Isnin, 8 Jun 2009

JEM SANA SINI

Belah pagi, masih lg tatau nak makan apa. Last2 gi pasar jelawat lg carik makan. Tp lps makan nasik dagang kami anak beranak rasa loya. adehh. Napa ntah. Cepat2 bayar sbb risaukan danish bila dia ckp pening.


Pastu terus gi kota bharu cari cat sealer sbb nak cat pagat. Aku benornya dh cat tiang2 pagar tp sealer tak cukup lak. Kena lah beli tambah. Tp kedai yg kami tuju tu tutup lah plk. Lupa lak cuti keputeraan agung. Terus pusing gi kedai hardware kawan hubby. Naseb baik ada.

Masuk jer simpang nak balik rumah, Ina nasazfrog sms yg dia kat kota bharu. Alahai. Terlewat 30 minit jer. Kalo tak mmg aku paksa hubby gi jumpa ina. Ina pun ckp dia kt pasar siti khadijah. Jam 12 nak gi kenduri kt pasir mas. Lps tu terus balik. Takdak rezeki nak jumpa ina. Frust sungguh.

Kat rumah terus sambung cat pagar. Cuaca panas membahang, Terpaksa kurung dina dlm rumah. Ketiduran minah tu. Penat sgt agaknya.

Lps zuhur bersiap nak gi kenduri rumah sedara hubby. Punya lah lama tunggu dina bangun. Sampai kena kejutkan.

Balik dr kenduri rumah sedara hubby, drop MIL kt rumah. Terus ke pasir puteh nak gi kenduri kawan. Plannya lps tu, nak gi rumah nenek nono dan rumah kawan aku kat bukit abal. Tapi, start dr Melor (dpn skolah lg) jem yg pjg sehingga ke JPJ Bukit Jawa. Bayang kan 4km jem. Rasanya raya pun tak pernah jem cenggitu. Kami gi Padang Pak Amat jer. Mmg tak leh gi dh rumah nenek nono dan rumah syidah.

Cari short cut jalan bendang kut Kg Merkang. Lega sbb 2-3 buah kete jer lalu jalan tu. Sampai kt rumah dh nak masuk asar. Mmg flat giler. Hubby ajak gi jln2 ke kota bharu pun aku dah tak sanggup dah. Letih uols.

Lps rehat gitu gini, kami terus sambung cat sealer pagar.

Malam tu terasa nak makan bubur nasi macam kt Kampung Baru. So, tanak nasik lembik. Rebus telur asin. Goreng kangkung belacan dan ikan kering yg aku kirim kat Kak Y beli kat sabah. Sungguh syorga. Haha





Salam sumbangsih
KV & Co

7 ulasan:

Tijah berkata...

sazah..family aku sumer ada kat kota bharu skrg nih. ada kenuri kat sana...kalu tak kes aku blk penang tu..mungkin aku dah ada kat sana. leh ajak ko gi bundle. huhuhu...

bat berkata...

wah bilalah nak dapat jumpa KV neh huhu

KV berkata...

jah,
tak sempat nak gi bundle eh. Jem sana sini jah. Len kali ko kena dtg bukan taim cuti skolah.

bat,
insyaallah. Mai lah kelantan.

~Eila @ Along~ berkata...

sis kv, asal cuti sekolah je..mula la tpt shopping sumer jem..hehe..takde duit beli..takpe..janji dpt tgk..hehe

kakpiah berkata...

patot la KL tak jem..
sumer larik gi KB.. :D

Zareda Norman berkata...

beslah plak dengar nasi bubur dengan telur asin tu..

Dengar khabarnya kota bharu jammed masa cuti sekolah ni yer

KV berkata...

eila,
a'a, tak beli takpe, janji blh tgk. Hihi

piah,
wahaha..semua pakat mai sini la.

kak zar,
dah mabuk gulai kawah kak!
Dan KB seperti cuti2 yg lain, jem tak hengat!