Isnin, 3 Mei 2010

KENDURI TAHLIL YANG AKU RASA NAK PENGSAN

Fuhhh..tajuk omang aii. Tapi mmg betul tak tahan. Aku betul2 kepenatan. Rasa nak merayu supaya dah2 la datang rumah mek. Mek nak tido. Wakakaka. Ko gila KV!

Mula kan dengan malam jumaat. Pengasuh Dina datang tolong buat agar2 sirap. Pemanis mulut untuk kenduri besoknya. Dan sesambil aku wat air gula. Senang besok nak bancuh sirap. Siapnya awal jugak, tapi tido lewat sbb syok tgk cerita apa ntah kat esteruk.

Pagi nya pagi2 lagi kemas rumah. Anak2 aku kalo tak buat lembang mmmg tak sah tau. Sapu sampah, atur meja, eh apa lagi aku buat eh? Tapi mmg bizi gilos.

Jam 8 pagi daging 50 kilo dah sampai. Jiran pun dah sampai nak menolong. Pas tu ayam 30 ekor dah sampai. Awal2 aku dah pesan ngan tokei ayam suh potong siap2. Tinggal deme ni cuci bersih kan ajer.

Pastu bermula la episod memenatkan. Turun naik turun naik aku ambik barang dalam kedai. Susah jugak kalo takdak komunikasi ni. Mangsa nya sapa? Aku ler. Hua hua hua. Takpe takpe, mek redha walopun dalam hati panazzzzz.

Pastu jam dah 12 tgh hari, semua lauk pauk tak masak lg. Lagi pulak 2 tong gas dan dua dapur kayu mmg tak cukup. Haduih. Last2 pinjam tong gas jiran sekangkang kera gi 'install' gas baru. Sempat la gas baru tu wat goreng ikan kering dan rebus solok.

Jam 12.30 akok yg aku order sampai separuh.Lagi separuh dorang hantar lps solat Jumaat. Sesambil tu kemas meja dan jam 1 lebih tinggal ayam merah jer yg blom masak. Lega aku. Oh yer, menunya gulai kawah campur umbuk kelapa. Solok lada. Taucu kacang pjg dan udang. Ayam merah. Sambal limau kasturi dan ikan kering. Pencuci mulutnya agar2 sirap dan akok.

Lepas solat jumaat, tetamu masjid dah penuh rumah. Seb baik aku dah sempat mandi dan tukar baju. Adik beradik pun dah smpai. Kecoh betul. Masa tu lah nak top up lauk pauk, masa tu lah nak bungkus lauk pauk bagi kat adik beradik. Huwaaaaaaa. Sibuk mek tau!

Satu jer nak komplen, bernikah dengan anak tunggal dan mempunyai ibu mertua tunggal adalah hazab kalo kenduri kendara. Takde kakitangan. Dan aku betul2 berterima kasih pada pencipta pinggan dan gelas polisterin (tapi tak larat nak tukar plastik sampah pulek. Hiks)

Pastu mmg penuh sokmo sedara mara dan jiran tetangga. Macam kawan aku cakap la, kalah kenduri kawen. Nak buek cemana. Dah hasrat ibu mertua ku. Uwahhhhh!

Bila dah petang mmg aku terhuyung hayang. Campur dengan 2-2 anak mek yg kedemaman. pastu meragam tak hengat membuat kan aku 'masuk hantu'. Nasib baik tak payah 'main puteri' halau hantu. Sungguh mencabar keimanan la. Betul2 hectic wa cakap lu!

Maghrib pun org penuh wei. Takpe, takpe, tetamu tu bawak rezeki. Mmg penuh rumah aku dengan kuih muih. Korang sebut kuih apa. semua ada. Semuanya tetamu yg bawak. Mmg tradisi org kampung kat kelate ni, kalo kenduri tahlil hari ke 40 mmg dorang bawak kuih sebagai buah tangan.

Akok, baulu, tepung pelita, tepung bungkus, kek, cara berlauk, tepung gomak, pulut inti kelapa manis, wajik dan macam2 lagi aku tak ingat da.

Malam tu sambung lagi dengan tahlil dan mengaji dan jugak jamuan makan. Jam 10 malam aku dah tumbang. Masa tu org masjid blom tamat mengaji. Mmg takleh buat apa dah. Mujur 2-2 anak aku lentok awal penangan ubat batuk. Orang mengaji selesai jam berapa pun aku tatau. Sedar2 hubby kejut suh masuk tido (aku teman anak tido kat tv hall dengan aku2 tertido. Hiks)

Besoknya (sabtu) sambung basuh kemas basuh kemas. Pastu mop lantai, basuh kain dan keluar dan susun atur segala mala perabut kat main hall. Penat nya kalah pindah rumah okeh.

Itu jer lah komplen aku sebagai isteri kepada anak tunggal dan menantu kepada ibu mertua tunggal. LETIHHHHH

9 ulasan:

mNa berkata...

sori x g aritu kak..i lupaa..hehehe..
next time wat makan2 kami wajib g..macam biasa..

♥♥♥ سواي @ ماما ايمان شاهيراه ♥♥♥ berkata...

dapat bygkan camne keadaan KV... mmg pengsan!!!

al-hamdulillah semua dah settle kan...

KV berkata...

mNa,
haha...takpe. Aka betul2 fenat tau!

mama maryam,
alhamdulillah. Lps ni kena gi masaj. Hik hik

rina berkata...

hehehe memang 'nampak' penatnya. tapi takpo, banyok pahalo mu buleh.

pB berkata...

tahniah sebab berjaya menjadi menantu yang baik ...

fabulous.farah berkata...

huhuhu..xpe letih banyak pahala kv..taucu kacang panjang feveret farah kalu g makan gula..sedaknyeee

Ealyie berkata...

kalo da gitu penatnya makanan yang byk sudah tidak nampak ya KV ya..? Mata hanya mau tilam..bantal..tilam..bantal.. ihiks..:d

onnie berkata...

pnt sgguh bc cete mu tu kv..hehehehehe....: ))

Angah berkata...

Anggap je la extra exercise untuk ko KV. Tapi kenduri kendara ni memang memenatkan..