Ahad, 15 Februari 2009

PERIHAL BUNDLE

Ok lah, sambungan en3 khamis lps. Ada yg mempersoalkan ketulenan henbeg yg di beli kt bundle kan. Pastu ada yg tanya kedai tu kt mana. Dan ada gak yg nak berkirim bagai.

Gambar kt bawah ni, aku snap koleksi kv sendiri. Beli kt bundle. Hanya 2 je LV yg aku ada. Yg lain byk MnG, Elle, Bonia. Yg tu tak yah lah snap.

Yg ni henbeg LV yg kv beli kt bundle ngan harga 15 hengget. Kalo yg ni aku pun was2 ketulenannya. Cuba tgk tag kt sebelah dlm tu kan. Mebi gred AAA ke. Kan. Mmg yg ni aku beli mahal sket sbb kt kedai Akak ni, akak ni dan anak2 dia mmg kenal jenama. La ni, mmg RM 50 ke atas dh rege dia. Tak mcm mula2 dia buka kedai dulu. Dulu dpt gak rege 10 - 15 hengget. So, aku dah tak pegi kedai ni.



Sling bag ni pulak. Walopun patent lama, tp aku tetap beli sbb dia ala2 vintaj kan. Kadang2 sauk gak time jalan2. Rege tak ingat. Sama ada 2 hengget atau 3 hengget. Kedai ni pulak, tuan dia tak berapa kenal jenama. Nampak buruk skt terus bagi rege murah. Kalo nampak baru, harus rege up sikit walopun henbeg tu buatan china ke apa. Hiks.



Kan aku slalu cerita kalo gi kedai bundle harus bersemangat waja. Yg aku dok cerita yg org dok berebut mcm org gile tu sbb dorang cari benda2 gini lah. Dan Sbb slalu berkunjung ke bundle, aku kenal ramai pengikut bundle. Kat kedai bundle mana, mesti dorang ada. Nak2 lg bundle kt kampung. Sbb rege murah kan.

Dorang ni mmg takde keje lain. Hanya ikut kedai bundle jer taw. BIla dpt brg yg best dorang akan jual dgn harga yg tinggi. Tp tdk la mcm harga seken hen kt internet. Lbh murah lah. Contohnya, ada satu henbeg miu miu sorang mamat ni beli ngan harga 10 hengget. Yg pengikut sorang lg siap offer harga 80 hengget. Sbb nya kawan tu akan jual ngan harga 250 - 300 hengget. Mcm tu lah cara dorang cari makan.

Utk pengetahuan korang jgk, pengusaha bundle ni akan ambik brg kt singapore. Kdg2 ambik jgk kt klang. Kalau pengikut bundle tau brg tu from klang, dorang kurang berminat skt.

Sbb tu lah, kalo ada yg nak mengirim, mmg aku takleh nak tolong lah. Selain brg tu susah nak dpt, mmg kena usaha gigih lah kan. Nak kena berebut ngan peniaga2 ni lah. Kalo dpt kt kita mmg best sgt. Lps tu dorang akan offer harga yg tinggi. Tp kalo bukan yg jenis peniaga, dorang takkan jual. Mmg susah nak dpt brg ori dgn rege yg murah kan. Kena lah usaha lbh skt. Bukan nya bila kita pegi semestinya ada brg2 cenggitu. Kdg2 takde langsung pun. Atas nasib dan rezeki lah kan.

Aku pun tk nafikan kt bundle mmg byk brg yg tiruan. From china, from taiwan. Sbb tu org berebut mcm nak giler. Depa berebut brg ori lah. Sbb pembeli dorang kenal brg tu ori ke tak. Mmg kalo yg tak ori, berlambak lah tertinggal kt kedai bundle tu. Last2 pekedai bakar api jer. Kalo kaca or plastik dorang jual kt kedai recycle plk. Yg tiruan tu makcik makcik kampung lah yg beli. Apa dorang kisah pd jenama. Asal nampak baru dan ok, layan jer. Hik hik

Mcm penjual sendiri pun, dorang bkn nya tau brg apa yg dorang bawak blk tu. Dok dlm guni kan. Kecuali lah perabut sbb nampak lihat. Sbb tu bila turun karung guni dr lori, pengikut pengikut kedai bundle ni akan berbut rebut lah bukak guni tu. Siapa cepat dia yg dpt. Mcm org yg malas berenyah cam aku ni, berputih mata je lah. Tgk je lah dorang berebut.

Mcm opismate aku ni, dia ada 3 org anak lelaki yg suka follow bundle. Sbb tu dia banyak koleksi. Itu jer lah cerita brg bundle. Nanti kalo berkesempatan, aku snap henbeg2 opismate aku tu. K.

Satu lg, aku nak minta maaf en3 aku sebelum ni mcm menggula gulakan kenkawan. Aku rasa mcm aku menipu lak. Kenyataan sebenar aku tak menipu k. Opismate aku tu mmg byk designer bag yg mmg ori. Takkan aku nak paksa dia tukar henbeg hari2 semata mata nak tunjuk kt blog kan. So, kalau dia pakai beg2 tu dan aku teringat nak snap, nanti aku tempek kt blog. Sekali lg maaf dipinta sekiranya en3 aku sebelum ni menggusarkan hati korang. Peace!!

Daa..

Tiada ulasan: