Rabu, 6 Mei 2009

ENTRY INI HANYA UNTUK TATAPAN PERIBADI

Aku dah warning awal2. If korang nak baca jgk, aku tk bertanggungjawab okeh.

Aku taip kt sini sbg motivasi utk aku memajukan diri dan pengajaran kepada aku dlm memilih kawan.

Ok, mula kan cerita.

Aku ada kawan nama Minah (bukan nama sebenar). Kami dulu agak kacip fatimah lah. Tp tuntutan masa bila dh berumur ni membuatkan kami renggang. Takdak gaduh pape tp aku malas nak huha2 ngan dia dh. Sbb nya Minah ni, taim dia susah dia akan cari kita, merayu dan sbg nya sampai kita tolong dia. Tp lps tu kalo dh senang, kita kontek pun dia tak respon. Tu blom lg nak mintak tolong.

Dah byk kali aku kena dan hubby pun pernah melarang aku kawan ngan dia. Nak jd kan cerita, adik dia keje sekali ngan aku. Tp bkn unit aku. Aku cam biasa lah. Tadek pape. Cuma kdg2 bertanya khabar. Sbb aku mals dah nak jumpa ngan Minah ni.

Semalam, kawan aku sorang lg (aku buh nama dia Bedah) call bagitau yg dia gi ziarah anak Minah sbb kebetulan dia ada keje area rumah mak Minah.

Tgh syok borak2 tu, Mak Minah dok soal siasat dia mcm2. Dorang siap gi siasat rumah Bedah (dlm pembinaan). Gilo. Siap bagitau tuan rumah tu. Kut yer pun nak siasat, jgn lah bagitau tuan rumah kan. Ni g pecah lobang sendiri ni apasal? Siap ckp Bedah pakai mozek tak elok, cat tak cantik, eksesori tahpape. Bengang jer Bedah.

Pastu mak Minah ckp ngan Bedah yg dorang tk pegi rumah aku. Tak sempat lah konon nya. Pastu kecik ati aku dh lama tak pegi rumah dia. Abih tu, aku ajak makan kt rumah aku pun dorang tak dtg, aku beranak pun dorang tak dtg, tujuan apa lg lg nak sambung kan silatrurahim. Sedangkan selama ini hanya aku yg pegi jumpa dia. Siap pujuk2 hubby suh drive kete. Sampai aku kena larang ngan hubby supaya jgn kawan ngan dia. Tp aku takde lah nak gaduh bagai, cuma malas nk menonjolkan diri. Malas dh aku nk jadi hidung tk mancung pipi tersorong sorong.

Pastu mak Minah cakap jumpa ngan aku kt pasar kota bharu pagi2 buta. Siap dokong anak lg. Eh, apa masalahnya kalo jumpa kt pasar?Apa masalah aku nak bawak anak aku ke pasar? Aku nk gi beli lauk pun nak kecoh ker? Nasib baik aku tegur dia. Hormat lg dia sbg org tua. Kalo aku tak tegur?

Pastu siap cakap ngan Bedah yg aku ckp bohong. Kononnya aku beli kain pasang rege 3-4 ratus. Padahal dia anak beranak gi siasat kt kedai tu takde pun kain tu. Aduyaiii... sampai aku beli kain apa, kedai mana, harga berapa pun dorang nak kecoh. Pastu lak, nyibuk tanya Bedah kt mana aku jahit baju. Mmg zaman dulu aku jahit ngan dia. Tp kan dh jauh lani. Tkkan la aku nk jahit ngan dia lg. Aku jahit dekt2 opis aku je lah. Tu pun nak kecoh. Dia ckp anak dia beli baju lg mahal2 sbb anak dia body cantik. 10 pasang seminggu beli kain. Weh, aku rasa nak muntah ni.

Pastu lg (berapa byk pastu la..hihi) dia tanya Bedah, adakah sekarang aku masih memakai brg kemas besar2 dan berapa byk brg kemas aku ada. Kalo antara korang yg baca ni jadi aku, apa perasaan korang? Dah duit aku, suka hati aku lah nak beli besar ke kecik ke. Peduli lah. Dah kalo ko ada byk duit sgt, beli jer lah. Apsal nak menyibuk harta org.

Dan Bedah dah geram, terus ada2 kan cerita. Katanya malas dah nak merendahkan diri dah. Sengaja nak buat dorang lg meroyan dan sakit hati. Biar dorang makin mereng. Bedah siap ckp aku mmg beli pakaian mahal2, brg kemas byk dan besar rantai kapal (tu dah melampau tu) (Padahal hakikat sebenar takdak pun). Makin lah dorang bengang sbb Bedah sokong aku. Tujuan dia tanya Bedah tu supaya Bedah sama2 join dorang kutuk aku. Bedah ckp ngan aku, dia berkunjung tu nak bertanya khabar. Nak ziarah baby. Lg pun dh lama tk jumpa. Tapi, dorang sibuk ngan harta org lak.

Aku ni kan, kawan dgn semua jenis org. Yg selevel, yg level tinggi, yg rendah pada aku takde sbb aku kasta plg rendah. Tp kwn2 aku semua keje besar ada ijazah, master, phd, Ada rumah besar. Pakai bmw, civic, accord, caldina dan mcm2, tp selamba je dorang kawan ngan aku yg marhaein ni. Biasa je. Sedangkan aku ni pakai kancil buruk jer. Takdak beza. Macam zaman kecik2 dulu jer. Tak mati pun kawan ngan aku org miskin ni.

Ni apsal la nak kecoh pasal apa aku ada, apa aku beli, apa aku buat. Sedangkan dia langsung tak berhubung pun dgn aku pun. Oh ya, jgn lupa yg adik Minah satu opis ngan aku. Hari2 dia siasat ngan suami aku apa xtvt kami. Suami aku pun dah tahap geram menyampah ngan bizi bodi dia, slalu wat cerita tak betul. Selalu ada2 kan benda yg takde. Nak suruh dorang lg meroyan. Rupa2 nya mmg betul dorang meroyan. Saiko betul lah family dorang ni!

Mcm2 adik Minah siasat tau. Dalam akaun aku ada berapa sen. Anak aku pakai diapers cap apa, minum susu cap apa, bukak akaun apa, ambik insuran apa. Baju anak2 brand apa. Gilo la. Apalah nasib aku ni terpaksa menghadapi geng saiko ni. Huhu

Bukan anak2 jer yg meroyan, mak dia lg meroyan. Kami takde gaduh apa pun. Cuma nya si adik ni akan siasat dan hari2 balik wat laporan kat depa. Semacam depa berdendam plk ngan aku. Adoii... serabut plk. Mmg la aku malas nak ambik pot, tp kesabaran pun ada tahap nya jugak.

Oh ya, sbb nak lawan aku (aku takde niat pun nak berlawan ngan sapa2 okeh), Minah yg asal nya beli teres 2 tingkat batal kan perjanjian. Rela rugi sikit sbb nk wat banglo. Kes nya aku wat rumah. Rumah aku biasa jer. Takdak istimewa pun. Takdak nak bertanding ngan sapa pun. Apsal lah nak jeles. Aku laki bini wat rumah tu sbb kami nak dok selesa. Tanah pun tak yah beli sbb MIL kasi jer. Kami bukan nya byk duit nak buat or beli yg gah2 ni. Sekadar kemampuan kami jer lah. Dah korang lebih sgt, apsal dok kecoh pasal aku? Apsal nak bertanding ngan aku?

So, dorang dh kensel beli teres tu, blk wat rumah kt kg. Nak wat loan tak dpt sbb Minah dh diisytiharkan muflis. So, loan kena nama suami dia. Tanah pun terpaksa tukar nama suami dia. Tapi bayar bersama sama. Terkejut aku dgr. Senang2 jer mak Minah boleh kasi tanah tu kt menantu semata mata nak suh anak dia boleh wat rumah besar. Sedangkan anak menantu dia hari2 bercekau, sampai nak berbunuh bertikam bagai, sampai nak report polis. Karang kalo jadik pape, sesaja je rumah dan tanah tu dpt kt org. Anak dia tadek pape. Dah lah tanah tu sebelah rumah mak dia jer. Tapi takpe lah, demi memuaskan nafsu, tak yah pikir pjg. Biar papa asal bergaya.

Aku pun malas nak ambik berat pasal ni. Dorang tak beri kesan pun. Bukannya aku minta sedekah kt dorang. Rasanya kalo susah aku cari org lain dulu lah sebelum dia. Anaknya sorok2 jgk jeles ngan kenkawan. Ni mak nya mmg kecoh betul la. Muka tak malu. Tak sedar dok jaga tepi kain org sgt, dua2 anak pompuan dia tu dh pernah bercerai dan kawin lain. Selalu porak peranda rumah tangga. Mmg lah ketentuan Tuhan tapi kalo byk sgt campurtangan org tua, akan jadi benda tak elok lah.

Aku akan jadikan ni sebagai ikhtibar untuk aku dalam memilih kawan. Dan jugak aku jadi kan peristiwa ini sebagai motivasi utk meningkat kan taraf hidup. Mebi aku laki bini takdak ijazah, keje kuli jer. Tp kami ada plan kami sendiri. Bukan mengharapkan gaji jer. Sbb aku percaya bukan kerana ijazah semata untuk berjaya dlm hidup. Usaha yg kuat dan tanpa jemu, insyaallah hasrat dmakbulkan Tuhan.

Korang tolong doakan untuk aku yer.


P/s: kalo jd apa2 kat korang lps baca entry ni sila tanggung sendiri yer. Hehe

24 ulasan:

Ijah @ Fariza berkata...

saya jadi geram (tanggung sendiri) hihihii..

orang cam nie pun ade..ingatkan dalam cerekarama jer..

semoga akak terus berjaya. Amin.

:: HUSNA :: berkata...

de jgk org mcm tu ye kak... dunia2...

bat berkata...

aiyooo nyah sabo jeler if ada kwan camni kaedahnya...

my little family berkata...

KV: tu hok takut tuh..untung jgk KV tau perangai dio..ni takut hok depan kita baekkk, tp belakang....?

p/s : pasni cepat2 beli caldina pastu round2 kat depan umah dia..hahaha..kompom sakit jiwa tahap jebon lah..hahaha

KV berkata...

ijah,
ha, kan dh kena tanggung. Hik hik.
Tq amin kan doa akak.

husna,
akak ingat pun dlm drama jer ada cerita cenggini.

bat,
Tuhan dh bukan kan hati Bedah ke rumah dia sbb Tuhan nak tunjukkan kami cerita sebenar.

MA,
interest bank naik plk lah ka yu. Kena sabar lg. Huhu

~dARlee zURiS~ berkata...

rasa nak debik je orang tu
camtu pun ade ke?
ish ishhh...

takpe...ramai org aminkan doa akak
saya pun sama :)

kirana berkata...

SUSAH LA GINI..DOK SOAL SEBOK HAL ORG..LETIHHHHH!ADA GAK ORG YG JENIS NK BERLAWAN LUMBA GITU EK..ORG BUAT APA2 IKUT KEMAMPUAN DIRI..

BUAT BODO JER LA KV ..
LAGI LAYAN LAGI SAKIT HATI

mNa berkata...

ada jugak deh ore lagu ni..haha
takpo kak kv..jange bimbe..ni saing kak kv hok tok kisoh gapo pom nk saing ngan kak kv..

miskin ke kaya ke..benda tu atas dunia je

Ummibatrisya berkata...

dunia-dunia

lantak ajelah, yang penting kita happy....

sya berkata...

KV kak sya kalau kena cam ni.. kak sya simpulkan betapa glamournya aku.. terimakasih lah kerana sungguh prihatin dan mengambil berat hal kak sya yg tidak lah sepopular artis2. Tak dapat Murai.com buat gosip.. dpt Mak Murai pun dah kira cukup glamer tu

KV berkata...

zuris,
tq yang.;)

ana,
takpe, nanti akak wat dorang lg sakit hati. Hihi

mas,
mas sudi kwn ngan akak kan? Hehe

ummi,
lantak dia lah kan.

kak sya,
huhu...takdak glemer pun. Mengapa lah kv yg terpilih.

Zareda Norman berkata...

KV

nasiblah KV dapat kawan cam gitu.. penin kan.. kak zar pun ada experience gak kawan cam ni tapi buat dek aje..

Tapi part rantai besar rantai kapal.. very the over ler kan tapi ok jer.. jawab jer gitu..

KV berkata...

kak zar,
mebi ada hikmah di sebalik kejadian kan.

CuTeMiUt78 berkata...

ish.. cenggini punya kawan pun ada.. ehh.. bukan kawan tu.. lawan.. apapun biar la diaorg tu meroyan kan KV.. yg penting KV & family tak kaco diaorg tu.. dan happy ngan family KV

Mrs LVoe berkata...

kak,
sha pun pnh kena camnie. algi teruk tuduh sha mniru dia. ermmm org camnie akak xyah layan.

kdg2 elok gak kita cite dlm blog, nukan utk mgaibkn dia tp utk diri kita mluahkn sgala perasaan yg tbuku. janji akak x kacau org kan.

susah if org ade sikap PHD or hati hitam. yg lg myedihkn sesama ISLAM :-(

- tety - berkata...

nk bc entri pnjg... baca komen jek la... hehehhe

chiksed berkata...

mmg wujud org laguni...hati-hati lah kv lmokan deki minah tu sampai tahap gaban dio g bomo ....:)

KV berkata...

cute,
mmg kv dah cuba ignore dia dr hidup kv. Sbb tu mals jumpa malas kontek, rupanya dia dok siasat dr jauh. Hiii

sha,
PHD ke arah kebaikan takpe, at least kita berusaha memajukan diri kita setanding ngan org yg kita jeles. Tapi kalo PHD yg nak menghancurkan mmg tak leh tahan lah kan.

tety,
takyah baca lah. Sekadar meluah perasaan je.

ciksed,
harap nya takde lah sampai bomoh bagai. Gerun woh.

Aku Bukan Bidadari berkata...

hmm melayu tipikal.. camtuh lah..
mendengki tak sudah kan kak.lantak pi depa lah

i.am.belle berkata...

sedih lak aku baca entri ni KV. geram lagi plak aku kat si Minah bedebah tu. aduyaiii, ada lagi la org yang kepohchi tahap babi sondol ni..

takpelah, tak berkawan dgn org mcm tu tak rugi pun kan.

aku doakan kebahagiaan dan kejayaan mu.

chayok KV. KV boleh! :D

oren... berkata...

geram jugak baca..

aku ada jugak kawan gini..satu sekolah dari form 1 sampai masuk U..last2 kawen ngan sepupu aku..kira dh ok la sgt..

tp mcm ko lah jugak..asik akuuuu jek carik dia, pegi ziarah umah dia..blaa..blaa...dia? haram nak mai umah...

sampai laki aku, mak aku pun dok marah..sbb nmpk aku jek beriya2..

la nih aku pun tak cari dia dh..pandai2lah..lgpun, kami keja satu kompeni, cuma tmpt jek beza..kalo jumpa, takat salam2, tnya khabar jeklah...

KV berkata...

tiara,
akak malas layan dia tapi akak akan kasi dia meroyan kaw2.

belle,
nyah lah, mungkin ada hikmah Allah kurnia kan aku kawan cenggini. Insyaallah

KV berkata...

oren,
sama2 lah kita skip org cenggini dari hidup kita.

Alinlai berkata...

dah baca.... nak tergelak pun ada gak, isk isk isk apa punya kawan la camni, alah KV jgn layan la org camtu, buat dek je, bikin pening je kepala kalu dok fikir pasai orang camni.... ;)