Ahad, 31 Januari 2010

SAHABAT BAIK

Fuh...'sahabat baik' aku telah berkunjung setelah kelewatan 4 hari.

Punya lah aku serabut tak tentu arah. Emo semacam je. Sikit2 naik angin. Sikit2 nak marah2. Sikit2 nak merajuk rasa sedih. Benci ah.

Hari ketiga lewat aku demam teruk. Ah, parah. Lagi la aku serabut. Tonsil membengkak dan sakit. Aku demam sampai terketar ketar. Sakit abih segala urat dan sendi. Hubby ajak gi klinik mlm tu walopun aku sibuk nak tgk boys over flowers. Meski pun hati tak tenteram. 15 minit sblm rancangan tamat aku berangkat gi klinik.

Doktor bagi antibiotik yg aku tak alah dan ubat tahan sakit untuk pesakit gastrik teruk macam aku. Lepas ambik ubat tu aku beli tester. Sbb kena paksa ngan hubby. Dia pun serabut tengok aku serabut.

Apa pun result malam tu aku redha walopun kami sama2 bimbang dgn tahap kesihatan aku kalo peknen lagi. Punya aku berdebar tunggu. Hubby tak kasi aku tgk dulu. Pastu dia sengih2 ckp suh rilex. Aku hempuk kang (dlm hati je lah, tak berani nak buat. Hehe). Keluar satu line je lah. Legaaaaa. Tapi aku siap simpan menda alah tu kut2 aku bangun pagi kang kluar dabel line. Hak hak. Bengong tak?

Besok nya pun tak dtg2. Haish, ape ke hal ko nak merajuk ni 'kawan'? Bengang aku. Aku pun sms BFF aku tanya pengalaman dia pasal diane35. Aku pestime makan kan. Mek tok tu pun dh tak ingat dh sbb dah lama dia tak ambik brand tu. Huhu..lagi aku serabut.

Last2 balik dr kb mall ari jumaat malam tu. 'sahabat baik' aku dtg jugak. Hmmm.

Tak pasal2 buat aku hangen.

Khamis, 28 Januari 2010

KERIANGAN BERGANDA

Oh ada dua kehepian aku untuk hari ni.

Happy 1
Hubby tak jadi gi kl meninggalkan aku dan anak2. Walopun aku siap paksa2 suh dia pegi. Tp dlm hati dh terbayang betapa letih nya aku nak menguruskan anak2 di hari weekend. So, adalah sgt gumbira bila dia tak jadi pegi. Akan tetapi weekend depan rasanya wajib lah kut dia gi sana. Ada hal yg agak mustahak bagi dia. Aku tumpang haru biru kan ajer. Oh minggu ini adalah hepi, minggu depan tu hadap ler.


Happy 2
Oh yeahhhh!! Beg idaman ku sudah sampai. Dah lama duk mengidam beg hitam. Akhirnya setelah beratus kali memujuk hubby supaya memberi ijin (err..duit sendiri tapi tetap kena mintak izin taw. Mek kan isteri mistali), maka diizinkan dengan syarat dia kena pilih.

Fuhhh...nasib baik yg dia pilih aku berkenan.

Eh korang kalo nak beli beg, pegi beli ngan adek cheq yer. Servis terbaek wokk punya. Ailabyu la cheq!!!




Beg punjut coklat. Ngeh ngeh.












































Isi dalam nya. Membuat kan ku tersenyum riang. ali signature large hobo.



Sudah tertunai impian pasal henbeg utk 2010. Beg sampingan tak di kira yer!










Oh, dan cheq sungguh baik hati. Terharu beb terima lovely gift dari cheq. Harus mek wangi sepanjang hari. Wawawawa








Nanti korang pi blog cheq ya.

SHARING IS CARING

Dah banyak kali zaila suh aku join contest kat blog dia. Tpi being me yg pemalas ni, harus lah asyik tertangguh jer kan. So, aku tempek dulu contest apa yg zaila anjurkan.

Buat kawan2 yang berminat, sila jenguh butik zaila yer. Dan join contest nya sekali. Mana tau ada rezeki korang dpt menang kan. Tuah ayam nampak di kaki. Tuah blogger sapa yg tahu (Allah tau) Hihi.


So korang, sila ke blog Zaila. My sweet adik.;P

Mari Kelih Store 2010 Contest

Bismillahirrahmanirahim..
Sempena dengan penyertaan Mari Kelih Store di I Love Bazaar the RedRush by RylDesigns, Zaila dengan berbesar hati ingin menganjurkan "Mari Kelih Store 2010 Contest" bagi memeriahkan lagi penyertaan Mari Kelih Store di bazaar tersebut maklumlah first time katakan

Syarat2 penyertaan mudah sahaja;-
1. Anda perlulah copy & paste gambar di atas & diletakkan di entri anda / side banner anda.
2. Anda perlulah meletakkan tajuk sebagai "Mari Kelih Store Contest 2010" sebagai tajuk entri anda
3. Anda perlulah menjadi seorang follower kepada blog ini & Mari Kelih Store (kalau nak jadi fan of Mari Kelih Store di facebook lagi bagus)
4. Anda perlulah link kan entri anda ke entri ini (dengan meninggalkan komen & link entri)
5. Anda seterusnya harus menceritakan serba sedikit tentang Mari Kelih Store yang menyertai I Love Bazaar pada 27 & 28hb Februari 2010 di Subang Parade. Anda wajib menggunakan gambar2 di bawah sebagai bahan di entri anda. Panjang karangan terpulang, janji ada 2 gambar di bawah sudah memadai;)

Gambar 1 : Banner iklan I Love Bazaar

Gambar 2 : Lokasi Mari Kelih Store pada hari tersebut

Mudah bukan?? Kalau dah namanya contest, haruslah ada hadiah juga kan??

Hadiah-hadiah terdiri:
- 1 x RM70 baucer membeli belah di Mari Kelih Store
- 2 x RM50 baucer membeli belah di Mari Kelih Store
- 1 x RM30 baucer membeli belah di Mari Kelih Store

Menarik bukan??

Oleh itu, apa tunggu lagi..mulakan karangan anda & hantar kepada Zaila dengan segera;)

Tarikh Tutup penyertaan:
- 1 Mac 2010 (apa tunggu lagiiiiiii, kalau malas sangat nak karang ayat, copy paste gambar je letak dalam entri tu)

Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah (oleh tangan yang bertuah) so tiada unsur bias di sini;p

Terma & Syarat:
- Hadiah tidak boleh ditukar ke Ringgit Malaysia (RM)
- Hadiah akan dipilih sendiri oleh pemenang (barangan yang terdapat di Mari Kelih Store sahaja)
- Kos penghantaran & pembungkusan termasuk dalam hadiah
- Zaila tidak akan bertanggungjawab di atas kerosakan barangan yang berlaku semasa proses penghantaran (melalui pos berdaftar sahaja)
- Sebarang rayuan tidak akan dilayan kerana hadiah berdasarkan cabutan bertuah;)

~SELAMAT MENCUBA~

Rabu, 27 Januari 2010

KERANG BUSUK

Dah banyak hari aku asyik duk tersengih sorang2. Hak hak. Kalo org cakap aku gilo pun munasabah. Tapi mmg takleh nak kawal la. Nak tersengih jek. Ah, sudah.

Hiks

Kes:
Wife ex boifren BFF zaman remaja aku dah keje skali ngan aku.

Haha. Kecik nya dunia.

Tak sabar aku nak chat ngan A. Dah lama mek tu tak online. No hp dia aku hilang. Huhu. Tak sabar nak bergossip ni. Banyak aku nak cerita. Wakaka

NOBODY

Wonder girls







You Know I still Love You Baby.
And it will never change. (Saranghae)

I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don't want any other
I want nobody nobody nobody nobody

Why are you trying to, to make me leave ya
I know what you're thinking
Baby why aren't you listening
How can I just
Just love someone else and
Forget you completely
When I know you still love me

Telling me you're not good enough
My life with you is just too tough
You know it's not right so
Just stop and come back boy
How can this be
When we were meant to be

I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don't want any other
I want nobody nobody nobody nobody

I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don't want any other
I want nobody nobody nobody nobody

Why can't we just, just be like this
Cause it's you that I need and nothing else until the end
Who else can ever make me feel the way I
I feel when I'm with you, no one will ever do

Telling me you're not good enough
My life with you is just too tough
You know me enough so
You know what I need boy
Right next to you is where I need to be.

I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don't want any other
I want nobody nobody nobody nobody

I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don't want any other
I want nobody nobody nobody nobody

I don't want no body, body
I don't want no body, body

Honey you know it's you that I want, it's you that I need
Why can't you see~

I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don't want any other
I want nobody nobody nobody nobody (2x)

Back to the days when we were so young and wild and free
Nothing else matters other than you and me
So tell me why can't it be
Please let me live my life my way
Why do you push me away
I don't want nobody nobody nobody nobody but you.




P/s: memang tangkap leleh abih ah. the girls pun so HOT!!! Every minit aku melayan lagu ni. Rasa nak tumpang berjoget sama walopun sedar diri spare tyre situ sana sini. Hak hak

Selasa, 26 Januari 2010

PEMILIH

Dah lama aku duk sakit jiwa ngan dina carah kalo bab2 milih baju.

Memang kalo nak gi mana2 bercinta sungguh nak pakai kan dia baju. Ada2 aje yg tak kena ngan selera dia. Siap meraung menghempas diri lak tu. Over betul.

Kadang2 dtg angin kus2, aku biarkan dia bogel dgn diapers jer. Usung masuk kete. Dah dekat nak sampai destinasi yg dituju, baru pakai kan dia baju. Masa tu dia tak tolak dah. Takkan nak turun ngan tak berbaju lak kan. Tau lak dia segan. Haha.


oH, ini antara baju2 yg direjek oleh nya. Aku pun kdg2 pening tatau taste dia cemana. Err..tengok dlm gambar baru aku perasan semua nya kaler fink. Haha





Oh, dress aksar ni aku beli online. Before raya puasa dulu. Tp sampai sudah dia takmo pakai. Last2 besday abang danish dia pi pakai. Kena angin apa ntah. Pastu siap nak pakai jeans. Seb baik ada legging hitam. Puas pujuk baru pakai. Adoilah

Susah jugak ada anak fashionable tah pape nih.

Isnin, 25 Januari 2010

BIRTHDAY BASH

Birthday Danish jatuh hari khamis, so mmg tak sempat la nak wat apa2 sbb keje kan. Aku bincang ngan hubby beli kek hari jumaat je lah. Wat simple2 jer. Janji ada tiup lilin. Hak hak



Pagi jumaat tu pagi2 lg keluar gi pasar siti khadijah nak beli laksa. Mmg betul2 koboi la. Dah ada laksa tu baru lah ajak orang. Kalo ajak awal2 karang takde laksa mati nak jamu org ngan apa lak kan. Hehe


Lesai beli laksa baru gi cari kek. Beli yg dah ready made. Danish pilih sendiri kek yg dia mahu. Dina lak meragam aduhai. Sabar je lah.


Pastu singgah beli pinggan cawan dan peralatan lain. Jam 11.30 baru sampai kat rumah. Masak utk lunch lebih kurang. Hubby lak tolong jaga kedai. MIL pi jemput jiran tetangga. Mmg segera betul la.


Hubby gigih mengepam belon. Tak sah kalo besday party takdak belon kan?



Kak long (ibu dina carah) datang menolong. Masa ni tgh packing party pack. Nasib baik ada kak long dia yg tolong semua. Aku pulak sambil wat keje sambil melayan dina yg asyik nak nagis sajork. ye lah, dia kan kurang sihat. Asyik meragam je lah.

Oh menu nya laksa lemak (laksa kelantan) dan jugak laksam.



Jugak laksa penang.



Ready to eat. Tunggu jemputan datang makan jer.



Sambil menunggu tetamu datang, wajib posing dulu. Ngeh ngeh ngeh


Kek pilihan danish. Naruto ke apa ni? Maaf aku kurang pasti.

Kawan2 tgh nyanyi hepi besday. Nampak tak dina yg take over ngalahkan danish? haha


Acara potong kek. Kawan2 tak sabar nak makan.


Oh ni sepupu2 dorang. Kira kamceng abih la ni.



Masa ramai tetamu tak sempat nak snap. Kameraman (abah) sibuk mengepam belon utk budak2. Aku lak sibuk ngan dina.

Apa2 pun, walo pun ala2 koboi, alhamdulillah majlis berlangsung dgn jaya nya. Harap semua org kenyang.

Happy 7th birthday Danish!

Ahad, 24 Januari 2010

IN PINK MODE

Hua hua hua..pagi ni terrr bangun awal uols (susah nak jumpa ni) sbb hubby susah nak bernafas. Dia selsema. Makanya bila dia takleh tido, ngan aku2 sekali la tido tak nyenyak.

Slalu nya pilih baju yg tak kena iron. Baju hubby dan danish aku iron siap2 stok seminggu kan. Baju aku taram ikut dan je lah. Tapi pagi ni banyak masa beb!

Oh, pagi ni mek pakai baju baru. Ingat dak yg kaler fink tu ari. Seminggu tukang jahit siap kan 4 pasang baju mek. Wallah. Hepi2 ailabyu lah mak su!

Bila baju dan tudung fink, dan masa masih awal, wajib la google carik eksesori yg sepadan.


taraaaa.... fink nya aku.

Ekceli gelang tu arwah mak yg paksa aku beli masa awal2 keje dulu. Takmo tapi kena paksa. Huhu. Now bila pakai, mmg rindu sgt2 ngan arwah.

Al fatihah buat mak. Moga tenang di sana. Amin.

ALERGIK UBAT

Hadoiii....punya lah kami buntu penyakit dina carah. Lepas satu..satu. Dari muntah, naik ruam satu badan, gatal2, melepuh/ulser dlm tekak dan mulut, melecur bibir, pastu melecur lidah, pastu ruam penuh muka, last sekali bengkak area mata. Demam jgk pasang surut. Mmg tak aman lah hidup. Asyik risau kan dia je.



Dah hampir nak sembuh pun, baru kami tersedar bahawasanya dia alahan ubat. Huhu. Kesian anak mek. Patut la meragam gilo2.

Now dlm proses pengecutan dan menggelupas habis kulit dia. Kat badan kat muka. Semua la. Abahnya sedih sungguh tgk anak gadis kesayangan dia. Tapi takpe lah, at least dh melepasi saat2 genting kan. Dalam proses penyembuhan dah.

Nampak tak kulit muka dia menggelupas. Aku snap pagi tadi.



Dok keliru apa yg melanda dia, hubby google dalam internet. Jumpa website kementeri.an kes.si.hatan. Simpton2 yg di alami Dina mmg alergik ubat. Cuma peringkat tak teruk sgt. Kalo teruk, mmg sampai tak boleh bernafas sbb kerongkong membengkak. Gerun membaca.

Pastu hubby call doc azwan, blogger terkenal jugak kan (rasanya ramai yg tau blog dia). Sembang2 doktor azwan pun cakap mmg alergik ubat. Biasanya ia akan sembuh sendiri tanpa bantuan ubat. Cuma ada anti alergik tp hanya membantu mempercepatkan hilang kesan ke atas tubuh. Kalo tdk teruk sgt, proses penyembuhan secara sederhana. Alahan tu dia akan cari tempat2 yg lembut dan melalui kulit untuk dirembeskan. Doktor azwan cakap mebi dlm smeinggu lagi baru hilang semua kesan2 nya.

Semalam baru lah aku tengok dina kembali mcm sebelum sakit. Mood happy dan membuas sokmo. Cuma manja kalo dgn aku. Ngada2 sikit la. Takpe lah ngada2 pun, tgk dia sihat hati pun tak gundah dah.

Doktor azwan pesan, kalo timbul balik ruam2, kena cepat2 bawak ke doktor. Harapnya takde la. Insyaallah.

Dina dpt genetik aku lah bab alergik ubat ni. Aku dh berapa kali kena. Yg first dulu zaman duk utm, muntah2 dan habis ruam gatal tompok2 besar satu badan. Malam2 kawan aku bonceng bawak gi klink utm kejutkan misi. Haha. Tp mmg desperate betul lah masa tu.

Yg kedua kali nya aku makan ubat sakit perut. Tak perasan ada antibiotik ke tidak masa tu. Lepas makan setengah jam muka aku bengkak. Rasa nyut2 tapi tak sakit. Dah la besoknya aku nak gi dating ngan boifren (hubby lah tu). Masa kluar dating tu pun muka tak surut sgt bengkak. Cover ngan tudung jer.

Yg ketiga aku kena mmg teruk giler. Aku kan sakit tonsil sokmo. Bila dah sakit kena ambik antiobiotik. Makan dlm 10 minit dh bengkak muka aku. Siap sakit gilo. Mmg sakit la. Tak tahan sampai aku nangis2. Demam2 aku. Doktor bagi anti alergik tu pun tak berkesan. 3 hari muka bengkak, bila surut muka hangus hitam. Pastu menggelupas. Mata aku duk sembab dlm 2 bulan kut. Demam tak demam. mmg aku tensen gilo. Menangis2 aku ketensenan. Huhu. Siap gi Husm sbb risau kut2 peyakit lain. Doctor pun risau kut2 aku sakit buah pinggang. Alhamdulillah takdak pape .Syukur.

Doktor siap tulis kat kertas aku alergik bactrim dan amoxciclyn(yg ni tak ingat eja). Suh buh dlm purse jgn buang2. Dan ingat sampai bila2.

Now, bukan saja kena ingat hat aku. Hat Dina pun wajib aku kena ingat. Tapi dina bukan alergik antibiotik, ubat tahan muntah yg dimasukkan kut montot. Apa dh nama dia ek? Nak kena pi tanya klinik ni. Tapi lepas ni mmg kena hati2 la bab ubat dia. Cuma kalo antibiotik tu doctor mmg beringat dah sbb slalu hubby bitau doktor yg aku alergik. So mmg dia beringat kalo bagi antibiotik kat Dina.

Kesian anak dara mek. Huhu

Khamis, 21 Januari 2010

SANTAI

untuk acara santai, sbb blouse aku banyak kaler plain.




HAPPY BIRTHDAY DANISH


Hari ni, 21 Januari 2010, anak jantanmek genap berusia 7 thn. Dah besar dah.

Sekejap jer rasanya. Dah masuk std 1. Dah pandai demand macam2. Semalam duk mintak beg duit (wallet) sbb ada antara kawan2 kelas dia yang ada. Tapi aku belum berkesempatan lg nak belikan untuk dia.

Membesarkan dia pada peringat awal nya sungguh menguji kesabaran. Lahir dengan berat 1.2kg. 35 hari dalam NICU. 7 hari dalam wad kanak2. Usia 42 hari baru boleh di bawa pulang. Sampai umur 5 bulan asyik duk menangis dari maghrib sampai ke subuh. Takda dah erti tido lena, takdak dah masa nak baca mag, nak tengok tv. Memang langsung tatau perkembangan semasa.

Dia lambat berjalan. umur setahun lebih baru mula bertatih. Namun now dah sama2 membesar seperti rakan sebaya. Walo pun banyak main, kurang tumpuan sikit, tapi takpe lah, biar dia membesar macam budak lelaki lain. Tak nak push dia sangat. Cuma kena bagi panduan dan galakan. Harap nya dapat lah seiring dgn rakan2 sebaya. Insyaallah.

Di usia 7 tahun ini, mama dan abah mengharapkan agar abang menjadi anak yang soleh, rajin buat homework, rajin mengaji, mendengar kata, lebih memahami, sayang adik. Mama dan abah sayang sgt2 dengan abang. Tiada apa yg kami usahakan dlm hidup ini, melainkan untuk anak2. Moga abang berjaya bila besar nanti. Insyaallah.

p/s: cake cutting ingat nak wat hari jumaat la. Ajak kawan2 dia. Tp tak diskas molek lg ngan hubby. tengok la cemana. Tadi pagi dh wish, sengih2 je dia termalu - malu.

Rabu, 20 Januari 2010

NO POINT

Takde point penting nak hapdet

Life aku sejak dina demam ni kelam kabut sikit.

Kat ofis duk ternanti nanti sms or call dr pengasuh. Kut dina demam balik. Kejap2 dia sms demam, kjp dia sms naik rashes. Kejap2 dia sms bibir(tepi) melepuh. Aduh, serabut aku di buat nya. Bila balik ok jer budak tu. Terus kebah demam. Aduii anak. Mama dan abah kena keje la. Takleh nak cuti or half day sokmo.

Nasib baik malam tadi dah hilang perangai mengaruk dia. Tinggal 20% kut. Pastu dah join abah dia. Siap membaca dan mengeja. Lega aku. Kalu dak, mmg meleseh dgn aku sokmo. Huhu. Letihh.

Danish pulak, bila balik keje aku akan tanya ada keje skolah ke tdk. Dia pun, mmg sokmo tunggu aku balik baru nak wat keje2 tu semua. Tapi, nak menunggu dia siap buat punya la menguji kesabaran. Dengan gangguan adik la. Dengan dia hilang tumpuan la. Serabut aku. Dah la aku nak masak lagi. Adik pulak duk meleseh meragam. Masing2 takmo dengan abah.

Tapi semalam, sambil2 dia buat sambil aku ke dapur siap kan bahan2 nak masak. Tengok2 abah duk melayan dia buat keje skolah. Cepat pulak (cepat sikit je lah banding ngan aku duk tunggu tu). Mmg sengaja kalo boleh aku mahu dia siapkan keje sklah belah petang. Takut bila malam tak siap haru biru pulak kat skolah kan. Malam dia tido awal. Tu yg aku risau bila dia tak siap kan belah petang. Lagi plk malam2 adik nya buat drama lebih.

Oh, malas nya aku nak jalan gi guardian. Banyak benda dh abih stok ni. Uwaaa. Malas weh malas. Bontot terlekat kat kusi jek ni. Huhuhu

Selasa, 19 Januari 2010

PAP SMEAR

Sapa yg belum pernah buat??? (bagi yg dah berkahwin la)

Aku dah beranak dua, baru 5 minit satni buat. Huhuhu. Sila lah gelakkan aku.

Benornya aku gi klinik untuk tujuan lain. Nak buat pap smear tu sampingan jek. Cakap pok pek pok pek ngan misi, misi suh wat serta merta. Sebab nya takde pesakit, so tak payah menunggu.

Punya lah aku segan, mmg tak tergambar lah dengan kata2. Tapi memikirkan kesan nya, tebalkan lah muka. Bab kata misi, pejam mata je lah dik. Nak buat cemano. Haha

2 perkara yang buat kan aku asyik menangguh buat menda alah ni.

Satu, segan gilo2. Segan lah wei. Nak beranak takdak segan dah sbb baby dh nak kluar dan sakit. Ni takde pape, nak gi kangk*ng depan misi. Aku siap ajak opismate (peneman) masuk bilik sama2. Huhu. Aku dah tak malu kat opismate, malu pada misi lebih teruk. Huk huk

Dua, aku takut akan result nya. Mintak la takde pape. Risau sungguh. Ye lah, dlm sejarah family arwah kakak aku kan meninggal kes kanser serviks. Tu yg aku risau bangat tuh. Huhu

So, nanti dorang akan call untuk result. Harapnya semua ok lah. Doa2 kan aku jugak yer geng.

p/s: tenkiu to rina sebab memberi peransang utk aku buat pap smear. Banyak info yg aku dapat before gi hadap cik misi.

MEE UDANG

Sebab semua orang duk menayang mee udang dlm blog masing2, membuat kan aku teliur. Kebtulan gi kopitiam kat tok bali tu ada menu mee udang. Cuma aku ambik udang biasa je, bukan udang timbang. Sbb tu sikit sgt udang nya.;P




Nampak cam sedap kan? Tapi aku tak gemor la. Macam sos masam manis jer. Huhu. Tak boleh telan. Tapi hubby cakap sedap. Tapi mek takleh nak terima la. Tekak kampung.




Last2 curi makan nasik goreng ikanmasin hubby.

p/s: mungkin kedai tu resepi dia cenggitu, tempat lain sedap kut.

Isnin, 18 Januari 2010

TUKAR BARU


Gelang lama aku. Asyik putus sajork. Dah berapa kali kena perli dek tuan kedai suh tukar baru.








Akhirnya tukar jugak lah pada yg ini. Lebih kurang jek la. Tp yg ini di jamin tahan lebih lasak.


p/s: byk2 brg kemas, gelang kaki aku paling suka sbb tak serabut. Hat lain mmg kena pakai buang(simpan yer buang buang dlm tong sampah) sokmo.

SELIPAR PASAR

Hihi..sebab aku tengok budak2 duk pakai comel (matik lah felin2 remaja katanya), makanya aku pun membeli jugak lah (walopun aku tgk ramai jugak makcik2 yg pakai..hak hak hak). Cadangnya nak pakai taim agenda tak formal. Gi pasar ke, gi rumah jiran ka (perlu kah?)













Walo pun selipar pasar tetap feeling wejes okeh. Tak nak kalah. Keh keh keh.;P

Ahad, 17 Januari 2010

CERITA DINA LAGIK

Adoii.. tak abih2 cerita anak dara aku mengambil tempat. Kasi can lah yer

Uish..lepas demam mmg meragam manja tak bertempat. Takdak peluang langsung nak rest atau buat keje lain. Asyik nak dukung jek. Kalo buah dokong sedap jugak. Menangis je keje nya. Sabar3x. Dengan abah dia langsung takmo siap marah2 sbb abah selalu paksa dia makan ubat dan sapu ubat.

2-3 hari lps demam dia sakit mulut takleh makan. So, bagi aiskrim jek. Tu pun tak makan sgt. Baru semalam kami perasan rupa2 nya lidah dia kena ulser. Patut ah menyusu pun sakit. Dan sudah tidak mahu SUSU MILO, agaknya serik masa duk vomit tu hari kut. Kembali lah abahnya membeli mamil gold step 3 semalam. Hak hak

Pastu pulak, nyamuk banyak gilo. Mmg gatal2 habis satu badan. Makanya tugas mama nya untuk menggaru belom selesai. Lenguh jari jemari mek okies.

Baru malam tadi tido dgn tenang. Baru rasa nikmat tido. Hehe. Syukurrr

Jumaat, 15 Januari 2010

Jumaat

Jumaat adalah:

1. Hari mendobi sedunia
2. Hari sapu sampah kemas rumah
3. Hari masak2 sedunia
4. Hari iron baju bajan anak beranak stok seminggu
5. Hari basuh kasut skolah anak. Ngee
6. Hari menjaga kedai runcit
7. Hari beli barang dapur
8. Hari melayan karenah anak2 yg manja meragam to the max

walopun dah rutin biasa2 bagi suri rumah tapi aku tetap letihhhh. Hehe

Khamis, 14 Januari 2010

DINA TAK SIHAT

Tapi alhamdulillah dah ok. Cuma nya biasa ah bila baru sembuh harus lah manja lebih. Mama dia ni dekat2 nak cari tukang urut dah rasanya. Sakit abih satu badan.

Ceritanya hari selasa tu dia muntah belah mlm tu. 2 kali. Aku ingat dia kembung perut sbb langsung dia takleh tido. Gelisah aje. Tapi tubuh tak panas. Dah saspek mebi dia nak demam kut sbb si abang nya kan baru baik demam.

Baru jer sampai ofil MIL call tanya ubat demam kat mana. Jam 10 pengasuh sms dia muntah2. Tp tido. Bangun tido jam 12 tu dia muntah balik. So kami decided ambik half day je lah. Nak bawak dia gi klinik.

Sampai kt rumah pengasuh tu mmg luluh betul hati menengok dia yg lembik tak bermaya. Nak buka mata pun tak dapat. Doktor ckp mebi keracunan makanan ke apa. So, doc masuk kan ubat kut bontot kasi lega rasa nak muntah. Ubat tu buat dia letih dan asyik nak tido je. Tapi kalo sampai ke malam dia masih muntah lg mmg kena drip la.

Malam tu dia muntah jgk tapi tak teruk. So kami rasa nak tengok sampai besok pagi la. Alhamdulillah sekali jer muntah masa minum susu. Lepas tu boleh menyusu dgn elok.

Besoknya, abih satu badan dia naik mcm ruam. Merah merah dan gatal2. Bawak dia gi klinik. Doktor cakap mebi alahan. So bagi ubat sapu dan ubat demam sbb deman tak baik2.

Pagi tu mmg meraung je keje dia. Tak selesa sebab gatal. Nasib baik dia layan jugak upin ipin, at least hilang gak la tumpuan pd gatal2 tu. Dia terlelap kjp dan bila bangun tu dia meraung ckp mulut dia sakit. Pedih. Bila suluh tgk mmg bintat2 merah penuh mulut. Langsung dia takmo makan minum.

Last2 bawak gi klinik satu lg. Doktor cakap simpton campak. Doktor bagi antibiotik dan ubat tahan sakit (sapu). Ubat tu boleh letak kat puting susu atau sapu gitu je. nanti dia rasa kebas2.

Balik tu dia tido lg. Alhamdulillah, lps makan antibiotik tu demam baik, bengkak dan bintat dlm mulut hilang. Cuma masih gatal. Dah beralik ke kaki lak. Sampai mlm tadi aku duk garu. Tanpa henti okeh. Nak kenc*ng ber*k pun susah. Apatah lg nak solat nak masak atau sebagainya. Sabar je lah. Dengan org lain langsung dia takmo.

Tak pasal2 Danish kena marah teruk ngan aku sbb buat perangai. Huhu. Aku tau aku ibu tak baik. Takleh nak bersabar sikit dgn dia. Tapi, terrrr. Lepas tu rasa lah sesal. Maaf kan mama ek Danish.

Pagi ni dia mood ok dah. Cuma bila hantar ke rumah pengasuh dia meragam lak. Takmo duk kat situ. Tp pengasuh dia sms dia ok2 jer tadi. Ingat nya hari ni pun nak ambik half day lah. Kesian kat dia.

Isnin, 11 Januari 2010

JIMAT BELANJA

Dari kecik baby dulu lagi kan dina dah duk minum susu mamil (pilihan si abah). La ni dh step 3 dah. Abahnya ingat bila dah 2 thn lebih boleh tukar ke step 4, rupa2 nya lambat lagi. Tak kisah la.






Nak jadi cerita, kuat betul dia menyusu sekarang ni. Abih jer sebotol mintak tambah. Sekejapan tu mintak lagi. Kat rumah pengasuh pun sama jugak. Pastu kuat kencing lak tu.

Serabut dia duk mintak sokmo, aku mencadangkan kat hubby suh tukar susu murah. Lagi pun dah besar panjang dah, rasanya tak pe kut. Hehe (dasar mama kedekut kan). Tapi hubby cakap 'takpe lah, tunggu sampai abih step 3". Mek pun ok je. Bukan duit aku kan. Haha



Satu malam tu dorang kluar pi kedai.

Balik2 tu dina duk sibuk suh buat kan dia susu. Rupa2 nya dia beli susu dumex dugro yg coklat tu. Ari tu masa balik kampung aku perasan dina ambik perhatian sikit mengenai susu sepupu sepapat nya yg semua kaler coklat (tp tak tanya la dorang pakai brand apa..hehe). Ye ah, mesti dia heran awat susu dia jek kaler putih kan.

Hubby cerita, masa kat kedai, dia usyar dina susu tu, terus dina takmo letak. Siap tau tu susu coklat.

Hubby pilih dumex dugro sbb mamil pun under dumex gak kan.


Punya lah kemaruk minah tu dgn susu baru sampai takmo susu mamil dia. Siap pesan 'nak susu milo'. Amboi, kemain ek ko yang!
Satu botol ni kdg2 tak cukup tau. Siap mintak tambah. Aku risau karang muntah budak ni over limit minum nya.

Kat rumah ibu pun siap bawak bekas susu milo pegi sana. Malam tadi abah beli kan pek lain. Takkan nak usung ke sana ke mari kut kan? Lagi la dia hepi, siap menunjuk nunjuk kat atuk dia. Bangga sungguh ngan susu baru nya. Hiks

Nak elak pebaziran, kami campur jugak ngan mamil (ada 1 1/2 tin lagi). Beli mahal2 oo. Hehe

Banyak betul beza nya, dari 50 lbh hengget ke 20 hengget sekilo tu.

Bagus sayang oi, pandai berjimat.;P

Fesyen terbaru

Korang nampak tak?






Tak nampak lagi?




Meh nak zoom kan. Haaa, dah nampak kan?

Cara2 terbaru pakai jam. Kat lengan okeh. Jangan main2. Bajet abih bergaya dah tu.

Ahad, 10 Januari 2010

Juara lagu 2009

Blom tamat. Blom tau sapa yg menang. Aku saspek Faizal tahir. Dia kan anak emas tibitiga. Ngee.

Apa2 Hal pun yg paling menusuk kalbu adalah persembahan rock kapak SEARCH. Syok wa cakap Lu! Huhu... Terasa mau head banging bila lagu Pawana berkumandang. Tapi mikir kan takut terkantoi dgn ibu mertua, simpan dlm hati je lah perasaan tu. Hiks

ok la, dah Tiba masa utk result, jom sama2 tengok.

Teringin

Teringin nak makan colek ikan Dan udang celup tepung. Maka Nya telah memaksa Hubby membeli bahan2. Malam ni makan puas2.

MASIH ADA REZEKI

Semalam hari yg teruk bagi kami. Satu rumah pakat duk demam kecuali Dina. Danish alhamdulillah sejak tukar ubat dah ok. Cuma letih jer.

Balik dr pasar masak cepat2 sebab sakit kepala berdengung kes selsema. Mmg seksa lah. Hubby kluar pi beli brg kedai.

Dalam 12.30 dia balik tu anak2 dah ketidoran sama2 ngan mama dia. Hiks.

Hubby excited duk bercerita pasal tuuut (tak leh tulis kat sini dulu). So, aku tengah weng2 tu angguk je lah. Pastu hubby ckp dia nak kluar dlm jam 1.30 atau pukul 2. Aku mintak tolong hubby goreng kan ikan sbb bila bangun terus berpusing satu dunia gitu kaedahnya. Misali sungguh aku kan?

Aku nampak hubby gi dapur. Pastu dia kluar balik join aku kat living room sambil potpet2 bercerita. Pastu ada call. Brok brek brok brek dia duk ckp. Lesai ckp dia dtg pot pet2 dekat aku. Pastu bunyi call lagi. Aku ni duk pikir, hubby ni tak goreng kut ikan, takdak bunyi berdesir pun. So, aku rilex la.

Pastu bunyi call sekali lagi. Aku pun konfem la agaknya hubby blom goreng ikan. Lesai dia berckp call yg ke 3, aku tengok dia berlari ke dapur. Terus jantung ku terasa jatuh. Sungguh. Otomatik bingkas bangun, tengok asap berkepul kepul ke luar ke ruang depan.

Masuk ruang dapur dah tak nampak apa. Asap hitam penuh ruang. Terus buka segala pintu dan tingkap. Masa aku masuk tu api masih menyala kt dapur. Hubby dah pasang kipas pun. Dah buang pun hos gas. Rasa lembik jer bila tengok minyak dlm botol hampir cair botol nya. Dah kerepot dh. Kalo tembus botol tu tatau la. Langsir dah hangus separuh (agak tinggi kedudukan langsir tu). Kabinet atas nya masih ok. Api 'makan' minyak dlm kuali. Masa hubby masuk tu dh habis pun minyak. Dah rentung pun kuali. Seriau sungguh!

Macam2 aku duk terbayang. Huhu. ALhmdulillah masih ada rezeki kami. Kalo lewat seminit lagi tatau la.

Syukur ya allah kerna masih memberi kami peluang. Memang kejadian ini betul2 menjadi pengajaran buat kami.

Jumaat, 8 Januari 2010

Danish demam

Tgh hari semalam, mil call Hubby bitau Danish letih. Mil bimbang Danish kebuluran. Ye lah tetiba je blk skolah mintak nk tido. Dia ckp dia letih. Aku mula la risau. Kalo demam tak la risau sgt (risau jgk) Cuma dh tau blh bagi ubat demam. Risau takut benda lain jer. Hubby dh pesan suh mil suap kn ubat lps dia bgn tido.

Blk keje dia dh ok cuma tubuh dia suam. Biasa lh simptom demam kn.

Nak jadikan crite, mlm demam dia makin teruk. Nk bwk gi klinik doc peribadi(sesedap rasa ckp peribadi) takde kt klinik. Doc lokum mmg Kami takmo. So bertahan dgn ubat je la. Nampak kurang berkesan, masuk kn sebijik turpedo baru lah kebah. Tido mlm pn merengek tak lena. Hari ni pun sama. Maghrib td makin teruk.

Hubby pun study kandungan ubat biasa neurofen ngan ubat yg doc tukar ( masa dia demam bulan 9) baru lah sedar rupa2 Nya Kami duk bagi ubat yg tk cukup dos. Alahai, kesian anak mek. Bergegas Hubby gi klinik beli kn ubat lain. Rupa Nya ubat tu dh abih. Adeii

harap2 Nya lps mkn ubat baru Danish cepat sembih la. Moga ahad ni dpt gi skolah.

Sokmo kalo Danish demam Kami terbagi ubat yg tk cukup dos. Kes masih duk ingat dia kecik lg. Hmm... Mcm2.

Khamis, 7 Januari 2010

ENTAH BILA

Entah bila tatau nak hantar kain2 ni ke tailorina.

Ada 3 pasang yg aku rasa dekat setahun dah kut duk ngan tukang jahit kegemaran. Masa raya tu ari dia siap kan yg sebelum2 tu. Pastu sibuk ngan org nak pakai kenduri kendara. Pastu pulak bz jahit baju skolah. Abih tu giliran mek bilo? Adeiiii....karang out of date kain2 aku.

Tukang jahit sorang lagi kat kampung hubby (kampung kujugak la now..hehe) Ada 2 pasang. Dah dekat 2 bulan kut. Segan nak pi tanya. Sebab ari tu dia cakap nanti dia pesan ngan sapa2 kalo siap. Huwaaaaa.... takde pesan2 pun ni.


Ari ni beli agi kain.




Pink dan hijau.



Tapi rasanya tunggu yg mana2 siap dulu lah baru nak hantar. Atau pun bawak balik kampung ku, cari tukang jahit lama. Tengok la nanti.

BUBUR ASYURA

Adeh..aku nak gigi biru gambar acara mengacau bubur asyura, tapi problem pulak. Tgk la nanti.

Ekceli, tuan DO arahkan semua jabatan seluruh jajahan menyertai acara kacau bubur asyura ramai2 kat padang majlis. Kalo dulu2 buat pertandingan. Tapi kali ni semua tak mo. So, kacau untuk suka2 jer.

Akan tetapi, sejak malam tadi, hujan tak henti2. Padang becak gilo. So, bos arahkan punggah semua peralatan bawak balik ofis. Kacau kat ofis je lah senang. Kat padang dah jadi mcm sawah padi dah.

Gege riuh mmg la kalo ada majlis cenggini. Dari hari selasa lagi duk rebus daging, kopek bawang, goreng kelapa, goreng mcm2.

Bersambung semalam sampai pagi ni keje tak abih2. Pastu bila dh pindah tempat terus dpt ide nak tanak nasik ulam budu sebagai tambahan, makan ramai2. Memula tu tempah nasik lauk ringkas2 jer sbb nak bawak ke padang kan.

Ok lah, nak kena pegi tolong dorang pulak. Babai

Rabu, 6 Januari 2010

KEMARUK KOREA

Aku ada satu penyakit baru (padahal dah lama, now merebak kembali)


Mabuk citer korea. Espeacially drama bersiri dorang.


Kemabukan terkini.

Kalo cenel 303 aku baru lps abih tgk full house. Syok ooo. Lawak sampai boleh gelak guling2. Sedih sampai aku nangis bercucuran ayaq mata. Syahdu, jatuh cinta, blushing, macam2 rasa ada
Walopun crita ni dah lama tv 8 siar, masa tu aku tak sempat tengok. Tetap la aku tangkap leleh layan tv korea. Balik kerja terkam tv dulu. Kalah anak2. Hak hak.

Aku suka watak heroin dia. Lawa lah minah tu. Tapi mmg aku ada masalah nak ingat nama2 watak. Susah nak di sebut. Er, heroin citer sama tak ngan citer My Girl? Rupa lebih kurang jer.

Yg aku rasa kurang syok, watak tambahan lelaki lebih hot dari hero. Haha. Gilak. So, aku rasa kalo heroin pilih watak tambahan tu ok jer bagi aku. Sewel! ;P




Dan jugak siri BOF kat tv 8 ni (ulangan). Jam 8.30 tak bagi dh hubby tgk buletin utama. Sampai danish pun dh terbiasa 'oh. mama tengok cite korea'. Hik hik

La ni tgh episod sedih. Uwa...nangis aku tau.

Cuma aku rasa kurang best sbb bagi aku heroin drama ni tak berapa comel mcm criter2 lain.

Now, kalo sempat aku mengadap utube tgk episod2 yg aku terlepas drama full house. BOF lak aku masih mengikuti kat tv.

Napa bila aku tgk citer korea, penuh penghayatan ek? Aku tak reti nak layan citer hindustan ke, melayu ke. Kalo crite omputeh pun harus komidi romantik jugak yg aku pilih.

Tapi citer korea mmg syok la.

PROSPEK

Bila rakan anda yang berpuluh tahun (melampau lah tu, means dh lama tak jumpa) tetiba telah mengontek anda (setelah sekian lama lost kontek), apa kah perasaan anda?

1. Happy sebab hubungan persahabatan yg renggang bakal bertaut kembali

2. Rimas sebab anda tak suka pada dia

3. Risau sebab kemungkinan anda bakal menjadi prospek



Hahaha...kamu2 semua pilih sendiri jawapan nya.

Kami (aku n hubby) kalo tetiba ada sms bertanya khabar dari nombor yang tidak di kenali, terus kami gelak. Sebab nya, mcm2 kemungkinan bakal berlaku. Sama ada betul kawan lama bertanya khabar, atau kawan lama mencari kontek lama untuk dijadikan prospek. Tapi, tetap jawab sms tersebut, pikir positif la. Walo pun dalam hati tetap was2. Hik hik.

Korang tau prospek apa? MLM la. Hadoiiii. Serabut tau.

Nak jadi cerita, ada kawan hubby telah mengontek hubby ajak ke rumah nya. Mintak datang jer. Mintak tolong dengar apa yg dia nak cerita. Berpuluh kali permintaan nya di tolak, sampai takde alasan dah. So, pergi lah suami ku rumah kawan beliau.

Ingat kan apa, duk kempen suh join MLM. Mcm2 alasan hubby dok bagi, tapi siap suh wat loan bank lagi. Hamboih!! Banyak cantik. Yang lagi best, bukan kawan hubby yg mengempen, tapi adik dia dan adik ipar dia. Buat pengetahuan semua, adik dan adik ipar kwn hubby tu tak pernah ada tegur menengur antara kami (hubby dah biasa ngan adik kawan dia masa kecik2, tp bila dh besar dah bersuami dah tak bertegur sapa dah) dorang pandang kami pun sebelah mata jer. Motif? Entah, agaknya dia rasa dia hebat kut. Lantak la. Dah dia hebat.

Tapi, sebab nak kempen hubby suh masuk MLM, banyak cakap pulak kan. Mesra lak tu. Tetiba. Magik dak? Hihi. Pastu kempen hubby suh masuk, nanti ada statement bank, kalu orang nak tuduh rasuah ke hapa boleh tunjuk statement bank. Tak ke mendidih korang dengar statement lagu tu? Mek panas nok!!

Rasuah kepala hotak mu!! Kuli batak macam kami nak rasuah binatang apa? Macam la aku laki bini ada kuasa nak meluluskan projek ke hapa. Rasa nak pelangkung jer dorang bila hubby cerita. Ish, silap orang la. Kami ni keje siang malam nak cari duit, senang2 jer nak ckp rasuah (walo pun keje tetap, banyak lg keje yg kami buat, selain masa pejabat. Eh kenapa aku sibuk nak cerita kat sini kn? Masuk topik balik) . Tak kena langsung berkempen macam tu. Tau!

Pastu duk tunjuk org tu pakai kete tu, orang ni pakai kete ni. No plat dikaburkan. Pastu duk ckp dorang dah ada prospek yg di jamin nak join. Siap cakap sampai bila nak makan gaji. Amboii!!! Malas nak panjang kes, hubby angguk2 jer. Balik rumah duk gelak jer. Hadoii. Kerana MLM, tak pernah bertegur sapa, tetiba jadik ramah kan?

Lepas tu, kawan hubby asyik call duk tanya bila nak join. Lama2 mebi dia fedup. Tetiba si adik dia pulak call. (Tak pernah2 hubby atau dia sendiri ada nombor masing2.) Duk kempen kalo takmo masuk yang 20k, masuk yg murah sikit 4k jer. Hubby cakap takmo. Tp dia takmo mengalah, duk kempen lagi. Hubby ckp, nanti2 lah dia pikir. Lama kelamaan dorang boring agaknya, dah lost kontek balik. Haha

Tiap2 hari pegi dan balik keje kami duk lalu depan rumah dia. Takde pun kete baru. Takdak dengar pun dorang dpt gi umrah.

Now, dah setahun lebih kut berlalu. Takde apa2 perubahan pun kat mereka. Tapi ada satu yg berubah, nampak jer kami lalu si adik menjeling tajam. Hak hak hak. Wah, upline sombong balik eh? ;P


Kami bukan mengeji MLM. Tapi, nak berkempen pun biar lah kena cara. Hormati orang yang takmo join. Tak perlu lah guna pendekatan yg 'kasar'. Kita bukan nya kenal sepenuh nya orang yg kita nak kempen tu. Kita mungkin tau dengan pandangan 'kasar' tapi kita tak kenal 'sebaliknya' prospek kita. So, jangan lah kawan jadi musuh hanya kerna kita nak kaya.

Selasa, 5 Januari 2010

BAJU BARU

Masa awal2 beli iphone ari tu, hubby dah tempek kan screen protection dan jugak beli sarung. Sebab sayang sangat kan, takmo la kasi calar. Konon.

Pastu, lama kelamaan hilang sarung nya tatau letak mana. Puas duk cari. Tetap tak jumpa.

Dina pulak sibuk nak tgk upin n ipin jek, abih calar balar badan iphone.

So, gi kb mall nak beli sarung baru. Dah la mahal, huduh lak tu (dasar org kedeut kedaung kan) Huhu..

So, ingat malas nak beli, tp terpandang dalam satu kotak cermin kat kaunter, banyak lak pilihan yg comel2 untuk iphone. Pilih2 punya pilih punya timbang2, last2 beli cover belakang jek la. Dah skrin depan dah tempek protection kan. 15 hengget jer. Mintak kurang tak dpt dah, harga offer katanya.


Mek minat kaler kelabu/silver. Tapi hubby suh ambik kaler fink. Sungguh feminin. Boleh lah kan?




bawak balik rumah, Danish ingat kami beli iphone lain. Haha

Dah tak risau dah nak bagi Dina tengok upin n ipin.

MAKAN MAKAN DI HARI WEEKEND

Hari weekend adalah hari masak2. Hehe. Hari lain masak jugak. Tapi ringkas sajork.


Weekend lepas, goreng udang sos lada hitam. Terangkat oh. Benar nya beli sos lada hitam ketam blackpepper singapore kat tesco. Cari ketam takdak, belasah udang ajo lah.




Beli jugak scallop.



Dan tersesat shell sekor. Isi nya lebih kurang jer.


Macam ni ha!



Di goreng dengan daun bawang. Sungguh manis.



Lagi satu hati ikan pari. Gaul garam kunyit, perap sebentar.



Dan panggang. Bungkus dengan daun kunyit dan daun pisang, sungguh harum bau nya.

Makan nasik tk perlu betambah, ratah jer lauk2. Haha

Isnin, 4 Januari 2010

BILA BALIK SEKOLAH

Semalam, walopun dah lega tinggal kan danish tanpa masalah kat sekolah, hati tetap dup dap dup dap. Asyik tengok jam jer. Bila lepas 12.45 baru rasa lega.

Lps hantar danish tu, hubby call MIL suh sampai kat skolah dia before 12.45. Mintak pergi ke kelas sebab beg dia berat sgt. Mmg tak larat la mamat kurus nak hangkut.

Balik keje tu aku tgk danish duk main dlm kedai runcit. Takde masalah lah kut. Hehe

Dia pun tgk kami balik, excited nak bercerita pasal sekolah dia.

Kemain hapy bercerita cikgu bawak gi kantin. Beli burger, beli air sirap. Siap gi koperasi beli sharpener dan eraser. Lega aku dengar. Dan terharu serta bangga sebab dia boleh join xtvt yg cikgu buat.

Pastu tolong di buat kerja rumah. Simple jer. Dia dh selalu buat dekat pra. Tapi tetap kena pantau sebab adik asyik ganggu.


Malam nya kecoh suh aku jahitkan lencana sekolah. Layan jer lah. Bagi dia tambah bersemangat nak gi skolah.




Dan adik tetap menyibuk sama nak pakai uniform.






Pagi ni pulak, ada ibu yg bagitau dah ada jadual So aku salin kan. Senang nak susun buku teks dia nanti. Takde lah semua buku buh dalam beg kan.

Pastu terlupa bagi duit belanja. Pusing balik. Kesian anak aku karang tak dpt membeli kat kantin. Ye lah bebudak kan, mesti lah nak membeli. Walopun tahu dah di bekalkan nasi dan air (dia takmo makan kat rumah, nak bawak bekal mkn ngan kenkawan), tapi hati tetap risau takut dia menangis tak dpt beli pape. haha.

Aku masuk balik sekolah, dorang tgh berdoa pagi. Danish terkejut tgk aku datang, siap segan2 lak tanya kenapa aku dtg semula. Haish, dah besar ke anak bujang mek? Siap segan2 lagik. Huhu