Ahad, 28 Februari 2010

PLAN TAK MENJADI

Semalam kan aku plan lps balik kampung nak gi makan satar dan otak2. Tak tak dapat sebab ada hal lain yg lebih penting.

Alkisahnya, belah pagi tu akak aku dah call bitau tanah pusaka dia dan kak M bermasalah. Arwah ayah aku 3 beradik, semua lelaki. So harta atuk aku yg ada dulu dorang bahagikan sama banyak. Tapi ada satu geran tu, arwah ayah dan pak da dapat 2/5 bahagian tp wak dpat 1/5. So anak2 wak tak puashati.

Kebetulan aku dah nak balik kampung tengah hari, so aku ckp bincang nanti petang la.

Bila je sampai ke rumah kak M terus aku ngan hubby wat siasatan. Akak pun dah balik, kami bincang2 3 beradik pompuan ni. Semua pakat duk desak akak ngan kak M di serah sebahagian tanah dorang untuk jadikan tanah arwah wak sama bahagian arwah ayah dan Pak da (pak da masih hidup tau, karang ada korang yg pening)

So, aku ngan akak gi rumah pak da. Kami rasa pelik sbb takkan la dulu masa pembahagian harta tu, wak puashati sbb dia dapat sikit. Mesti la ada sebab musabab nya kan. Siasat punya siasat, rupa2 nya arwah wak dah terima kat satu tempat lain yg lebih luas dari pakda dan arwah ayah. Patut la kat situ wak dpt sikit. Tu pun kalu nak kira campur2 semua, arwah wak dapat lebih berbanding ngan pakda dan arwah ayah. Adeii..letih aku siasat.

So, nak bagi dorang semua paham, aku lukis dalam satu kertas. Balik cerita satu persatu kat adik beradik lelaki. Dorang pun dah faham, so ajak anak2 arwah wak bermesyuarat malam tadi. Nak panggil dorang nak terang kan kenapa arwah wak dpt sikit kat situ. Kaedah cut and fill la.

Dah ramai2 tu, kami decided goreng mihun je la. Tak sempat nak masak grand2, masa dah suntuk. Lewat benar dah sepupu2 (anak2 arwah wak) datang. Aku dah la nak balik agak jauh. Semua orang duk kalut takut aku balik awal. Haha. Takde lah aku sekejam itu.

Awal2 lagi akak dan kak m duk pesan suh aku cakap dgn suara yg perlahan. Maklum lah aku ni bila bercakap suara cam petir. Bersungguhan. Hak hak. So, aku cakap ngan akak, biar dia yg cakap semua nya, kalo deme tu semua tak paham aku sambung.

Alhamdulillah anak2 arwah wak boleh terima. Tp mmg kami (anak2 arwah ayah dan anak2 pakda) dah sepakat, kalo pun dorang tak mo terima penjelasan pak da dan kami, pak da, akak dan kak m takkan gi serah sebahagian dari tahah tu. Mcm my hubby cakap la, 'mati syahid kerana memperjuangkan hak kita'.

So, aku berangkat pulang hampir jam 12. Tak sanggup dah nak tunggu sbb hari ni danish dah skolah. Tp masa aku tinggal tu dah ok. Alhamdulillah takde gaduh pape.

Sabtu, 27 Februari 2010

Rama - rama

Dah 4-5 hari aku kena paksa ngan Dina suh lukis rama2. Aku pun dah tau nak lukis jenis mana dah. Ni gara2 tu ari pujuk dia jangan kacau abang buat homework. Macam2 Hal anak aku ni. Dah la mewarna pun aku jugak yang kena. Sabar je lah.

Lagi pun dorang kena kurung dlm rumah. Cuaca sgt2 panas. Tak elok nak main kat luar. Tu pun asyik duk bersin je. Dah berair hidung dia.

Oh ingat tengahari lps lunch nak balik kampung la. Dah cakap ngan hubby. Boleh dia cakap tengok dulu. Hai harap nya dapat la balik nanti. Pastu petang nanti boleh bawak anak2 ke tok Bali or pantai air tawar. Dah lama tak makan satar Dan otak2. Teringin pulak rasanya.

Oh, hubby ngan mil nak gi kedai perabut kejap. So kena replace jaga kedai la. Ok, cau cin cau.

Jumaat, 26 Februari 2010

Sorang

Aku sorang diri lepak depan tv layan kardashians dgn lampu malap Dan sejuk ekon. Slalu ngidam Saat begini tp bila dpt rasa pelik pulak. Sunyi jer.

Dina dan abah pergi tahlil. Danish Dan mil pergi rumah kenduri sepupu mil. Siap Ada persembahan dikir barat kebagai. Sakan oh.

Ekceli Kami baru balik dr kb. Gi tesco beli berad herba ponni. Pastu gi dinner kt mc d tgh bandar langsung ke giant beli pet2. Itu je lah untuk hari ni.

Oh, Dina dh balik.

Khamis, 25 Februari 2010

Tak sempat

Dah la line tenet opis ku hazab, belah pagi tadi terbizi sikit. Ada meeting Dan benda2 lain. Hilang skt bosan aku. Hik hik. Eh, padahal aku nak crite yg tadi aku tak sempat hapdet blog je. Ngee

tgh hari, bff aku si chiffon ungu datang buat lawatan ke kawasan aku. Wajib la Kami beronggeng Dan lunch together. Sempat gi pasar minggu. Sambil mencari makanan utk lunch sempat juga ronda2 gerai lain. Lagi pun Hubby berulang Kali duk pesan suh belikan mil tudung aria.ni. Takde lah aria.ni, ala2 jer. Aku beli murah2 jer 4 lai ikut kaler kesukaan dia.

Masa nk balik opis tu terpandang lh sorang budak yg rambut cacak meninggi. Sakit perut aku n kawan gelak. Jam tgh hari berdiri budak tu masih dgn baju tido Dan rambut gerbang cacak. Dlm lingkungan umur 4-5 thn kut. Aku musykil pasal jantina dia. Mcm boy tp baju tido ropol2. Mmg Kami gelak mcm org giler. Budak tu siap perasan Kami gelakkan dia so dia siap angkat kening kt Kami. Lagi la aku bantai gelak sampai nk terkucil. Adeh sakit senak perut aku. Gelak sakan sampai kawan aku tergesel side mirror swift dia dgn anak Lori. Punya lh dia teriak terkejut tp aku bantai gelak. Last2 dia pun sambung gelak lg. Aku sampai suh dia stop kete jp nk kasi Kami gelak puas2 karang eksiden lak sbb duk gelak mcm orang gilo.

Tu lah kan. Sedap sgt gelak kt budak tu, tuhan dah balas tercalar skt cermin sisi. Tpmmg takleh tahan la. Lawak sungguh budak tu. Kami speku dia tak sempat Mandi sbb mebi pagi td mak dia nk cepat, maklum la org berniaga kan, sbb tu lah kut dia tk sempat Mandi. Adeii.. Tgh taip ni pun aku gelak sorang2.

Rabu, 24 Februari 2010

MINUM PETANG

Acara wajib kalo hari minggu. Mesti bawak anak keluar jalan2. Mana lg kalo tak shopping complex. Musim panas membahang ni wajib cari tempat ber ekon. Haha


Bila keluar lps bangun tido siang, wajib la lapar. Masing2 kebulur cari makanan.



Makan ringan2 je lah. Chiken pai. Haha..ringan katanya walopun kolestrol n kalori berjuta.



Tapi sedap banget



Tak sah kalo tak syok sendiri



Danish kena paksa pose



Anak2 makan jagung. Bila popo kluar jagung jek. Haha


Daa..

MY HUBBY MENANG 19K

Whoaaaa...

Gelak2 hubby bitau aku dia menang 19k. Banyak tuuu!!

Tadi,
Dia terima satu emel.
From shell kononnya. Menang 19k

My hubby dah geram (padahal before ni dah berjuta juta menang loteri lah, memang kereta la dan macam2 duk menang. Takde pulak dia layan)

So, dia call nombor yg di serta kan dlm emel tu

Orang lelaki yang jawab.

"Hello, shell malaysyia" (dah masuk slang indon, tp shell malaysyia tuuu)
" oo..shell malaysia yer?" tanya my hubby
" Ya, en mat yer? En mat dah menang 143 ribu, eh 19 ribu" (situ pun dah silap)
"Oh, saya menang 19 ribu?" tahan gelak
"Yer2, en Mat menang 19 ribu sempena ulangtahun shell"
" Habis tu, cemana saya nak dapatkan duit tu?"
" En mat bagi nombor akaun, nanti Shell akan transferkan duit tu ke akaun en mat"
"Eh, bayar cash tak boleh ker?"
"Eh, mana boleh, banyak tu! Kena masukkan ke akaun En Mat"
" Saya bekerja sendiri la. Takde akaun"
Tuuut..terus matikan talian. Hak hak

Oh, takdak keje sungguh my hubby.


Kalo lah betul, aku beli sukey dah sejibik. Hihi

Macam2 la.


p/s: Nama encik Mat tu mmg betul di sebut sbb nama my hubby bermula dengan Mohamad.

Selasa, 23 Februari 2010

BOSAN

Weh bosannya la wei.

Now, musim bizi tak berapa nak ada keje.

Aku? Terbedab atas kusi ni duk besar kan bontot.

Dah la line tenet kaput. Ntah bila opis aku ni nak di upgrade internet.

Kawan takde. Nak borak pape kena naik tangga lepak kat admin. Kat situ baru ramai ahli wanita. Hik hik. Kesian aku takdak kawan. Huish...bosan betul hidup aku neh.

Nak update blog takleh nak aplod gegambor. So, aku tatau nak cerita apa.

Huahhhhh..bosan.

Oh, aku jalan terhencut hencut. Dah 2 minggu. Hak hak. Kemaruk nak jogging sgt kan. Dah ke arah obesiti ni, jogging sikit terus sakit kaki. Ingat nak pi berurut la. Tp takda tukang urut yg berwibawa pulak. Best nya kalo ada org masaj. Lama dah tak berurut.

Isnin, 22 Februari 2010

PROSPERITY JALANAN

Kemain excited aku menunggu gerai burger ni buka. Konon2 nya burger ala prosperity nya mengalahkan mekdi sedap nya.




Tapi hampeh. Langsung tak kena ngan selera aku. Blekpeper nya masin dan masam, jugak pahit. Hilang terus deria rasa sedap kat lidah aku.

Keni pi cari mekdi jugak lah nampaknya.

Lain orang lain selera ye dok?

Ahad, 21 Februari 2010

GILA ORANG BANYAK MACAM

Ada kenkawan yg komen aku membazir suka beli beg.

Pastu aku soal dia balik,

"abih tu, yg mu duk beli tudung ariani secara borong tu, apa?"

dia sengih.

Aku cakap ngan dia, kegilaan orang ni macam2. Ikut selera masing2.

Ada orang suka beli beg. Macam aku. Tapi bukan banyak pun aku beli. Berapa ketul lah sgt.
Ada orang suka beli tudung. Mahal ke murah ke, janji beli tudung. Macam kawan aku, tudung kaler belacan rasanya dalam 10 lai. Macam2 ada. Yg belacan tua, yg belacan muda. Pendek kata warna belacan lah.
Ada orang suka makan angin. Asal ada duit terus makan angin. Medan lah, bandung lah, bali la, jakarta la.
Ada orang gila beli barang anak. Semua branded. Baju sendiri tak berbrand takpe, janji semua barang anak branded.
Ada orang gila motor kete. Tak makan tak minum pun tak pe janji dapat mekap kete motor.
Ada orang gila gadjet. Henfon apa yg terbaru di pasaran, wajib dimiliki. Contoh nya.
Ada orang gila barang kemas. Tak beli benda lain pun takpe janji boleh beli gelang.

So, setiap orang ada kegilaan masing - masing.

Kenapa perlu dipertikai kan kehendak dan kegemaran orang lain sbb bukan nya orang mintak duit ngan kita pun nak beli pape.

Rabu, 17 Februari 2010

James bond

Syok kan. Dah 4 malam duk layan James bond kat tv2.

Memang tk pernah jemu.

AJA AJA FIGHTING

Hulawei..sejak aku sakit perut dulu, aku stop diet giler2. Pastu aku jogging ngan main badminton jek. Tapi bukan makin turun berat badan. Makin gemuk ada la.

Tak sanggup nak taip kat sini berapa berat aku. Sedih dan tension.

Danish slalu tanya,
"napa mama gemuk ni?"
"mana?"
"ni, perut! Gemuk!"
"entah"
" tu la, makan banyak sgt!"

ada satu malam tu,
"napa mama tak makan?"
"malas la"
"napa?"
"abih, abang ckp mama gemuk sbb makan banyak!"
sengih

see. Betapa laser dan jujur nya anak bujangku. Menurun sapa lah tu.

