Memaparkan catatan dengan label ofis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ofis. Papar semua catatan

Isnin, 6 Februari 2012

BENGANG

Huk huk

Bengang dengan PC sendiri


Rasa nya aku dah buh password. Tp macam dicerobohi. Pastu pc aku mula weng tak tentu hala. Tatau apa masalah dia.

Problem sungguh la. Takleh masuk blog sendiri. Bila dah takleh masuk tentu2nya takleh nak komen blog orang. Walopun aku bukannya rajin sangat nak mengkomen. Selalu nya baca jek. Komen dalam hati. Boleh?

Saat aku rajin nak apdet blog, pc pulak buat hal. Teru smeroyan ngan encik hubby mintak baiki. Ni pun aku rasa hidup segan mati takmo jek. Printer pun buat hal, sampai nak buat keje pun terganggu.

Aku stress ngan pc buruk ni. Tapi dari takde baik lah ada. Walopun sendu kan? Nak buat kerja terpaksa mintak sedekah pc orang. Hampeh betul.

Ok lah, stop merungut dan membebel.

Nanti rajin, aku apdet blog lak. Bila tatau.;P

Isnin, 26 September 2011

POT LUCK RAYA

Disebab kan ofis kami tak buat open house raya. Maka nya kami staf gegirl pakat ramai2 buat pot luck raya. Lps masuk balik keje syawal ari tu, ramai2 pakat puasa ganti dan puasa enam. Seronok puasa ramai2 walopun balik berbuka kat rumah masing2. Hehe


Kami bergambar bersama buat kenangan. Sbb hujung tahun ni ada yg dah pencen. Ni jer semua staf pompuan kat ofis mek. Gaduh pun hat ni, kamceng pun hat ni. Takdak dah yang lain.



Tengok betapa rajin nya mek merewang. Hihi.;P

Ni feveret semua orang. Rojak buah. Ada sorang staff tu mmg pakar buat kuah rojak nya. Sampai termimpi mimpi u. Oh buah kedondong tu mek bawak dari rumah.


Macam2 dorang masak. Nasik putih dan nasik minyak masak kt ofis jer. Ada yg buat kuzi ayam, ayam masak merah, roti jala, makaroni bakar, puding, agar2. Tapai pulut. puding koktel. Ketupat pulut. Tapi sebab mek tak pandai masak dan MALAS, mek beli frozen kek jer. hehe. Senang dan cepat. Jugak sedap.


Macam2 biskut raya dok ada. Semua sedap2. Pandai2 semua ofismate mek masak. Mek sorang jer terbabas dari trek. Hik hik


So, jamuan hari tu mmg best. Semua orang dapat makan. Best sgt2.

Selasa, 20 September 2011

OPEN HOUSE JAJAHAN

Macam acara wajib jer. tetiap tahun bila masuk syawal, setiap jabatan kena bukak gerai masing2. Masa meeting, wakil2 jabatan dh di bagitau menu apa yg wajib di sediakan. Senang. Kali ni opis mek kena sediakan nasik ayam jugak. Macam tahun lepas.



Setiap jabatan diberikan gerai masing2. So suka hati mak bapak korang lah nak hias cemana. Ada pertandingan gerai tercantik jugak. Yang tentu2 nya tidak di menangi oleh ofis mek. Hazabbbb.


Persiapan gerai.



Pemandangan gerai kami. Kali ni kami dapat gerai hujung. Takdak lah panas terkurung sangat. Ok lah kan deco2 tu. Ada ketupat ada scallop merah lagi. Haha. Malas nak berhias over2.



Makanan yg ada. Cendol, air tebu, air roselle, murtabak, satay, puding, rojak buah, kerang bakar, aneka laksa, nasik minyak, nasik ayam, lontong, popia, cekodok, ketupat, tapai dan macam2.

Melepaskan lelah sementara menunggu waktu makan bermula. Haha



Sebahagian dari kami. Muka belengas giler okeh. Panas. haha

Rabu, 14 September 2011

OPEN HOUSE OPIS

Ekceli opis mek sendiri takdak open house ini tahun. Sbb next week ada family day. Kira sekali harung ngan family day la kan. Sbb masih bulan syawal katanya.

Tapi hat ni, semua jajahn berhimpun kt HQ. Masing2 dah dpt gerai dan menu. Opis mek kena sediakan rojak mee dan rojak buah.

Mek pergi dh lewat. Dalam jam 12 kut. Banyak makanan dah habis. Lagi pun jam 1 tu masing dah sibuk nak kemas gerai.

Macam2 makanan ada. Sempat makan mee kari dan mihun soto. Minum ayaq kelapa. Pastu menda lain rasa dah tak boleh nak telan dah.

Seronok jumpa kenkawan from daerah lain. Banyak benda boleh borak.


Sempat bergambar nag ex opismate. Rindu ngan masakan dia. Dulu masa satu opis, dia suka masak. Dan tentu nya mmg sedap.;)



Lepak2 makan mee kari.




Aik awat terkecik lak gambar ni. Muka mmg belengas giler. Lantak arr. :P

Rabu, 11 Mei 2011

BESOK

Besok pagi tuan blog bertolak ke kl yer. Insyaallah kalo takde aral pape. Ada keje opis skt. Rombongan che kiah gituh.

Jumaat tengah hari ke melaka sinun pulak.
Apa yg best kat melaka yer uols. Dah 5 tahun kut tak pegi melaka. Banyak benar dah kut yg berubah. Sila2 syer yer. Makanan apa yg best, shopping mall apa yg best, tempat mana yg best. Jonker walk tu kat mana eh?

Isnin, 14 Mac 2011

NEW PC

Wah!!!
Setelah duk sakit jiwa ngan my netbook, akhirnya mek ngepow pc opis. Adeii..lega rasanya. Ni hari2 lappy kecik ku bermasalah tak nak connect internet. Tatau lah apa masalah problemnya. Hari mood dia ok, dia ok, hari mood down mmg satu hari takleh pakai internet. Mabuk ke hapa ntah.

Last2, bos kecik pi cuci otak semua pc yg ada ket department mek. So, wajib la mek caras satu.



So lepas ni senang dah, tak yah usung lappy sendiri mai keje. Dah ada hat company punyer. Suka hatiii.

Heppi heppi day!

Isnin, 14 Februari 2011

SUA RASA

Bukan sua rasa tibi sembilan okeh.
Sua rasa puspanita kampeni mek keroja.
Mek ni kalo bab2 berpersatuan mmg malas banga.
Tapi mikirkan segan pada bos yg telah membayar sekeping kad 15 hengget, makanya mek ajak kenkawan opis gagahkan diri lah pegi.
Lagi pun bukan kena buat apa pun, makan2 kasik mebuntal sajork.
Takde susahnya. HIk hik



Oh kami smapai awal tau. Jam 12 dah terpacak depan pintu. Memang disengajakan sbb nya dulu2 selalu lewat makanan dah habis. Datang jauh2 tapi kena berlapar apa kes kan? Hehe



Mula2, baham rojak petis dulu. Ambik sikit lps tu sedap, 2 kali aku tambah. Lantak ah. Hihi



Puas hati makan rojak buah tu, taram nasik gulai kawah pulak. Kenyang perut suka hati.
Oh lupa nak snap gambar buah tangan. Telur rebus dalam kotak bentuk rama2. Comel jer.





Mek ngan opismate. Ahaha. Semua dh kertu2 dah. Mek sorang yg 'rumaja'. Ferasan.

Rabu, 1 September 2010

SRI CHIANG MAI

Semalam, iftar bersama teman teman ofis kat restoren sri chiang mai, jalan sri cemerlang, kota bharu.


Antara hidangan.



menunggu waktu berbuka.;P


Butter prawn yg syok



Ikan siakap masak kengsong. Suka umbut kelapa.



Selepas kejadian. Sampah sarap bergelimpangan. Haha


Alhamdulillah. Tamat puasa ke 21. Kenyang perut suka hati.;)

Rabu, 21 Julai 2010

KESEDARAN SIVIK

Hadoiii..benci lah orang yg takde kesedaran sivik ni.

Pompuan pulak tu. Dan sah2 la melayu.
Kat opis aku ni mana ada bangsa lain.

Dah la ari ni opis aku jadi tuan ruman persidangan *teet*
Masa tu la tandas kat bilik persidangan tersumbat.
Ekceli bilik persidangan tu bersambung ngan dewan makan dan surau.

Punya lah sakit kepala bos admin bila tengok tandas tersumbat.
Mintak tukang tengok2 kan.
Rupanya ada tuala wanita bersepah2 dalam tu.
Tak ke hangen?

bodoh betul la remaja skrg ni
takleh pikir ke
budak2 pun dh tau takleh buang pape dlm toilet selain sisa perkumuhan.
bengong ah.

Aku tuduh remaja sbb surau kat atas hanya budak praktikal pakai.
Kami staff pompuan guna bilik 'rahsia' untuk solat.
Orang lain takleh ganggu.

tengah duk kalut selesai kan tandas tersumbat
aku gi tandas yg staff duk pakai
hah..lagi buat aku hangen!!
dalam tandas staff pun dorang buang panty liner okeh.
terus hilang mood nak melabur.
Geram aku!

Aku aci kerat jari lah
kat rumah sendiri takdenya dorang nak buat mcm ni
sbb tu kalo tengok tandas awam mmg hazab
ramai yg sibuk nak buat jahat
sbb nanti orang lain boleh setel kan
kalo kat rumah sendiri?
sendiri mau ingat la!


P/s: sbb tu ada orang buang bayi dlm tandas kan? takde kesedaran sivik lah tu gamaknya!

Isnin, 24 Mei 2010

EDISI CIK KIAH : PASAR PAYANG

Sekejapan jer cik kiah kat masjid kristal. Bas asyik duk honk2222 suh naik bas cepat2. Dorang takut pasar katup nanti tak sempat nak membeli dan membelah.



Terima lah gambar2 cik kiah mokmok tengah mabuk batik 3d. hihi







Agak penat budak SA tu jadik model. Dah lah asyik lipat dan bukak jer. Akhirnya cik kiah beli sepasang jek batik 3d.

Pastu beli kopok ikan tambang dan batik sarung untuk org2 kat rumah. Tu jer.

EDISI CIK KIAH : MASJID KRISTAL

Solat jamak kat masjid kristal.



Pape hal pong, pose2 adalah acara wajib. Ngehehe




Dan snap syok sendiri dlm ladies jugak adalah wajib. Maaf kan kejakunan cik kiah.


Masjid kristal. Berapa kali datang pun wajib snap. Hehe



Suasana dalam masjid. Dan sejuk ekon masjid adalah syok. Siap ekon kluar kut lantai. Cik kiah berdiri atas tu macam orang jakun giler wa cakap lu. Heaven!





Curi snap gambar mimbar. Hehe


The dome!



Bersambung lagik ke episod seterusnya.

Ahad, 23 Mei 2010

EDISI CIK KIAH : NAIK BAS KE SETIU

Lepas menyoru sehabis daya kat demong, cik kiah naik bas menuju ke setiu pulek.



kali ni cik kiah ambik seat paling belakang. Syok sebab tinggi. Nampak seluruh alam. Kalo seat biasa cik kiah rasa lemas tak nampak pape. Fening uols!

See! Hepikan cik kiah?




Perjalanan di teruskannnnn



Sampai kat satu tempat di daerah setiu, bas stop lagik. Ada orang nak jamu makan. Tak sampai 30 minit pun pekena nasik dagang tadi. Huwaaa.




Terbuntang mata cik kiah tengok menu. Nanges!



Tak larat dah nak makan, cik kiah pose2 manja je lah. Tengok muka sememeh giler berminyak wajah cik kiah. Wet tissue please!



Naik bas lagi, nun sekejap jer dah nampak masjid kristal! Hoyeh!


bersambung di episod akan datang.;P

EDISI CIK KIAH : NAIK BAS KE DEMONG

Gambar adalah turutan terbalik oke. Cik kiah malas nak edit semula.

Ofis cik kiah gi teganu ari khamis. Naik bas uols, berkurun tak nak bas adalah sedikit sexcited di situ. Hua hua hua. Bertolak hampir jam 9 pagi.

Destinasi mula2, pusat pembiakan ikan di demong, kuala besut. Terengganu. Sempadan jer.


Brunch. Nak kata breakfast dah 10.30 ku time tu. Nasik dagang teganu. Kalo nasik dagang kelantan campur beras merah. Dan gulai ikan aye (tongkol) adalah superb! Campur macam2 kuih yg aku tak larat nak makang.



Suasana dalam dewan makan. Deme ni bab menjamu selera mmg pantang. Termasuk ci kiah ler. Ngehehe



Oh ini tank pembiakan ikan puyu yer geng. Nampak kan figura cik kiah duk snap ikan. Agak terkantoi di situ.;P



Tank pembiakan udang galah. ANak kecik cotek lagih.



Ini ikan talapia merah. Masih kecik.



Cik kiah tak lepas kan peluang bermain manja2 dengan anak ikan talapia. Agak geli di situ.;P



Ibu gamat putih. Pelik jer nampaknya.



Ibu gamat hitam.



Anak2 gamat macam cacing kaedahnya uols!




Sibuk semorang nak tengok ikan kerapu yg berat nya 140kg. Tapi sampai kesudah tak timbul2. Hanya nampak bayang2 ajork.


Ni pun ikan kerapu yg agak besar gak. Dorang nak injek apekebenda ntah. Cik kiah sibuk nak ambik gambar. Tak dengar apa yg dorang cakap. Sungguh gagal di situ. hehe




Cik kiah dalam bilil taklimat. Tak sah kalo tak duduk area2 belakang. hihi.



Sesi lawatan. Sibuk tengok ikan besar.



Cik kiah sexcited naik bas uols. Maaf kan kejakunannya.



Hola. Abih edisi 1. nanti sambung ke episod seterusnya.;P