Khamis, 30 September 2010

STOK RAYA HAJI

Sebab raya puasa tu ari tak sempat beli kain2 utk wat baju raya, makanya kali ni mek beli untuk stok raya haji lah. Hehe


Walopun, kalo tak raya pun tetap beli kain pasang sokmo. Maklum ler unipom keje mek. hehe




Tokei kain bagi paper bag perasmian jakel, belasah jer lah. Haha



Satu kaler oren.


Satu kaler ijau.

Oke, sekian sekali lagi entry makcik2.

P/s: Takdak bahan nak apdet, begini lah jadiknya. heheh

MAKANAN TAMBAHAN

Sebab sibuk duk kecoh hormon tak satbil kan, ramai yg sajest kan aku ambik evening primrose oil. Semalam dah beli. hehe.


Sedikit maklumat pasal evening primrose oil:
Merupakan makanan semulajadi yang kaya dengan Gamma-Linolenic (GLA), suatu asid lemak yang penting untuk badan kita. GLA boleh dimetabolismekan dalam badan kita kepada prekursor prostaglandin dan ia adalah penting untuk fungsi - fungsi sel yang normal.


Itu bab hormon tak stabil. Lagi satu, aku slalu merungut letih. Penat lahai. So, kenkawan sajest ambik vitamin b complex lak.


Sedikit maklumat mengenainya:
Vitamin B complex membekalkan tenaga dengan membantu dalam metabolisme kabohidrat, lemak dan protein.

Selebihnya korang gugel sendirik lah yer. Mek malas.hehe.;P

Rabu, 29 September 2010

LINEN LAH PULOK


Dah lama nak try beli linen buat baju kurung. Tapi kat opis aku ni kedai kain takde lak jual linen. Nak kena pi cari kat kb lak.

Semalam sempat gi kb. Suh hubby drop aku kat nagoya tengah bandar. Misi nya mmg nak cari linen lah.

Tapi tak byk pilihan. Makanya ambik kaler coklat cair dan hijau lumut. Hat hijau lumut tu lebih dr 4 meter. Kedai tu bagi free. Tapi nak buat apa eh. Tgk lah nanti.



Lepas gi nagoya gi tesco plk. Boleh aku lupa kat tesco pun ada nagoya. Chet. Buat penat aku jalan kaki jer. Berapa kilojoule terbakar petang semalam. Keh keh keh.

Frust betul sbb kat nagoya tesco byk lagi pilihan warna. Huhu


Tapi takpe, dah siap pi hantar kat tailorina pun. Tengok nanti mek pakai elok ke tak. Kalo sedang elok boleh pi beli lagik. Kalo nampak teruk, tau2 jer lah.

Eh, kalo korang nak tau, semua org kutuk kalo aku pakai baju kurung cotton. Dorang cakap nampak besar giler. Benci la. Huwaaa. Sedih aku tau. Aku tau la aku gemuk. Huhu. So, cotton adalah dilarang buat masa ni. benci lah! Aku suka cotton!



Tapi beli jugak chiffon sepasang untuk buat mini kurung. Kaler hitam putih tengah IN kah? Aku suka banget kombinasi hitam putih now. Tengok org pakai lawa jer.

hehe.. tetap tak sedar diri gemuk, tetap jgk nak jahit mini kurung. Belasah jer lah. Kalo teruk kena kutuk, faham2 sendiri lah. cepat2 kena cerminkan diri lah tu. hak hak.

Oke, sekian entry makcik2.

Selasa, 28 September 2010

PELIK JER RASA DIA

Ari tu aku gi supermarket dekat ngan opis. Terasa nak makan kacang macadamia. Cari punya cari takde pulak. Agaknya kedai malas simpan stok kut sbb kacang tu kan mahal sket.

Last2 hubby tunjuk peket tong garden hat ni. Hmm..dah teringin sangat aku pun beli ler.


tapi pelik jer rasa dia. Pedas pahit masin. Uwaaa...tak suka. Tapi sbb mahal (isi dia sikit cinonet jer tau) aku kunyah lah jugak.;P

Pastu, dan2 tu hidung aku menrenyam gatal. Tak pasal2 selsema makin teruk. Sadis betul.

TIKA RAJIN

Rasa nya, lepas raya ni, semalam baru gigih memasak yg sebenar benar nya. Selalunya banyak makan kat luar. hihi.



Oh, semalam dengan rajinnya memasak sambal udang petai. Hanya mek ngan dina jer gemar. Hubby berpantang seafood. Huhu



Dan, memenuhi permintaan encik suami, home made ikan pari bunga panggang sambal. Hoyeah. Amat hepi bila suami makan dengan berselera sekali.


malam nak masak apa pulak tatau!

Ahad, 26 September 2010

HORMON TAK STABIL

Hari ni kepala aku pening dan sakit. Berdenyut semacam. Bangun pagi tadi rasa terhuyung hayang. Loya pun yer jugak.

Dan paham2 la, kalo pening loya nak pitam, pikiran takdak ke lain dah memikir nya. Asek2 duk tanya diri sendiri 'peknen ker aku ni?'

Pastu diri sendiri jugak jawab 'takde nya lah!"

Pastu diri sendiri jugak rasa was2 dan takut ' yer ker aku ni?"

Huwaaaa...tak suka betuk perasaan nih. benci taw. Seksa woh.

Tapi aku perasan, sejak aku tak ambik pil ni, banyak perubahan. Dalam masa sebulan, 3 minggu jerawat batu hinggap di dagu. Besar penumbuk seketul (melampau lah tu). Tapi mmg besar la. Pastu, baru jer nak kempis yang tu, berbijik2 lagi dia timbul secara berjemaah. Geram nya la wei. Habis berparut hitam muka mek. Huwaaaaa. Tak suka!!!!

Kalo dulu, licin jek muka aku takdak jerawat. Now, usahkan dagu, dahi kening pipi pun dia naik. Risau la wei. Nak makan supplement apa eh?

Lagi pulak, perut aku kalo seminggu nak bendera jepun asyik cramp ajer. Sakit nya pinggang macam nak putus (eh, macam la aku pernah rasa pinggang putus cemana) Sakit la. Zaman remaja dulu takde pun sakit sampai tak selesa nak duduk. Nak kata senggugut pun bukannya period lagik.

macam2 hal la. Stress tau. Dah la hormon tak stabil, perasaan emosi jugak kacau bilau. Asyik naik angin jer. Selalu marah2. Benci lah. Sampai tok laki pun komplen aku asyik marah2. Isu nya takde apa, tapi aku naik angin. Benci la bila gaduh2 nak tok laki. Derhaka aku ni. Huwaaaaa. Lepas baru menyesal, baru nak cakap elok2. Tapi kejap jer pun, bila kena rasuk syaitan, aku mengganas kembali. Pastu menyesal lagik. Habis tu sampai bilo? Takpe2, istighfar banyak2. Bawak mengucap.

Huhu..tatau nak tulis apa la. Otak aku beku. Sakit kepala la. Macam ada mesin ragum duk cengkam apit tempurung kepala aku ni.

Ai hate u PMS! Hate! Hate! Hate!

nak datang tu, datang ler, tak yah lah ngada2. Grrrrrrrrr!!!!!


nukilan hati,
perempuan emo!

Khamis, 23 September 2010

BUBUR LAMBUK

Lunch hour tadi pegi open house opismate. Opismate aku ni kebanyakan nya rumah derang dekat2 jer ngan opis. Aku sorang jer jauh (padahala org lain laaagi jauh. haha)

Menunya best2. Nasing dagang kelate (beras merah), satay daging dan ayam + nasik impit ler, lontong dan jugak bubur lambuk.


Dalam byk2 benda tu, aku makan bubur lambuk jea. Bertambah okeh. Hihi. Sedap. Tapi banyak sgt daun2 nya. Tapi best ah sbb makan panas2 tambah sambal dan ikan bilis goreng byk2. Wallah.


pic adalah digugel.




Bulan puasa tu ari dah diberi nya sebungkus untuk aku. Raya kali ni wife dia masak lagi. Heaven!! Tahun depan dh tak merasa sebab bulan Jun dia dah pencen. Huhu

STEAMBOAT

Musim raya, semua orang mabuk dah rendang ketupat lemang kan. Macam aku, aku tak mabuk pun semua tu. Tak makan sebijik pun raya kali ni. Ntah tatau napa, tak berselera tengok. Tapi!!! Aku mabuk gulai kawah. Hua hua hua. Kenduri kawen banyak betul raya tu ari.

So, untuk menghilang kan rasa muak terhadap kari mari ni, kita carik altenatif lain untuk di makan. Steamboat adalah pilihan yang bijak jugak. Hehe

Moh kita ke steamboat bonda kat pasir tumbuh. Kalo kat kelate steamboat dgn sos jer. Jarang nak jumpa yang ada sup (yong tau hu). Tapi kat bonda ni ada disertakan sekali ngan sup. Jugak mee nya yg spesel.



Satu mangkuk besar utk kami anak beranak. Tapi agak frust sbb tuan kedai lupa nak taruk kangkung. Padahal dah pesan awal2. Yang bentuk teddy bear tu khas untuk dina jer. Kucing dia panggil. Hehe.

Selalunya order secara tamak pastu senak perut nak habiskan. Malam tu order so-so jer. Pun kenyang. Hehe


Dina tgh syok minum ayaq.


Abang danish.




Mama dorang tak ketinggallan. Ngeeee

Rabu, 22 September 2010

PUASA GANTI

Korang dah abih puasa ganti? Ke puasa enam?

mek hari ni baru hegeh2 nak ganti. Dapat sehari hari ni pun dah syukur sgt2 ni. Hehe. Insyaallah la kalo tak kena serang ngan bendera jepun.

Bila berpuasa, mesti ngantuk jea. Apa hal la wei. Aku tak terliur pun deme ni duk makan biskut raya la, kuih siput kari la. Tapi otak aku asyik duk teringat char kuey tiaw je nih. Adoiii la. Mana lah nak cari. Nak masak sendiri kureng pandai.

Dah la aku kena pantang seafood ni. Selsema before raya ari tu sampai la ni tak baik2 nih. Pastu demam on dan off. Kadang2 sakit semua sendi. Sentuh kulit pun sakit. Macam demam chikugunya la pulek. Anak2 pun mcm tu. Dina sehari dua ni teruk lak selsema dan batuk.

Danish pun demam balik. Pagi tadi hidung berdarah. Mamat tu sensitif betul idom dia. Tapi aku lega sbb skolah dia cuti 3 hari sbb bebudak upsr kan. Relax kat rumah jerlah. Lagi pun MIL ada boleh pantau walopun kekadang terbabas main tengah2 panas. Geram la wei. Hari2 kena marah ngan abah dia sampai aku pun naik stress.

Oh teringat nya char kuey tiaw ni. Hmm..jap lagi nak pi pasar la. beli udang sotong sayur segala. Tak jadi CKT pun aku belasah goreng bodoh jer lah. Janji kuey tiau.

Aku puasa ganti ari ni sbb aku rasa bersalah sgt aku makan tak hengat donia. Lagi pulak mlm tadi aku tengok biggest looser asia. hihi. So semangat nya lain lah sikit kan. Sementara bersemangat ni, aku layan jer lah dulu. Walopun tak kurus2. Sedih!

Oke lah, rasa letih la nak menaip. Otak beku. Takdak idea nak merapu. Adios.

Selasa, 21 September 2010

TANGKAP KETAM

Sabtu lepas kami pi kenduri kawan. Dah lama tunggu dia kawen, akhirnya sampai jugak seru. Hehe. Tahniah beb! Tapi gambar pengantin takdok, lupa nak snap. Sibuk makan.;P


Dah kebetulan rumah pengantin dekat ngan pantai, makanya berjanji manis mu lah kami ngan anak2 nak bawka dorang pi pantai. Masing2 dah excited bebenor. Satu hari tu mmg lepak dlm rumah jer. Tak mengamuk mintak nak turun main kat laman pun. Haha. Kelakar betui.


lepas makan2 dan jumpa pengantin kami terus shoot ke pantai tok bali. Kalo pantai rhu muda atau dlm rhu jauh sikit nak park kete ngan pantai. Salin baju bajan semua terus kedebumm terjun tiruk. Haha



Dina yang hepi.









Abang pun. Tapi mmg danisg muka selenga jer ambik gambar. Macam tak hepi jer. Haha



Pastu, hubby kecewa betul sbb kat situ byk batu. Pastu pantainya tak landai sgt, bahaya sikit la anak2 nak mandi. Lagi pun dia frust sbb dia mempunyai misi menangkap ketam ragi. Dah siap beli umpan ikan selayang/sardin kat pasar. Hehe


Last2 ajak pindah pi pantai bachok/irama lak. Sakan.Tapi layan jek lah. Terus salin baju pulak. Sampai pantai irama salin baju sekali lagi. Huhu


Ni minit2 pertama bilakala suami ku menjadi nelayan. Dapat 2 ekor ketam ragi.



Anak2 hepi jer main pasir.



Abahnya kalut ngan umpan ketam. Haha



Dekat dua jam kut lepak kat pantai. Sampai dina komplen lama bebenor mandi pantai. Haha. Abih tu, abahnya kemaruk tangkap ketam.


Dah penat semorang, naik ke darat. Salin baju bagao, pi lepak gerai pekena ayaq kelapa dan colek pulak.


Anak2 keletihan tapi hepi. ;)


Mama pun hepi.;P


Colek fishball dan meat ball.



Ini lah hasil tangkapan kami pada petang itu. Sungguh lumayan. Hehe

KAK YA KAWEN

Ari selasa raya ke 5 tu, 2 pupu hubby aka kupu kupu hubby kawen.

Dah terbiasa panggil dia kak Ya. Padahal dia muda 3-4 thn dari aku. Wakaka. Tetap nak feeling remaja kan.;P


Jodohnya org dekat jer. Sesama kelate. Senang nanti nak balik raya. Tak yah gaduh2 manja. Hiks.


Cer korang tengok irdina maisarah tu. Takdenya dia nk ambik gamber leklok. Lagi pun dia tgh segan tgk kak ya lawa sgt. Tak kenal. Wakaka




Menunggu ketibaan pengantin lelaki.



Mek pun menyibuk sama. Hehe


paling best adalah bubur kacang hijau. Semangkuk penuh aku taram.


Hari khamis lepas tu kami ikuti jgk majlis menghantar pengantin ke rumah lelaki. Dekat jer pun kat pengkalan chepa. Tapi tau2 la musim raya ni, jem agak hazab la. Naseb baik org tempatan kan, tau lah nak cilok kut celah mana nak bagi cepat sampai. Itu jer.

Buat azira dan alfian, selamat pengantin baru dari kami. Moga berbahagia ke akhir hayat. Amin.

Isnin, 20 September 2010

BBQ RAYA

Tak ingat raya ke berapa. Rasanya hari rabu kut.


Dah lama tak berkumpul family pegi pantai buat bbq. Kalo dulu, zaman arwah mak ada, mmg tetiap tahun kami buat.Pastu semua gerun nak pi pantai gara2 kes tsunami. Bayangkan lah dah berapa tahun tak jejak pantai rhu muda ni. Hehe (padahal aku anak beranak tetiap minggu jer pi pantai. Haha)


Tapi mmg syok la berkumpul, lepak, relax, makan2. Cuma kali ni mmg tak bawak dina n danish. Kesian kat mereka tapi tak boleh dimaafkan lah. Danish dh start skolah ari selasa lagik. Dina lak demam. Baik jer dia duk rumah pengasuh kan. Karang kalo bawak pi pantai makin teruk demam, menyesal lak nanti. Huhu

Tapi naseb baik tak bawak bebudak tu. Baru jer hampar tikar dan pasang khemah kecik 2 bijik, hujan turun lebat gilo. Berlindung dlm khemah pun basah kuyup. Kesian kat semua baby2. haha. Last2 aku kluar jer dari khemah. Main hujan. hihi.

Sesi bbq berlangsung dlm hujan lebat. Tukang panggang, memanggang jer keje dorang. Lantak la nak hujan ke nak ribut ke. Tudiah. semangat bukan main. Hehe. Makan mihun goreng dlm hujan lebat tu macam makan mihun sup tau. Ahaha. Tak nak menunggu hujan reda tatau bila, semua org kelaparan. Mihun sup pun mihun sup la.

Dlm 1/2 jam kut hujan lebat pastu baru reda sikit. Semua anak2 burung dah boleh dibawa kluar dari khemah. Lps tu resque pun sampai. Bawak khemah besar. Hampeh jer. haha

Malas nak buh gambar bebanyak. Lebih kurang jer lah yer. Ambik syarat. Hehe. Dan semua org dlm gambar basah kuyup okeh!