Bila balik kampung,
"weh, bakpo mu berisi sangat ni?"
"weh, mu ngandung pulok ko?"
"oo..org bahagia hati senang"
Secara direct atau berlapik, tapi membawa maksud yg sama.



Gemuk gilo muka aku kan. Tu pakai tudung, kalo tak pakai mmg hazab woh.



Aku pun tatau dah nak buat apa dgn badan aku. Kadang2 fed up. Kadang semangat muncul balik.

Ada sekali aku ym ngan si chiffon ungu (malas nak link)
Aku bersungut pasal aku segan kt kenkawan sbb aku gemuk. Nampak huduh gilo.
Dia pun tatau nak tolong cemana.
Aku cakap bagi lah motivasi kat aku. Supaya aku bersemangat.

Kalo korang nak tau, masa duk study sama2 dulu, sama ada geng 6 stoogers or 6 jahanam atau kawan kelas yg lain, semuanya lbh kurang satu saiz jer. Tapi bila masing2 dah kawin beranak pinak, semua org pakat jadi kurus melidi. Tetiba aku sorang yg mcm kuih pau. Tidak kah korang faham betapa tensen nya perasaan aku.

Cerita pasal diet, rasanya tak perlu lah aku taip kat sini. Sbb before aku dh buat entry khas betapa gigih nya aku 3 bulan tak ambik nasi dan air manis. Sampai aku kena ulser.

Now aku tak diet sgt2. Lebih kurang. Aku takleh makan ubat kurus sbb nanti usus aku nipis. Jadik menda lain plk. Ada yg sajes aku gi klinik. Ambik ubat dan nasihat doktor. At least doktor boleh pantau. Aku teringin nak buat tu. Tp nak tunggu lg 2-3 bulan lps aku tak ambik pil. Nak tgk dulu cemana 'tumbesaran' badan aku.

Oh, setelah aku mintak kawan aku memotivasi kan diri ku, dia kata aku kena betulkan niat. Niat aku nak kurus kerana apa. Sbb nak pakai seksi kah, atau sbb nak sihat kah. Nanti kalo terpesong niat Allah tak makbul.

Betul gak ckp dia. Tapi takde maknanya aku nak seksi meksi. AKu dah tua. Bukan budak2 remaja. Ye lah, sapa taknak pakai baju lawa2 ka, tapi bukan lah seksi. Aku nak kurus sbb aku rasa kaki aku makin hari makin sakit. Pinggang aku pun sama. Pastu rasa mcm lelah. Semput nak bernafas. Aku risau aku kena penyakit lain.

So, jalan yg terbaik buat masa ni. Bersenam la.

Aku main badminton, lompat skipping, sit up dan jogging. Ikut mood rajin malas. Tapi tetiap hari wajib buat walopun tak semua. Dan jugak tgk biggest looser utk naikkan semangat.

Hari ni terhencut hencut datang kerja. Kaki ku sakit. Hak hak. Takpe, no pain, no beautiful. Lama2 terbiasa ah. Petang karang kena pakai kasut stoking la.

Aja aja fighting.

SEKSA

adeiii..seksa weh nak aplod gambar. Dari semalam tak dpt. Asal aplod je putus line. Geram aku neh! Macam best sgt aku nak apdet. Wakaka

Uwa korang, aku tgh jeles nih. Opismate aku, kak Y singgah mai opis satni (dia cuti) bawak wrislet coach yg saiz besar. Kalo nak pi dinner seswai sgt. Huhuhu. Al menantu nya beli kat us. Siap mak kak Y dapat sebijik. Dah la dia beli murah. Kalo ku tahu, wajib aku kirim. Huwaaaa. Urut dada. Urut dada.

Takpe ah, rezeki masing2. Hak hak

Selasa, 16 Februari 2010

N

Nak mintak tolong uols la.

Sapa2 yg pakai iPhone sila ajar aku cemana nk apdet blog ngan iPhone. Hiks sungguh darat di situ. I know. Ngee. Now aku apdet pesen biasa2 jek. Sbb aku tak reti cemana nk upload gambar terus dr iPhone ke blog. Mintak tolong yer pada yg sudi. Sila lah ajar aku.

Apa2 pun segala pertolongan uols aku dahulu kan dgn ucapan ribuan terima kaseyyyyyy.

family members

Huhu..

Tadi aku wat keputusan add salah sorang ahli family ku di muka buku. Pertama kali aku add ahli family. Hiks.

Reasonnya? ntah. Mebi sbb masing2 dh tau msg2 ada facebook kut. Hak hak.

Dedulu aku tak nak berkongsi apa2 secara online dgn family. Pernah sekali ada kawan suh aku join satu grup di muka buku. Memula tu aku join. Pastu bila tgk senarai ahli, ramai sedara mara ku menjadi ahli nya. Terus aku kluar dr grup tu. Keji tak?

Haha. Tah kenapa. Rasa tak selesa je berhubungan secara online. So tadi aku gigih mencari sorang2 ahli keluarga ku. Rupa nya depa pun dah jumpa my muka buku. Hak hak. Rasa bersalah kalo tak add dorang. Hihi. Takpe lah. Muka buku masih terhad kepenggunaannya.

Bukan mcm blog. Blog adalah luahan rasa hati ku. So, buat masa ni rasa nya blog ini biar lah menjadi rahsia. Mungkin suatu hari nanti hati ku terbuka untuk berkongsi dengan mereka. Eh, mana tau ada antara ahli keluarga ku sudah menjadi pembaca senyap blog ini. Sila2 lah klik nanang yer. Hak hak hak. Mata duitan di situ.

Oh, walopun ahli keluarga, tp kdg2 masing2 bz ngan life memasing, so aku rasa muka buku adalah jalan terbaik untuk mengetahui berita terkini antara satu sama lain. Ok gak kan.

Isnin, 15 Februari 2010

Muak

Holawei...perasaan muak terhadap gulai kawah sudah terasa. Semalam balik kampung. Abang sulung kenduri akikah cucunya. Memula dh risau takut takleh balik sbb hubby mabuk gulai. Asyik ulang alik masuk bilik termenung jek. Sampai demam2. Kesian dia. Aku dah rasa serbasalah. Takut family kt kampung kecik ati kalo Kami tak balik. Lagi pun dh sebulan tk balik jenguk dorang.

Tapi alhamdulillah hubby gagahkan diri. Sampai gak Kami kt kampung. Kami check in rumah kak m dulu. Hubby dh flat. Tak larat Dan terus tido. Aku join abg ipar Dan anak2 buah gi rumah abg long.

Menu Nya gulai kambing, ayam goreng, teresek jantung pisang, ulam budu, Dan solok lada jugak solok buah tene. Buah tene tu lupa la bahasa standard dia apa. Hehe

lesai makan2 Dan tolong apa yg patut Kami blk rumah kak m semula. Acara lepak2 Dan borak2 bersama family. Sambil makan limau lokam Dan acara carik uban. Giler kampung. Hak hak. Tapi tu lah, suasana begitu yg mengeratkan hubungan Kami adik beradik. Alhamdulillah, walopun arwah ayah dan mak dah takde, hubungan Kami masih lg utuh.

Oh ya, kak m sempat memberi hasil getah ku yg penoreh pesan pd dia. Alhamdulillah rezeki. Getah mahal kan sekarang.

Lewat ptg baru kami pulang. Singgah rumah kak I bagi gulai sbb dia blk awal skt dr Kami. Sampai2 dah maghrib.

Hari ni lak, memula tu ingat nk gi pasar tani machang sbb kak m menjaga kt sana. Ingat nk mkn sate Dan gulai nangka. Tapi brung brang dh jam 10. Tgk cuaca panas menyengat. Tak jadi lah. Lg plk Dina selsema. Kesian lak kt dia. So layan biggest looser special edition. Jam 12 baru sibuk nk Mandi. Haha

hubby nk keluar beli barang Dan kuih kosu utk nenek. Dari pagi lg nenek duk mintak. Pastu singgah makan sup kt kedai melor. Murah Dan sedap. Danish minum teh beng. Aku ngan hubby air kelapa. Aku order mihun sup perut. Kongsi ngan Danish. Hubby mkn nasi sup perut lengkap dgn ikan kering Dan telur dadar. Semua 10 hengget jer. Heaven!

Oh kat kedai tu Ada pokok markisa yg zaman kecik2 dulu aku panggil buah Oren. Haha darat sungguh masa tu. Berkenan sungguh ngan pohon markisa tu. Dah buah Nya byk bergayutan. Susah dh nk jumpa skrg. Nk Tanya tuan kedai segan lak rasanya. Ari tu dh Tanya kt nurseri tp takde. Sapa2 yg baik hati tolong lah sedekahkan pada ku pokok markisa. Jual pun takpe.

Balik rumah tgk finding nemo Dan sambung terminator. Petang karang ingat nk gi kb. Oh jalan sudah jem sana sini. Letih.

Sabtu, 13 Februari 2010

Sendat

Holaaaa

Kami baru balik dr kenduri. Hari ni Ada 3 jemputan. 2 kt pasir puteh. 2-2 opismate. Rumah pertama menu gulai kawah, ayam percik, sambal bilis kacang Dan acar jelatah. Pencuci mulutnya agar2, Cara berlauk Dan tapai pulut.

Rumah kedua Kami tk ambik nasi pun. Ratah ikan goreng, gulai kawah, gulai nangka udang Dan labu sira. Sungguh sendat perut kami. 2-2 rumah bagi ole2 yg comel. Terima kasih kak yah Dan pak nik. Makanan sungguh sedap sekali.

Oh rumah ketiga buat jamuan laksa. Jiran tetangga Kami je. Kawan Hubby masa kecik. Dorang wat solat hajat sempena isteri mengandung 7 bulan. Lps asar nanti lh pegi. Now nk gi lalaland dulu. Hehe

Jumaat, 12 Februari 2010

Tarian singa

Kami baru balik dr Kota bharu. Jalan2 Cari pasal. Hehe

memula gi kb mall. Hubby nk beli stoking. Sempat rembat blouse mudah 2 lai. Ambik kesempatan sales cny. Tp q nk bayar punya la hazab. Cashier sorang diri tanpa pembantu adalah mimpi ngeri. Kesian hubby n anak2 menunggu. Pastu baru gi beli stoking Abah. Masa beratur nk membayar, anak Buah call Hubby. Aku dua tiga Kali menjeling, tup2 Dina terlentang sbb dia bergayut blkg stroller. Aduhai, melalak Salam anak aku. Tgh duk q tu aku terkam gi ambik Dina. Hubby terpinga pinga. Geram sungguh. Segan dgn org lagi. Mesti org ckp mak sibuk nk shopping bapak Nya plk bz bertelefon. Anak2 terabai. Hubby mmg, kalo dia buat satu benda terus tumpuan utk benda lain hilang. Sabar je lah. Nasib baik jatuh nya slow je. Lama jgk la memujuk.

Pastu bwk anak2 tgk org main bowling Dan ke kedai pets tgk binatang mcm2. Sudah kt situ masuk pacific jp beli groceries. Pas tu gi pasar malam buluh kubu beli makanan dinner.

On d way balik tu jumpa 4-5 geng tarian singa tgh metonda bandar. Pestaim anak2 tgk. Dina excited sungguh. Siap bersorak terlompat lompat. Danish lak menangis ketakutan. Haru betul mamat tu. Tapi kami dpt 6 biji limau masa tgk show dorang tu. Ada sorang apek ditugaskan membahagi limau pd kenderaan lalu kut situ. Toche toche.

Dina tk puas tgk, ajak tgk lg. Tp serabut ngan Danish yg penakut amat. Eh besok mlm dah takde pertunjukan ke? Dorang makan besar kan. Kalo Ada, ingat nk bawak Dina pi tgk. Danish takmo ikut. Haha

Khamis, 11 Februari 2010

CUTI PANJANG

Hari ni hari last bekerja before CNY.

Korang cuti berapa hari ek?

Kat kelate cuti ahad dan isnin. Tapi jumaat dan sabtu tu cuti weekend. So, dapat la 4 hari. Aku malas nak sambung cuti lps tu. Takde benda nak buat. Hehe.

Skolah Danish cuti seminggu. Sbb skolah dia dh ganti hari sabtu 2 kali. Ada skolah yg tak ganti, so dorang cuti sampai isnin gak ler.

Ramai tak balik kampung? Aku bajet kota bharu sesak giler ah bermula sabtu. Kenkawan pun ramai yg balik rasanya.

