Ahad, 28 Februari 2010

PLAN TAK MENJADI

Semalam kan aku plan lps balik kampung nak gi makan satar dan otak2. Tak tak dapat sebab ada hal lain yg lebih penting.

Alkisahnya, belah pagi tu akak aku dah call bitau tanah pusaka dia dan kak M bermasalah. Arwah ayah aku 3 beradik, semua lelaki. So harta atuk aku yg ada dulu dorang bahagikan sama banyak. Tapi ada satu geran tu, arwah ayah dan pak da dapat 2/5 bahagian tp wak dpat 1/5. So anak2 wak tak puashati.

Kebetulan aku dah nak balik kampung tengah hari, so aku ckp bincang nanti petang la.

Bila je sampai ke rumah kak M terus aku ngan hubby wat siasatan. Akak pun dah balik, kami bincang2 3 beradik pompuan ni. Semua pakat duk desak akak ngan kak M di serah sebahagian tanah dorang untuk jadikan tanah arwah wak sama bahagian arwah ayah dan Pak da (pak da masih hidup tau, karang ada korang yg pening)

So, aku ngan akak gi rumah pak da. Kami rasa pelik sbb takkan la dulu masa pembahagian harta tu, wak puashati sbb dia dapat sikit. Mesti la ada sebab musabab nya kan. Siasat punya siasat, rupa2 nya arwah wak dah terima kat satu tempat lain yg lebih luas dari pakda dan arwah ayah. Patut la kat situ wak dpt sikit. Tu pun kalu nak kira campur2 semua, arwah wak dapat lebih berbanding ngan pakda dan arwah ayah. Adeii..letih aku siasat.

So, nak bagi dorang semua paham, aku lukis dalam satu kertas. Balik cerita satu persatu kat adik beradik lelaki. Dorang pun dah faham, so ajak anak2 arwah wak bermesyuarat malam tadi. Nak panggil dorang nak terang kan kenapa arwah wak dpt sikit kat situ. Kaedah cut and fill la.

Dah ramai2 tu, kami decided goreng mihun je la. Tak sempat nak masak grand2, masa dah suntuk. Lewat benar dah sepupu2 (anak2 arwah wak) datang. Aku dah la nak balik agak jauh. Semua orang duk kalut takut aku balik awal. Haha. Takde lah aku sekejam itu.

Awal2 lagi akak dan kak m duk pesan suh aku cakap dgn suara yg perlahan. Maklum lah aku ni bila bercakap suara cam petir. Bersungguhan. Hak hak. So, aku cakap ngan akak, biar dia yg cakap semua nya, kalo deme tu semua tak paham aku sambung.

Alhamdulillah anak2 arwah wak boleh terima. Tp mmg kami (anak2 arwah ayah dan anak2 pakda) dah sepakat, kalo pun dorang tak mo terima penjelasan pak da dan kami, pak da, akak dan kak m takkan gi serah sebahagian dari tahah tu. Mcm my hubby cakap la, 'mati syahid kerana memperjuangkan hak kita'.

So, aku berangkat pulang hampir jam 12. Tak sanggup dah nak tunggu sbb hari ni danish dah skolah. Tp masa aku tinggal tu dah ok. Alhamdulillah takde gaduh pape.

4 ulasan:

onnie berkata...

salam.....
bab pmbhagian tnh semua org sensitif, slp hr bln blh jd perang saudara.....
jgn jd cam akak , sdh diwasiatkan oleh arwah nenek (bersaksikan 2 org mak saudara) utk dibahgikan tnh tu kpd adik-beradk akak..atlast , semua tnh dikebas olh mak saudara sendiri....emmmmm...la ni , saudara sndiri pun xleh percaya, x tkt mkn hrta ank yatim n siap leh wat cam x berdosa lak...emmmmmmmm....: (

aNIe berkata...

Betul tu KV...bab2 hak pesaka ni biar terang & jelas...jgn ada mengungkit2 di belakang hari...

fabulous.farah berkata...

huhuhu..bab harta pusaka ni boleh bawak perang saudara

KV berkata...

onnie,
cuma ingat satu, jangan sesekali ambik hak orang dan pertahan kan hak kita.

kak anie,
yer, takmo la ungkit mengungkit anak cucu besok

farah,
mmg, kami dh mengalami nya. Dah siap masuk mahkamah bagai.