Jumaat, 29 April 2011

FM 1 Malaysia

Korang ado?
Hak hak!




Comel kan? Material dia rubber gituh.
My atuk dpt masa dia gi meeting persatuan peladang.
Kelas you. Dapat cenderahati FM gituh.

Khamis, 28 April 2011

NOVEL BARU

Macam dah lama tak beli novel. Tatau novel apa yg tgh hangat di pasaran.
Tapi hari selasa lepas terrbeli jugak sbb kononnya taknak tgk live bola TRW lawan red giant.
Kononnya lah.
Tapi aku tengok jugak.
Bahana nya sakit kepala giler sbb over stress. Haha


Beli 2 bijik buku ni. Try baca 'sayang ku merajuk' dulu.

Korang tak nak bagi aku pinjam buku ker? kita try style barter pulak. Haha

Rabu, 27 April 2011

MENGEJI ATAU MEMUJI

Korang suka yang mana?

Macam aku lah kan, aku ikut mood.

Contoh nya, kalo aku kena keji sokmo takde bab lain, mesti bab gemuk.
Sampai kadang2 aku nak ajak org yg mengutuk tu duk sekali ngan aku.
Tengok apa aku makan, apa aku buat.
Baru dia tau nak mengeji ke nak memuji.

Kadang2 mcm dah imun bila kena keji ni.
Tapi kadang2 rasa nak bagi penampar.
Mula lah satu hari tu rasa down giler.
Mula lah rasa takde keyakinan diri.
Mula lah rasa semua orang lawa, aku sorang jer yang hodoh.
Bengong kan?

Tapi aku manusia.
Normal lah lah aku berperasaan gituh


Akan tetapi, aku rasa baik di keji dari dipuji.
Sebab yang mengeji itu berkata benar.
Cuma penyampaiannya yang telus membuat kan aku sentap.
Padahal itu lah kebenarannya.
Cuma aku jer yang tak boleh nak terima kenyataan.
Hik hik

Bila dipuji, aku rasa lebih dikeji dari yang mengeji.
Sebab nya, orang yang memuji itu berpura - pura.
Dia menyindir.
So, itu akan buat aku rasa lagi tak selesa, lagi sakit hati.

Contohnya,
'eh lawa la mu sekarang'
padahal? Hazabedah.
Kita sendiri tau.
Kita sendiri boleh menilai.
Orang2 itu sekadar berbahasa.
Atau sekadar memancing mood utk mempergunakan kita.

Makanya, musahabah lah diri sendiri kaedahnya.
Kalo dah diri hazab, jangan duk feeling2 anjelina jolie.
;P

Isnin, 25 April 2011

DURIAN SAYUR

Atau nama bahasa surat Durian Belanda.



Durian belanda mek sudah berbuah uols. Ni buah kedua. Buah sulung tu ari dah snap gambar tapi entah ke mana menghilang. Malas nak cari.



Oh ni budak sememeh yg sibuk nak enterframe jugak. hahaha


Banyak kenangan ngan buah durian belanda ni. Masa mek kecik2 dulu, ada sebatang pokok dekat dengan tingkap dapur. Kat tingkap tu mek selalu lepak. Duk atas bendul tingkap tu tau. So, hari2 duk usyar buah ni la. Tp masa kecik2 dulu tak suka. Padahal tak pernah try pun, tp awal2 dah tak suka. Dah besar sikit baru pandai nak rasa.

Masa tu baru menyesal sbb lewat merasa. Hahaha. Sedap weiiii. Kenangan betul. Mak selalu simpan dlm peti ais buah yg dah masak. Bila mek balik skolah mak selalu kopek kan kulit dan buang biji dia yg kaler hitam tu bagi mek makan. Sedap jer. Sejuk jer kat tekak.

Pastu tak ingat dah kenapa pokok nya hilang dari situ. Betul2 lupa. Sama ada dia mati atau ayah tebang, langsung mek tak ingat.

Dan bila dah duduk rumah sendiri, telah memaksa suami menanam nya. Mula2 duduk rumah tu suami tanam byk pokok2 buah. Banyak yg dah berhasil. Alhamdulillah.

Dan selalu kami blend jadi kan jus. Sedapppp

Jumaat, 22 April 2011

KAIN RAYA

Korang dah beli kain raya?



Mek sudah. Hehehe


So, warna tema utk tahun ni sudah dipilih. Kain dina dah siap pun di jahit. Simpan kemas2 dlm laci. nanti dia mintak nak pakai. Kain mek pun dah selamat hantar tailor. Karang kalo rajin boleh ler jahit manik.

