Jumaat, 2 April 2010

Dah balik

Kami selamat sampai kat rumah jam 5.45 ptg semalam. Masa sampai dah Ada 2-3 orang jiran yg datang nak tolong goreng mihun. Semalam Kami buat tahlil untuk arwah nenek. Alang2 dah ajak orang masjid terus lah bagitau tok imam nak buat solat hajat untuk kereta baru.

Pagi ni sambung kemas2. Aku demam complete dgn flu. Pastu rasa berpusing dunia. Tapi gagahkan diri jugak wat keja. Nanti orang cakap sengaja mengelat pulak kan.

Dan macam biasa lah, rutin di hari minggu, basuh kemas simpan apa yg patut. Hehe

hubby n mil jugak Danish gi menziarah orang kampung meninggal. Ekceli arwah tu mak kepada cikgu Danish zaman skolah pasti tu hari. Oh cerita pasal Danish, aku balik keje ptg isnin tu di bitau yg dia kena tukar kelas. Dari 1 wawasan kepada 1 bestari. Aku tatau 1w ke 1b yg best. Huhu. Bila aku Tanya kenapa dia cakap sebab dia tak pandai. Uwaa, hati seorang ibu mmg aku sedih giler. Tapi aku redha je la sbb aku tau dia masih belum lancar mbaca. Masih merangkak org kata. Dia cakap 13 orang kena tukar. Ati (anak jiran kami) pun kena tukar. Aku dah mula konfius, takkan la budak ati yg cerdas Dan cergas tu pun turun kelas gak.

Siasat nga kak long pengasuh Dina, rupa2 nya bukan turun kelas tapi naik kelas. Haduyaii Danish, silap maklumat betul la. Pastu aku membebel sorang diri, bila dah tukar kelas jadual pun wajib bertukar. Tp Danish takde jadual baru. Selasa Dan rabu skolah cuti keputeraan. Khamis skolah balik, tp Ari khamis tu aku masih kat kl. Pengasuh dina baik ati tolong pi Cari jadual anak jiran yg kelas 1B. Lega aku.

Masa sampai semalam danish tunjukkan Surat yg cikgu bagi. Surat 1 cakap hari ahad balik lewat sbb Ada kelas bahasa Arab. Surat kedua bitau kelas tasmik j-qaf tukar Dari hari ahad ke hari khamis. So khamis pun balik lewat. Surat ketiga bitau besok (sabtu) ada kem solat. Dari 8 pagi hingga 12 tgh hari.

Petang ni pulak ingat nak balik kampung. Rindunya bau kampung halaman. Tak sabar!!!

4 ulasan:

honeylanz berkata...

wahh..danish naik class...bagus...has x tau ac ni mcm ni...huhhuhu

fabulous.farah berkata...

huhuhu..lucu danish..sedih mama dengar anak turun kelas..sekali naik kelas..beli keto br ko?

KV berkata...

Has, entah la kv pun risau ngan Danish tu. Harap dia dpt cacth up la apa yg cikgu ajar.

Farah, mmg sedih tau. Sekali salah maklumat lak. A'a, hubby beli kete dah. Kesian dia 2 tahun takdak kete. Hehe

zailamohamad berkata...

waah, naik keta baru..tunjuk ah sket, nak amik aura;)