Kenkawan ofis berkenduri sakan menerima menantu. Kat kampung lak, buat makan aqiqah cucu2 sedara. Holawei, dh ramai cucu aku ni tau. Hihi

Kenkawan hubby pun ramai yg balik dan ada yg dah book nak datang rumah. Dengar cerita dorang nak wat reunion. Tatau la jadi ke tidak.

Apa pun, selamat bercuti yer korang. AKu tatau la dlm masa 4 hari ni sempat update blog ke tak. Aku pun rasa alam blog mebi sepi sikit lah kut.

Rabu, 10 Februari 2010

PENYEGAN

Aku rasa susah hati betul lah ngan perangai penyegan Danish. Semua benda nak segan.

Now dah skolah darjah satu. Tp segan nak membeli kat kantin.

Bayangkan, duit 2 hengget di beri, jarang sgt kami top up. Tetap ada 2 hengget tu je la dlm wallet dia. Bila tanya napa tak beli makanan kat kantin, senyap jer. Bila tanya, 'abang malu ker?' terus angguk. Parah betul.

Kalo duit dia luak pun, kes ikut kenkawan gi koperasi. Beli buku kaler2 atau gam. Gitu je lah. Heran betul, gi koperasi tak segan pulak.






Kalo nak di bandingkan dgn Dina, mmg jauh la. Dina kan over konfiden. Hak hak. Hari2 mintak nak gi skolah uols. Serabut aku. Kalo abang nak buat homework mmg bercinta lah nak setelkan problem dia dulu. Semua yg abang buat dia nak buat. Geram aku.



Apa pun, anak2 mama, moga beroleh keyakinan diri dan pandai jagad iri. Mama dan abah sentiasa mendoakan.



Sayang dua2 permata hati mama. Mmmuaahh!

JERUK MAMEY

Eh, bukan Me.mey awek Nor.man Ha.kim yer.

Tapi sebutan lebih kurang (dlm bahasa kelate la). Cuma tukar E ngan A jer.

Pokok mamey ni tumbuh melata. Biasa tumbuh liar jer. Tp jiran depan rumah aku siap tanam. Bila dah sesuai di tuai nya dan buat jeruk.

Seingat aku tak pernah org makan pesen lain, makan jeruk je. Biasanya di makan dengan nasik. Rasa nya masam2. Dan aku suka sgt.

Dulu, zaman tak sakit perut, siap hirup kuah nya. Tapi now kena lah kawal2. Makan lebih kurang jer. Kasi hilang terliur.


Oh, ada jugak pucuk dala yg di jeruk cenggini. Rasa lebih kurang je.

Selasa, 9 Februari 2010

PAKCIK KENNY

Lepas abah dorang balik kl, wajib la bawak anak2 kluar jalan2. Lagi pun bnyk barang nak kena beli. So, pergi tesco je la.

Abah belanja makan pakcik kenny.



Dina carah.



Abah punya ice lemon tea.




Danish punya jus oren.


Abah punya. Wajib ambik nasik sbb kelaparan. Danish suka nasik pakcik kenny.



Ni mama punya. Kongsi ngan dina.



Kenyang perut suka hati.

BUAH PLUM

banyak2 buah, buah plum antara yg aku suka.

Kesnya, nak makan tak renyah. Basuh jer, terus ngup ngap. Hak hak. Giler pemalas. Makan pun berkira.


Minggu lps aku gi supermarket dpn opis. Tekejut aku tgk rege mahal gilo. Apsal naik mencanak canak ntah. Tak sanggup nak beli rasa nya. Uwaaaaa


Bila hubby gi kl, aku siap pesan awal2 suh beli buah plum kt pasar chokit. Beli banyak2. Tak beli buah lain pun takpe. Haha. Keji.

Nak jadi cerita, puas pusing cokit tap takde buah plum. Bila hubby sms takde, frust gilo aku. Dah la kat cokit buah murah.

Last2 dia pi cari kat pasar sebelah cokit. Aku lupa la apa ke nama. Mujur ada. Tu pun sikit jek. Haha. Macam org mengidam aku kan. Suka. Suka.
Merah menyala mak ngah. Sungguh juicy.



Dan hubby beli jugak buah lain. Oren besor. Aku suka jugak sbb manis. Tp lambat la nak habis sbb kena kopek bagai. Haha


Jugak buah pear wangi.


Oh, now tgh makan limau mandarin. Macam opis aku lak nak beraya CNY ni. Semua tempat wangi bau limau.

Isnin, 8 Februari 2010

MUSAHABAH DIRI

Ingat dak entry2 lampau aku dulu? Malas lah nak cari. Kalo korang ingat, ingat lah. Kalo dak pun, takpe. Hehe

Dulu aku menyampah ngan segelintir perempuan2 bini orang keliling aku ni. Tak pernah cukup dgn kasih sayang suami. Mencari cinta lain. Aku cukup menyampah, cukup geram, dan semua rasa lah ada. Tp bukan jeles yer.

Now, sehari dua ni, mcm2 berita sampai kat telinga aku.

Kes 1
Perempuan (bini orang) mempergunakan lelaki dungu yg kemaruk nak bercinta (suami orang) untuk kesenangan hidup nya. Bukan sekadar tenaga, habis harta benda wang ringgit di kaut nya. Kad kredit over limit dah. Teruk kan.

Now, suami dia berbini sorang lagi.

Aku tatau nak kata apa. Masa suami dia duk bercinta dengan mmg nanar. Mintak nasihat orang. Tapi dia sendiri mcm tak mahu megubah sikap dia. Masih mempergunakan suami untuk kepentingan diri. Kereta suami dijual untuk membeli kereta yg lbh mewah kepadanya. Tp tak sempat beli sbb org lain sibuk buat rumah, makanya dia pun nak buat rumah jugak. Habis separuh gaji suami nya di potong untuk loan rumah. Suami nya terpaksa berlapar dan tak balik jumpa anak2 sbb tiada duit sbb selain kena potong loan rumah, suami nya terpaksa memperuntukan sejumlah wang untuk keperluan anak2.

Padahal bagi aku, umur dia baru setahun jagung. Dua2 baru bekerja dan duduk berasingan. Lagi pulak duduk dengan ibu, rasanya tak perlu tergesa gesa nak membina rumah. Bina lah hidup biar stabil dulu. Tak perlu terkejar kejar. Akan sampai masanya untuk memiliki aset suatu hari nanti. Kecuali kita mmg dah kaya raya tak perlu nak pikir benda lain dah.

Dari sumber terdekat, suami nya kecewa akan sikap isteri dan berasa sunyi bila berada di perantauan sorang diri. Nak balik jumpa anak isteri, duit takde, terpaksa di catu. Nak2 pulak ada anak gadis yg menggoda. Makin la terbuai buai dgn cinta anak remaja. Orang yg sunyi, di sua kan kasih sayang, harus la kan.

Entah la, aku pun tatau nak komen apa. Dari geram, aku jadi kesian dengan dia. Aku pun perempuan. Ada suami dan ada anak2 macam dia. Sedih tau. Dia jauh ngan suami. Struggle ngan anak2 kecik. Suami lak sesenang jer bercinta. Pastu dah kahwin pun.

Tapi aku tatau la dia dh tahu ke belum pasal status suami dia. Hanya org keliling yg duk bercakap.


Kes 2
Jugak bini orang. Asyik masyuk bercinta dengan suami orang. Suami sendiri di layan ala tak ala jer. Si suami lak, bila di beritahu buat bodoh jer. Termakan pujukan si isteri. Macam dayus sgt2 la aku tgk suami dia.

Si bini ni asyik masyuk bercinta mcm2 plan di buat nak kluar dating ngan kekasih hati.

Tup2 aku dengar, dorang gaduh2 nak bercerai sbb suami dia ada awek. Budak u. Masih belajar.

Halaweh. 1-1 lah kan?

Dah dia pandai bercinta, apa pulak nak kecoh kalo suami dia jugak pandai bercinta.


Entah la. Tak paham aku. Bila terjadi benda2 gini kat dorang, aku turut rasa sedih. Jugak pengajaran pada aku sebagai perempuan. Belajar lah bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan sesekali memperlekehkan suami kita. Jangan anggap jejaka lain nampak hebat, kita terkejar kejar jejaka itu sehingga kita lupa sebenarnya suami kita lebih bernilai.

Lepas terjadi nya benda sebegini, apa yang perlu dibuat?

Ahad, 7 Februari 2010

I'M NOT SURVIVOR

Khamis lepas hubby gi KL. Masa nak pegi tu, berjuta pesanan dia tinggal. Aku wat rilex jer. Ala, i can handle it! Kecoh jer hubby ni tau.

30 minit dia berangkat aku dh rasa lost giler. Hua hua hua. Rasa sunyi, rasa pelik. Walopun ada dina n danish tp mmg aku rasa lost la sgt.

Tengok tivi, boring. Masuk dapur, masak2 lbh kurang. Pastu ganti MIL kt kedai kejap. Pastu tatau nak buat apa dah. Teringat hubby pesan suh siram bunga. Aku add ngan cabut rumput skali. Anak2 riang main basikal. Tp aku tetap rasa lost. Huhu

Malam, lps solat maghrib bagi anak2 makan. Lepak tgk tivi lg. Rasa lost lagi. Dina tido awal. Selamat aku. Pastu bila danish tido, aku lak kesunyian. Rasa lost lg. Malam nya aku tak leh tido. Pelik je bila takde hubby kat sebelah.

u know, sejak kawen, aku tak pernah ditinggalkan suami cenggini. Dulu ada jgk zaman anak sorang tido kt rumah mak, hubby tido rumah MIL. Tp masa tu lain sbb kat rumah mak sendiri. Besok nya hubby dh tercongok sampai depan tangga. Pastu kalo kena kursus ke apa ke mesti sekali, haha. Walopun tido bilik lain2, tp minda ku sudah ter set yg hubby ada di kawasan yg sama.

Parah aku ni.

Besoknya, MIL beli sarapan. Slalu hubby yg buat. Aku lost lg. Bagi anak2 makan, kemas segala baju bajan, mendobi, aku keje tanpa henti. Rasa lost lg. Hua hua hua. Masak2 lbh kurang bagi anak2 makan. Rasa lost lg.

Tgh hari anak2 tido. Dah la danish sakit perut asyik ter.. dalam sluar jek. 4-5 lai sluar aku duk basuh. Bagi ubat demam dan ubat cirit birit. Ketidoran dia. Letih.

Petang, bila anak2 bangun aku tatau nak buat apa. Jaga kedai jap ganti MIL, pastu mati kutu. Goreng kopok kasi anak2 makan, pastu tatau nak buat apa dah.

Last2 layan dorang main basikal, aku siram bunga. Tak tahan main tah pape, jam 6.30 aku kurung dorang dlm rumah. Masak2 kasik makan. Malam tgk tv. Tp serius rasa sunyi gilak. Huhu.

Malam tu langsung tak lena. Risau hubby dlm perjalanan pulang. Moga2 takde aral. Dekat subuh baru nak lena. Sedar2 hubby buka pintu. Aku mamai2.

Seriusly mmg aku hilang punca bila hubby takde. Bila hubby balik je, terus aku lembik. Haha. Lemah semangat betul. Tapi aku bersyukur sepanjang hubby takde, aku boleh survive, boleh urus anak2 tanpa naik angin.

Masa duk lost2 tu, aku terfikir, cemana kalo hubby mati dulu? Agaknya mcm tu lah perasaan aku. Bingung, lost, tatau nak buat apa. So, cepat2 aku berdoa, moga2 aku yg pergi dulu sebelum hubby. Penting diri sendiri kan? Tapi mmg cannot help myself la. Itu yg menerawang kat fikiran aku masa tu.

Ya Allah ya tuhanku, kurniakan lah kesihatan dan umur yang panjang buat suami ku dan anak2 ku. Amin.

p/s: maaf buat yg rasa entry ni lekeh. Aku tau org lain sokmo berjauhan dgn suami. AKu baru 2 hari dh kecoh. But, it's my blog okeh. AKu taip perasaan aku jer. No hard feeling ya.

GERAM AKU

Masalah problem sokmo kalo babit org teknikal ngan orang admin. Nak2 pulak kalo bab cari fail dan dokumen keje.

Dorang ingat aku ni saja2 ke takde keje nak mintak dokumen bagai. Buang masa aku jer. Maknanya, bila org mintak tu, ada keje lah yg nak kena buat. Bukan saja2 nak buat, tapi arahan pihak atasan. Takdenya aku nak rajin tak tentu hala.

Yang geram nya, siap salah kan org teknikal simpan dokumen tak pandai. Adei, dorang ni tau skop keje tak ni. Geram aku ni. Kalo macam tu tak payah la aku keje teknikal department, baik aku keje jadi pencari fail jek.

