Rabu, 20 April 2011

MOOD HURU HARA BERCAMPUR BAUR

Bila mood huru hara, terus mcm malas nak apdet blog. Byk benda aku nak taip, tp malas aplod gambar. Pastu malas nak edit.

Pastu bila internet weng, terus rasa nak bertukar jadik hulk hogan. Ada masa rasa selekeh rambut mengerbang mcm hantu kak limah. Serabut aku. Tiap 2 saat kena refresh. Wahai org2 berkenaan, biler le kome nak baiki kasi elok internet ni wei. Batak aku menunggu hari2 nak setelkan keje. Konon semua nak online, tp prasarana hampeh. Masing2 lps tangan. Rasa nak sekeh jer sorang2. Huhu

Pastu serabut lagi ngan audit sirim. Walopun aku tak terlibat secara langsung, tp tetap la kena menjerumuskan diri. Macam2 hal buat aku pening sampai nak muntah rasanya.

Kalut2 ngan sirim tu byk projek nak kena siapkan jugak. Semua nya versi tergesa gesa, byk benda nak kena kejar sbb tu kena tergesa gesa. Sepagi semalam berpanas dihurung org ramai masa site visit. Letih menulis dab menjawab pelbagai soalan. Pastu kena siapkan dokumentasi. Nak kena susun dan edit buat aku pening tgk angka kecik2 tu. Eh macam la aku sorang bekerja kan? Korang pun keje jugak. Hiks

Tiada ulasan: