Isnin, 24 Januari 2011

DANISH'S BIRTHDAY BASH

Dah seminggu plan nak buat majlis kesyukuran sempena birthday danish yg ke 8. Tapi takde lah nak buat grand kebagai. Ajak kenkawan dia keliling rumah jer. Tu pun kecik besar tua muda dlm 50 org gak.

Duk pikir2 menu yg sesuai, sbb nak ajak jam 3 ptg kan, takde la menu berat sgt, sbb mebi org dh makan before gi solat jumaat tu kan.

Last2 bincang2 ngan hubby buat menu ringkas jer. Mihun goreng. Pastu beli roti untuk cicah ngan kari daging kentang. Dah mintak tolong ngan ibu dina dan sepupu MIL suh dtg tolong masak. Ok, setel bab makan.

Sehari dua sblm tu sibuk acri belon dan brg2 nak buh dlm party pack. Alah, bagi suka bebudak jer pun. Takde la pelik2 sgt barangan nya pun.



malam tu, sibuk bungkus party pack. 2 beradik ni excited banget. Langsung takmo bagi mama n abah tolong. Tp kena guide la, byk brg trtinggal kenkadang tuh. Hehe


Lepas siap tu, terus masuk dapur nak buat dadih pulak. 2 beradik tu mmg kecoh nak menolong.


Besoknya, pepagi lagi hubby pi beli daging sbb takut abih daging yg elok kalo tak pegi awal. Lps kemas rumah lbh kurang terus keluar pi tesco nak cari bebarang lain. Byk gak benda nak beli. Ayam, udang, bawang2, limau mandarin, nugget dan mcm2. Dah siap kat tesco tu terus gi kedai kek. Mmg langsung tak tempah kek, beli yg ready made aje. Senang suh danish pilih sendiri jenis mana yg dia nak.

Balik rumah tu, ibu dina dah sampai dah dgn segala senduk sudip kuali periuk. Haha. Terus bertungkus lumus kat dapur. Semuanya masak ngam2 org balik solat jumaat. masa tu aku tak goreng nugget lagik. Huwaaa. Mau fengsan jadik nya. Kih kih.

Sesambil tu atur hidangan kat meja, tengok2 jam dh pkl 3. Bebudak dah sampai dah. Haha. aku blom mandi dan solat pun lagik.


Terus ajak bebudak naik suh tiup belon. Naseb baik ramai yg menolong. Kejap jer 50 bijik belon dorang setelkan.





sementara mek mandi dan solat, jemput tetamu makan2 dulu.

Pastu sesi tiup lilin dan potong kek. Ni lah kek pilihan danish. penat pujuk ambik kek yg sedap2 sikit (ikut citarasa mak dia) tp tak makan pujuk jugak. tetap jugak nak kek ni sbb ada hiasan lori. Boleyh?


Oke, ready nak tiup lilin. Masa ni dia segan2 sbb semua org duk nyanyi happy birthday to you. hehe



Kira ok lah majlis ari tu. Walopun ringkas, tp tetamu dpt makan dengan selesa dan bertambah tambah. Walopun penat, tp berbaloi rasanya.





tetap nak buh gambar tuan rumah. Hihi


happy birthday abang danish. Membesar dengan baik yer. Jadi anak yg soleh, mendengar nasihat dan tidak terburu buru dlm mengambil tindakan. Jugak belajar sungguh2. Mama dan abah doakan yg terbaik buat abang.

2 ulasan:

nanonano berkata...

hepi bday danish,
:)

MULAN berkata...

happy birthday danish..