Isnin, 25 April 2011

DURIAN SAYUR

Atau nama bahasa surat Durian Belanda.



Durian belanda mek sudah berbuah uols. Ni buah kedua. Buah sulung tu ari dah snap gambar tapi entah ke mana menghilang. Malas nak cari.



Oh ni budak sememeh yg sibuk nak enterframe jugak. hahaha


Banyak kenangan ngan buah durian belanda ni. Masa mek kecik2 dulu, ada sebatang pokok dekat dengan tingkap dapur. Kat tingkap tu mek selalu lepak. Duk atas bendul tingkap tu tau. So, hari2 duk usyar buah ni la. Tp masa kecik2 dulu tak suka. Padahal tak pernah try pun, tp awal2 dah tak suka. Dah besar sikit baru pandai nak rasa.

Masa tu baru menyesal sbb lewat merasa. Hahaha. Sedap weiiii. Kenangan betul. Mak selalu simpan dlm peti ais buah yg dah masak. Bila mek balik skolah mak selalu kopek kan kulit dan buang biji dia yg kaler hitam tu bagi mek makan. Sedap jer. Sejuk jer kat tekak.

Pastu tak ingat dah kenapa pokok nya hilang dari situ. Betul2 lupa. Sama ada dia mati atau ayah tebang, langsung mek tak ingat.

Dan bila dah duduk rumah sendiri, telah memaksa suami menanam nya. Mula2 duduk rumah tu suami tanam byk pokok2 buah. Banyak yg dah berhasil. Alhamdulillah.

Dan selalu kami blend jadi kan jus. Sedapppp

Tiada ulasan: