Rabu, 6 Januari 2010

PROSPEK

Bila rakan anda yang berpuluh tahun (melampau lah tu, means dh lama tak jumpa) tetiba telah mengontek anda (setelah sekian lama lost kontek), apa kah perasaan anda?

1. Happy sebab hubungan persahabatan yg renggang bakal bertaut kembali

2. Rimas sebab anda tak suka pada dia

3. Risau sebab kemungkinan anda bakal menjadi prospek



Hahaha...kamu2 semua pilih sendiri jawapan nya.

Kami (aku n hubby) kalo tetiba ada sms bertanya khabar dari nombor yang tidak di kenali, terus kami gelak. Sebab nya, mcm2 kemungkinan bakal berlaku. Sama ada betul kawan lama bertanya khabar, atau kawan lama mencari kontek lama untuk dijadikan prospek. Tapi, tetap jawab sms tersebut, pikir positif la. Walo pun dalam hati tetap was2. Hik hik.

Korang tau prospek apa? MLM la. Hadoiiii. Serabut tau.

Nak jadi cerita, ada kawan hubby telah mengontek hubby ajak ke rumah nya. Mintak datang jer. Mintak tolong dengar apa yg dia nak cerita. Berpuluh kali permintaan nya di tolak, sampai takde alasan dah. So, pergi lah suami ku rumah kawan beliau.

Ingat kan apa, duk kempen suh join MLM. Mcm2 alasan hubby dok bagi, tapi siap suh wat loan bank lagi. Hamboih!! Banyak cantik. Yang lagi best, bukan kawan hubby yg mengempen, tapi adik dia dan adik ipar dia. Buat pengetahuan semua, adik dan adik ipar kwn hubby tu tak pernah ada tegur menengur antara kami (hubby dah biasa ngan adik kawan dia masa kecik2, tp bila dh besar dah bersuami dah tak bertegur sapa dah) dorang pandang kami pun sebelah mata jer. Motif? Entah, agaknya dia rasa dia hebat kut. Lantak la. Dah dia hebat.

Tapi, sebab nak kempen hubby suh masuk MLM, banyak cakap pulak kan. Mesra lak tu. Tetiba. Magik dak? Hihi. Pastu kempen hubby suh masuk, nanti ada statement bank, kalu orang nak tuduh rasuah ke hapa boleh tunjuk statement bank. Tak ke mendidih korang dengar statement lagu tu? Mek panas nok!!

Rasuah kepala hotak mu!! Kuli batak macam kami nak rasuah binatang apa? Macam la aku laki bini ada kuasa nak meluluskan projek ke hapa. Rasa nak pelangkung jer dorang bila hubby cerita. Ish, silap orang la. Kami ni keje siang malam nak cari duit, senang2 jer nak ckp rasuah (walo pun keje tetap, banyak lg keje yg kami buat, selain masa pejabat. Eh kenapa aku sibuk nak cerita kat sini kn? Masuk topik balik) . Tak kena langsung berkempen macam tu. Tau!

Pastu duk tunjuk org tu pakai kete tu, orang ni pakai kete ni. No plat dikaburkan. Pastu duk ckp dorang dah ada prospek yg di jamin nak join. Siap cakap sampai bila nak makan gaji. Amboii!!! Malas nak panjang kes, hubby angguk2 jer. Balik rumah duk gelak jer. Hadoii. Kerana MLM, tak pernah bertegur sapa, tetiba jadik ramah kan?

Lepas tu, kawan hubby asyik call duk tanya bila nak join. Lama2 mebi dia fedup. Tetiba si adik dia pulak call. (Tak pernah2 hubby atau dia sendiri ada nombor masing2.) Duk kempen kalo takmo masuk yang 20k, masuk yg murah sikit 4k jer. Hubby cakap takmo. Tp dia takmo mengalah, duk kempen lagi. Hubby ckp, nanti2 lah dia pikir. Lama kelamaan dorang boring agaknya, dah lost kontek balik. Haha

Tiap2 hari pegi dan balik keje kami duk lalu depan rumah dia. Takde pun kete baru. Takdak dengar pun dorang dpt gi umrah.

Now, dah setahun lebih kut berlalu. Takde apa2 perubahan pun kat mereka. Tapi ada satu yg berubah, nampak jer kami lalu si adik menjeling tajam. Hak hak hak. Wah, upline sombong balik eh? ;P


Kami bukan mengeji MLM. Tapi, nak berkempen pun biar lah kena cara. Hormati orang yang takmo join. Tak perlu lah guna pendekatan yg 'kasar'. Kita bukan nya kenal sepenuh nya orang yg kita nak kempen tu. Kita mungkin tau dengan pandangan 'kasar' tapi kita tak kenal 'sebaliknya' prospek kita. So, jangan lah kawan jadi musuh hanya kerna kita nak kaya.

12 ulasan:

sisdee berkata...

:O (konon2 terkejut le kn) hahahah..tp mmg terkejut le..sbb ingat kita je pnah org buat..rupanya kat org lain pun depa buat..haahhahaah...

mmg pelik gile klu org yg tak pnah ramah tamah ngan kita tiba2 ramah...
letih le nk layan..nk pujuk pun guna cara bhemah sket..banyak cara lagi..tak suke org dok paksa2 camtu..

paling pnting suke ckp---gitu le org mlayu..mudah puas apa yg ada..--->dah rezeki Allah nk kasi segitu ek..nk wat camne

ceh..ceh..membebel lak mak..terlebih pns nie..!!

fabulous.farah berkata...

huhuhu..tu la masalah nye. macam ore nk soh make herbalife ni. malas nak paksa2..if die nak die cr kite..kite cerita jer.

takuk orang menyampah. boleh merenggangkan hubungan

KV berkata...

sisdee,
owh, awak terkena jugak? Macam2 kan.

farah,
a'a, plg takut bila kawan jadi lawan.

kirana berkata...

mcm tau jer mlm melibatkan modal besar2 ni...siap tlg nak buat loan lagik..ni kes beli pangkat..

kalau betul nak promote mlm..promote la produk dulu..kalau abgus baru join ...ni tak..dok sebok ajak org jadi member

ni kes sama ngn ipar duai saya..
tp mlm lain la..dok paksa duh jadi member..apa salahnya kalau bg try beli produk dulu..asben kite yg dok kena..dia tak reti nk tepis..kalau kite ada tepi..mmg kena tepis la..

KV berkata...

ana,
ramai yg terpaksa join kes segan.

oren berkata...

ada jugak lagu tu???

aku tak pernah kena..mgkn sbb aku nih luar dlm nmpak sengkek jek (mmg sengek ponn)..hihiihi..

~Eila @ Along~ berkata...

sis..betul3X..me dah masuk dan pernah buat..mmg berjaya pun..jual produk je..tp ajak kawan2? no no no..sebab me takmo menipu depa...me ni takde masa nak wat duit cara gitu..setakat jual brg okla..tp suh org join..maleh laaaa

zarin berkata...

hihi pernah terken dan cukup tak suka :)

KV berkata...

oren,
harap nya mu tak terkena lah. Sakit hati ok!

eila,
cara yg eila buat tu baru lah betul. Jgn la duk push org sesedap rasa kan.

zarin,
hak hak...mu pun pernah terkena? Senasib la kita

zailamohamad berkata...

betul tu akak, al kisahnya dalam famili ipar zaila pun dah kena demam MLM, macam ni kak ipar zaila yang no 1 ajak biras2 (kak ipar no 2 & 3 join MLM) buat loan ngan Bank Rakyat (pasai depa keje gov belaka) & pernah datang umah zaila ajak zaila join sekali (tapi masalah zaila ni keje swasta), kak ipar 1 call upline dia kata ni ada sorang keje swasta then upline dia kata swasta susah sket ah nak dapat (syukur alhamdulillah melepas hakuu) pahtu masuklah kak ipa 2 & 3 dengan mengeluarkan modal hampir RM23k & dapat barang dalam 10 bijik (buat pekasam kat rumah) pahtu loni dah jadi baloh doh sebab kak ipa 2 & 3 dok salahkan kak ipa 1 sebab xcara nk cari downline bawah dio (kak ipa no 1 ni dapat g sydney, umrah segala) so dah meregangkan tali silaturrahim sampai buatkan MIL sy sedih..inilah bahana MLM dalam keluarga kalau masing2 pentingkan diri masing!!

KV berkata...

zaila,
haa...gitu lah konsep nya. Kena korban kan 10 org nak kaya kan 1 org. Tak ke menzalimi tu. Kalo jual produk betul2 takpe lah jugak.

l i e y n berkata...

cerita awak ni saya pernah alami jugak. tapi tak le sampai bermusuh...mmg ada sebab MLM ni sampai putus kawan, putus sedara...bukan senang nak senang kan?