Hari tu kan, my abang nak renovate rumah pusaka. Yer lah, dah uzur sgt dah rumah papan tu. Habis di makan bubuk dan anai2. Mentelah wife dia duk mengajar kat melaka, sedang elok lah rumah tu dirobohkan. So dia duk kat dapur jer. Rumah ibu buang semua, nak buat yg baru. Tinggal dapur jer. Sbb dapur baru jer dibuat baru.
Masa dia tgh pindahkan brg2 tu, Kak M pergi jenguk jugak. Nak membantu mmg tak larat la. Tolong2 bagi pendapat jer lah. Nak jadi kan cerita, Kak M pi kemas kan kabinet kitab2 arwah mak ayah. Terbelek la tikar kat bawah kabinet tu. Macam di suruh2 dia cakap. Terjumpa duit 3k duk dlm plastik. Huhu
Patut la, masa arwah mak sakit dulu, dia byk kali duk tnya, jumpa semua tak duit dia. Tp kami tak paham kat mana dia simpan. Rasanya duit tu dia simpan utk belanja dia ke Mekah. Kebetulan bila nama dia tak naik utk musim tu, dia terus jatuh sakit. Perancangan Allah kan, hanya Dia Yang Lebih Mengetahui.
Jadik nya, utk tidak mensia sia kan duit arwah, kami sepakat mengadakan kenduri arwah dan kebetulan bulan maulud, buat sekali harung lah.
So bincang punya bincang, kami buat hari rabu malam khamis. Ingat nak buat hari jumaat, tp bertindan dgn majlis maulud kat masjid pulak. Memang kena pilih hari lain la.
Oleh kerana hari bekerja, Kak M masak ngan sepupu sepapat jer. Kami yg lain bantu belah petang jer. Memang kecoh kat dapur. Cuci pinggan mangkuk, lap dan susun, sediakan air, goreng ayam, hiris bunga rampai, kemas rumah. Kami 3 beradik (pompuan) dan SIL sorang. Adei, mau patah pinggang jadiknya.
Lepas maghrib, baru sepupu (2 org) dtg. Nasib baik ada kekanak remaja. Dorang yg banyak bantu buat kerja. Kami duk menghidang kat dapur. Dorang tolong serve kan.
Menu nya, itik kerutup, ayam goreng berempah, teresek jantung pisang, kerabu sarang, ulam2 dan budu, ikan tennggiri cicah sambal belacan dan dadih.
Walopun pun penat, kepuasan terlukis di hati masing2. Dapat berkumpul adik beradik mmg menyeronokkan. Malam tu tak sempat bantu kemas sepenuhnya. Mek kena balik (jam 11 malam dah) sbb besoknya danish skolah. Rumah ku jauh, sejam perjalanan baru sampai.
Insyaallah, bulan puasa ni buat lg kenduri arwah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan