Memaparkan catatan dengan label personaliti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label personaliti. Papar semua catatan

Selasa, 7 Julai 2009

LEMAK DEGIL

4-5 bulan lps kan aku gigih giler diet. Kes nya, aku tak tahan tgk badan aku makin hari makin kembang. Selulit sana sini. Pengakuan berani mati ni. Haha

Pastu tiara bagi aku sajesen apa yg patut aku ambik sbg menyokong diet aku tu kan. Tq tiara. Sunggu bermakna utk akak taw! So, setiap pg aku makan roti serat gandum tu ngan tuna dan salad bulat. Pastu aku boring. Aku ambik telur masak separuh jrg2. Pastu aku boring aku makan cenggitu jer roti tu ngan milo kosong. Tgh hari aku makan tomyam ayam tanpa nasik atau me atau mihun. Mlm plk kekadang aku makan sup sayur. Kekadang aku makan bubur oat anak2. Ikut selera dan tekak boleh telan apa. Aku takleh nak makan epal hijau jer belah mlm sbb mmg pastu aku akan gastrik giler. Seksa woo. So, aku ambik oat la. Ok sket. Haha.

Pastu mmg semangat diet aku giler membara. Gi kenduri ke atau majlis pape mmg aku skip nasik. Rasa benci sungguh tgk nasik. Wahaha. Kemain aku saiko minda suh benci nasik. Kdg2 kalo ari cuti aku makan ikan panggang jek. Pagi cam biasa makan roti. kalo teringin nak minum manis sejuk aku wat milo kosong ais. Masa tu mmg taram bebanyak milo. Siap wat ketul2 milo lg. Gila. Haha. pastu kalo kepingin sgt air gas aku ambik 100 plus jek. Semangat betul. Pastu aku tukar pil dari mercilon kpd Yasmin. Sungguh gigih kedaung. Huhu

Korang tau dak selama tiga bulan aku gigih giler diet tak hengat tu brapa kg aku turun?





Hanya 2kg ma!!!!!!!





Sungguh aku kecewa giler khinzir. Pastu aku nyampah. Sbb aku bukan jer skip mkn, tp tiap2 ptg paksa hubby layan aku main badminton. Sambil masak kt dpr mcm org gile aku lompat skipping. Anak2 pun naik heran. Siap dorang join aku lari2 anak kt dapur. hehe...dapur aku siap boleh main kejar tau! Gigih giler aku usaha, hanya 2kg jer turun. Mmg nk marah ngan diri sendiri. Tak tau mana silap.


Pastu aku pun malas nak diet gile2. Aku makan cam biasa cuma aku ambik nasik suku jer. Kata kecewakan. Terus ambik nasik nkau. Haha. Dlm 2 minggu gitu aku timbang berat aku naik semula 2kg. Sah2 balik asal. Gilo. Haha

Pastu aku rasa bersalah. Sbb nya blk keje belah ptg aku hanya lepak dpn tv jek. Malas nak berenyah kata ore kelate. Pastu hubby membebel sbb dia tgk aku down giler. Haha.

So aku pun beroleh lah keinsafan sikit2. Now, belah pagi aku ambik nasik. Suku. Tgh hari aku tak ambik nasik. Tukar makan benda lain. Malam aku masak sup sayur. Pastu aku siap beli pemanggang yg boleh pakai dapur gas. Tak yah panggang ngan arang. Eh, ingat nak beli microvawe oven tp asyik2 tangguh jek. Kalo ari minggu kluar ngan anak2 mmg takde can lah nak mensurvey. Kena pi taim lunch hour lah gini.

Pastu aku tgk cok tgh gigih diet kan. Pastu dia cadang makan lecithin. Aku pun gatal gi watson cari lecithin. Haha.



aku beli brand biolife jek. Ada lg brand lain tp mahal. Jimat belanja beb. Hiks


Takpe lah walo berat badanku tak turun, aku ttp akan kontrol makan sbb kalo tk kontrol makin hari makin gemuk aku.

Sekian.

Salam sumbangsih
KV & Co

Rabu, 24 Jun 2009

BAHASA INGGERIS

Ni bukan entry berilmiah atau apa ok. Aku just nak luah kan pendapat aku jer. Aku bukannya aku ni ahli pemikir or cendikiawan or bijak pandai. Aku manusia biasa jer. Rakyat Malaysia gitew kaedahnya.

Semua org dok pung pang pung pang membahas pasal penggunaan bahasa inggeris utk math n sains kt skolah. Ada sokong ada membantah.

Mlm td pn aku tgk Che Det mengulas pasal nya. Pendapat aku lah kan. Baik guna bahasa inggeris utk semua subjek lah. Mcm zaman dulu2. Haha. Sadis tak?

Tp plg lemah nak melahirkan cikgu cikgi yg nak mengajar tu lah. Bukan semua mahir bahasa inggeris.

Ambik contoh aku jer. Tak yah org lain. Aku org kampung kelate yg mmg tak terbuka masa kecik. Ye lah mak bapak aku bukannya sekolah pun. Nak membaca pun tak pandai. Apa lg nak ckp english. Haha.

So, aku membesar dgn bahasa melayu kelate yg agak pekat. Bahasa inggeris bagi aku sungguh susah. Aku tau yes no jer. Benda lain mmg yilek.

Pastu masa skolah kan, main hentam2 jer jawan soklan. Bukannya aku paham pun. Pastu, kenkadang aku tiru kawan aku yg bagi aku mmg dh bijak sgt la english dia. Slalu dpt kredit 4 nkau! Haha. Kalo org lain dgr, apa lh sgt kredit 4 tu kan. Tp bg aku dia sungguh bijak oekh. Mmg sadis lah.

Bila masuk U mmg aku culture shock sungguh. Eh, ramai kwn aku culture shock bab benda lain. Contohnya sekolah dulu bkn skolah campur, so bila bercampur jantan2 hensem, menggelupur dorang gilakan jantan. Wakaka. Weh, contoh jer tu. Hik hik

Tapi aku mmg blur ngan english. Tp naseb baek sistem ipta gunapakai semuanya dlm BM. So, walopun merangkak, boleh lah aku follow. Walopun aku dok hujung2. Mek nanges!

Ada sorang lecturer services aku from Aussie, mmg ckp omputeh sesado. Satu haram pun aku tak paham. Mmg nazak sungguh la. So, aku rujuk kt kenkawan yg teror BI. Boleh la sesikit. Tp mmg sedih la. (Eh, min/sukma/alin, apa dh nama lecturer tu ek? Aku lupa la plk. Betul ke dia ngajar services? Haha)

Pastu aku punya level konfidensi mmg very low. Sungguh! Org lain semua ckp campur2 BM BI, aku nak paham dorang ckp pun susah. Sungguh rendah diri okeh. Rasanya, kalo aku kena tendang uni mmg kes BI aku very der hazab la.

Bila start keje, aku keje swasta kejap. Byk gak la (berbanding start from zero) aku improve sesikit BI. Sbb semua engineer, QS, akaun, admin n big boss sendiri pun ckp BI. Sungguh aku kagum ngan mereka. Kalo site meeting pun mmg brung brang brung brang ckp BI. Aku? Nganga jer lah. Nak catat minit pun takleh. Pastu carik qoutation semua org ckp BI. Dah la BQ pun dlm BI. Adoii..mmg sedih oh. Rasa nk nangis pun ada.

Pastu dpt keje gomen, bertukar terus guna BM sepenuhnya kt sini. Sekali lg aku jd bengong nak memaham istilah yg aku belajar in BI, apekejadahnya in BM. Seksa okeh.

Tu lah kan, mmg sedih bila tatau BI. Rasa sungguh tak konfiden. Aku rasa, kalo senario aku keje ngan org ckp pung pang pung pang BI, mebi aku boleh cepat tangkap kut. Tp tadek lah plk mcm tu. Sbb mmg aku keje dlm suasana Bahasa Melayu. Bahasa Melayu Kelate lak tu. Abih tu semua org dok ckp bahsa melayu kelate, takkan aku sorang nak feel2 ckp omputeh. Buang tabiat ke hapa. Lg pun bukan aku reti pon.

Kdg2 segan gak ngan pakcik makcik kat opis aku ni. Dorang teror gak BI sbb dulu dorang belajar skolah omputeh. Cuma masalah kewangan membuat kan dorang takleh gi jauh. Aku ni, belajar masuk u pun tapi hazab nya BI aku.

So aku rasa, baik buat sistem mcm skolah zaman dulu la. Semua in BI. Senang cerita. Pendapat aku lah kan, takkan hilang nya bahasa Melayu. Belajar omputeh tu utk menyenangkan individu tu menghadapi masa depan dorang yg makin hari makin mencabar. Takde lah sain kontrak ke hapa ke kena tipu. Sbb tak paham apa yg org tulis. Sedih tau.

Tapi ni pendapat aku jer, kalo korang tak setuju jgn marah2 tau. Nanti kena jual. Hehe


Salam sumbangsih
KV & Co

Selasa, 16 Jun 2009

KEMBALI TERURUS

Dah 3 hari sekolah bermula. Makanya hidup aku pagi2 lebih terurus bila danish mula sekolah. Wakkakaka

Kalo hari cuti mmg lewat sokmo masuk keje. Sempat punch card tapi nyawa2 ikan. Hik hik

So, kalo hari sekolah mmg dpt setel awal. Sbb danish kan kena masuk before 7.30 pg. Kalo hari cuti dia bangun lewat sikit. Dan aku kena setelkan makan minum dia. Pastu byk lg masalah. Tu yg hampir terbabas sokmo.

Oh ya, jam 8.30 nanti ada meeting. Makanya, aku nak pekena nasik lemak dulu. Lantak ah dgn diet. Huhu


Salam sumbangsih
KV & Co

Rabu, 10 Jun 2009

TONSIL

Tetiba,...

bangun pagi ni aku rasa ada benda dok tersekat dlm tekak.


Uwaaaa!!!!


tonsil aku membengkak dah plus hidung tersumbat.

DAh la selsema aku dh 2 minggu blom pulih.


Seksa wei!!!



Bi, jom makan mc D! Mama nak big mac! (apa kena mengena tatau!)



Salam sumbangsih
KV & Co

Rabu, 6 Mei 2009

ENTRY INI HANYA UNTUK TATAPAN PERIBADI

Aku dah warning awal2. If korang nak baca jgk, aku tk bertanggungjawab okeh.

Aku taip kt sini sbg motivasi utk aku memajukan diri dan pengajaran kepada aku dlm memilih kawan.

Ok, mula kan cerita.

Aku ada kawan nama Minah (bukan nama sebenar). Kami dulu agak kacip fatimah lah. Tp tuntutan masa bila dh berumur ni membuatkan kami renggang. Takdak gaduh pape tp aku malas nak huha2 ngan dia dh. Sbb nya Minah ni, taim dia susah dia akan cari kita, merayu dan sbg nya sampai kita tolong dia. Tp lps tu kalo dh senang, kita kontek pun dia tak respon. Tu blom lg nak mintak tolong.

Dah byk kali aku kena dan hubby pun pernah melarang aku kawan ngan dia. Nak jd kan cerita, adik dia keje sekali ngan aku. Tp bkn unit aku. Aku cam biasa lah. Tadek pape. Cuma kdg2 bertanya khabar. Sbb aku mals dah nak jumpa ngan Minah ni.

Semalam, kawan aku sorang lg (aku buh nama dia Bedah) call bagitau yg dia gi ziarah anak Minah sbb kebetulan dia ada keje area rumah mak Minah.

Tgh syok borak2 tu, Mak Minah dok soal siasat dia mcm2. Dorang siap gi siasat rumah Bedah (dlm pembinaan). Gilo. Siap bagitau tuan rumah tu. Kut yer pun nak siasat, jgn lah bagitau tuan rumah kan. Ni g pecah lobang sendiri ni apasal? Siap ckp Bedah pakai mozek tak elok, cat tak cantik, eksesori tahpape. Bengang jer Bedah.

Pastu mak Minah ckp ngan Bedah yg dorang tk pegi rumah aku. Tak sempat lah konon nya. Pastu kecik ati aku dh lama tak pegi rumah dia. Abih tu, aku ajak makan kt rumah aku pun dorang tak dtg, aku beranak pun dorang tak dtg, tujuan apa lg lg nak sambung kan silatrurahim. Sedangkan selama ini hanya aku yg pegi jumpa dia. Siap pujuk2 hubby suh drive kete. Sampai aku kena larang ngan hubby supaya jgn kawan ngan dia. Tp aku takde lah nak gaduh bagai, cuma malas nk menonjolkan diri. Malas dh aku nk jadi hidung tk mancung pipi tersorong sorong.

Pastu mak Minah cakap jumpa ngan aku kt pasar kota bharu pagi2 buta. Siap dokong anak lg. Eh, apa masalahnya kalo jumpa kt pasar?Apa masalah aku nak bawak anak aku ke pasar? Aku nk gi beli lauk pun nak kecoh ker? Nasib baik aku tegur dia. Hormat lg dia sbg org tua. Kalo aku tak tegur?

Pastu siap cakap ngan Bedah yg aku ckp bohong. Kononnya aku beli kain pasang rege 3-4 ratus. Padahal dia anak beranak gi siasat kt kedai tu takde pun kain tu. Aduyaiii... sampai aku beli kain apa, kedai mana, harga berapa pun dorang nak kecoh. Pastu lak, nyibuk tanya Bedah kt mana aku jahit baju. Mmg zaman dulu aku jahit ngan dia. Tp kan dh jauh lani. Tkkan la aku nk jahit ngan dia lg. Aku jahit dekt2 opis aku je lah. Tu pun nak kecoh. Dia ckp anak dia beli baju lg mahal2 sbb anak dia body cantik. 10 pasang seminggu beli kain. Weh, aku rasa nak muntah ni.

Pastu lg (berapa byk pastu la..hihi) dia tanya Bedah, adakah sekarang aku masih memakai brg kemas besar2 dan berapa byk brg kemas aku ada. Kalo antara korang yg baca ni jadi aku, apa perasaan korang? Dah duit aku, suka hati aku lah nak beli besar ke kecik ke. Peduli lah. Dah kalo ko ada byk duit sgt, beli jer lah. Apsal nak menyibuk harta org.

Dan Bedah dah geram, terus ada2 kan cerita. Katanya malas dah nak merendahkan diri dah. Sengaja nak buat dorang lg meroyan dan sakit hati. Biar dorang makin mereng. Bedah siap ckp aku mmg beli pakaian mahal2, brg kemas byk dan besar rantai kapal (tu dah melampau tu) (Padahal hakikat sebenar takdak pun). Makin lah dorang bengang sbb Bedah sokong aku. Tujuan dia tanya Bedah tu supaya Bedah sama2 join dorang kutuk aku. Bedah ckp ngan aku, dia berkunjung tu nak bertanya khabar. Nak ziarah baby. Lg pun dh lama tk jumpa. Tapi, dorang sibuk ngan harta org lak.

Aku ni kan, kawan dgn semua jenis org. Yg selevel, yg level tinggi, yg rendah pada aku takde sbb aku kasta plg rendah. Tp kwn2 aku semua keje besar ada ijazah, master, phd, Ada rumah besar. Pakai bmw, civic, accord, caldina dan mcm2, tp selamba je dorang kawan ngan aku yg marhaein ni. Biasa je. Sedangkan aku ni pakai kancil buruk jer. Takdak beza. Macam zaman kecik2 dulu jer. Tak mati pun kawan ngan aku org miskin ni.

Ni apsal la nak kecoh pasal apa aku ada, apa aku beli, apa aku buat. Sedangkan dia langsung tak berhubung pun dgn aku pun. Oh ya, jgn lupa yg adik Minah satu opis ngan aku. Hari2 dia siasat ngan suami aku apa xtvt kami. Suami aku pun dah tahap geram menyampah ngan bizi bodi dia, slalu wat cerita tak betul. Selalu ada2 kan benda yg takde. Nak suruh dorang lg meroyan. Rupa2 nya mmg betul dorang meroyan. Saiko betul lah family dorang ni!

Mcm2 adik Minah siasat tau. Dalam akaun aku ada berapa sen. Anak aku pakai diapers cap apa, minum susu cap apa, bukak akaun apa, ambik insuran apa. Baju anak2 brand apa. Gilo la. Apalah nasib aku ni terpaksa menghadapi geng saiko ni. Huhu

Bukan anak2 jer yg meroyan, mak dia lg meroyan. Kami takde gaduh apa pun. Cuma nya si adik ni akan siasat dan hari2 balik wat laporan kat depa. Semacam depa berdendam plk ngan aku. Adoii... serabut plk. Mmg la aku malas nak ambik pot, tp kesabaran pun ada tahap nya jugak.

Oh ya, sbb nak lawan aku (aku takde niat pun nak berlawan ngan sapa2 okeh), Minah yg asal nya beli teres 2 tingkat batal kan perjanjian. Rela rugi sikit sbb nk wat banglo. Kes nya aku wat rumah. Rumah aku biasa jer. Takdak istimewa pun. Takdak nak bertanding ngan sapa pun. Apsal lah nak jeles. Aku laki bini wat rumah tu sbb kami nak dok selesa. Tanah pun tak yah beli sbb MIL kasi jer. Kami bukan nya byk duit nak buat or beli yg gah2 ni. Sekadar kemampuan kami jer lah. Dah korang lebih sgt, apsal dok kecoh pasal aku? Apsal nak bertanding ngan aku?

So, dorang dh kensel beli teres tu, blk wat rumah kt kg. Nak wat loan tak dpt sbb Minah dh diisytiharkan muflis. So, loan kena nama suami dia. Tanah pun terpaksa tukar nama suami dia. Tapi bayar bersama sama. Terkejut aku dgr. Senang2 jer mak Minah boleh kasi tanah tu kt menantu semata mata nak suh anak dia boleh wat rumah besar. Sedangkan anak menantu dia hari2 bercekau, sampai nak berbunuh bertikam bagai, sampai nak report polis. Karang kalo jadik pape, sesaja je rumah dan tanah tu dpt kt org. Anak dia tadek pape. Dah lah tanah tu sebelah rumah mak dia jer. Tapi takpe lah, demi memuaskan nafsu, tak yah pikir pjg. Biar papa asal bergaya.

Aku pun malas nak ambik berat pasal ni. Dorang tak beri kesan pun. Bukannya aku minta sedekah kt dorang. Rasanya kalo susah aku cari org lain dulu lah sebelum dia. Anaknya sorok2 jgk jeles ngan kenkawan. Ni mak nya mmg kecoh betul la. Muka tak malu. Tak sedar dok jaga tepi kain org sgt, dua2 anak pompuan dia tu dh pernah bercerai dan kawin lain. Selalu porak peranda rumah tangga. Mmg lah ketentuan Tuhan tapi kalo byk sgt campurtangan org tua, akan jadi benda tak elok lah.

Aku akan jadikan ni sebagai ikhtibar untuk aku dalam memilih kawan. Dan jugak aku jadi kan peristiwa ini sebagai motivasi utk meningkat kan taraf hidup. Mebi aku laki bini takdak ijazah, keje kuli jer. Tp kami ada plan kami sendiri. Bukan mengharapkan gaji jer. Sbb aku percaya bukan kerana ijazah semata untuk berjaya dlm hidup. Usaha yg kuat dan tanpa jemu, insyaallah hasrat dmakbulkan Tuhan.

Korang tolong doakan untuk aku yer.


P/s: kalo jd apa2 kat korang lps baca entry ni sila tanggung sendiri yer. Hehe

Ahad, 3 Mei 2009

ENTRY SEDIH YANG POYO

Tika ini, saat ini, aku rasa sgt sedih. Sungguh poyo sekali.

Alkisahnya, adik beradik aku, sepupu sepapat, org kampung, semua akan bergerombolan che kiah ke kl jumaat nanti. Kes nya, 9hb (sabtu) maksu aku (adik abg ipar aku tp kami rapat giler) berkenduri kahwen anak sulung nya. Buat kat dewan komuniti apa ntah kat kl nun.

Ramai yg bertolak hari jumaat tp rabu tu pun ramai jugak yg dah pergi. Plan asalnya, aku nak gi ngan fire fly empat beranak. Sbb turun kt subang kan, dekat jer ngan dorang yg rata2 dok kawasan tu. Dah survey tiket bagai (murah lak time tuh) tetiba arahan big bos semua kakitangan teknikal kena gi klang, melawat kilang *tuut* pada 14hb (minggu slps kenduri tu).

Mmg lah hari nya tak bertindih, tp 2 minggu berturut turut ke kl (bukannya dekat) agak tidak kena jugak lah kan. Lg pun hubby malas nak gi sgt kenduri sbb byk protokol yg kena ikut. Lg pun semua org sibuk kenduri katanya, nanti sibuk anak nak tido la nak susu la, menangis panas lah nanti dia tension. So, dia takmo pegi. Dan aku sungguh sedih sekali.

Sbb bagi aku, taim ni lah semua org nak berkumpul. Lg pun semuanya pakai katering dan sebagai nya. Keje kami hanya packing cenderahati dan rebus telur. Jugak keje2 kecik yg lain. Dan aku yg kt kampung ni mendengar persiapan dorang rasa sungguh teruja sekali. Namun tdk mendapat sambutan langsung dr suami. Huhu.. sungguh aku sedih.

So, aku syor kt hubby yg aku fly ngan danish jek. Gi pagi jumaat, balik sabtu malam. Usul ku di rejek hubby dgn alasan dia malas jaga dina sorang diri. Kalo sorang yg jaga mmg penat giler. Sbb perangai dina kat rumah langsung tk sama kat rumah pengasuh. Hubby dh geram ngan aku yg sibuk nak pergi. Dia syor aku bawak danish n dina sekali. Uwaaaa... tak sanggup aku melayan karenah 2 beradik tu dlm flight seorang diri.

So, dia pujuk aku. Nanti2 akan ada lg kenduri. Tunggu dina besar, pergi lah, Dia takde pun nak larang. Before ni pun aku pergi sendiri tak bawak danish. Kali ni kena berkorban lah.

Nak mintak pengasuh jaga, 15 dan 16hb tu dah mintak dia jagakan. Rasa terlalu menyusahkan dia pulak. Sungguh sedih tau. Aku dh terbayang keseronokan berkumpul cenggitu. Walopun penat tp kegembiraan berkumpul tu tak dpt di bayar.

Namun, aku tetap mendengar perintah suami. Cuma aku sedih jer.

Maaf kan entry poyo aku.

Selasa, 21 April 2009

KECANTIKAN WAJAH

Aci dak aku beli magic face powder ni untuk tempek kt muka aku. Haha. Sungguh tak bley blah. Kedekut tah* idung masin sungguh.


Nak tau rege dia? RM 3.90 jek.

Ahahah..al kisahnya..

Aku mmg tak suka pakai bedak kompek. Ntah la, rasa tak masyuk ngan jiwa aku. Tp sbb org lain dok pakai mac la bobi brown la dan sewaktu dgn nya (abaikan ejaan aku), makanya aku beli yg cosway punya. Miyami. Murah lah kalo nak bandingkan ngan brand2 tersohor tu. Tapi 2 kali aku beli dua kali jatuh berkecai. Punya la tak sopan santun.

Dan, bila tempek kt muka aku rasa pelik jer. Lagi pun melekat kat tudung. Pastu aku rasa tebal. Lagi satu, kalo sekadar nak pegi pasar aku rasa pelik kalo tempek bedak kompek. Kalo tak pakai bedak kan harus pucat sesado jek muka aku.

Slalu nya aku taram bedak baby si Dina jek. Tp minah bam2 tu kedekut sgt, bedak dia tak mo kongsi. Selalu di bawak lari. Makanya aku pun beli lah bedak ni. Kebetulan terjumpa kt mini market. Kalo tak terrjumpa, aku tak beli gak pun.

Jaman skolah dulu, punya lah selekeh sampai bedak debu pun aku tak pakai. Sampaikan kawan kakak aku tegur (dia ni suka melawa walopun rupa tak lawa..hahaha). Katanya, walopun nak sesimple mungkin, at least tempek lah bedak sikit. Takde lah muka sememeh sgt. Huduh nak tgk. Huhu..mek nangis. Dalam hati je lah uols. Sejak ari tu mek pakai lah bedak. Sapu tipis2 kaedahnya.

Aku ni kan, kalo bab mekap bagai ni berkira sungguh. Dan pemalas. Pencuci muka pun aku tak pakai. Usah kan nak ada toner, krim siang krim malam. Malah aku tak kenal pun semua tu. Brand apa kluar kt pasaran pun aku sekadar ternganga. Sbb, lambat lg kalo aku nak beli. Sbb tu org pakai mascara ke, eye liner ke, eye shadow ke, blusher ke, aku mmg tak reti. Dan aku kagum ngan kawan2 aku yg pandai bermekap. Cuma aku ni yg malas nak belajar. Aku sapu lipstik jer.

Tapi kalo bab kasut henbeg baju kain pasang gelang rantai emas, tu laju jek aku beli kalo ada duit lebih. Takde nak berkira sgt. Hihi

Tu lah kan, minat org ni lain2 walopun sama2 wanita.

Rabu, 11 Mac 2009

MELONGKANG

Aku pun tak tau lah ngapa aku ni sungguh takde bakat dalam boling. Huhu. Kesian aku tau.

Semalam aku n geng (wah geng bas sekolah tu) gi training boling. Patutnya gi training kat sri mutiara sbb lawan nanti kt situ. Tp gak, tah pape gelap gelita lak boling center dia. Ingat kan tak meniaga. Rupanya ada eletrik shock. Tah pukul berapa baru nak baik.

Makanya kami berpindah gi training kt kb mall dulu. Tgk hari ni lah cemana. Boleh ke tidak training kt sri mutiara. Kalo tak dpt gak mmg kena gi kb mall plk lah.

Kawan aku tgh memboling. Hik hik


Aku rela pakai kasut beli kat bundle dr sewa kasut dorang. Geli geli ah. Kasut aku brand puma harga 5 ringgit. Ok lah kan?


Game pertama main aku score dlm 110 gitu lah lbh kurang. Tak ingat. Game kedua menurun giler. Dalam 70 jer markah aku. Kesnya, aku tak larat nak angkat bola. Aku boleh main bola no 9 jer walo pun aku gemuk gedempol nampak mcm gagah perkasa kan. Lbh pada tu tak larat aku. Tp masuk game kedua bola no 9 tu pun aku dh tak larat. Bola no 8 tu risau aku kut2 lekat tgn kt situ. Ahahah. Boleh bikin sejarah wei!!!

So mlm tadi sungguh sakit lengan aku. Dan susah aku nak tido. Uhuhuu..sungguh tak best!!

Ahad, 1 Mac 2009

MERAJUK

Pagi aku rasa macam nak merajuk. Dgn suami aku la. Bukan ngan org lain. Huhu

Pastu sekali pikir, bodoh plak. Macam dia tau aku merajuk ke hapa pun kan.

Benda nya kecik jer. Tp ntah napa aku rasa kecik hati jer.

Tak pasal2 aku berlapar pagi ni. Rajuk punya pasal. Ish..tak suka!!!!



p/s: bakpo follower ada kotak cenggitu eks pulak? Mcm kurengggg jer.

Khamis, 26 Februari 2009

PAGI YANG kalut

Byk benda yg menyokong kelam kabut aku ari ni.

First, alam henfon bunyi tp aku masih blom bangun. Dlm kaba ngan tok kaba jer aku off kan alarm tu. Hubby kejut kan dah hampir jam 7. Gilo!! Kelam kabut aku bangun. Nasib baik bendera merah. Terus siap dan kejutkan danish.

Aku kalo lewat pi keje ok lg. Aku risau danish lewat ke skolah jer. Danish tido ngan mek (MIL) tp aku yg kejutkan dia pagi2. Tah pape, memangis sakit perut lak anak aku. Dia ni drama skt. Adeh...tekanan guwe. Abah dia lak bukan main lama berkurung dlm 'ofis'. Tak ingat dh lewat gamaknya mamat tu. Tekanan lg.

Pujuk punya pujuk aku mandikan dia sambil meraung. Hmm..lantak lah. Dina lak dh bangun sibuk nak menyusu. Seb baik minah tu mood ok pagi ni. Siap kan danish cepat2. Drama dia pun tamat di situ. Lega aku. Hubby pun tolong wat susu dina. Tp dina lak nak beriba ngan aku time nyusu. Layann.

Tgk jam dh hampir 7.30. Adeh. Tekanan guwe. Suh danish cepat2 pakai stokin kasut. Mamat tu punya lah lembut penuh sopan santun bertatasusila bab pakai kasut. Sambil dia pakai stokin aku suap kan pulut ke mulut dia. Lesai. Naik kete cepat2 hantar pi skolah.

Seb baik rakan2 dia blom beratur nak gi padang. Lega aku. Boleh tarik nafas pjg2 dah. Aku mmg. Kalo blom selesai hal danish mmg aku rasa semput jer. So boleh gi kerja ngan aman.

Pagi ni jalan ok je. Biasa ah kampung, takde jem bagai. Tapiiiiii. Hah, yg ni geram banget! Kereta sewa (teksi) atau prebet sapu atau back hoe. Punya lah sedap hati dorang jer nak pakai jalanraya tu tak pikir pasal org lain.

Pagi ni satu kete sewa (teksi) yg bawak 25km/jam. Hah kau! Bersusun susun kete blkg dia tak leh nak motong. Punya lah sakit jiwa kami. Dok membebel (sumpah seranah kaw2 kasi ilang tension). Ada plk watak sampingan yg suka hati celah bedah. Macam lah org lain nak makan angin je kt atas jalan tu. Dia sorang jer nak cepat. Aku ni takmo punch card ke?? Eii!!! Sakit jiwa kemain.

So korang, kalo bawak kete kt kelate ni hati2 sikit yer. Sbbnya mentaliti gedebe tu byk lg merasuk jiwa org sini. Korang kena hati2 ngan kete buruk kt tepi jalan tu sbb dorang akan tunggu korang dekat baru dorang cepat2 keluar. Kalo korang nak mrasa french kiss, boleh ler. Byk lg bab lain, kendian lah aku citer.

Ok lah, tu je cerita kalut dan bengang aku. Cau cin cau. Ai ada meeting jap.

Isnin, 23 Februari 2009

AKHIRNYA

Hik hik.

Hari ni dlm sejarah tau. Sbb tu kena tulis. Mudah nak rujuk besok hari. Hiks

Thn 2008 lps kan aku berazam nak bukak akaun tabung haji kan. Sbb kes malu. Anak2 ada akaun, mak bapak non ado katanya. Huhu. Tp terpospon ke tahun ni. Punya lah lama dok tangguh. Bukannya byk mana sgt nak simpan pun.

Ni buktinya. Wah. Kiranya hari ni dlm sejarah lah tau.


Aku bukak akaun tabung haji ni sbb nak simpan duit hasil jualan brg kemas arwah mak aku. Harta pusaka katanya. Tp dh berdebu aku dok simpan dlm gobok tak bukak2 akaun. Kesnya aku tunggu dan kautimkan dgn duit lain. Yg dah ada ni akak aku sorang tu yg byr. Sbb dia pakai gelang arwah mak. So dia bayar dulu. Malas nak tunggu org lain. Yg lelain blom jual. Entah bila nak setel tak tau lah. Harap cepat lesai wahai adik beradik ku. Chehehe.

Pada aku dok melahau tahpape ngan duit tu kan, laki aku nasihatkan aku bukak akaun tabung haji. Lbh suci murni gitew katanya. Wah, tak sangka bernas jugak idea suami ku. Oh, i lap u.

Tapikan, tetap nak cerita ni. Ada cerita malu lah sket td kan masa bukak akaun.

Aku ingat nak buh nama anak2 aku sbg penama. Tp lupa no ic dorang lak. So buh nama hubby lah. Senang citer. Siap aku warning lg laki aku biar amanah. Gelak besor dia. Ye lah, bila dpt duit tu kt dia nanti mana lah tau dia joli katak kan. Kesian anak2 aku kan. Hihi. Punya lah sengal bini dia.

So, dah dia penama, tp dia sendirik blom ada akaun. Mrasa kena tanya sedas ngan kerani kaunter. Hiks. Malu seh.

Dan2 tu mamat tu suh hubby aku bukak akaun. Katanya 10 hengget pun dh boleh bukak. Hahaha. Gelak besar aku. Tp hubby takmo. Lain kali katanya. Padahal nak cover malu.

So, tahun ni apapahal, aku kena paksa hubby aku pi bukak akaun tabung haji. Mrasa ada entry gak nanti. Hihi

Rabu, 4 Februari 2009

kontek lens

Malam td aku tgk citer ku milik mu. HIks..takdak idea nak tgk apasemalam. Semuanya boring bagi aku.

Anisa kan pakai spek besar bagak tu (ke minah tu nama lain ek). Kisah mlm td spek dia tu pecah kena langgar dan dia pun tukar pakai kontek lens.

Aku ni kan takdak keje. So, terpikir la, kalo aku pakai kontek lens bagus jgk. Mesti jadi lain muka aku kan.



Teingin gak aku nak pakai kontek lens ni. DUlu, masa anak dara, aku dh penah pakai. Tp aku pakai yg kekal tu. Untuk 2 thn. Pastu aku mabuk teruk peknen kan. Pastu takde masa sgt utk diri sendiri lps ada anak kecik. Terus aku lupa kan kontek lense.

Makanya berspek lah aku ke mana2. Kalo spek rosak mmg sakit jiwa lah aku.

Eh, tu ari aku jumpa spek yg frame less kt bundle tau. Masih elok lg. Bingkai nya lbh kurang aku punya skrang tp lbh ringan. Yg aku punya ni pun dh 3ratus. Rasnya lbh kurang tu le. Power cermin dia pun boleh sesuai ngan mata aku. Tp aku tak berani nak pakai sbb hubby pun tak kasi. Takut slah power, susah lak aku dok pening pale.




Aku pun nak mata cantik macam ni. Hahaha. Perasan nok.


If korang dh ada pengalaman ngan kontek lens, syer2 lah ngan aku. Apa jenis yg elok. Pakai buang ke (pakai buang pun byk bulan kan?), ke yg bertahun tu ke. Brand apa yg best dan murah (hahaha..bab murah tu tak tinggal).

Daa

Selasa, 3 Februari 2009

DIET YG HAMPEH

Udah2 lah cerita pasal sentap yer. Kesian korang dok tolong pikir pasai aku dok sakit hati tu. Ye lah, makin lama masa makin hilang lah sakit hati tu.

So, cerita lain.

Aku kan tgh gigih dan bersemangat kononnya nak kuruskan badan. Haha

So, belah pagi aku tetap makan nasik sbb aku tak nak kena gastrik. Seksa woo. Tp nasik yg aku beli tu sikit jer tau. Separuh dari nasik biasa dan aku cuba tak habiskan. Hihi

Tg hari lak aku makan laksa penag, takmo laksa kelantan sbb santan kan. Atau aku makan tomyam je tanpa nasik atau mee. Korang ada idea tak makanan yg tdk berat? Nanti bagitau aku yer.

Balik keje, kalo aku rasa nak nguyah atau apa2 yg sewaktu dgnnya aku makan salad atau buah. Kadg2 aku ratah baby corn. Hihi

Malam pulak aku masak yg berkuah mcm sup sayur ke, taruk tauhu. Atau makan yong tau hu. Apa lagi ek yg best dan tdk memberatkan?

Sementara tu aku akan lompat tali skipping sambil memasak. Haha. Sudah memasak, layan main badminton pulak. Dari 6.30 sampai maghrib. Sakan aku ni. Punya lah gigih.

Tapi aku pun tak tau lah sehingga bila semangat aku ni bertahan. Chaiyuk! Chaiyuk.

Ops...aku pun dah cari merata beras herba ponny tu tp tak kejumpaan la. Patut la sas ngan cen ckp dorang cari takdak. Ke tak takde kat pasaran ek?

Penimbang berat pun blom beli. Ntahpapa la aku ni. Asyik lupa jer time gi kota bharu tu. Maklum la, sibuk ngejor mek dina tu.

Eh, aku nak tanya pendapat korang la. Perut aku belah kiri (atas skt pada tuutt) tu selalu senak sejak aku lahir kan dina. Tp senak nya tu aku boleh tahan. Aku dok ingat senak tu akibat pregnant kan dina. Ye lah, uri aku yg terlekat takleh buang pun kt situ lah. Pastu aku dok pikir maybe urat kat pinggang berketul. Selalu kalo sakit2 hubby akan urut kt situ lah. Tp dia tak berani nak urut kat perut.

Pastu dgn aku slalu dok pening nak muntah, sakit kepala. Dan perut dok senak2 tu, aku rasa aku kena batu karang ke ek? Tp aku tak gi check doktor lagi la. Kebetulan, hari jumaat lps perut aku tang situ sakit giler. Memulas macam nak uk uk tp takde pun nak uk uk. Sakit macam nak bersalin pun ada, cuma kuat ngan tdk. Aku malas ak gi spital gomen, cari la klinik swasta tp non ado yg bukak ptg jumaat tu. So, aku bertahan sampai mlm. Last2 belah malam, sakit tu hilang cenggitu jek. Aku pun bila dah tak sakit malas nak gi klinik dh. Hehe.

SENTAP

Hish.. apa lah nak jadi ngan aku ni. Asyik sentap sajork. Cemena ek. Umur dah makin lanjut tp perangai tetap tak berubah.

Aku sedar yg aku ni mudah sentap, panas baran. Napa lah aku tak cool dulu pastu baru pikir panjang2. Masalahnya, kalo aku cool pun tp kt muka tetap nampak. Pastu malam aku takleh tido. Nak wat keje pun asyik teringat sbb dok sakit hati sgt. Benda yg aku geram tu asyik berlegar legar dok berulang ulang di minda. Korang ada tips tak cemana nak buat supaya aku lbh cool, lebih sabar dan tak pikir sgt.

Semalam, aku tgh ngadap lappy. Pastu ada sorang staf yg komplen fasal keje aku ngan akak Y (partner aku). Dia bercakap tu seolah olah dia tak perasan yg dia tu bercakap pasal kami. Macam dia bercakap pasal org lain jer. Dia komplen sistem kami lemah.So, aku tanya dia balik apa kelemahan sistem tu. Cakap je lah, kita baiki untuk kebaikan bersama. Tapi tak leh nak jawab apa kelemahannya. Tau komplen jer. Tp tatau apa yg lemah. Usah kan nak perbaiki. Tau cakap jer. Bengang jer aku. Macam lah dia bercakap tu, dia bukan staf jabatan ni. Sbb sistem tu dia create oleh jabatan, bukan aku ngan partner yg pandai2 nak reka.

Tapi seb baik aku tanya dia ngan cool. Pastu bila dua tiga kali aku soal dia dan dia tak boleh nak jawab, dia pergi macam tu. Ish, geram aku. Napa lah ada org bodoh sgt dlm unit aku ni.

Mmg aku bengang. At least cakap lah perkara yg membina. Jgn lah nak hentam org sedangkan kita tak tau fakta, tak tau punca. Aku boleh terima jikalau benda tu di bincang dgn elok. Tidak secara menyindir. Bila angin aku pun tak elok harus akan jd benda tak best. Tp nasib baik semalam aku boleh sabar. So aku cakap elok2. Last2 dia yg termalu sendiri.

Bengang nya aku. Kenapa lah aku perlu berdepan ngan org yg bodoh macam ni?? Huhu.

Rabu, 28 Januari 2009

AKU YANG GEMUK

Korang tau kan aku tgh mengalami masalah gemuk. Huhu

Dulu, masa kanak2, aku kurus keding. Sampai badan pun melengkung. Dah la bongkok sabut. Pastu pulak tak suka makan. Kat skolah pun tak sarap. Balik skolah ngadap tibi. Makan nasik sepinggan pun tak habis.

Pas skolah (tunggu result). Berat aku dh 48kg. Kurus bagi org yg badan besar mcm aku mebi 45kg kut. Kiranya aku dh start gemuk lah. Masuk u aku dh 52kg. Kluar u berat aku dlm 55kg. Masa tu aku rasa aku mmg dah gemuk giler. Perut pun boncit tau. Kalo pakai kebaya penat aku kontrol perut. Hiks.

Masa nak kawen berat aku dah 60kg. Giler berat. Mengandungkan danish berat aku turun mendadak. Mabuk yg teruk. Pastu danish lahir awal. Mmg aku kurus giler. Korang dh tgk gambar aku masa ngan danish dlm wad kan. Mmg cengkung pipi aku. Sampai hubby aku komplen plk. Aku lak, mmg hepii banget sbb aku dok mengidam tubuh yg kurus.

Pastu dlm 2 thn kemudian, berat makin naik. Dok dlm 65 hingg 67kg. Kalo dpt turun 62 aku mmg dah happy giler ah.

Ngandungkan dina plk, walopun mabuk lbh teruk dr masa danish dulu tp aku tak kurus2. hujung2 kehamilan berat aku samapi 77kg. Giloo. Mmg sah aku tau aku takkan kurus dh lps bersalin.

Masuk keje lps pantang semua opismate komplen badan aku tak berapa nak susut. Walopun kenyataan, tp makan hati dgr tau. Haha

Pastu, dalm 2 bulan kebelakangan ini, mmg badan aku naik giler2 ah. Gemuk gedempol. Kain baju kurung aku semua ketat. Sakit perut aku sbb kain ketat. Tp aku pakai jgk sbb malas nak alih (resize) cangkuk dia. Hihi.

Tp aku tak timbang berat aku berapa sbb aku takut. Hoho

Nafsu makan makin menggila. Dok dendiam kat rumah harus aku pikir pasal nak makan. Walopun aku kontrol kuantiti nasik tu, masalahnya aku tetqp makan nasik.

Seminggu dua ni badan aku penat letih lesu pening. Semua ada. Sampai aku ingat aku mengandung. Padahal lewat 2 hari jer. Menangis nangis aku takut aku peknen. Makin lah tertekan perasaan aku tau. Walo pun now aku tgh bendera merah tp aku tetap risau sbb kepala aku asyik pening jerk. Napa ek. Ke sbb pil yg aku ambik tu tak seswai ngan badan aku ek? Betul ckp la, mmg aku tgh risau ni. Walo pun period aku takut aku ngandung. Hahah. Gilo kan. Tp mmg gitu lah yg aku dok pikir. Sampai kena marah ngan laki. Ops..terluah perasaan lak. Sungguh poyo di situ.

Tp betul lah, bila badan gemuk melampau, badan aku letih giler. Dah la dok campur ngan pening kan, Pastu byk benda yg aku takleh makan. Dah byk bulan kes2 mcm ni berlaku. Contohnya bila ku minum teh (susu) kalo kat kelantan org tua cakap teh tu teh o tau. Hiks. So bila minum teh aku jadi pening nak muntah. macam mabuk ngandung, dan aku takleh bau2 makin tambah pening. Dan2 tu mula aku risau aku ingat aku ngandung. Padahalnya tdk (sblm ni la).

So, aku ni dh mula risau ngan tahap kegemukann aku. Mangsa cecehan aku harus lah laki aku kan. Aku tau lah dia serabut perut aku dok merisau kan. Tp usahanya takde. Buang karan je kan. Haha

Bulan lps aku ada beli tali skipping (ker korang panggil apa ek? Sila betulkan utk aku). Masalahnya seminggu beli dok dlm henbeg, tp aku terlupa yg aku ada beli benda tu. Haha. Bila nak tukar henbeg lain baru perasan. Hubby aku gelak sakan. Katanya, patut dah hancur mozek bilik tu dek lompatan aku. Maklum ler, mak gajah kan. Sadis woo!!

