Ahad, 23 Januari 2011

DADIH

First time buat dadih sendiri uols. Hek hek.
Kecoh giler walopun dadih instant. Haha
Ada aku kesah? Lantak, yg penting mek berjaya buat walopun tak pernah buat dan tak pernah tengok org buat. Kalo makan tu mmg selalu lah. hihi


Oke, beli stok serbuk soya dadih kat mana2 kedai lah. Mek pilih perisa mangga ngan honey dew.



Susu cair. Satu plastik dadih kena buh 1 tin (400 gm) susu cair oke.


100 gm gula. Yang ni mmg mek timbang betul2. Takut over manis, atau tawar habiaq.


Mek tak ikut pun cara2 yg dia sajes tu suh buh awal2 lg atas dapur. Rebus air (air 3 liter ok), lepas mendidih tu buh dalam besen terus. Masukkan gula, masukkan susu cair, kacau dalam 5 minit. Pastu masuk kan serbuk dadih dan kacau sampai semua bersatu hati.



Susun bekas molek2 atas meja, or tempat tinggi sikit la. Nanti tak pepasal kena kat anak2. Panas woo. Biasanya satu plastik bag tu dlm plg minima 40 bekas yer adik2.



Dah masukkan cecair dadih tu, biarkan sejuk kejap, dia dlm proses sejuk dan membeku. Lepas tu boleh tutup dan simpan dlm esbok. Besoknya dah boleh mamam.


Tengok danish tu, sibuk betul menjadi pembantu dapur.;P

3 ulasan:

MULAN berkata...

ohhoo.. kalu dekat kan buleh buat muka tak malu, mintak sikit... feveret ni..

linahilmin berkata...

suka! slalu juga buat, tp guna container yg besar sket... malas ya amat nak basuh yg kecik comel cenggini! he he!

Lady Lavender berkata...

sedaapp..tak pernah buat dadih. Mcm ni dah boleh berniaga ni :-)