Ada yg aku sembur seranah pagi ni. Puas hati. Cakap leklok tak boleh ker? Tau depan aku cakap berlapik semua. Belakang aku mcm2 duk mengata. Tak berani nak cakap depan2 eh? Bukan pakat2 nak selesaikan masalah. Tambah hot lagi ada.

Takde kejenya aku nak datang opis nak bergaduh dengan orang. Baik aku gi shopping! Geram aku.

Ni yang orang cakap bodoh tak boleh nak ajar!

Tak pepasal kalenjar hot aku naik lift pagi ni. Hangen!

Khamis, 4 Februari 2010

PALSU



Heehee..

Satu untuk Dina, satu untuk hubby dan satu untuk aku. Danish tak jumpa yg sesuai. Nanti kalo jumpa belikan jugak untuk dia.

Yang dina dan aku punya, Rina tolong belikan. Sakan aku menyusahkan dia. Lain kali boleh menyusah lagi tak Rina? Hak hak

Yang hubby punya dia beli di pasar malam kat rumah. Patent tu jer ada dan murah la jugak. Tapi kalo kat pasar minggu opis aku ni mahal. Nanti kalo jumpa yg murah dan sesuai untuk Danish aku belikan dia satu. Hehe. Kesian dia jeles sbb semua org ada. Yg lama dah ketat ngan dia.

Rabu, 3 Februari 2010

HAL WANITA

Perhatian: Orang lelaki tak payah baca yer. Tapi kalo nak baca pun takpe. Hak hak

Oh semalam, di samping mood weng2 sakit tonsil aku gagah diri jugak pgi klinik dan pusat bersalin altenatif an nuur.

Aku buat keputusan pakai iucd. Malas dh nak ambik pil. Dulu hubby tak benar sbb dia bimbang benda tu duk dlm badan kan. Pas tu aku dh tak tahan nak makan pil tetiap malam. Lagi pulak aku stress sbb badan jd gemuk terbabas. Bersenam ka, diet ka, semua tak jalan. Sebut aje jenama apa yg org ckp badan tak naik. Aku try semua. Tp hasil nya yillek. Makin hari makin gemuk. Tak ke tensen.

So, aku tanya kawan2 (kawan blog pun, you know who u're) dan aku suh hubby goole sendiri pasal benda alah ni. Alhamdulillah dia boleh terima.

Oh, nasib baik aku gi semalam sbb sejak aku ambik pil period pun ala2. So semalam pun doc was2 boleh buat ke tdk takut rahim dh tinggi. Tapi alhamdulillah ok boleh buat.

Pastu doc suh aku buat pap smear terus. Tp kan aku dh buat 2 weeks lps. Cuma result nya blom tau. Tunggu yg tu dulu la.

Masa borak ngan doc, aku cerita pasal arwah kakak aku yg kena kanser serviks tu kan. So, doc ckp if someone ada history kanser dlm family, better ambik vaksin mencegah.

Doc ct ckp ada 2 jenis vaksin. Satu, apa tah ke nama tapi sgt mahal. Dua, apatah ke nama jugak, a bit costly jugak la. Kena 3 kali injek dan sekali injek cost about 400 something. So aku ckp ngan doc, bila2 masa kalo aku nak suntik aku call dia. Ye lah, aku pun nk bincang ngan hubby dulu kan. Anytime boleh dtg je.

Bila aku bincang ngan hubby, hubby suggest ambik jer vaksin tu. Dulu ada dgr gomen nak bagi subsidi kan. Cost about 600 sorang. Tp senyap jer. Aku rasa mcm pernah terdengar dlm berita yg kementerian kesi.hatan nak injek bebudak form 3. Tp tatau la jadi ke tdk.

Aku dah tgk dlm oprah duk cerita pasal ni. Kat negara dorang vaksin ni rasanya free jer. Cuma ada parent yg tak berapa berkenan sbb dorang takut, bila remaja disuntik vaksin ni, dorang bebas melakukan seks bebas. Dah tak risau kena penyakit. Tp bagi aku benda tu berlandaskan iman la.

So, hubby nak try call doc feveret kami sbb nak tau kat klinik dia ada tak vaksin tu. Dan berapa kos nya. Kalo takde, mmg nak pergi an nuur la. Mebi masa check up sebulan lagi. Apa pendapat korang eh? Bagi hubby, lebih baik mencegah dr merubati. Duit boleh cari dia cakap. Aku pun rasa cam setuju. Kalo dh sakit duit takde guna kan?

Masa duk ckp2 ngan doc ct tu, dia perasan aku mcm semput. Dia ingat aku lelah. Haha. Aku kan sakit tekak, Tonsil bengkak penuh tekak aku. So, nak berbafas pun mcm tak berapa nak lepas. Kebetulan doc mmg dh nak bagi antibiotik sbb v***na ada mcm discaj skt. Bleh pakai antibiotik yg sama.

Aku serabut la pasal tonsil ni. Bulan ni dah 2 kali kena. Adui. Makan mmg kena pantang bebetul la. Asyik sakit dan bengkak aje. Peritnya aduhai.

Hubby suggest tunggu 3-4 bulan lg. Kalo asyik duk main on n off nampak gaya nya kena gi husm la. Kasi potong buang sama dia. Ngeri lak aku nak mebayang kan. Tp ofismate duk cerita (ramai antara dorang yg dh operate). Sakitnya dlm 2-3 hari jer. Pastu dh takde masalah dah. Tengok la nanti. Oh, sapa apa pengalaman pasal ni, sila lah bercerita dan memberi pendapat,okeh.;)

Selasa, 2 Februari 2010

MACADAMIA

Aku suka sgt kacang macadamia. Tapi rege nya ya ampun, mahal loh. Tp bila dh kempunan beli jugak. Makan sikit2, kasik feel lebih. Hak hak.

Tapi mcm lama duk cari kat mana2 store, dah tak jual kut kat kota bharu ni. Agak nya sbb mahal kurang laku kut. Logik dak mek speku?


Ari tu kat tesco jumpa kacang macadamia bersalut coklat. Excited aku membeli.


Tapi tak sedap ler. Kacang tu sedap, coklat tu yg kureng pulak. Mcm coklat kendos 20 sen yg kami jual kat kedai lak.

Terus hilangg feel.

BILA TIBA WAKTU MAKAN

Haha... takdak keje lain aku kan? Asyik cerita pasal makan sajork.

Napa eh susah benor nak pikir nak makan apa. Nak2 time bawak anak2 kluar jalan2. Macam dah terikat kena makan benda yg sama jek. Pelik sungguh.

Tapi kalo time biasa2, mesti terpegun tgk byk kedai makan yg menu nya best2. Pastu bila tiba time makan terus lupa dh kat mana kedai yg best2 tu.



Macam petang sabtu lepas, gi beli brg dapur kat tesco. Terus tatau nak makan apa. Last2 order yee mee sizzling jer. Tu pun kes dina n danish suka. Kalo dak mesti tatau nak makan apa.

Oh nampak tak stroller kt belakang. Dina now malas benor nak jalan sendiri. Asyk nak berdukung jek. So, bwk stroller la senang. Eh, tapi kan mcm org pelik lak tgk budak baya dina duk dlm stroller. Tak sesuai apakah? Tap lantak la, janji tak sakit pinggang aku nak kendong dia.

Kill the time. Tunggu makanan sampai, makan snek kentang yg beli kat tesco.



Bersungguh benor anak dara aku makan.



Abah mimipi apa ntah pi order bancau eskrem. Last2 kena order air lain sbb anak2 tak suka. Hik hik


Hmm.. waktu lunch nanti nak makan apa plak yer? Hik hik

Isnin, 1 Februari 2010

PAGI SABTU YANG HECTIC

Waduhh..hectic la sangat.

Memula bangkit lewat. Bendera merah kan. Bila lagi. Pastu terkejut sbb was2 sama ada danish skolah ke tdk. Mamat tu bukan dia tau sahih skolah ke tdk. Nak kena tanya jiran2. Cikgu skolah lak satu tak de bagi jadual skolah ganti. Buat aku pening jer.

So, danish tak skolah. Lesai. Abah beli kan sarapan. Nasik belauk daging bakar. Dan gulai kaki ayam feveret Dina.

Lps sarap siap2 nak gi pasar. Banyak benda nak kena beli. Lauk dlm esbox pun takde. So kena la topup bagai kan.

Dapat park kete dekat lah jugak. Sudah beli lauk kuih bagai tu, tunggu kat tangga pasar sbb hubby simpan lauk pauk dlm kete. Nak gi paksen la pulak.

Aim utama nak beli baju utk hubby. Suami ku mmg payah nak beli pape. Asyik syg duit jer. Haha. Aku slalu membebel kat dia sbb kdg2 aku rasa dia takde pakaian nak gi mana2. Serabut aku dok bebel, dia pun setuju lah nak beli baju. Haha. Ye lah, keje penat2 kan, takde rewards utk diri sendiri aku rasa tak best jugak. Ye dok? Betul la saving plg penting, tp nak la jugak rasa nikmat hidup. Tp nasib baik dia cenggitu, kalo boros cam aku mmg takdak saving aku rasa. Haha.

Naik paksen terus tuju booth camel. Brand kegemaran dia. Dia beli tiset 2 lai. AKu topup selai lg yg berkolar. Ala aku topup pun pakai duit dia yg bagi kt aku jugak. Haha.

Siap kat paksen, bertangga aku anak beranak kat situ sbb rasa cam jauh jer nak jalan kaki pi ke kereta. Tunggu hubby kt foyer paksen je lah.


Anak melepas rasa bosan di tangga paksen.






Lesai kat paksen kami nak gi beli barang kedai. Satu kedai selipar dan satu lg kedai borong makanan dan mainan. Punya la ramai umat manusia sampai 5 kali pusing takleh nak park kete. Stress okeh. Dah la panas. Last2 park kete jauh dan jalan kaki je pegi. Hubby suh tunggu dlm kete tp aku sibuk nak ngikut. Malas aku melangut dlm kete. Nanti anak2 asyik gaduh2 je.

Masa duk tunggu hubby beli brg2 kt kedai borong tu, dina jatuh longkang. Uwaaa...sakan menangis. Dia nak buang sampah. Tapi aku tak perasan lak penutup longkang tu terjongkit masa dia pijak. Terus melurut dlm longkang nko!! Panik abah dia. Huhuhu. Nasib baik takde cedera pape. Terkejut je la. Dan mujur jugak longkang tu tak dalam sgt. Huhu. Sori sayang. Rasa bersalah sungguh aku. Satu ari duk ingat kes dia jatuh longkang.

Lps kedai borong, jalan kaki lg pi kedai selipar. Ambik kesempatan belikan dina selipar harian. Dah pendek2 semua selipar yg ada. Besar panjang dah kaki dia. So dia pilih hello kitty kaler merah. Si danish pun wajib la merengek nak selipar baru jugak. Nak bagi adil, beli je spiderman utk dia. Ala, tokey tu bagi 3 hengget je sepasang. Sayang sungguh kt selipar baru sampai tak sanggup nak bawak ke tanah takut kotor.

Oh, senget benget hubby bawak barang sambil aku dukung dina dan heret danish. Haha. Takpe, walopun penat tapi kena la usaha gigih kan. Carik rezeki halal. Banyak kalori aku terbakar ari tu. Sampai ke kereta masing sibuk 'air! air'! Haus giler.

Pastu gi kedai plastik lak, beli kan penyapu dan bakul. Penuh kete sampai danish duk sempit jek. Haha. Takpe lah, untuk kesenangan masa depan mu jugak wahai anak2 ku. Perlu usaha yg gigih okeh.

Sampai rumah hampir jam 1. Tak larat dah aku nak masak. Beli lauk kat kedai jer. MIL dah masak nasik dan goreng kunyit ayam kampung. So, aku tanak beras herba ponni utk aku n hubby dlm microvawe je lah.

Pas makan, pakat landing tengok tv sampai tv tgk kami. Letih.

MACAM DAH LAMA

Napa eh macam dah lama rasanya tak gi kb mall. Ye lah, slalu kalo tanya anak2 wajib dorang nak gi tesco. Aku pun tatau apa motif yg menarik sgt kat tesco tu.

Petang jumaat tu, takde benda nak buat. Nak beriadah pun panas. Lagi pulak aku masih demam kan. Anak2 asyik merengek nak main basikal jek. Last2 abah ajak gi kb mall.

Sempat beli blouse selai. Sales CNY kan. Ramai nya manusia.

Layan anak2 main kat playland. Lama dorang tak main menda alah ni. Excited banget.






Oh, beli mc prosperity jer untuk dinner. Pastu balik makan. Tu je.