Now, walopun aku dh perasan benda tu aku dh beli namun, jarang sekali aku berkesempatan nak melompat. Asyik ada agenda sokmo. Kalo takdak agenda pun harus aku kepenatan. Kena pi jumpa pakar motivasi diet aku ni gamaknya. Tp kt mana ek?

Korang tolong la suggest apa yg patut aku buat ek. Kut2 ada petua cemana aku nak mengawal nafsu makan. Mmg la memotivasikan diri dgn melihat org lain kurus dan lawa adalah bagus. Dan2 tu jugak aku semangat nak diet. Masalahnya, lps tu harus aku tak tahan. Nak jugak makan.

So, aku berkira kira nak beli beras herba poni taj mahal sbb takde kanji kan. Bukan apa, aku rasa aku tak boleh nak drastik tinggalkan nasik begitu saja. Kena gak ansur2 kan. Hubby aku siap suggset beli kan rice cooker kecik. Jap lg nak gi survey. Hihi.

Pastu, aku penuh kan stok peti ais kt rumah tu dgn buah2 dan salad. Asal rasa nak makan jer, makan buah atau salad. Tp tetap kena kurangkan jgk sbb buah kan manis2. Masalah utamanya aku ni kurang minum air. Air manis ke, air kosong ke, kurang minum. So bila kluar harus beli air yg tentu nya manis kan. Kena disiplinkan diri minum air kosong ni. Pastu say no to air gas. Haha. Insyaallah. Korang doakan lah aku kuat semangat okeh.

Pastu kalo korang ada tips ke, boleh la syer. Bantu lah aku yg gemuk ini. Huhu. Rasa nak nangis tau.

Aku nak kurus bukan hanya sbb nak cantik je. Ala, org gemuk mcm aku susah tau nak beli baju. Tgk baju lawa2 dan mampu milik tp takde saiz. Sedih aku. Huhu, dah la rupa pun ala2, gemuk gedempol pulak kan. Pakai baju lak old fesyen. Tp bukan seksi tau.

Aku nak kurus sgt sbb aku dah mula bimbang kan kesihatan aku. Nak2 dah memasuki usian 30an ni. Aku dh mula sakit2 badan, sengal2 tubuh dan sendi, pastu mcm yg aku ckp td la, tubuh aku jadik letih lemau malas dan pening.

Bantuan korang aku ucapkan ribuan terima kasih. Wah!!

Selasa, 13 Januari 2009

KESIAN AKU TAU!!

Maaf lah, entry mungkin menimbulkan mcm2 rasa. HIks. Nak tulis ni pun beribu kali aku dok mikir. Baik tulis ke tak payah. Pastu aku ambik keputusan nak tulis gak. Tak pe lah, at least jd pedoman buat kita kaum wanita. Tapi kalo en3 ni tak menyeronokkan, nanti aku delete blk.

Pompuan ni (bukan kawan aku) dah kahwin. Dah beranak pinak pun. Tp dia muda dr aku. Dan body dia ok lah. Tak gemuk mcm aku. Dan tak ketot mcm aku (tinggi). Tp rupa dia biasa2 je, lbh kurang aku lah (wah, tak nak kalah tu). Pakai seksi sokmo. Baju ketat, singkat dan kain belah you!

Masalah nya, dia ni bergewe (curang) ngan laki org. Aku ni, yg mula2 tu wat taktau tp jd menyampah dgn sikap dia tu. Siap menipu org keliling kelalng semata mata nak dating ngan mamat tu.

Aku ni dok pikir lah. Kesiannya laki dia. Laki dia baik jer. Jenis bertimbang rasa. Maslahnya bila laki baik, bini plk tak sedar diri kan. Tp laki aku pun baik apa. Dan aku setia. Wah!!

Kesian laki dia kan. Di tipu hidup2.

Ok lah tutup kisah tu. Aku bukan nak bersubahat, tp malas nak campur. Karang dikatakan aku jeles ngan dia kan. Ye la, dah dia laku. Menjadi dambaan lelaki2 gojes. Wakaka

Yg aku geramnya, tetiba dia menyombong ngan aku. Ntah pape. Takde angin takde ribut. Tetiba je kan.

Mula2 aku ingat aku konfuse jer. Ye lah, kalo terserempak mesti dia pura2 tgk menda lain. Aku wat bodo jer. Pastu kalo terserempak lg mmg dia menyorok tau. Aikk?? Apahal ko nyah??

Bengang aku tauu!!

Tp ngan laki aku dia mesra pulak!! Huhu

Kalo aku terserempak dia tgh borak ngan laki aku, tetiba dia akan lari mcm tu je. Kalo tgh perbincangan hangat pun, cecepat dia cari alasan nak pergi. Dedulu aku wat bodo je lah.

Sapa tak jeles kan. Ngan laki kita dia mesra je. Ngan kita dia mnyombong. Apa motif nko pompuannn??

Tapi kan, aku ni takde lah semberono nak jeles tak tentu pasal. I pun ada harga diri tau. Hiks. Lg pun dia slalu rujuk kt laki aku apa yg dia tak paham. Nak beli kete lah, nak beli rumah lah. Takkan lah benda2 gitu pun aku nak sentap kan.

Tp at least hormat lah aku sebagai bini laki aku. Dok gitu? Apa salahnya just senyum ke walo pun berat nak buka mulut tegur. Takut kluar emas ke hapa?

Tp dr hari ke sehari dia menunjukkan belang. Ish, jgn korang silap paham lak. Dia takde menggatalnya ngan laki aku. Dia menggatal ngan org lain. Tp sikap menyombong dan pusing badan kt aku tu yg buat aku sentap n hangen.

Sampai satu tahap aku siap mintak doa supaya Allah bagi peluang dekat aku dpt balas ngan perbuatan jugak kt pompuan ni. Hiks. Takkan Allah nak makbulkan doa mcm tu pulak kut. Hehe

Ye lah, kebetulan sokmo. Mmg aku tak sempat nak balas. Aku tgh termengah mengah naik tangga. Dan dia tgh menggatal ngan sapa2. Dah sah2 bila naik tangga harus aku pandang depan. Takkan aku nak toleh ke belakang plk kan. Mcm la aku pandang dia. Perasan nok. Dan2 tu dia tgh bermesra terus pusing badan dan beralu pergi. Org yg dia mesrai itu terpinga pinga. Lahabau punya minah. Tak ke korang rasa geram dan diperbodohkan kalo dok tempat aku??

Seb baik masa tu aku nak gi solat. Dapat lah aku mengadu (hiks, masa tu lah aku minta doa bodoh tu). Mmg situasi gitu tak sempat lah aku nak balas menyombong getek. Huhu. Sakit hati aku tau.

Tapi dia pandai tau. Kalo depan2 org (if ada majlis) dia akan tegur aku (bertanya) nak buat cemana, ni nak letak kt mana. Wah, pandai ko yer. Takkan lah dpn org aku tak nak jawab kan. Nanti org lain pelik plk. Tah pape aku ni tetiba angin kus2 kan. Org lain taktau masalah aku ngan dia perang dingin. Aku malas nak cerita sbb mmg kami tak declare war.

Mmg ngan laki aku, aku dok sumpah seranah dia sokmo sbb aku geram sgt2.Nak2 taim dia pusing badan/muka kat aku. Siap aku warning lg laki aku. Kalo aku tgk minah tu bermesra ngan laki aku, tgk la langit tu tinggi ke rendah. Aku tak rancang lg apa yg aku nak kata. Tgk situasi. Sbb mulut aku pun boleh tahan lahanat nya. Bukan dia sorang yg gedebe.

Laki aku gelak jer tau. Dia apa2 hal mmg sokong aku (bukan nak puji laki ni). Dan laki aku bg pendapat dia. Katanya minah ni jeles ngan aku kut. Ye lah dia pun darah muda mcm aku gak kan. Nak ada benda mahal, nak ada benda lawa (dah lawa harus mahal kan), nak ada mcm2 seperti yg aku ada yg dia takde. Opss..laki dia keje kdg2 ada gaji kdg2 takde gaji. Sbb tu dia tak hormat laki dia kut. Aku ni plk, keje nya membeli sokmo. Boros. So, mebi dia pun nak mcm aku. Bespren aku pun ckp mcm tu. Jgn korang salah faham anggap aku ckp aku kaya plk yer.

Maksud aku, gaji aku aku guna utk keperluan hore2 aku sorang je. Yg lain laki aku setel. Mcm dia, semua nak kena tanggung sbb kes keje laki dia chipsmore. Tu je maksud aku tau.

So aku rasa dia ni mcm rasa laki dia nonsense. Tak memberi makna. Ckp ngan laki mmg 'terik' sokmo. Kalo ngan jantan lain, meliuk melintok tau. Eii geram aku nengok.

Kalo takat nak menggatal tu takpe lah, Ni nak perang dingin ngan aku plk. Sabar je lah.

Tu lah, time dah sejuk kan, aku dok pikir, mebi tuhan sayang kan aku, so DIA tak bagi peluang aku ganyang minah ni. Sbb aku tau, bila aku dah terbuat tindakan bodoh harus lps tu aku akan termalu sendiri. Mula lah bertahun dok ingat menda tu dan takleh tido mlm. Aku harus ada kesabaran yang tinggi. Supaya aku tak malu kemudian hari. Huhu

Doa2 kan aku supaya terus bersabar yer. Lagi pun dia bukannya nak menekel laki aku pun. Cuma dia wat nyombong ngan aku jer.

Fuh..lega aku boleh luah perasaan kat korang. Macam nak sewel aku dok mikir sorang2 tau!!

Kesian aku kan.

Rabu, 7 Januari 2009

TERUK LAH

Hadoyaii... cemana ni uols?

Napsu makan aku membuak buak la. Hoho. Asyik laparrrr sajork.

Kalo hari minggu mmg rasa lapar dan asyik ikir nak makan jer. Habis lah.

Pagi ni pakai baju kurung 4 thn lps. Kain bab bontot dah ketat lah!!

Mek nangis!!!

Rabu, 31 Disember 2008

RENTETAN PERISTIWA 2008

Dah blog kv kan, harus lah kv cacat sejarah hidup kv pd tahun 2008 ni.

Januari
* dina masih lg dgn ragam tangis. Tatau dah nak berubat cemana.
* arwah mak masih kritikal di wad 28, HRPZ II.





Februari
* 11hb arwah mak menghembuskan nafas terakhir. Alhamdulillah segala urusan jenazah dpt diselesaikan dgn sempurna.
* besan mak (mertua lelaki abg kedua) meninggal dunia
* 21hb mak saudara kv pula meninggal dunia

Mac
* 10hb besan mak (mertua lelaki kakak ke3) meninggal dunia
* seluruh negara mengundi menentukan kerajaan yg akan memerintah

April
* 11hb arwah kakak ke2 meninggal dunia sakit kanser pangkal rahim.

Mei
* 26hb ulang tahun perkahwinan kami yg ke6.


Jun
* Tiada benda menarik rasanya.

Julai
* Sibuk menyiapkan kerja2 terakhir rumah kami

Ogos
* 7/8/08 ulang tahun kelahiran hubby yg ke 31
* 8/8/08 alhamdulillah kami telah menduduki dgn rasmi nya rumah idaman kami. Syukur sgt2.
* dina dah boleh berjalan. Alhamdulillah

September
* menjalani ibadah puasa
* 12hb ulang tahun kelahiran dina yg pertama.



Oktober
* aidil fitri pertama di rumah baru
* adilfitri pertama tanpa arwah ibu dan kakak ke3
* majlis kesyukuran menduduki rumah baru (ramai teman yg hadir) Alhamdulillah


{parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjwSZnEYuwyuBffkB_MNi0YT_F8tyaR06xKKP8Ug3CEGkGeJHypLHvjP_LoRrYd_OATC6glvxVlaUig-H17VNrY6mquzYLLsodSoj3_tT3bTeeNXT33sDakjVE4nAK1MM8s5_2nDy94fpYc/s1600-h/DSC00696.JPG">


November
* 2hb ulang tahun kelahiran kv yg ke 30. Huhu..dah masuk angka 3

Disember
* 24hb family day dan rombongan che kiah ke cameron highlands.
* 30hb surat pemberitahuan anjakan gaji kv telah di terima (tq mas sbb dah bagitau akak awal2) Dan kv meraikannya di pizza hut semalam yg mana pizza kami lupa dibuat, bila dibuat dah hangit dan kena wat semula. Tragedi sungguh!

{parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnT-LAqfLU7qpybsMHHD2r_NviXayR-XqvR9ZNQuPbECLfrqWg8yMPQ_cue2khIq5ZNsS1FVn8AYjunaoJgyddaBuhDZZ91nZRvB91e9-dD23tkHsNHDNbvTp8qWKYpipsXz87RpM0iYoA/s1600-h/DSC01293.JPG">

Khamis, 27 November 2008

KEPALA PECAH

Aku rasa mcm kepala aku nak pecah la!!

Asyik dok batuk kong kong 100x ni. Tapi tak sakit dada sgt pun. Kepala rasa mau pecah jer. Berdenyut nyut nyut nyut. Adoyaii.

Makan panadol pun tak jalan ni.

Awat selsema batuk lama sgt ni. Dah 3 minggu!!

Huhu..



update: Ptg khamis tu mmg kv sakit kepala, sakit muka, mata macam tersembul keluar (dulu masa peknen kan dina dah pernah kena sekali). Balik keje tu mmg niat terus ke klinik. Sakitnya sampai kv nangis2. Siap muntah bagai.
Jumpa doktor terus mintak doktor injek ubat tahan sakit. So dapat bekalan ubat selsema, batuk, antibotik dan panadine (panadol + codin).
Sampai ke rumah tarik selimut dan tido. Sedar dah ok. Wah, best nya. Alhamdulillah.
La ni tinggal dlm 10% lg. Ok lah kiranya. Masih ada batuk sket2 tp kepala dh tak sakit. Alhamdulillah. Syukur. Dah dapat kembali nikmat sihat.

Ahad, 16 November 2008

KEPALA KU PUSINGGGGGGG

Hmmm... aku dilanda batuk dan selsema yg teruk.

Kepala ku pusing. Nak muntah sbb bernafas kut mulut. Tekakku sakit. Kering.

Tolonggggggggggggggggggggggggggggg!!!!!