Mebi ada yg cakap terlalu awal. Tp sbb malas sejarah lama berulang, mek beli jer awal2. Bulan puasa nanti tak terkejar kejar dan boleh rilex jer.

Puasa dah abih ganti? Hehe

Khamis, 21 April 2011

SAHAM BANK RAKYAT

Korang dah beli?



Mek sudah.


Hari tu pergi berdua ngan hubby. Dengar khabar kat kb Q nya pjg giler. Kat kubang kerian kuota 20 org jer sehari. So, pergi jerteh jer lah. Jerteh tu terengganu hokey! Jangan tatau. haha.

Sebab mek tadek akaun bank rakyat, so kena buka buku dulu. Baru boleh beli saham nya. Menunggu agak lama sbb ramai yg blom ada akaun. Jarang yg nak tambah pelaburan. So, abih segala beg2 org dlm bank tu aku duk tgk. Baju dia, tudung dia. Ololoolo..beg coach minah tu lawa giler. Berair mulut mek nengok nya haih. Wakakak. Di samping main cookiedozer dlm iphone. Syok tau.

Oh aku tatau masih boleh beli ke tak sekarang sbb dana dia hanya 1 billion. Kalo cukup dana dorang akan stop. Sorang boleh beli just RM 500 jer. Kalo tambah pun banyak tu jugak.

So, apa lagi, cecepat ler gi beli. Ok la ada pelaburan gini selain dari asb.

Rabu, 20 April 2011

MOOD HURU HARA BERCAMPUR BAUR

Bila mood huru hara, terus mcm malas nak apdet blog. Byk benda aku nak taip, tp malas aplod gambar. Pastu malas nak edit.

Pastu bila internet weng, terus rasa nak bertukar jadik hulk hogan. Ada masa rasa selekeh rambut mengerbang mcm hantu kak limah. Serabut aku. Tiap 2 saat kena refresh. Wahai org2 berkenaan, biler le kome nak baiki kasi elok internet ni wei. Batak aku menunggu hari2 nak setelkan keje. Konon semua nak online, tp prasarana hampeh. Masing2 lps tangan. Rasa nak sekeh jer sorang2. Huhu

Pastu serabut lagi ngan audit sirim. Walopun aku tak terlibat secara langsung, tp tetap la kena menjerumuskan diri. Macam2 hal buat aku pening sampai nak muntah rasanya.

Kalut2 ngan sirim tu byk projek nak kena siapkan jugak. Semua nya versi tergesa gesa, byk benda nak kena kejar sbb tu kena tergesa gesa. Sepagi semalam berpanas dihurung org ramai masa site visit. Letih menulis dab menjawab pelbagai soalan. Pastu kena siapkan dokumentasi. Nak kena susun dan edit buat aku pening tgk angka kecik2 tu. Eh macam la aku sorang bekerja kan? Korang pun keje jugak. Hiks

Isnin, 18 April 2011

HMMMM...

Internet yg 2 saat sekali putus mmbuat kan mood nak apdet blog terus hilang.

Tensen bila keje tak leh nak setelkan akibat kekangan internet. Bila internet nak laju ni wei? Aku tnya sapa ntah. Benci tau bila keje asek kena tangguh jer.

Rabu, 13 April 2011

AISKRIM BANDUNG

Malam tadi, kecoh 3 beranak wat aiskrim bandung.
Aiskrim malaysia lah uols.
Anak mek suka benor aiskrim bandung.
Selalu nya ibu dina yg buat.
Tapi kesian gak hari2 nak kena buat kan.
Last2 buat sendiri jer lah. Bukannya susah pun. Hak hak


Dapat la sebesen. Berapa batang ntah. Lupa nak kira.




Di bantu oleh pembantu seksi yg kalut benor. Makin menyerabutkan ade la. Tapi dah dia nak tolong jugak. Bagi can jer lah kan.



Masa ni dia tnya cukup tak panjang ni? Perasan tak ada nyamuk sekor melekat kat situ (dalam bulatan) Haha

Oh, hari ni dah boleh makan aiskrim bandung tu. Yummehh


Next projek adalah aiskrim pelam jeruk. Tak sabarrr. Semalam baru rendam mempelam.

KASUT SEKOLAH KENA SOROK

hmm..oke semalam tamat cerita wang saku. Kawan danish yg darjah 3 tu, baik hati bantu dia membeli waktu rehat. So dorang makan sama2 la. Lega aku dengar. Rasanya tunggu dan lihat jer lah, buat sementara ni tak perlu lah jumpa cikgu dulu.

akan tetapi, hilang cerita wang saku, timbul cerita lain pulak.

