Ahad, 7 Februari 2010

I'M NOT SURVIVOR

Khamis lepas hubby gi KL. Masa nak pegi tu, berjuta pesanan dia tinggal. Aku wat rilex jer. Ala, i can handle it! Kecoh jer hubby ni tau.

30 minit dia berangkat aku dh rasa lost giler. Hua hua hua. Rasa sunyi, rasa pelik. Walopun ada dina n danish tp mmg aku rasa lost la sgt.

Tengok tivi, boring. Masuk dapur, masak2 lbh kurang. Pastu ganti MIL kt kedai kejap. Pastu tatau nak buat apa dah. Teringat hubby pesan suh siram bunga. Aku add ngan cabut rumput skali. Anak2 riang main basikal. Tp aku tetap rasa lost. Huhu

Malam, lps solat maghrib bagi anak2 makan. Lepak tgk tivi lg. Rasa lost lagi. Dina tido awal. Selamat aku. Pastu bila danish tido, aku lak kesunyian. Rasa lost lg. Malam nya aku tak leh tido. Pelik je bila takde hubby kat sebelah.

u know, sejak kawen, aku tak pernah ditinggalkan suami cenggini. Dulu ada jgk zaman anak sorang tido kt rumah mak, hubby tido rumah MIL. Tp masa tu lain sbb kat rumah mak sendiri. Besok nya hubby dh tercongok sampai depan tangga. Pastu kalo kena kursus ke apa ke mesti sekali, haha. Walopun tido bilik lain2, tp minda ku sudah ter set yg hubby ada di kawasan yg sama.

Parah aku ni.

Besoknya, MIL beli sarapan. Slalu hubby yg buat. Aku lost lg. Bagi anak2 makan, kemas segala baju bajan, mendobi, aku keje tanpa henti. Rasa lost lg. Hua hua hua. Masak2 lbh kurang bagi anak2 makan. Rasa lost lg.

Tgh hari anak2 tido. Dah la danish sakit perut asyik ter.. dalam sluar jek. 4-5 lai sluar aku duk basuh. Bagi ubat demam dan ubat cirit birit. Ketidoran dia. Letih.

Petang, bila anak2 bangun aku tatau nak buat apa. Jaga kedai jap ganti MIL, pastu mati kutu. Goreng kopok kasi anak2 makan, pastu tatau nak buat apa dah.

Last2 layan dorang main basikal, aku siram bunga. Tak tahan main tah pape, jam 6.30 aku kurung dorang dlm rumah. Masak2 kasik makan. Malam tgk tv. Tp serius rasa sunyi gilak. Huhu.

Malam tu langsung tak lena. Risau hubby dlm perjalanan pulang. Moga2 takde aral. Dekat subuh baru nak lena. Sedar2 hubby buka pintu. Aku mamai2.

Seriusly mmg aku hilang punca bila hubby takde. Bila hubby balik je, terus aku lembik. Haha. Lemah semangat betul. Tapi aku bersyukur sepanjang hubby takde, aku boleh survive, boleh urus anak2 tanpa naik angin.

Masa duk lost2 tu, aku terfikir, cemana kalo hubby mati dulu? Agaknya mcm tu lah perasaan aku. Bingung, lost, tatau nak buat apa. So, cepat2 aku berdoa, moga2 aku yg pergi dulu sebelum hubby. Penting diri sendiri kan? Tapi mmg cannot help myself la. Itu yg menerawang kat fikiran aku masa tu.

Ya Allah ya tuhanku, kurniakan lah kesihatan dan umur yang panjang buat suami ku dan anak2 ku. Amin.

p/s: maaf buat yg rasa entry ni lekeh. Aku tau org lain sokmo berjauhan dgn suami. AKu baru 2 hari dh kecoh. But, it's my blog okeh. AKu taip perasaan aku jer. No hard feeling ya.

23 ulasan:

Ain berkata...

ni kes rindu la nie....

rasa kehilangan kan...

sekali sekala elok gak berpisah tau kv, baru boleh test takat mana rindu kita kat dia...hehehe....

Lady of Leisure berkata...

hehe... sekali sekala berjauhan baru kita tau betapa rindu dan sayangnya kita pada pasangan kita..
:)

*gorjesmum* berkata...

takpe kv..itu la perasaan isteri..kita sume sama je.sape yang tak rasa tu abnormal la tu hihhihi

~Eila @ Along~ berkata...

kak,
eila pun takleh berjauhan ngan hubby..sbb dah selalu dia ade di sisi..rase lain kan....
mmg salute org yg leh berjauhan ngan suami...

pB berkata...

bila dah selalu


dah tak kisah la pulak

eynda berkata...

Yang kawin 10 tahun ni pun masih rasa mati kutu kalau hubby takde hehe....dia pegi keje pun rasa risau....dia balik keje pun tertunggu-tunggu.....kalau dia kena pegi mana2 kes emergency pun tak senang duduk jugak...kalau dia outstation 2 minggu lagi le...siap tido dgn t-shirt hubby yg belum basuh muahahaha...biasa la hati isteri....

Biarlah rahsia berkata...

kesian kv,

k.bi dulu ms tk tinggal sekali...mmg asyik lost aje...rs tk gembira wpun takde masalah...hehe...
asal hujung minggu mesti nk jumpa tk kira letih ke hbs duit ke...semua dh tolak tepi...

skrg dah duk sekali...sekali sekala kena tinggal lg teruk rsnya dr dulu...wpun kdgkala byk k.bi yg tinggalkan dia.

Hanisumayyah berkata...

hahahahaa...


kelakar....saya dah lama tak rasa camtu...

fabulous.farah berkata...

beul2..same r nga ore..kalu xdop rase mcm xau nk wak gapo..

KV berkata...

Ain,
haha... Mmg betul2 rasa kehilangan

lady,
huhu tak sanggup beb

gorjes,
haha abnormal ek?

Eila,
huhu rasa mcm tk sanggup lg dh

kak pb,
alah bisa tegal biasa ek?

Eynda,
a'a hati isteri kan

kak bie,
hehe... Rasa pelik jer

salwa,
benci taw. Dia memang kalis rindu

farah,
sungguh kakak mu ini mati kutu. Hehe

rina berkata...

manjo kededek rupanya mak budak ni. hehehe.

rina berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
KV berkata...

rina,
aku tak kebal mcm org lain. Huwaaaa

honeylanz berkata...

tu mmg. has yg dah biasa pun still terasa kehilangan if dia kn outstation beyond routine... nak2 kalu weekend...kt mn nk b/fast ni... sbb biasa routine ahad b/fast sama-sama... :(

sisdee berkata...

heheheheh same le kita...i lagi mengada kot...kalau hubby outstation dia baru kuar pagar i dah call hahahahah over2...

siap sms lagi cakap rindu pdhal lum mana2 g hahaha over!!!

apapun sama2 le kita doa agar kita semua dikurniakan ksihatan yg baik..semua sihat sejhatera...

means masih le kan ada CINTA wpun anak dah ada :D

Angah berkata...

Alah bisa tegal biasa katanya..

memula memang rasa teruk, lama2 tak rasa apa dah hahaha..

aku plak tebalik. Dah dekat 2 bulan duduk sekali ngan hubby ni masih nak biasakan diri. sebab dah 5 tahun buat semua sendiri kan..

nak belajar manja2 balik hahaha.. buleh?

oren berkata...

maknya mu ngan laki mu sehati sejiwa tuh..susah tau nak carik perasaan cenggitu..

KV berkata...

has,
eh has dah biasa pun rasa cenggitu gak eh? Hehe

sisdee,
hahaha..kita serupa. Tapi tahan diri tk sms ckp rindu takut hubby gelak. Uwaaa

Angah,
kah kah kah, wajib mu manja2 tu.

Oren,
huhu..aku bukan superman.

KV berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
onnie berkata...

salam....
dulu, akak pun camtu gak...rs sunyi bila hubby outstat jauh2....
skrg ni , rs biasa jeee...cuma ank2 je kekadg tu bertanya2 mn ayah diorg... kena la explain baik2....sib baik hubby rajin call...tp xleh lama la, mhl beb ( dr japan/indon). la ni hubby kat Kuching, x sbr nak tggu dia blk..apa yg dia beli utk akak n ank2 yeee? hehehehehe....

Zety Zin berkata...

teringat masa hubby kena masuk wad sebab denggi. dah la masa tu parents pi haji. memang rasa macam sebatang kara je. huhu. malam-malam takleh tido. risaukan hubby pun ye, rindu pun ye. hehe.

日月神教-任我行 berkata...

成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,a片

蔥油餅Jon berkata...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社