Memaparkan catatan dengan label kenduri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenduri. Papar semua catatan

Isnin, 6 Jun 2011

DINA DAN GULAI KAWAH

Cuti skolah 2 minggu ni mmg jemputan kenduri bersusun susun. Kalo tak silap aku, ada 16 jemputan kut. Ker lebih eh? Sampai aku tak ingat sapa dulu sapa kendian. Kad jemputan tertinggal kat opis la. Kalo kat rumah mesti danish n dina dah wat main pondok2. So, cuti skolah adalah tidak perlu berangan angan nak gi makan angin. Tambah2 pulak jem yg hazabedah, lagi mengundang puaka. Plus rate yg berganda, lagi mengundang makian kan.

Eceh, panjang lak intro, Hehe

Semalam, ada 3 kenduri. Memula tu aku ingat aku jer sorang kat rumah tu free. Hubby, atuk dan MIL mmg ada jemputan. Alih2 akuuuu jugak yg nak kena temankan hubby. MIL dan atuk tak larat nak pegi.

Destinasi pertama ke pasir puteh kita. Kampung halaman ku. Tapi tak sempat lajak ke kampung, separuh jalan jer. Banyak agenda lain. Lagi pun JUmaat ari tu baru balik lah. Bila sampai, awal2 dina dh nampak pengantin. Pelamin nya kat bawah. Kecoh minah tu nak tgk pengantin. So, aku pun ambik nasik separuh sbb ingat dia tak selera sbb duk mabuk pengantin tu. Rupa2 nya, nasik abih dia makan (aku ler yg nyuap nya) sambil mata pandang pengantin dan mulit potpet2 tanya mcm. Bila dia sedar nasik abih, dia mintak tambah. So aku pegi la tambah, tp segan la aku nak makan sbb meja aku duduk tu sekali nga sedara mara hubby. Karang dorang tuduh aku butuk lantak lak. Dah la aku laparr giler sbb ari sabtu tu satu hari aku cherry berry sampai dehidrasi. Huhu

Pastu, hubby ckp nak langsung ke destinasi ke2 sbb dia dh tak larat nak balik rumah dulu. Tempat ke 2 ni dah dekat ngan rumah. Aku dh cakap dh ngan hubby nak makan lg sbb kenduri pertama td aku tak sempat makan.

So bila sampai kat rumah pengantin ke2, dina dh tanya, "nak makan lagi ke mama?". Aku ni takut org dengar, angguk jer lah. Ambik lagi nasik separuh. Aku ingat dia dh takmo makan. Tiba2 dia pun nak makan jugak. Dia cakap sedap gulai kawah, dia suka. Yerrr lah! So, sambil makan, sambil suap dia. Mulut tak henti2 bebel pulak tu. Siap sound kat aku, "mama, kita ni dah kenyang sangat dah ni kan?" Amboi, awak tu yg kenyang, mama ni kelaparan tau!

Dalam pada duk kenyang tu, mulut asyik nganga ker bila aku suap. Last2 aku makan sira labu jer. Adei la dina sarah ni!

Balik rumah dalam jam 4.30 tengok2 dia tertidur. Letih akibat kenyang lah tu. Bila sedar join abah nya ngecat konkrit slab pagar. Lepas maghrib, dia ikut abah dia gi beli petrol. Dalam kete (menurut cerita abah nya lah), dia merungut dia letih, nak balik tido. Mau tak letih. Makan banyak sgt!

Sampai rumah, dia tgk atuk dia tgh makan nasik. Terus masuk dapur sbb nak join makan. Gulai kawah yg tuan rumah kenduri pertama kirim utk atuk ada. Makan lagi minah tu. Siap tak cukup lauk tu. Dia kluar report ngan aku dia makan bertambah. Bila aku berleter takut dia gemuk, dia cakap dia makan sikit jer. Yer lah, sikit sgt lah tu. Budak bertuah betul. Mmg sehari hari dia tak suka makan. Membotol jer keje dia. Tapi kalo kenduri, mmg siap lah. Dia pulun abih abisan la.

Malam tadi, dlm jam 3 kut dia kejut abah dia cakap sakit perut. Nak membuang. Hahaha. Adei. membuang sambil mata terpejam okeh. Lama giler abahnya tunggu dia dlm tandas.



Hmm.. walopun begitu dina sarah tetap kesayangan abah dan mama. Hehe

Isnin, 4 April 2011

ENTRY BERKEPAM


Dah lama gegambar ni duk bersawang dlm draft, so aku post kan ajer lah.