Balik skolah ptg semalam, abah dia asyik membebel jer. Ingat kan kenapa, rupanya kasut danish pulak yg hilang. Selalunya, lps tamat waktu belajar dorang solat zuhur dulu sblm masuk kelas j-qaf. So, kasut dan beg skolah mmg murid2 tinggalkan kat kelas. Dorang pakai selipar.

Lepas solat, bila masuk kelas, Danish dapati kasut dia dah hilang.

So, masa abih kelas j-qaf pun takde org dtg hantar. Kalut la dia cari kasut nya. Yang abahnya pulak, pi ambik anak balik skolah pakai sluar pendek. Pastu segan la nak masuk cari sama. Huhu. Cikgu tolong carikan tak jumpa. Kenkawan dia pun sama tolong carikan, termasuk si iqbal yg selalu paw duit dia tu. Dorang ekceli berkawan baik, cuma iqbal tu suka ambik kesempatan. Jadi nya, mmg tak jumpa lah kasut danish.

So pada fikiran kami, macam2 spekulasi timbul;
1. adakah mmg sengaja kasut itu dicuri utk kegunaan sendiri
2. adakah kawan yg selalu pow duit dia, bila tak dapat pow kali ni terus balas dendam
3. adakah kawan sengaja bergurau senda

Korang rasa?
Atau tiada satu pun di atas?


Hmm...tengah duk serabut otak memikirkan masalah baru tu, kami dah berkira kira nak gi beli kasut baru. Mmg nak beli yg murah2 jer dulu. Nak tgk keadaan melarat atau tidak. Pastu duk fikir nak gi jumpa cikgu kelas dia. Tp blur jugak nak cakap cemana ngan cikgu nanti. Karang cikgu cakap kami over pulak.

Lama2, aku suh abahnya bawak danish pegi semula ke kelas suh cari balik kasut tu. Tadikan abah dia tak masuk cari sendiri. Kalo terjumpa ngan cikgu pun ok gak, boleh slow talk ngan cikgu kan.

Makanya pergi lah 2 beranak tu semula ke skolah. Dalam 15 minit dorang balik. Dah jumpa kasut tu budak sorok dalam almari peralatan kelas.

Motif nya mmg tatau kenapa. So kami ingat bebudak yg sorok kasut danish ni agaknya sakit hati kut danish takde duit, so dorang tak boleh ngepau. Bila tanya danish, kawan2 dia ok jer, takde yg tanya2 duit or marah2 ngan dia. Bila tanya ada syak sesapa, dia cakap takde, kawan2 dia semua nya ok. Tapi tak tahu lah kan. Nama lagi budak2.

Jadik nya, kami fikir, buat sementara ni tunggu dan lihat jer lah dulu. Kalo berlanjutan mmg nak kena pi jumpa cikgu kelas dia lah.

Aduhaiii..macam2.

Selasa, 12 April 2011

WANG SAKU

malam tadi, aku laki bini naik hangen ngan abang danish pasal wang saku.

dah lama aku duk perati tiap2 kali bagi wang saku, satu sen pun takde baki di bawa balik. Bila tnya beli apa, tak reti nak menjawab. Tapi aku tak kisah sgt sbb dia selalu cakap ngan aku dia segan nak membeli sendiri kat kantin. Kawan yg tolong belikan. Dan aku tahu, si kawan ni pulak, bila Danish bagi duit, beli nya sikit jer tapi baki nya tak pulangkan. Aku sabar lagi. Dia nak tolong pun dah stau rahmat dah kiranya. Ok, tu kisah masa darjah 1.

Naik darjah 2 ni pun danish masih segan nak membeli sendiri. Mmg aku peratikan perangai dia, kalo manusia ramai, kalut2 mmg dia tak suka. Dia rela tak join crowd tu, rela berlapar lah kiranya. Macam contoh kalo main bola kat rumah jiran, kalo peserta nya ramai sgt, dia rela tak main bola dari berebut angin. Ye la, dah ramai sgt main sampai nak sepak bola pun takde peluang, apa guna bermain. Pada fikirannya lah kut. Tu aku wat kajian secara senyap lah.

So, bila darjah dua, jadual skolah dia berubah. Utk hari ahad isnin dan selasa, dia kena balik jam 4.30 ptg sbb bersambung ngan j-qaf. Jadiknya, before gi skolah, nenek dia belikan nasik so kami bagi makan siap2. Pastu aku bekalkan air kotak milo dan kek apolo sebijik. Bagi duit belanja 2 ringgit kut2 dia nak beli keropok atau apa2 kat koperasi.

Tapi bila balik skolah, takde duit baki. Bila tnya tak boleh jawab beli apa. Bila duk usyar2 tanya, dia cakap dia suh kawan dia belikan keropok, pastu bila tnya baki dia diam jer. So aku paham2 sendiri lah. Hari2 berlangsung mcm tu ler. Tiap2 hari kami pesan kat dia, duit jgn beri kat org. Mintak tolong kawan membeli tp kena mintak baki. Tapi tetap lagu tu ler.

Ada jugak abah dia tnya adakah kawan dia buli dia. Adakah kawan dia paksa dia beri duit. Adakah dia takut ngan kawan2 dia. Tapi dia selalu menafikan. Dan dia seronok gi skolah. So kami yakin yg dia ok kat skolah. Bukannya kena buli. Lega kat situ.

Kemuncak nya semalam lah. Pagi nak pegi skolah tu, dia tunjukkan satu kertas kat aku. Rupa2nya ada org nak dtg jual buku. So aku tnya dia nak beli ke buku. Dia jawab nak. Duit saku 2 ringgit aku top up lg 2 ringgit. Jadi 4 ringgit lh kan. Buku2 bukan mahal pun. 2 ringgit jer lbh kurang rege nya.

Masa makan malam, baru aku teringat nak tnya dia beli buku apa. Dia cakap dia terlupa nak beli. So aku tnya la duit kt mana. Dia cakap habis. Masa tu aku berdesing telinga tau. Mmg geram gilerrr. Aku nampak dia kecikkkkkkkk jer. Abahnya pun masa tu dah naik angin, mmg kena cukup2 lah dia malam tadi.

Mmg sedih tengok dia menangis. Tapi kami kena keraskan semangat. Sbb sebelum ni cakap elok2, pujuk elok2 pun tak jalan. Bila siasat, dia ckp dia bagi kat sorang budak tu 2 ringgit, beli kopok singgit. Abih tu singgit lagi kat mana? Dia cakap bagi kat kawan sorang lg. Orang yg sama ok! Maknanya budak tu mmg hari2 duk pow anak aku. Mmg geram giler ah.

Patut lah bila selalu tanya, dia susah nak jawab dia beli apa. Rupa2 nya budak tu yg ambik duit dia. Abahnya nak pi jumpa cikgu. Tp akal fikiran yg waras cakap, takde guna nya jumpa cikgu, sbb cikgu bukannya tau xtvt bebudak tu masa rehat ke apa. Banyak benda lain lagi cikgu nak buat.

Pastu duk fikir nak pegi jumpa parent budak tu. Tp akal fikiran yg waras cakap, takde guna nya jumpa parent budak tu. Kami bukannya ada bukti yg budak tu ambik duit danish. Buat nya budak tu tak mengaku, malu besar lah jawabnya.

So penyelesaiannya kena torture anak sendiri lah. Tatau lah hari ni mcm mana. Sbb dah teruk kena warning dan lepuk dgn abahnya mlm tadi. Harap2 dia ingat la. Masa duk sarapan pagi tadi pun nenek dia duk 'basuh' kaw2 punya. Pastu malam tadi pun, nenek dia siap pi pesan kat kawan dia (darjah 3) suh ajak danish pi kantin waktu rehat. Mintak tolong budak tu ajarkan dia cara2 nak membeli kat kantin.

Dan pagi ni abahnya bagi duit seringgit jer. Lagi pun dah makan siap2 kat rumah. Pastu dah bawa bekal air kotak ngan kek. Bagi duit saku pun bukan dia beli makanan, baik hati sgt sedekah kt org.

Adeiii geram betul rasanya. Harap2 abang danish berubah lah. Risau aku!

Isnin, 11 April 2011

COMPACT POWDER

Dah tua bangka baru terhegeh hegeh nak beli compact powder. Kesian mek tau.


Dedulu, masa muka mek gebu (wahh...ambik baldi sorang sebijik, pegi muntah!!), takde nye aku nak pikior bedak kompek ke haper. Selamba jer taram bedak debu dina. Tu pun tak habis2. Ada aku kesah tarikh luput nya.


Akan tetapi, bila sudah tidak mengambil 'hormon' itu, jerawat gatal dah mula menyinggah. Huduh benar muka mek yg dah sedia tak comel ni. Huwaaaa!! Masa tu baru menggelupur nak ambik tahu pasal produk wajah. Padan muka la my fren kata.

Dulu aku selalu kutuk dia membazir beli bedak chan.nel. Mengada ngada aku cakap. Comel nya tidak. Ya ampun. Syok tahu kutuk rakan baik. Wakakak. Sekarang, rasain, my fren cakap dengan mek.

So setelah duk tnya kenkawan bedak apa yg elok, mereka mensajes pakai ni jer dulu. Lagi pun aku kan kedekk!! Hik hik



Ini ajer lah yg mampu. Dan harap muka mek kembali gebu dan bercahaya, bior ampuh dgn duit membeli nyer. Huwaaaaaa!!



Eh, hari ni rasa berseri2 jer muka. Tambah2 pakai lipstik baru cap 'sidi'. Wallah. ;P

MASAK REBUS CENDAWAN BUSUT

Atau pun dekat kelantan lebih glemer ngan nama kulat pusu.




Kulat pusu ni bermusim jer tau. Dia tumbuh kat mana2 busut yg bertuah. Tak semua busut akan mengeluarkan cendawan ni. Sbb tu bila stok sikit, mmg mahal la rege dia. Susah nak dapat.




Kasi closed up. Dia kotor dengan tanah tau. So sebelum di potong potong tu, kasi cuci bersih2.


Bahan2 lain utk masak resepi ni adalah pucuk cermai. Benornye lebih best kalo masukkan pucuk cekur manis. Tp kat rumah nenek hubby takde pucuk dah, dah tua bangka dah dedaunan nya. Tak sesuai. So ganti ngan pucuk cermai pun ok ler.



Lepas potong cendawan, siapkan pucuk cermai, jgn buh ngan batang2 pulak tau. Hihi. Basuh dan tos kan.

Pastu tumbuk lada hitam, 2 ulas bawang purih dan 2 ulas bawang merah.

Dalam periuk, masukkan cendawan dan pucuk cermai, masukkan kan air. Agak2 la korang nak kuah byk mana. Tp jgn ler banyok sgt. Pastu buh bahan2 tumbuk tadi dan tenggek kan atas dapur.

Bior dia mereneh lama skt masukkan garam dan pak haji. Rasa kan masin kebagai, boleh ler makan.



Gini ler rupa nya yg telah siap dimasakkan.;P



Ok selamat menchobaaa!!

Jumaat, 8 April 2011

ULAT BULU

Kuih ulat bulu okeh. Hek hek



Kalo kaler biru ni di buat dengan tepung pulut hitam yer.


Ada inti kacang.


Sedap wooo. Kalo bulan puasa, mesti aku mengidam nak makan kuih nih.

Khamis, 7 April 2011

HARI HARI MAU

Ingat dok kopi hari2 mau?
Mmg gilo ah kalo hari2 mau.
Wakakaka


Eh kalo gi kedai kopi kan, aku ngan hubby slalu layan gelak tgk kopi yg mcm2 brand bergantungan kat dinding kedai kopi.



Cer korang tgk gambar.



Tak ke mabuk nak buat pilihan tu?????

Macam2 dok ado.
Slalu nya iklan utk lelaki la.
Kopi janda la, kopi jantan la.

Yang aku heran, org kita ni suka jer minum kopi2 mcm ni. Dorang ni tak takut sakit buah pinggang ker.
Macam2 dorang buh dlm kopi tu.
Hmm mcm2.

Korang layan jer lah.

ROTI CANAI


aku suka sgt roti canai. Makan time mana pun layan jek.
tp enchik suami kurang gemar. Biasa ah dia, mesti nak nasik jer. Huhu
betul2 tak sebulu

Mimpi apa ntah pagi tadi, dia setuju nk sarap roti canai.
menuju la kami ke restoren bamboo
mencari roti canai pujaan hati ku
Roti telur, kuah kari campur sambal bilis
Terbaikkk!!

Rabu, 6 April 2011

WW



p/s: hasil tuaian mlm td

Selasa, 5 April 2011

RAIN COAT

Masa pi buang masa kat kedai bandel tu ari, aku jumpa rain coat yg masih baru. Dalam plastik lg siap ada tag rege bagai. Haha. So, terus grab utk dina. Dia kan slalu bonceng motor ngan abah dia. Pi mancing lah selalunya. Kdg2 kalo hujan lencun anak dara mek.



Dina ngan rain coat nya. Mek beli ngan rege 2 hengget 50 jek uols. Mana nak dapat. Giler jimat kaedahnya. Hihi.;P



Apa benda org panggil sarung kepala ni? Siap bersudu bagai. Sungguh praktikal.



Kalerful kan. Comel jer utk budak2.



Dia paling hepi bila ada gambar hello kitty. Dia kan penggila kuceng.



Kat belakang area kaler hijau tu (ht gambar hello kitty tu) ada space tu bagpack. Macam gambar budak kat bawah ni. Cool kan?

LEVIS GOLOK

Aritu kan, masa gi rantau panjang, sempat masuk kedai jeans. Lawa2 jeans nyer. Walopun look a like jer kan. Haha. Dan yg pasti murah ler kalo nak banding yg selalu aku beli hat ori utk bebudak tu.;P


So, sempat beli jeans pendek 3 suku utk 2 beradik tu.


Comel jer nampak dorang pakai.

Isnin, 4 April 2011

PERBALAHAN DUA BERANAK

Memang kan, bila anak2 dah besar, dah cerdik mulut, mmg seksa jiwa raga bergaduh ngan depa. Ada sokmo perkara yg boleh didebatkan.

Aku suka berdebat ngan dina. Sbb dia ada sindrom tak nak kalah. Huwa huwa huwa



Dina ngan rupa paras terkini



Mama dina ngan rupa paras terkini. Totap tombam gebus.;P




Mama : (marah2 kan dina sbb bedakkan habis lantai rumah, letih tebongkok bongkok mengelap)
Dina : Mama ni, adik katok (ketuk) kan, biar gi kubur (mati)
Mama : Oooo nak suruh mama mati yer?
Dina : Yer lah! (konfiden beb)
Mama : Ok baik! Mama pun nak mati. Senang. Tak payah letih sakit pinggang jaga adik. Tak payah basuh ber*k, tak payah buat susu, tak payah beli baju pink, tak payah beli buku, tak payah cari Dina hilang, tak payah marah dina suka main pasir (byk lg tak payah yg aku membebel kat dia)
Dina : (Terus muka cembeng)
Mama : Ha, napa????
Dina : Mama jgn la gi kubur. Adik sayang mama. Meh adik dukung
Mama : Elleh!!! (macam dia larat nak dukung aku???)
Dina: Terus datang peluk cium ngan mata berair.
Mama : Tau pun sedih

Hik hik
Suka usik anak2. Bahagia jer rasa. Ahaahahahah

HARI WEEKEND WAJIB MASAK BEST2

Sebab kalo weekdays makan ala2 jer, so hari minggu wajib kena masak best2. Pagi2 dah gigih ke pasar siti khadijah cari stok lauk pauk.



Untuk menu hari Jumaat, mem masak ikan keli berlado masam manis. Ikut resepi arwah mak. Encik hubby suko bebenor kato nyo.



Ikan kering nipis goreng garing. Sedap woooo!!


Ulam pulak, pucuk beko celur.



Sayur pakchoy goreng sos tiram.


Daging bakar.

Kenyang perut suka hati.


Hari sabtu pun gigih masak, tp dah malas nak snap gambar. Hik hik

ENTRY BERKEPAM


Dah lama gegambar ni duk bersawang dlm draft, so aku post kan ajer lah.

Entry yg patutnya dh lama aku publish, tp masa tu mood malas gils gils. So kasik berkepam dulu ler kat situ. Huhu


Masa coti2 skolah tu ari. Adik my bff si madam S bersanding katanya. Majlis sanding ler, majlis kawen dah lama, siap peknen bagai dah. Maju kamu wahai Uyar! Congrats. Hehe


Tapi gegambar aku ngan madam s jer, perantin sibuk shoot angel terlentang terbalik, malas nak ganggu.





Menunya best sbb ada ulam2 dan vudu. Haha. Syok makan. Hubby minum ayaq jer. Dia petang2 tak makan nasik. Larik cenel katanya.

Buat uyar dan suami, tanhiah beb. Moga beroleh kebahagiaan yang abadi. Insyaallah.



Disudahkan dgn gambar madam s beraksi dgn beg baru nya. Dia tak abgi aku aplod kat fb, so aku pedajal dia kat sinih. Wahahahha. Hambek mu!

Ahad, 3 April 2011

MISS P

Awat Cik P main sorok sorok peek a boo pulak ni?
Mek dah cuak neh.
Moskelllll
Jangan la main acah2 gini.
Huwaaaaa


adeiii serabut aku.
Karang nak pi beli tester lah!