Memaparkan catatan dengan label bundle. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bundle. Papar semua catatan

Selasa, 5 April 2011

RAIN COAT

Masa pi buang masa kat kedai bandel tu ari, aku jumpa rain coat yg masih baru. Dalam plastik lg siap ada tag rege bagai. Haha. So, terus grab utk dina. Dia kan slalu bonceng motor ngan abah dia. Pi mancing lah selalunya. Kdg2 kalo hujan lencun anak dara mek.



Dina ngan rain coat nya. Mek beli ngan rege 2 hengget 50 jek uols. Mana nak dapat. Giler jimat kaedahnya. Hihi.;P



Apa benda org panggil sarung kepala ni? Siap bersudu bagai. Sungguh praktikal.



Kalerful kan. Comel jer utk budak2.



Dia paling hepi bila ada gambar hello kitty. Dia kan penggila kuceng.



Kat belakang area kaler hijau tu (ht gambar hello kitty tu) ada space tu bagpack. Macam gambar budak kat bawah ni. Cool kan?

Khamis, 27 Mei 2010

BEG LAPTOP KU

Aritu kan masa beli mini lappy tak beli beg carry. Beli sarung jek. So,macam byk benda nak kena bawak kan. AKu jenis malas nak pakai bateri. Kena lah bawak segala wayar berlipat sirat siap ngan fan tikus kabel segala mak nenek yang berkaitan dengannya.


So, sebagai bidan terjun, beg shopping tote ini telah menyumbangkan baktinya padaku.





Tapi memandangkan cap kedai nya tak berapa nak glemer, mek rasa kureng voks bawak itu tote. So, mek beli yang baru. Lebih gojes. Siap crosstich bertangkai rotan uols!















Tada!!! Mek bersama beg laptop baru. Voks ke tak? ;P



Hehe..jumpa beg tu kat kedai bundle. Sehengget jer rege dia.

Tapi rege tak penting, yangpenting penampilan, ye dok? Harus yakin. Wahaha

Jumaat, 21 Mei 2010

TUREEN ANTIK

Ye ke benda alah ni nama tureen eh? Aku main belasah jer ni. Haha



lawa gak kan?



Aku jumpa benda ni kat kedai bundle.



Cop mohor kat montot dia.



Percaya atau tidak, aku beli menda alah ni 2hengget jer. Tp dah retak2 la. Lantak. Janji boleh buh dalam lemari display. Hihi.

Khamis, 25 Jun 2009

ANTIK LAH SANGAT

Hobi aku kan gemar gi menyibuk kat kedai bundle. Macam2 boleh jumpa tau. Macam mencari harta karun gitew kaedahnya. Asyik saprais! Saprais! Wahaha.



Kdg2 jumpa brg2 pelik2, brg lama, barang antik. Mcm2 lah ada.


Tgk cawan kat bawah ni. Kecik cinonet jer. Bandingkan ngan tapak tgn aku kt belakang tu. Mmg kecik saiz nya. So aku beli nak buh dlm lemari cermin. Feeling2 antik gitew kan.



Cawan ni pun comel. Ada sebijik jgk. Comel kan bentuk dia.

Hihi...bersungguhan aku beli cawan2 ni. Alah 1 rial jer regenya. Tapi lemari kaca aku blom beli lg. Yg dok ada tu tk muat dah. Penuh english style kata org. Ada vantage ori, ada vantage tipu. Haha. Makanya, raya ni kena beli lemari hiasan satu. Hehe. Bi, take note!!



Salam sumbangsih
KV & Co

Khamis, 18 Jun 2009

BELI KASUT DAN SANDAL

Aku pun tak ingat ni trip bila aku gi bundle. Minggu lps ke 2 minggu lps ntah. Layan.



Crocs mickey untuk dina. Sedang elok ngan kaki dina. Tak mau buka tu!




Adidas kuning untuk danish. Jugak sedang elok ngan kaki danish. Mamat tu berkira kira nak wat main bola.


Wedges balenciaga untuk aku. Hehe


Hush puppies jugak untuk danish.


Itu jer. Adios.


(lupa nak bagitau yg harga nya antara RM 3 - RM 5 sahaja)

Salam sumbangsih
KV & Co

Rabu, 27 Mei 2009

KERUSI ROTAN

Tadi aku sempat menyongkets ke kedai bundle. Hehe.


Dan, aku beli kusi rotan ni utk danish n dina.



Rege dia setelah ditawar kaw2, dapat lah 10 hengget 2 bijik. Hehe.

Nanti nak pi hantar kedai repair perabut rotan sbb kt tepi2 dah tercabut kan.

Ahad, 26 April 2009

MENYIBUK DI KEDAI BUNDLE

Dah hobi katanya, nak wat cemana. Tp kali ni aku campur brg yg aku beli kt bundle. Kira kumpul2. Mana yg teringat aku snap gegambor.

Wedges cap vincci ni besar skt ngan aku, tp aku ttp beli gak. Dasar kan. RM 2 hengget jer. Aku mintak sdiri ngan tauke. Rasanya kalo mak tauke harus 7 hengget tu. Selagi boleh tawar, tawar lah uols. Kaedah berjimat cermat katanya.
Masih comel kan? Layann..


Ni lak, penyejuk mata cap ogawa. Masih dh packing lg. Aku pun tatau brapa hengget. Sbb Mek Ja (dulu praktikal kt opis aku, so motif aku dpt rege spesel lah) bagi rege borong.


Dan yg ni plg mebeles. Purse gucci. Org lain yg dok berebut giler2 tu tak perasan pun. Tp mata aku ttp tajam. Wahaha. Lantak lah, ori ke tak. Janji, purse ni ngan jeans versace ngan tuala dapur (yg masih blom pakai dok dlm plastik lg) dan penyejuk mata ogawa tu, Mek ja bagi 5 hengget jer.
Lupa aku nak cuci pakai pencuci kulit.

Rabu, 15 April 2009

SABUN KERTAS

Maaf kan kejakunan aku okeh.

Tadi aku sempat gi kedai bundle. Takde benda yg menarik, tapi aku jumpa sabun kertas ni. Sbb seumur hidup aku blom pernah tgk, makanya aku terus membeli. Haha

Rupa kotak sabun




Macam2 warna dan ada 10 ketul dalam tu.




Contoh sabun kertas.



Koyak sikit, lumur air, kertas tu hilang jadik buih sabun.

Owh, aku kagum. Hahaha

Padahal kawan aku cakap ada jual kt kedai cenderahati. Tp aku bukan peminat cenderahati, makanya aku tak masuk lah kedai cenderahati. Makanya tak pernah ku jumpai lah sabun berbentuk cenggini.

Maaf kan daku.;P

Selasa, 17 Mac 2009

LAGI BARANG YANG AKU BELI KAT BUNDLE

Beg ni aku beli kat bundle.


Comel kan.



Besar sungguh kan. Nanti leh buh kain baju balik kampung or gi jalan2 mana2.


Harga nya?

Satu hengget jer. Besttt!!

Nanti aku nak jahit butang besor kt tgh tu. Ntah bila nak wat tatau.

Isnin, 16 Mac 2009

APA YANG AKU BELI KAT BUNDLE HARI INI???

Aku kan pengikut tegar bundle. Tapi kawan aku lg tegar. Aku kalo kawan tak ajak, mmg aku tak pegi lah sorang2. Hubby aku lak jenis malas dok belengas kt bundle. Hehe


Lunch hour tadi aku pi merayau kt bundle yg biasa aku pegi tu.

Maka dapat lah;

kasut kaler oren ni. Saiz 1 atau 13. Dina kecik lg. Danish takkan nak pakai kut kaler oren. Simpan je lah wat koleksi. Harga nya 4 hengget.


Aku gak beli menda ni sekor. Haha. Padahal selalu jumpa tapi aku wat tak layan. Ari ni tertarik lah nak beli untuk dina. Aku tatau barbie ke apa sbb takdak tulis. Tp keluaran mattel yg nyatanya. Masa jumpa tu mmg tak pakai baju budak ni. Gatal sungguh. Tp ada org2 baik hati tolong aku cari kan baju dia. Jumpa top satu, dress satu. Jadi lah dari tak pakai baju kan. Jumpa gak beg dua ketul. Harga nya 1 hengget jer.


Ada gak benda lain yg aku beli, tp malas nak tempek. Benda biasa2 jer. Modal hari ni 10 hengget jer.;)

Ahad, 15 Februari 2009

PERIHAL BUNDLE

Ok lah, sambungan en3 khamis lps. Ada yg mempersoalkan ketulenan henbeg yg di beli kt bundle kan. Pastu ada yg tanya kedai tu kt mana. Dan ada gak yg nak berkirim bagai.

Gambar kt bawah ni, aku snap koleksi kv sendiri. Beli kt bundle. Hanya 2 je LV yg aku ada. Yg lain byk MnG, Elle, Bonia. Yg tu tak yah lah snap.

Yg ni henbeg LV yg kv beli kt bundle ngan harga 15 hengget. Kalo yg ni aku pun was2 ketulenannya. Cuba tgk tag kt sebelah dlm tu kan. Mebi gred AAA ke. Kan. Mmg yg ni aku beli mahal sket sbb kt kedai Akak ni, akak ni dan anak2 dia mmg kenal jenama. La ni, mmg RM 50 ke atas dh rege dia. Tak mcm mula2 dia buka kedai dulu. Dulu dpt gak rege 10 - 15 hengget. So, aku dah tak pegi kedai ni.



Sling bag ni pulak. Walopun patent lama, tp aku tetap beli sbb dia ala2 vintaj kan. Kadang2 sauk gak time jalan2. Rege tak ingat. Sama ada 2 hengget atau 3 hengget. Kedai ni pulak, tuan dia tak berapa kenal jenama. Nampak buruk skt terus bagi rege murah. Kalo nampak baru, harus rege up sikit walopun henbeg tu buatan china ke apa. Hiks.



Kan aku slalu cerita kalo gi kedai bundle harus bersemangat waja. Yg aku dok cerita yg org dok berebut mcm org gile tu sbb dorang cari benda2 gini lah. Dan Sbb slalu berkunjung ke bundle, aku kenal ramai pengikut bundle. Kat kedai bundle mana, mesti dorang ada. Nak2 lg bundle kt kampung. Sbb rege murah kan.

Dorang ni mmg takde keje lain. Hanya ikut kedai bundle jer taw. BIla dpt brg yg best dorang akan jual dgn harga yg tinggi. Tp tdk la mcm harga seken hen kt internet. Lbh murah lah. Contohnya, ada satu henbeg miu miu sorang mamat ni beli ngan harga 10 hengget. Yg pengikut sorang lg siap offer harga 80 hengget. Sbb nya kawan tu akan jual ngan harga 250 - 300 hengget. Mcm tu lah cara dorang cari makan.

Utk pengetahuan korang jgk, pengusaha bundle ni akan ambik brg kt singapore. Kdg2 ambik jgk kt klang. Kalau pengikut bundle tau brg tu from klang, dorang kurang berminat skt.

Sbb tu lah, kalo ada yg nak mengirim, mmg aku takleh nak tolong lah. Selain brg tu susah nak dpt, mmg kena usaha gigih lah kan. Nak kena berebut ngan peniaga2 ni lah. Kalo dpt kt kita mmg best sgt. Lps tu dorang akan offer harga yg tinggi. Tp kalo bukan yg jenis peniaga, dorang takkan jual. Mmg susah nak dpt brg ori dgn rege yg murah kan. Kena lah usaha lbh skt. Bukan nya bila kita pegi semestinya ada brg2 cenggitu. Kdg2 takde langsung pun. Atas nasib dan rezeki lah kan.

Aku pun tk nafikan kt bundle mmg byk brg yg tiruan. From china, from taiwan. Sbb tu org berebut mcm nak giler. Depa berebut brg ori lah. Sbb pembeli dorang kenal brg tu ori ke tak. Mmg kalo yg tak ori, berlambak lah tertinggal kt kedai bundle tu. Last2 pekedai bakar api jer. Kalo kaca or plastik dorang jual kt kedai recycle plk. Yg tiruan tu makcik makcik kampung lah yg beli. Apa dorang kisah pd jenama. Asal nampak baru dan ok, layan jer. Hik hik

Mcm penjual sendiri pun, dorang bkn nya tau brg apa yg dorang bawak blk tu. Dok dlm guni kan. Kecuali lah perabut sbb nampak lihat. Sbb tu bila turun karung guni dr lori, pengikut pengikut kedai bundle ni akan berbut rebut lah bukak guni tu. Siapa cepat dia yg dpt. Mcm org yg malas berenyah cam aku ni, berputih mata je lah. Tgk je lah dorang berebut.

Mcm opismate aku ni, dia ada 3 org anak lelaki yg suka follow bundle. Sbb tu dia banyak koleksi. Itu jer lah cerita brg bundle. Nanti kalo berkesempatan, aku snap henbeg2 opismate aku tu. K.

Satu lg, aku nak minta maaf en3 aku sebelum ni mcm menggula gulakan kenkawan. Aku rasa mcm aku menipu lak. Kenyataan sebenar aku tak menipu k. Opismate aku tu mmg byk designer bag yg mmg ori. Takkan aku nak paksa dia tukar henbeg hari2 semata mata nak tunjuk kt blog kan. So, kalau dia pakai beg2 tu dan aku teringat nak snap, nanti aku tempek kt blog. Sekali lg maaf dipinta sekiranya en3 aku sebelum ni menggusarkan hati korang. Peace!!

Daa..

Khamis, 12 Februari 2009

COACH bundle

Oh ye kan, dok cerita pasal aku kemaruk bundle kan. Opismate aku laaaaagi kemaruk dr aku tau. Abih anak beranak laki bini dok berombongan pi kedai bundle tau.

Gambar henbeg coach ni (original tau) salah satu yg aku teringat nak snap. Salah satu dr koleksi henbeg opismate aku.

Byk lg selain dr coach, LV (berpuluh2 jenis ada taw), miu miu, tods, gucci, prada, apa lg ek. Aku pun bukan fasih sgt jenama designer antarabangsa ni. Guess pun ada tau.

Tu koleksi henbeg la. Kasut pun mcm2.

Aku kan, kalo tgk koleksi dia harus meroyan sakan. Plg mahal pun 8 - 10 hengget jer uols. Sling bag gucci 5 hengget jer. Tak menangis meraung aku?? Mintak beli pun dia takmoh jual tau. Tu yg aku meroyan tu!!!!





Nanti kalo dia pakai henbeg lain mai keje, aku snap lg okeh. Semua ori tau. Cuma beli kt bundle jer.

Khamis, 29 Januari 2009

BABY WALKER

Erkk.. ker korang panggil benda alah ni apa eks??

Apsal la masa dina blom boleh berjalan tu ari aku tak jumpa menda ni kt bundle. Dah berlari melompat baru jumpa. Huhu.

Tapi aku tetap beli melepas geram sbb harga RM 2 sajork.







sakan dina menolak menda tu. Hahaha

Mama dina tah pape kan?

Isnin, 12 Januari 2009

BUNDLE

Hari tu kv aku sempat gi bundle. HIks..boleh meroyan kalo tak pegi.

Tapi tak dak benda best la. Kuciwa!!!



Namum, beli gak la bola dan pelampung utk danish dan dina. Singgit jer satu.

Ok lah tu (ala2 saida)


Khamis, 8 Januari 2009

KEDAI BUNDLE

Wokeh, hari ni mek nak tunjuk kat uols suasana kt kedai bundle.

Walo pun uols rasa best jek brg yg mek beli (sbb murah kan) tapi kalo nak 'memshopping' kt kedai bundle, uols harus lah kena bersemangat waja, kuat jati diri dan jitu jituan gitew. Tau!!

Korang kena tahan habuk (kalo ada asma teruk skt la)kena tahan bergasak. Tapi takde lah sampai macam bertempur. Langgar skt2 tu biasa lah.

So, org kampung yg biasa susah mcm kv ni sesuai lah ke kedai bundle cenggini. Haha.

Kalo malu2 mmg susah la nak dpt brg elok. Zara ke, LV ke, gucci ke, ikut nasib lah.


Say hi to mr frog!!













Ok, nak bagi tips sket.
1. Kena pakai pakaian yg biasa (tak yah nak melawa)karang kena langgar/rempuh rosak baju kesayangan korang.
2. Tak yah nak pakai heels bagai. Karang tersadung brg2 yg bersepah sepah tu tak ke sakit? Malu lg. So, senang pakai kasut or selipar jepun. Hik hik
3. Memula sampai tu, korang kena cari plastik bag yg besar bagak. Senang kalo korang jumpa apa2 yg best, sumbat jer dlm tu. Kalo simpan kt2 tepi karang ada org ambik lah. Nama lg kedai bundle kan.

Itu je lah tips nya. Hik hik

Perkara yg membuat kan kv ketagih gi kedai bundle ialah kita akan jumpa brg yg kita tak sangka2. Time tu mmg rasa seronok sungguh.

Daaa..

Isnin, 15 Disember 2008

BUNDLE

Lunch hour td, kv sempat gi kedai bundle.

Tak sedap duduk kalo tak gi menyibuk sama. Nak2 kalo hari brg turun (brg baru sampai la tu). Kih kih.

Oh ya, hari ni kv sempat beli kerusi rotan bulat ni. Dah lama dok mengidam nak kusi ni tapi susah la nak jumpa kt sini. Kalo ada mmg mahal la sgt.

Kusi ni mmg saiz besar bagak tau. Kalo kv duk 2 org ngan hubby pun muat okeh. Harga nya 40 hengget jer. Alhamdulillah, budak Miey tu bagi murah jer. Tawar 35 hengget di tak kasi.



Tapii..dia tak bagi kv bayar menda alah kt bawah ni. Kasut skolah bata b-first utk danish (masih baru), pembaris beratus ratus kpg dan 2 bijik cawan fine china ala2 vantage.




Dan kv beli gak kusi ni. Boleh letak kt hall atau kt bilik. Rm 18 hengget jer. Kayu solid lak tu. Kusyen dia pun gebu jek.


Itu jer lah brg yg kv beli. Benda lain malas nak memilih.;P


P/s: tgh terfikir nak muat apa la kusi tu nak bawak balik rumah nanti. Bawak blk ofis pun kawan yg tolong. Haha. Nanti2 lah fikir. Janji beli je dulu. Kan? Hehe.