Entry yg patutnya dh lama aku publish, tp masa tu mood malas gils gils. So kasik berkepam dulu ler kat situ. Huhu


Masa coti2 skolah tu ari. Adik my bff si madam S bersanding katanya. Majlis sanding ler, majlis kawen dah lama, siap peknen bagai dah. Maju kamu wahai Uyar! Congrats. Hehe


Tapi gegambar aku ngan madam s jer, perantin sibuk shoot angel terlentang terbalik, malas nak ganggu.





Menunya best sbb ada ulam2 dan vudu. Haha. Syok makan. Hubby minum ayaq jer. Dia petang2 tak makan nasik. Larik cenel katanya.

Buat uyar dan suami, tanhiah beb. Moga beroleh kebahagiaan yang abadi. Insyaallah.



Disudahkan dgn gambar madam s beraksi dgn beg baru nya. Dia tak abgi aku aplod kat fb, so aku pedajal dia kat sinih. Wahahahha. Hambek mu!

Ahad, 6 Mac 2011

KENDURI ARWAH DAN MAULUD

Hari tu kan, my abang nak renovate rumah pusaka. Yer lah, dah uzur sgt dah rumah papan tu. Habis di makan bubuk dan anai2. Mentelah wife dia duk mengajar kat melaka, sedang elok lah rumah tu dirobohkan. So dia duk kat dapur jer. Rumah ibu buang semua, nak buat yg baru. Tinggal dapur jer. Sbb dapur baru jer dibuat baru.

Masa dia tgh pindahkan brg2 tu, Kak M pergi jenguk jugak. Nak membantu mmg tak larat la. Tolong2 bagi pendapat jer lah. Nak jadi kan cerita, Kak M pi kemas kan kabinet kitab2 arwah mak ayah. Terbelek la tikar kat bawah kabinet tu. Macam di suruh2 dia cakap. Terjumpa duit 3k duk dlm plastik. Huhu

Patut la, masa arwah mak sakit dulu, dia byk kali duk tnya, jumpa semua tak duit dia. Tp kami tak paham kat mana dia simpan. Rasanya duit tu dia simpan utk belanja dia ke Mekah. Kebetulan bila nama dia tak naik utk musim tu, dia terus jatuh sakit. Perancangan Allah kan, hanya Dia Yang Lebih Mengetahui.

Jadik nya, utk tidak mensia sia kan duit arwah, kami sepakat mengadakan kenduri arwah dan kebetulan bulan maulud, buat sekali harung lah.

So bincang punya bincang, kami buat hari rabu malam khamis. Ingat nak buat hari jumaat, tp bertindan dgn majlis maulud kat masjid pulak. Memang kena pilih hari lain la.

Oleh kerana hari bekerja, Kak M masak ngan sepupu sepapat jer. Kami yg lain bantu belah petang jer. Memang kecoh kat dapur. Cuci pinggan mangkuk, lap dan susun, sediakan air, goreng ayam, hiris bunga rampai, kemas rumah. Kami 3 beradik (pompuan) dan SIL sorang. Adei, mau patah pinggang jadiknya.

Lepas maghrib, baru sepupu (2 org) dtg. Nasib baik ada kekanak remaja. Dorang yg banyak bantu buat kerja. Kami duk menghidang kat dapur. Dorang tolong serve kan.

Menu nya, itik kerutup, ayam goreng berempah, teresek jantung pisang, kerabu sarang, ulam2 dan budu, ikan tennggiri cicah sambal belacan dan dadih.

Walopun pun penat, kepuasan terlukis di hati masing2. Dapat berkumpul adik beradik mmg menyeronokkan. Malam tu tak sempat bantu kemas sepenuhnya. Mek kena balik (jam 11 malam dah) sbb besoknya danish skolah. Rumah ku jauh, sejam perjalanan baru sampai.

Insyaallah, bulan puasa ni buat lg kenduri arwah.

Isnin, 21 Februari 2011

KENDURI KAT PASIR MAS

Sabtu lps, kami memenuhi undangan kenduri ex ofismate kat pasir mas. Walopun dh lama tak bekerja bersama tp still berhubungan gitu.




Dina dengan bubur kacang nya.




Danish dengan nasik manis aka wajik.


Makanan nya sedap sekali. Nasik beriani lauk dgaing kerutup, ayam berempah, pajeri nenas, papadom dan mcm2 lg. Ada gak cara berlauk, laksa, wajik dan bubur. Gambar makanan takdan nak snap, sibuk layan anak2 makan.



Lepas dah kenyang ambik peluang borak2 ngan tuan rumah.



Ngeh ngeh. Tetap nak menempel jugak.;P



On da way balik, terus berdesup ke tesco. Banyak brg nak kena beli.

Isnin, 7 Februari 2011

GULAI KAWAH

Kalo kenduri kawen kat kelantan, menu wajib adalah gulai kawah. CNY baru2 ni mek balik kampung, anak sepupu kawen. Rumah pengantin, sebelah jer rumah arwah mak ayah. Now rumah tu diwariskan kepada abang tengah. So, memang melepak sakan lah kat rumah tu. Sambil2 melepas rindu. Huhu


Gulai kawan in the making. Holaa




Rumah arwah mak ayah yg nampak uzur sgt2 dah. Now abang dlm proses renew kan rumah tu. Nanti dah hilang wajah asal.


My sister ngan anak bongsu nya irmasari.


Kaum keluarga lepak sambil makan dan borak2 serta bergossip. Haha. Memang seronok. Lama tak berkumpul mcm ni.



Di akhiri dengan gambar mek di pelaminan. Masa ni pengantin pi make up. So, kita bergambar sendiri ajer lah. Hehe









Rabu, 8 Disember 2010

MONA KAWEN

Mona is adik my best fren, alin. Hehe

Khamis lepas kenduri kawennya. So, gigih la pakat ngan bff sorang lagik, nak pegi sama2. Ekceli kete lain2, jumpa kat rumah mami jer sekali.

Makanan sedap. Tapi dah kenyang membuntal melantak buffet, terus makan sikit. Ambik hati tuan rumah kaedahnya. Gambar makanan lupa nak snap. Ada ayam pecik dan sewaktu dengannya. Kuih cara berlauk yg mebeles, dan tapai pulut.


Me dgn my besties.


Me ngan mona, pengantin baru.



Tahniah buat mona dan suami. Moga berbahagia ke akhir hayat dan di kurniakan anak2 yang comel dan sihat. AMin.

Selasa, 21 September 2010

KAK YA KAWEN

Ari selasa raya ke 5 tu, 2 pupu hubby aka kupu kupu hubby kawen.

Dah terbiasa panggil dia kak Ya. Padahal dia muda 3-4 thn dari aku. Wakaka. Tetap nak feeling remaja kan.;P


Jodohnya org dekat jer. Sesama kelate. Senang nanti nak balik raya. Tak yah gaduh2 manja. Hiks.


Cer korang tengok irdina maisarah tu. Takdenya dia nk ambik gamber leklok. Lagi pun dia tgh segan tgk kak ya lawa sgt. Tak kenal. Wakaka




Menunggu ketibaan pengantin lelaki.



Mek pun menyibuk sama. Hehe


paling best adalah bubur kacang hijau. Semangkuk penuh aku taram.


Hari khamis lepas tu kami ikuti jgk majlis menghantar pengantin ke rumah lelaki. Dekat jer pun kat pengkalan chepa. Tapi tau2 la musim raya ni, jem agak hazab la. Naseb baik org tempatan kan, tau lah nak cilok kut celah mana nak bagi cepat sampai. Itu jer.

Buat azira dan alfian, selamat pengantin baru dari kami. Moga berbahagia ke akhir hayat. Amin.

Selasa, 8 Jun 2010

KENDURI RUMAH BOS

Sabtu lepas, kenduri kat rumah my boss. Tema hijau katanya.





Dina siap berbaju kurung. Sakan. Haha

Menu adalah best.Paprik ayam, asam pedas daging, kerutuk daging dan rojak petis. Lama giler aku tak makan rojak petis. Huhu

To my bos, tahniah dah menerima menantu. Nanti dapat cucu boleh bergelar datuk.

Isnin, 3 Mei 2010

KENDURI TAHLIL YANG AKU RASA NAK PENGSAN

Fuhhh..tajuk omang aii. Tapi mmg betul tak tahan. Aku betul2 kepenatan. Rasa nak merayu supaya dah2 la datang rumah mek. Mek nak tido. Wakakaka. Ko gila KV!

Mula kan dengan malam jumaat. Pengasuh Dina datang tolong buat agar2 sirap. Pemanis mulut untuk kenduri besoknya. Dan sesambil aku wat air gula. Senang besok nak bancuh sirap. Siapnya awal jugak, tapi tido lewat sbb syok tgk cerita apa ntah kat esteruk.

Pagi nya pagi2 lagi kemas rumah. Anak2 aku kalo tak buat lembang mmmg tak sah tau. Sapu sampah, atur meja, eh apa lagi aku buat eh? Tapi mmg bizi gilos.

Jam 8 pagi daging 50 kilo dah sampai. Jiran pun dah sampai nak menolong. Pas tu ayam 30 ekor dah sampai. Awal2 aku dah pesan ngan tokei ayam suh potong siap2. Tinggal deme ni cuci bersih kan ajer.

Pastu bermula la episod memenatkan. Turun naik turun naik aku ambik barang dalam kedai. Susah jugak kalo takdak komunikasi ni. Mangsa nya sapa? Aku ler. Hua hua hua. Takpe takpe, mek redha walopun dalam hati panazzzzz.

Pastu jam dah 12 tgh hari, semua lauk pauk tak masak lg. Lagi pulak 2 tong gas dan dua dapur kayu mmg tak cukup. Haduih. Last2 pinjam tong gas jiran sekangkang kera gi 'install' gas baru. Sempat la gas baru tu wat goreng ikan kering dan rebus solok.

Jam 12.30 akok yg aku order sampai separuh.Lagi separuh dorang hantar lps solat Jumaat. Sesambil tu kemas meja dan jam 1 lebih tinggal ayam merah jer yg blom masak. Lega aku. Oh yer, menunya gulai kawah campur umbuk kelapa. Solok lada. Taucu kacang pjg dan udang. Ayam merah. Sambal limau kasturi dan ikan kering. Pencuci mulutnya agar2 sirap dan akok.

Lepas solat jumaat, tetamu masjid dah penuh rumah. Seb baik aku dah sempat mandi dan tukar baju. Adik beradik pun dah smpai. Kecoh betul. Masa tu lah nak top up lauk pauk, masa tu lah nak bungkus lauk pauk bagi kat adik beradik. Huwaaaaaaa. Sibuk mek tau!

Satu jer nak komplen, bernikah dengan anak tunggal dan mempunyai ibu mertua tunggal adalah hazab kalo kenduri kendara. Takde kakitangan. Dan aku betul2 berterima kasih pada pencipta pinggan dan gelas polisterin (tapi tak larat nak tukar plastik sampah pulek. Hiks)

Pastu mmg penuh sokmo sedara mara dan jiran tetangga. Macam kawan aku cakap la, kalah kenduri kawen. Nak buek cemana. Dah hasrat ibu mertua ku. Uwahhhhh!

Bila dah petang mmg aku terhuyung hayang. Campur dengan 2-2 anak mek yg kedemaman. pastu meragam tak hengat membuat kan aku 'masuk hantu'. Nasib baik tak payah 'main puteri' halau hantu. Sungguh mencabar keimanan la. Betul2 hectic wa cakap lu!

Maghrib pun org penuh wei. Takpe, takpe, tetamu tu bawak rezeki. Mmg penuh rumah aku dengan kuih muih. Korang sebut kuih apa. semua ada. Semuanya tetamu yg bawak. Mmg tradisi org kampung kat kelate ni, kalo kenduri tahlil hari ke 40 mmg dorang bawak kuih sebagai buah tangan.

Akok, baulu, tepung pelita, tepung bungkus, kek, cara berlauk, tepung gomak, pulut inti kelapa manis, wajik dan macam2 lagi aku tak ingat da.

Malam tu sambung lagi dengan tahlil dan mengaji dan jugak jamuan makan. Jam 10 malam aku dah tumbang. Masa tu org masjid blom tamat mengaji. Mmg takleh buat apa dah. Mujur 2-2 anak aku lentok awal penangan ubat batuk. Orang mengaji selesai jam berapa pun aku tatau. Sedar2 hubby kejut suh masuk tido (aku teman anak tido kat tv hall dengan aku2 tertido. Hiks)

Besoknya (sabtu) sambung basuh kemas basuh kemas. Pastu mop lantai, basuh kain dan keluar dan susun atur segala mala perabut kat main hall. Penat nya kalah pindah rumah okeh.

Itu jer lah komplen aku sebagai isteri kepada anak tunggal dan menantu kepada ibu mertua tunggal. LETIHHHHH

Jumaat, 2 April 2010

Dah balik

Kami selamat sampai kat rumah jam 5.45 ptg semalam. Masa sampai dah Ada 2-3 orang jiran yg datang nak tolong goreng mihun. Semalam Kami buat tahlil untuk arwah nenek. Alang2 dah ajak orang masjid terus lah bagitau tok imam nak buat solat hajat untuk kereta baru.

Pagi ni sambung kemas2. Aku demam complete dgn flu. Pastu rasa berpusing dunia. Tapi gagahkan diri jugak wat keja. Nanti orang cakap sengaja mengelat pulak kan.

Dan macam biasa lah, rutin di hari minggu, basuh kemas simpan apa yg patut. Hehe

hubby n mil jugak Danish gi menziarah orang kampung meninggal. Ekceli arwah tu mak kepada cikgu Danish zaman skolah pasti tu hari. Oh cerita pasal Danish, aku balik keje ptg isnin tu di bitau yg dia kena tukar kelas. Dari 1 wawasan kepada 1 bestari. Aku tatau 1w ke 1b yg best. Huhu. Bila aku Tanya kenapa dia cakap sebab dia tak pandai. Uwaa, hati seorang ibu mmg aku sedih giler. Tapi aku redha je la sbb aku tau dia masih belum lancar mbaca. Masih merangkak org kata. Dia cakap 13 orang kena tukar. Ati (anak jiran kami) pun kena tukar. Aku dah mula konfius, takkan la budak ati yg cerdas Dan cergas tu pun turun kelas gak.

Siasat nga kak long pengasuh Dina, rupa2 nya bukan turun kelas tapi naik kelas. Haduyaii Danish, silap maklumat betul la. Pastu aku membebel sorang diri, bila dah tukar kelas jadual pun wajib bertukar. Tp Danish takde jadual baru. Selasa Dan rabu skolah cuti keputeraan. Khamis skolah balik, tp Ari khamis tu aku masih kat kl. Pengasuh dina baik ati tolong pi Cari jadual anak jiran yg kelas 1B. Lega aku.

Masa sampai semalam danish tunjukkan Surat yg cikgu bagi. Surat 1 cakap hari ahad balik lewat sbb Ada kelas bahasa Arab. Surat kedua bitau kelas tasmik j-qaf tukar Dari hari ahad ke hari khamis. So khamis pun balik lewat. Surat ketiga bitau besok (sabtu) ada kem solat. Dari 8 pagi hingga 12 tgh hari.

Petang ni pulak ingat nak balik kampung. Rindunya bau kampung halaman. Tak sabar!!!

Jumaat, 26 Mac 2010

Malam tadi

Malam tadi Kami adakan tahlil malam ke 7. Menunya tulang/daging lembu singgang, ayam goreng, solok lada Dan tembikai. Jugak sambal cili kering Dan jugak kuih akok.

Alhamdulillah jiran2 Dan sanak saudara tak jemu2 membantu. Dari hari arwah nenek takde sampai lah semalam. Pagi ni lak aku ngan Hubby gotong royong basuh segala mak nenek periuk besen kuali yg besar bagak tu. Letih tapi ok lah. Hehe

jugak gotong royong sapu sampah kemas karpet2 dengan Hubby. Tapi segala perabut duk bertimbun dlm bilik Tamu lagi. Insyaallah setiap mlm jumaat mil nak adakan tahil sehingga lah hari ke 40.

Lepas dah penat tu, gi buang karan kat jom heboh stadium. Nanti ahkak wat entry khas pasal tu sbb dah gigih snap gambar bagai kan.

Oke lah, nak rest sambil tgk diari af8 ulangan.

Isnin, 22 Mac 2010

KAWAN KU KAWEN

Kawan ku hanep telah berkahwin minggu lepas. So kenduri dia buat 16 hb.

Aku janji ngan geng utm. Lyn.na ambik aku kat ofis, singgah ambik yu kat rumah ma dia. Terus shoot ke rumah pengantin. Janji nga suk,ma jumpa area rumah pengantin.



Kaki masing2. Hua hua hua


Lima orang ex student dbq sesi 96/99 berkumpul di rumah hanep jam 1.00 tgh hari. Memang kecoh!



Pelamin nan indah, tapi masa ni buka acara bersanding makanya kosong lah pelamin itew.



Kami posing syok sendirik la. Haha



Bergambar ngan hanep berfore balik. Pengantin sibuk jadi penanggah. Takut kekawan jemputan makan tak sempurna. Sakan ko ek nep.



Oh, malas tunggu acara bersanding kami blah dulu sbb masing2 nak masuk ofis dah.

Tenkiu to suk.ma sbb sudi hantar aku ngan yu selamat sampai ke destinasi masing - masing.

Buat hanep dan Dr.Ain, selamat pengantin baru. Semoga berbahagia ke anak cucu. Kawen jugak ko akhirnya ek nep, ramai tak percaya tau. Ahahaha. Keji kan dorang?

Isnin, 15 Februari 2010

Muak

Holawei...perasaan muak terhadap gulai kawah sudah terasa. Semalam balik kampung. Abang sulung kenduri akikah cucunya. Memula dh risau takut takleh balik sbb hubby mabuk gulai. Asyik ulang alik masuk bilik termenung jek. Sampai demam2. Kesian dia. Aku dah rasa serbasalah. Takut family kt kampung kecik ati kalo Kami tak balik. Lagi pun dh sebulan tk balik jenguk dorang.

Tapi alhamdulillah hubby gagahkan diri. Sampai gak Kami kt kampung. Kami check in rumah kak m dulu. Hubby dh flat. Tak larat Dan terus tido. Aku join abg ipar Dan anak2 buah gi rumah abg long.

Menu Nya gulai kambing, ayam goreng, teresek jantung pisang, ulam budu, Dan solok lada jugak solok buah tene. Buah tene tu lupa la bahasa standard dia apa. Hehe

lesai makan2 Dan tolong apa yg patut Kami blk rumah kak m semula. Acara lepak2 Dan borak2 bersama family. Sambil makan limau lokam Dan acara carik uban. Giler kampung. Hak hak. Tapi tu lah, suasana begitu yg mengeratkan hubungan Kami adik beradik. Alhamdulillah, walopun arwah ayah dan mak dah takde, hubungan Kami masih lg utuh.

Oh ya, kak m sempat memberi hasil getah ku yg penoreh pesan pd dia. Alhamdulillah rezeki. Getah mahal kan sekarang.

Lewat ptg baru kami pulang. Singgah rumah kak I bagi gulai sbb dia blk awal skt dr Kami. Sampai2 dah maghrib.

Hari ni lak, memula tu ingat nk gi pasar tani machang sbb kak m menjaga kt sana. Ingat nk mkn sate Dan gulai nangka. Tapi brung brang dh jam 10. Tgk cuaca panas menyengat. Tak jadi lah. Lg plk Dina selsema. Kesian lak kt dia. So layan biggest looser special edition. Jam 12 baru sibuk nk Mandi. Haha

hubby nk keluar beli barang Dan kuih kosu utk nenek. Dari pagi lg nenek duk mintak. Pastu singgah makan sup kt kedai melor. Murah Dan sedap. Danish minum teh beng. Aku ngan hubby air kelapa. Aku order mihun sup perut. Kongsi ngan Danish. Hubby mkn nasi sup perut lengkap dgn ikan kering Dan telur dadar. Semua 10 hengget jer. Heaven!

Oh kat kedai tu Ada pokok markisa yg zaman kecik2 dulu aku panggil buah Oren. Haha darat sungguh masa tu. Berkenan sungguh ngan pohon markisa tu. Dah buah Nya byk bergayutan. Susah dh nk jumpa skrg. Nk Tanya tuan kedai segan lak rasanya. Ari tu dh Tanya kt nurseri tp takde. Sapa2 yg baik hati tolong lah sedekahkan pada ku pokok markisa. Jual pun takpe.

Balik rumah tgk finding nemo Dan sambung terminator. Petang karang ingat nk gi kb. Oh jalan sudah jem sana sini. Letih.

Sabtu, 13 Februari 2010

Sendat

Holaaaa

Kami baru balik dr kenduri. Hari ni Ada 3 jemputan. 2 kt pasir puteh. 2-2 opismate. Rumah pertama menu gulai kawah, ayam percik, sambal bilis kacang Dan acar jelatah. Pencuci mulutnya agar2, Cara berlauk Dan tapai pulut.

Rumah kedua Kami tk ambik nasi pun. Ratah ikan goreng, gulai kawah, gulai nangka udang Dan labu sira. Sungguh sendat perut kami. 2-2 rumah bagi ole2 yg comel. Terima kasih kak yah Dan pak nik. Makanan sungguh sedap sekali.

Oh rumah ketiga buat jamuan laksa. Jiran tetangga Kami je. Kawan Hubby masa kecik. Dorang wat solat hajat sempena isteri mengandung 7 bulan. Lps asar nanti lh pegi. Now nk gi lalaland dulu. Hehe

Selasa, 28 Julai 2009

AQIQAH FAHRY

Lps rina, tety & co balik, sambung masak2 utk lunch. Pastu pakat tido berjemaah. Best woo sbb hujan lebat. Haha

Jam 4 ptg tersedar. Erkkk...anak2 masih tido. Teringat yg aku plan nak gi rumah lynna (mami hafiy n fahry). Lynna jemput sbb dia buat kenduri aqiqah utk baby fahry (hensem boy).

So sms lynna bagitau lewat sikit. Nak solat asar baru nak keluar. Cari rumah lynna takde lah pening sgt. Tp sbb blom pernah sampai, risau gak takut tersalah lorong. Alhamdulillah, dpt gak cari anjung nenek.

Dah lama niat nak jumpa lynna n anak2. Sejak dr hafiy lahir lg (maklum ler sama2 pantang dulu. Hihi0. Namun hari tu baru kesampaian. Alhamdulillah.


Hafiy si hensem boy.



Kekanak ribena. Dina. Hafiy. Danish. Dah kurus si hafiy.


all together.



Tak ready.



Cenderahati utk hafiy n fahry. Harap dorang suka. Ngee



Lps makan dan borak2, kami pun beransur dr anjung nenek. Nak gi tesco beli susu dina lak. Next entry sambung. Hehe

Sekian.

Salam sumbangsih
KV & Co

Ahad, 26 Julai 2009

PAGI JUMAAT TETIBA SARAP Mc D

Pagi jumaat tu hubby ajak gi pasar beli lauk. Aku dh mula sakit perut. Kembung. Gastrik. Huhu.

Tp demi tdk menghampakan suami tersayang (ewah), ku turutkan jua. Siapkan anak2. Dina meraung - raung nak pakai baju semalam (masa makan piza). Sakan pujuk tak jalan, aku bagi jer dia pakai baju sama. Lantak dia lah. Aku dh la sakit perut. Danish pun sama ngikut adik nya nak pakai baju semalam. Huhu..senang keje aku tak yah basuh banyak baju. Hiks.


Sampai area pasar, manusia kereta penuh. 4-5 kali pusing masih gak takleh parking. Last2 aku turun dpn mcD jer. Jauh2 nanti tk larat aku nak jalan sambil kendong Dina. So, aku tatau nak tunggu kt mana, last2 bitau hubby nak bwk bebudak tu sarap mcD la. Senang.


Menu yg di order. Anak2 berebut biskut tiger jek.


Danish.




Dina.




Dina versi comot.


Sambil tunggu anak makan dan hubby ke pasar, sambil tgk parkson under construction. Agak2 before puasa dpt sopim tak kat sini? Hehe

Balik dr pasar, masak cepat2 sbb pkl 12 nak balik kampung. Abang aku yg sulung aqiqah kan cucu kedua dia. Means cucu saudara aku ler tu. Hiks. Menu sungguh best, ayam kampung gulai, gulai kawah, teresek jantung pisang, solok lada, budu+jering dan ayam goreng.

Sekian.


Salam sumbangsih
KV & Co

Rabu, 22 Julai 2009

DAH TUA BARU NAK KAWEN

Lewat sungguh kawan aku yg sorang ni bertemu jodoh. Hik hik. Kesian ko yusran.

Lina ngan Mama dtg ke rumah nk ambik aku. So, decide gi ngan kete lina jek. Senang satu kete. Memula tu pening gak nak mencari rumah yusran, seorang saudagar mintak wangi. Akhir jumpa jgk. Sesat sikit2 jek.


Kami memula sampai. Posing kt tangga dulu sbb takleh nak naik, pengantin dok bergambar.




Tak sangka lak sempat berjumpa kenkawan lama. Bayang kan lah, tahun 99 kami grad, tahun 2009 berjumpa kembali. 10 tahun tu. Mmg teruja beb! Masing2 dah beranak pinak. Ramai yg dh berubah. Nampak lain. Hik hik.

Kami bergambar beramai - ramai ngan pengantin.


Panas kt dlm rumah, turun lepak kat bawah. Sambil2 borak. Byk yg nak diperkatakan setelah 10 tahun tak jumpa. Dorang sanggup turun ke kota bharu semata mata nak meraikan rakan karib.



Cenderahati dr yusran dan ros. Sekup telekung. Tp tak perasan lak utk tetamu lelaki dorang beri apa.

Apa2 pun selamat pengantin baru buat yusran dan ros. Cepat2 dpt anak, karang boleh saing kenkawan. Hik hik





Salam sumbangsih
KV & Co

Isnin, 8 Jun 2009

KENDURI DAN PANTAI

Ahad, kami masih lg bercuti. Cuti ganti kan sbb Hari Keputeraan Agung jatuh Sabtu (weekend) so ganti ngan Ahad.

Pagi2 pulun siap kan sealer pagar. Dina lak asyik membuas jek. Membuat kan aku naik tensyen huhu. Sabar! Sabar!

Lps habis sealer pagar, hubby gi gunting rambut sesambil aku kemas barang. Nak balik kampung sekali lg daa!!

Danish kemain suka sbb dpt jumpa dan main ngan sepupu sepapat dia.

Sampai2 jer, dorang tgh nak start hias nasik pengantin. Adeh. Kena lah tolong. Jiran katakan. Kak M dah masak siap2, kami tolong hiaskan. Pung pang pung pang, siap. Suh kekenak remaja gi hantar rumah pengantin kt belakang rumah.

Hubby lak awal2 gi kenduri kt rumah sedara dia selang 2 bijik kampung. Setel. Suami dah perut kenyang. Hihi. Balik tu terus bantai tido. Alahai..

Aku lak, siap2 nak gi kenduri belakang rumah la. Kawan lama. Skolah rendah dulu. Terpaksa bawak jgk danish ngan dina. Ingat nak suh dina dok ngan abahnya. Tp abah terbongkang dan kesian lak dina merengek nak ikut. Tp ok lah, 2-2 tak buat hal. Bagus.

Balik tu, rehat2 sembang2. Pastu pakat dok pikir nak wat xtvt apa. Last2 " Jom, mandi pantai!" Haha. Berdesup siap semua. Kalut lak tu. Mmg lawak giler. Bawak bekal air jer. Singgah beli kopok dan satar tepi jalan. Dan, mak2 budak lepak, budak2 dan bapak budak mandi pantai. Kami gi pantai air tawar besut dgn 5 bijik kete. Anak buah aku besar weh!









Dah gelap baru kalut nak balik. Msg2 mandikan anak2 ngan bekalan air bersih. Alhamdulillah sampai rumah jam 8. Tak sempat nak lepak dah. Lps solat terus berangkat balik rumah sendiri. Heaven lak boleh terlentang dpn tv. Tgh mamai2 tu, hubby kejutkan ajak makan megi. Wakakaka..

Salam sumbangsih
KV & Co

JEM SANA SINI

Belah pagi, masih lg tatau nak makan apa. Last2 gi pasar jelawat lg carik makan. Tp lps makan nasik dagang kami anak beranak rasa loya. adehh. Napa ntah. Cepat2 bayar sbb risaukan danish bila dia ckp pening.


Pastu terus gi kota bharu cari cat sealer sbb nak cat pagat. Aku benornya dh cat tiang2 pagar tp sealer tak cukup lak. Kena lah beli tambah. Tp kedai yg kami tuju tu tutup lah plk. Lupa lak cuti keputeraan agung. Terus pusing gi kedai hardware kawan hubby. Naseb baik ada.

Masuk jer simpang nak balik rumah, Ina nasazfrog sms yg dia kat kota bharu. Alahai. Terlewat 30 minit jer. Kalo tak mmg aku paksa hubby gi jumpa ina. Ina pun ckp dia kt pasar siti khadijah. Jam 12 nak gi kenduri kt pasir mas. Lps tu terus balik. Takdak rezeki nak jumpa ina. Frust sungguh.

Kat rumah terus sambung cat pagar. Cuaca panas membahang, Terpaksa kurung dina dlm rumah. Ketiduran minah tu. Penat sgt agaknya.

Lps zuhur bersiap nak gi kenduri rumah sedara hubby. Punya lah lama tunggu dina bangun. Sampai kena kejutkan.

Balik dr kenduri rumah sedara hubby, drop MIL kt rumah. Terus ke pasir puteh nak gi kenduri kawan. Plannya lps tu, nak gi rumah nenek nono dan rumah kawan aku kat bukit abal. Tapi, start dr Melor (dpn skolah lg) jem yg pjg sehingga ke JPJ Bukit Jawa. Bayang kan 4km jem. Rasanya raya pun tak pernah jem cenggitu. Kami gi Padang Pak Amat jer. Mmg tak leh gi dh rumah nenek nono dan rumah syidah.

Cari short cut jalan bendang kut Kg Merkang. Lega sbb 2-3 buah kete jer lalu jalan tu. Sampai kt rumah dh nak masuk asar. Mmg flat giler. Hubby ajak gi jln2 ke kota bharu pun aku dah tak sanggup dah. Letih uols.

Lps rehat gitu gini, kami terus sambung cat sealer pagar.

Malam tu terasa nak makan bubur nasi macam kt Kampung Baru. So, tanak nasik lembik. Rebus telur asin. Goreng kangkung belacan dan ikan kering yg aku kirim kat Kak Y beli kat sabah. Sungguh syorga. Haha





Salam sumbangsih
KV & Co

Isnin, 25 Mei 2009

BAJU KURUNG KERAWANG

Baju ni ekceli aku tempah khas nak pakai masa kenduri kt kl awal mei lps. Tp dah kena lintas ngan biawak, tukang jahit aku malas nak siap kan awal2. Minggu lps baru siap.


Tadaaaa!!!


Cantik kan sulam kerawang nya.



Namun, walopun aku gagal pakai masa kenduri tu sbb tak hadir, aku leh pakai kenduri musim cuti skolah nanti yg bersusun menunggu giliran. Tak cukup baju lak aku nanti. Huhu