Isnin, 1 Mac 2010

5 minit

Anak aku 2 orang jer. Sorang sulung 7 tahun umur. Sorang lagi pompuan 2 tahun setengah umur. Tapi bab bercekau dua tu, masyaallah, mampu bikin aku jadik incredible hulk.

Nak2 bab berebut barang. Adik punya la semua nak konker, abang langsung takleh nak bertimbang rasa. Haish bebudak ni, kalu tak kena piat mmg la. Pastu kalo kena marah tau lak 2-2 sedih.

Ni mainan milik abang, adik yg pilihkan sebab abang tak ikut pi kedai.



Ni adik punya mainan, adik jugak yang pilihkan. Ikut citarasa dia la.



Akan tetapi, aku rasa tak sampai pun 5 minit, adik dah kecoh mau kan mainan abang. Yang dia punya tak hot, tak canggih. Abng plk langsung takmo berdiplomasi. Pujuk suh bagi pinjam kejap je tak jalan.

Last2 dua2 kena cubit. Puas meraung senyap la masing2.

Wahai anak2 ku, kalo korang baca catatan mama ni, mama nak korang tau mama dan abah sayang korang berdua tak berbeza. Mmg sayang sangat2. Oleh tu, sayang menyayangi lah dan bantu membantu lah antara kamu adik beradik.

Sekian.

8 ulasan:

Diarihatiku1976 berkata...

adik beradik.. kalo tak gaduh memang tak sah... gaduh-gaduh manja.. ahahkss

honeylanz berkata...

kv, dorang bercekau jugak ke? has igt anak² jantan has aja yg bercekau...isk..sabar aja la

rina berkata...

samo sepesenlah ngan adib n damia. cuma kes aku... adib byk gak mengalah utk adik dia. tension jer abang.

jane_doe3328 berkata...

haha, anak 2 org mmg camtulahkan :D

fabulous.farah berkata...

hish,,kanak2...jangan buat mama marah..

Zareda Norman berkata...

jangan runsing, adik beradik mmg kena bercekau.. barulah timbul sayang menyayang

~Eila @ Along~ berkata...

hehhe..kak kv, tu baru 2 org..agak2 kalo anak 10 org camne lak ek...hehe...ragam anak tu la menghiburkan hati kan.....

KV berkata...

diari,
mmg bergomol sokmo

has,
pompuan pun lasak cam jantan.

rina,
oh mujur lah kalo adib byk mengalah

jane,
kalo bertambah lagi tatau le

farah,
tp bila dorang takde rasa pelik plk.

kak zar,
takde la risau, cuma stress time dorang bergomol tu

eila,
tabik spring ah pada orang anak ramai