Selasa, 14 Disember 2010

RESEPI IKAN PEKASAM

Sharing is caring rite?

ok, kali ni mek nak share cara2 nak buat ikan pekasam. Pada yang berminat jer lah. Kalo tak berminat tu takleh buat apo.

Ini cara arwah emak mek buat k. Cara orang lain mungkin berbeza.


Goreng beras sampai kuning. Goreng tanpa minyak tau. Mek tak basuk pun beras tu. Kalo korang nk basuk entah boleh ke tidak eh? Tak pernah buat lagu tu. Wakaka.


Sejat ikan (tos) sampai kering. Taknak air berjejeh jejeh.


Blend kasikhancur crunchy2 beras yg telah di goreng tadi. Jangan sampai jadi tepung lak. Nak kena ada bijik2 dia jugak.


Pastu ambil la bekas yg sesuai. Mula2 tabur garam dalam bekas tu. Agak2 sendiri la. Jangan byk sangat nanti masin pahit lak. Pastu tabur beras pulak. Sudah tu, lumur garam kat ikan, pastu gaul balikkan dalam beras mesin tadi biar penuh tubuh ikan tu dengan beras. Susun kasi comel2 lah. Layer by layer tu korang tabur garam dan beras jugak tau. Dalam perut ikan jangan lupa buh garam sket.


Last sekali taruk asam keping 2-3 keping nak kasi efek masam yang maximum. Ikut suka korang lah kalo tak nak buh pun.

Tutup bekas elok2. Jangan bagi masuk lalat. Bahaya. Nanti lalat bertelur dan berulat tak boleh makan ikan pekasan korang. Mek simpan bawah tudung saji 3 hari. Dah turun air nya baru masukkan dalam peti sejuk. Tunggu lah dalam 2 minggu pastu try goreng. Rasanya dah jadi pekasam kut masa tu. Hehe

oh, ikan yang sesuai adalah ikan sungai tau. Lebih2 lagi ikan putih yg bersisik tu.

4 ulasan:

TopsyTurvyMum berkata...

kalau jumpa ikan sungai kat sini nanti..memang aku buat!

Thanks Mek:)

Nanak berkata...

thnx for sharing.kalau org sabah, lain pula caranya..=)

IntanSham berkata...

wahhh...gitukah caranya?? saya mmg suka giler ikan pekasam ni.. nnt kalo ada ikan yg sesuai, nk try laa... tq... :)

KV berkata...

kak tim, sungai kat sinun ada ke eh? hahaha

nanak, share lah cara orang sabah pulak.

intan, hehe..cuba jgn tak cuba