Selasa, 13 Januari 2009

KESIAN AKU TAU!!

Maaf lah, entry mungkin menimbulkan mcm2 rasa. HIks. Nak tulis ni pun beribu kali aku dok mikir. Baik tulis ke tak payah. Pastu aku ambik keputusan nak tulis gak. Tak pe lah, at least jd pedoman buat kita kaum wanita. Tapi kalo en3 ni tak menyeronokkan, nanti aku delete blk.

Pompuan ni (bukan kawan aku) dah kahwin. Dah beranak pinak pun. Tp dia muda dr aku. Dan body dia ok lah. Tak gemuk mcm aku. Dan tak ketot mcm aku (tinggi). Tp rupa dia biasa2 je, lbh kurang aku lah (wah, tak nak kalah tu). Pakai seksi sokmo. Baju ketat, singkat dan kain belah you!

Masalah nya, dia ni bergewe (curang) ngan laki org. Aku ni, yg mula2 tu wat taktau tp jd menyampah dgn sikap dia tu. Siap menipu org keliling kelalng semata mata nak dating ngan mamat tu.

Aku ni dok pikir lah. Kesiannya laki dia. Laki dia baik jer. Jenis bertimbang rasa. Maslahnya bila laki baik, bini plk tak sedar diri kan. Tp laki aku pun baik apa. Dan aku setia. Wah!!

Kesian laki dia kan. Di tipu hidup2.

Ok lah tutup kisah tu. Aku bukan nak bersubahat, tp malas nak campur. Karang dikatakan aku jeles ngan dia kan. Ye la, dah dia laku. Menjadi dambaan lelaki2 gojes. Wakaka

Yg aku geramnya, tetiba dia menyombong ngan aku. Ntah pape. Takde angin takde ribut. Tetiba je kan.

Mula2 aku ingat aku konfuse jer. Ye lah, kalo terserempak mesti dia pura2 tgk menda lain. Aku wat bodo jer. Pastu kalo terserempak lg mmg dia menyorok tau. Aikk?? Apahal ko nyah??

Bengang aku tauu!!

Tp ngan laki aku dia mesra pulak!! Huhu

Kalo aku terserempak dia tgh borak ngan laki aku, tetiba dia akan lari mcm tu je. Kalo tgh perbincangan hangat pun, cecepat dia cari alasan nak pergi. Dedulu aku wat bodo je lah.

Sapa tak jeles kan. Ngan laki kita dia mesra je. Ngan kita dia mnyombong. Apa motif nko pompuannn??

Tapi kan, aku ni takde lah semberono nak jeles tak tentu pasal. I pun ada harga diri tau. Hiks. Lg pun dia slalu rujuk kt laki aku apa yg dia tak paham. Nak beli kete lah, nak beli rumah lah. Takkan lah benda2 gitu pun aku nak sentap kan.

Tp at least hormat lah aku sebagai bini laki aku. Dok gitu? Apa salahnya just senyum ke walo pun berat nak buka mulut tegur. Takut kluar emas ke hapa?

Tp dr hari ke sehari dia menunjukkan belang. Ish, jgn korang silap paham lak. Dia takde menggatalnya ngan laki aku. Dia menggatal ngan org lain. Tp sikap menyombong dan pusing badan kt aku tu yg buat aku sentap n hangen.

Sampai satu tahap aku siap mintak doa supaya Allah bagi peluang dekat aku dpt balas ngan perbuatan jugak kt pompuan ni. Hiks. Takkan Allah nak makbulkan doa mcm tu pulak kut. Hehe

Ye lah, kebetulan sokmo. Mmg aku tak sempat nak balas. Aku tgh termengah mengah naik tangga. Dan dia tgh menggatal ngan sapa2. Dah sah2 bila naik tangga harus aku pandang depan. Takkan aku nak toleh ke belakang plk kan. Mcm la aku pandang dia. Perasan nok. Dan2 tu dia tgh bermesra terus pusing badan dan beralu pergi. Org yg dia mesrai itu terpinga pinga. Lahabau punya minah. Tak ke korang rasa geram dan diperbodohkan kalo dok tempat aku??

Seb baik masa tu aku nak gi solat. Dapat lah aku mengadu (hiks, masa tu lah aku minta doa bodoh tu). Mmg situasi gitu tak sempat lah aku nak balas menyombong getek. Huhu. Sakit hati aku tau.

Tapi dia pandai tau. Kalo depan2 org (if ada majlis) dia akan tegur aku (bertanya) nak buat cemana, ni nak letak kt mana. Wah, pandai ko yer. Takkan lah dpn org aku tak nak jawab kan. Nanti org lain pelik plk. Tah pape aku ni tetiba angin kus2 kan. Org lain taktau masalah aku ngan dia perang dingin. Aku malas nak cerita sbb mmg kami tak declare war.

Mmg ngan laki aku, aku dok sumpah seranah dia sokmo sbb aku geram sgt2.Nak2 taim dia pusing badan/muka kat aku. Siap aku warning lg laki aku. Kalo aku tgk minah tu bermesra ngan laki aku, tgk la langit tu tinggi ke rendah. Aku tak rancang lg apa yg aku nak kata. Tgk situasi. Sbb mulut aku pun boleh tahan lahanat nya. Bukan dia sorang yg gedebe.

Laki aku gelak jer tau. Dia apa2 hal mmg sokong aku (bukan nak puji laki ni). Dan laki aku bg pendapat dia. Katanya minah ni jeles ngan aku kut. Ye lah dia pun darah muda mcm aku gak kan. Nak ada benda mahal, nak ada benda lawa (dah lawa harus mahal kan), nak ada mcm2 seperti yg aku ada yg dia takde. Opss..laki dia keje kdg2 ada gaji kdg2 takde gaji. Sbb tu dia tak hormat laki dia kut. Aku ni plk, keje nya membeli sokmo. Boros. So, mebi dia pun nak mcm aku. Bespren aku pun ckp mcm tu. Jgn korang salah faham anggap aku ckp aku kaya plk yer.

Maksud aku, gaji aku aku guna utk keperluan hore2 aku sorang je. Yg lain laki aku setel. Mcm dia, semua nak kena tanggung sbb kes keje laki dia chipsmore. Tu je maksud aku tau.

So aku rasa dia ni mcm rasa laki dia nonsense. Tak memberi makna. Ckp ngan laki mmg 'terik' sokmo. Kalo ngan jantan lain, meliuk melintok tau. Eii geram aku nengok.

Kalo takat nak menggatal tu takpe lah, Ni nak perang dingin ngan aku plk. Sabar je lah.

Tu lah, time dah sejuk kan, aku dok pikir, mebi tuhan sayang kan aku, so DIA tak bagi peluang aku ganyang minah ni. Sbb aku tau, bila aku dah terbuat tindakan bodoh harus lps tu aku akan termalu sendiri. Mula lah bertahun dok ingat menda tu dan takleh tido mlm. Aku harus ada kesabaran yang tinggi. Supaya aku tak malu kemudian hari. Huhu

Doa2 kan aku supaya terus bersabar yer. Lagi pun dia bukannya nak menekel laki aku pun. Cuma dia wat nyombong ngan aku jer.

Fuh..lega aku boleh luah perasaan kat korang. Macam nak sewel aku dok mikir sorang2 tau!!

Kesian aku kan.

24 ulasan:

nanonano berkata...

yeay !
lega dpt luahkan pasaan ek kak?
perghh pompuan tu,
mintak2 la Tuhan tunjukkan jln kat die..
cpt sedar..
bahye la mainkan suami die cmtu..
xmsuk syurga
err..

Ungku Nor berkata...

lenkali kalo awk nampak dia, awak pusing cecepat.
lagi cepat dari dia pusing tuu..
kekdahnya dia takdan nak tunjuk blakang dia, awk dah tunjuk blakang awak dulu kat dia..hehehe

toksah pikir la yang..banyak mende lain lagi penting yang patut dipikir..;D

KV berkata...

nana,
moga2 tuhan tunjukkan dia jalan yg benar!! Amin

kak ungku,
tak sempat kak, tgk2 dia dh pusing dulu. Awal tu kv tak perasan dia ada kt situ. Huhu

Intan Rosnitta berkata...

Ada la benda yg dijeleskan tu... huhu.

Abaikan je kv. Elakkan minah ni kalau boleh, pesan kat hb pun gitu gak. Makin layan, makin pening kv & co nanti.

Good luck & take care!

Zareda Norman berkata...

KV..

anggap jer pompuan tu jeles kat KV.. hehehe..habis citer..

KV berkata...

intan,
mmg dh cuba elakkan. Tp tetiba terserempak. Pastu tak sempat balas. Tu yg bengang. Hik hik
saja je meluah perasan.

bat berkata...

Harus engko menten DIVA tau nyah.. *hiks meh maks curah minyak*..

KV berkata...

kak zar,
mmg lah gitu. Tp geram lah jugak sesekali tu.

KV berkata...

bat,
ko jgn, nanti ngan aku2 terbakar nanti noks! Ahahaha

Puan Suhana berkata...

bagus KV..kena positif.. hehe baik apa KV luahkan perasaan xde la tertekan kan?

CuTeMiUt78 berkata...

uishh.. minah tu sewel kot.. laki dia tak tahu ke.. dia cuuurreeenngg... biar dia..sok2 klu tuhan tu balas apa yg dia buat.. sepatutnya dia terima la seadanya kehidupan dia.. yg dia nak jeles ngan KV tak tentu pasal.. sah2 ler kepala dia biul..

MasNurin berkata...

Mungkin dia suka karekter husband ko tu yang tak der kat husband dia. Tengoklah dia mintak pendapat kat husband ko untuk beli sumthing yang besar. Mungkin ada motif lain gak...nak bagitau ko yang dia nak beli barang baru.Tak payah layan dia, jangan cite kat kawan2 lain kat sana sebab nanti takut orang lain salah sangka, cite jer ngan kitorang tak per. Hehehe

KV berkata...

shu,
mmg kv kena positif lah. Takut gak tersalah langkah kan.

cute,
dia tak genap 'kasih sayang' lah kut. kan?

mas,
tu la, aku kuatkan semangat takmo cerita ngan org yg kenal dia. Aku tahan jer. Sabar. Mmg aku kagum aku mampu sesabar itew. Keh3x.

pB berkata...

acu ambik gambar sikit


nok kelih comel / lawa staro mano budok tuuuu

atty's berkata...

tu ler kan..KV..kekdg org nie tak sedar diuntung..

AppleB berkata...

meh sini nak hug hug skit.

sah ler minah mental tu jeles kat ko. maybe jeles pasal laki ko sayang beno kat ko haahaahahah. sapa tau kan. so ko takyah layan org gitu. purak2 tatau dia wujud.

aNIe berkata...

KV...akak doakan supaya KV dpt bersabar...

Heheheh...akak nak gelak masa KV siap warning kat cik abe tu...heheheh....

Kalau camtulah lagak minah tu...memang kene warning dulu...

~~ciklinn~~ berkata...

haiitttt....... itu macam org pun ada ka? huhuhuhuh sabor jerlah..

KV berkata...

kak da,
soh ko nak ambik gambar, nok tgk pun menyampah. Tp tgk curi2 tok apo. Menilai. Hik hik

apple,
nok, pernah kita ym pasal ni ari tu kan? Hik hik. Masih berlanjutan la.

attys,
bersyukur lah dgn apa yg kita ada kan.

aNIe,
walopun kv percaya pd hubby tp tetap gak kena bagi warning. Biar dia tau perasaan kv yg sebenar. Malas nak pendam2.

lin,
pompuan tu mmg teruk ah.

Aku Bukan Bidadari berkata...

isk.. sabar eh KV, cuba laser skit minah tuh...

KV berkata...

tiara,
malas akak nak melaser bagai. Biar kan dia.

kakLuna berkata...

hihi...ye ye kesian..tp lucu jugak..especially tang mulut lahanat tu...mesti ko bengang giler kan...


KV, kalo ko pk, mmg ko susah...dan minah tu tentu lagi happy je pasal ko dh susah ati. tu matlamat dia.

so..ko nak ke dia happy pdhl ko pening2 pala memikirkan...kalo ko berani laser tak pe...aku pun sokong...kira amar makruf nahi mungkar pe....pasal terang2 dia mencurangi laki dia kan?

eedany berkata...

inilah kebaikan ada blog, boleh luahkan apa terpendam di kalbu gituuu.

Thanks komen blog saya. saya add blog u k. TQ...

:)

KV berkata...

luna,
tu lah pasal aku tak crita kt org yg kenal dia. Nyampah aku tau.

eeda,
ha, kalo dak dok pendam sorang lah.
kita pun link awak jgk tau!