Isnin, 8 Jun 2009

KENDURI DAN PANTAI

Ahad, kami masih lg bercuti. Cuti ganti kan sbb Hari Keputeraan Agung jatuh Sabtu (weekend) so ganti ngan Ahad.

Pagi2 pulun siap kan sealer pagar. Dina lak asyik membuas jek. Membuat kan aku naik tensyen huhu. Sabar! Sabar!

Lps habis sealer pagar, hubby gi gunting rambut sesambil aku kemas barang. Nak balik kampung sekali lg daa!!

Danish kemain suka sbb dpt jumpa dan main ngan sepupu sepapat dia.

Sampai2 jer, dorang tgh nak start hias nasik pengantin. Adeh. Kena lah tolong. Jiran katakan. Kak M dah masak siap2, kami tolong hiaskan. Pung pang pung pang, siap. Suh kekenak remaja gi hantar rumah pengantin kt belakang rumah.

Hubby lak awal2 gi kenduri kt rumah sedara dia selang 2 bijik kampung. Setel. Suami dah perut kenyang. Hihi. Balik tu terus bantai tido. Alahai..

Aku lak, siap2 nak gi kenduri belakang rumah la. Kawan lama. Skolah rendah dulu. Terpaksa bawak jgk danish ngan dina. Ingat nak suh dina dok ngan abahnya. Tp abah terbongkang dan kesian lak dina merengek nak ikut. Tp ok lah, 2-2 tak buat hal. Bagus.

Balik tu, rehat2 sembang2. Pastu pakat dok pikir nak wat xtvt apa. Last2 " Jom, mandi pantai!" Haha. Berdesup siap semua. Kalut lak tu. Mmg lawak giler. Bawak bekal air jer. Singgah beli kopok dan satar tepi jalan. Dan, mak2 budak lepak, budak2 dan bapak budak mandi pantai. Kami gi pantai air tawar besut dgn 5 bijik kete. Anak buah aku besar weh!









Dah gelap baru kalut nak balik. Msg2 mandikan anak2 ngan bekalan air bersih. Alhamdulillah sampai rumah jam 8. Tak sempat nak lepak dah. Lps solat terus berangkat balik rumah sendiri. Heaven lak boleh terlentang dpn tv. Tgh mamai2 tu, hubby kejutkan ajak makan megi. Wakakaka..

Salam sumbangsih
KV & Co

6 ulasan:

Mama-Danish & Sarah berkata...

ANAK-ANAK KAU MMG SUKA MAIN AIR LAUT KE?? ANAK2 AKU TAKDE PELUANG NAK MAIN AIR LAUT WALAUPUN RUMAH DKT NGAN PANTAI.....ABAH DIA TAK KASI CAN.

KV berkata...

ain,
anak2 aku mmg suka laut. Tp ikut mood mak bapak dorang. Hehe

atty's berkata...

suka budak2 tu main air hah..

Mrs LVoe berkata...

rindu yea nk mandi laut. last skali mandi laut kat langkawi. best!

en_me berkata...

sonoknyerr men air laut tewww.. ehehe, salammms

jue mj berkata...

dulu rajin gak g pantai air tawar tu, skang ni, bila time blk kg, tak sempat je nak g memana.... sian kat anak2... hu hu hu