ahad, 15 Januari 2012

KACAU

Semalam aku gi pasar. Pastu lalu depan kedai kek. Ajak hubby riki2 kek utk besday anak bujang nati. memula tu nak tgk2 jer, pastu pikir2 malas dh nak dtg balik. Terus order. Hari yg nak tu dtg pick up jer.

Prung prang prung prang setel kat kedai kek. agenda lain lak diteruskan.

Tapi dah on de way balik tu baru teringat. Awat aku pi ckp kat minah kek tu umur anak 8 thn. Aku nak sambut birthday anak yg ke 9. Hadoyaiiii. Awat kacau haru biru sgt ni. Malas dh nak pusing balik pi betulkan.

Pastu mula lah meroyan kat suami suh call kedai kek. Nak call sendiri malu lah pulak. Aku mmg pemalu tak bertempat. Huhu

Hubby cakap ok, nanti dia call. Sampai la ni masih tak call2. Huhu

Kalo korang tengok aku aplod gambar kek dengan angka yang salah, makna nya hubby aku tak call kedai kek lah tu. Hik hik

Sadis!