Side sini bahagian ikan ayam dan sosej.

Bahagian sini pulak side kambing dan ayam. Rasa2 tekak selera hat mana, pergi lah kamu ke bahagian tersebut. Wakaka. Ringkas dan padat kaedahnya.


Me n hubby. Syok bergambar berdua bila anak takde. Tp pilu gak mengenangkan dorang. Huwaaa (nampak tak aku tgh kobek peha ayam tuh? Haha)



Ni ler rupa khemah besar tanpa dinding yg telah di pasang setelah hujan reda. Hihi. Polis hindustan betul dorang ni.


Gelagat anak2 buah ku. Ni sebahagian jer nih. amai lg yg tak muat gegambar. haha


Lepas makan2 borak2 lepak2, mandi manda, kami pin chow dulu. Kesian anak2 tertinggal kat rumah. Tahun depan boleh bbq lagik.;P

EID REUNION

Macam tahun2 sebelum nya, rumah mek selalu menjadi tuan rumah untuk perkumpulan kawan2 lama esp. kawan2 diploma utm. Yer lah, dalam ramai2 tu mek sorang jer tak sambung degree. Orang lain dah ada master pun. Huhu. Hazab betul.


Tapi takpe lah, janji mek bahagia ngan hidup mek yer dok. Bersyukur lah seadanya. (statement tak nak kalah neh..hehe)


Oke, mulakan gambar kek. Kek ni pun dina claim kek besday dia tau. Suka hati kamu lah anak ku. Black forest katanya.


Ni mmg geng kacip fatimah aku. Ada sorang lg. Satu jer sempat snap gambar dia. Tapi tatau kat mana aku letak. Nak kena carik semula la.


Ni pulak geng2 hubby masa secondary school. Bayangkan belas2 tahun tak jumpa tapi dgn adanya facebook, semua orang dpt berhubung.


Ni pulak geng2 utm aku. Kecoh dan gamat. Tu blom lg acara tukar2 duit raya. haha.






Ramai yg tak dapat hadir di sebabkan komitment lain. Bertembung acara, tak sihat, jalan jem, semua lah. Takpe ada rezeki boleh jumpa gak nanti. Insyallah kalo diizinkan tuhan.


Ni pulak raya ke4, aku berkunjung ke rumah bff aku. Dia masak skt2 ajak kenkawan dtg lepak rumah dia. Tapi kami dtg tu, orgg lain sibuk ngan menda lain lgi. Malas nak tunggu. So snap berdua ngan dia jer lah. Hehe




Ok, habis cerita raya ke 4. Daa..

DINA IS 3

Alhamdulillah, raya ke 3 ari tu aka 12 sept 2010, my lovely doter irdina maisarah genap usia 3 tahun. Dah besar anak dara mek rupanya.


So, buat la makan2 sikit ajak sedara mara jiran tetangga datang beraya ke rumah. Majlis kesyukuran gituh.


Dimulakan dengan upacar baca doa selamat oleh ahli masjid. Sangat hepi sbb dorang sudi datang walopun hari tu kenduri keliling kampung. Semua berebut kenduri pada raya ke 3 tu.




The menu. Satay dan nasik beriani. Agar2, kek dan tapai pulut.

The cake. Dina mmg suka ladybird ni. Kebetulan tuan kek datang hantar awal, mmg sepagi tu bukak peti ais jer keje dia. nak tengok kek.


Acara nyanyi2 besday dan tiup lilin. Nampak dak pinggan kat tangan ku itew? Nak kasi lilin tak mati tu. Angin kuat giler. Haha.


Tiup jangan tak tiup.


Cake cutting!


Lepas tu geger riuh acara bagi belon. Mmg kecoh betul/ Usah kan bebudak, orang tua pun kemaruk nak belon.


Tengoklah, masing2 tak mo lepas peluang.



Bergambaran anak beranak, adik beradik, anak2 buah, cucu, cicit. Keh keh keh. Keluarga mek mmg besar!


happy face.

Alhamdulillah, kebanyakannya family datang beraya sesambil meraikan birthday dina. Syukur sgt2 boleh berkumpul family.

Di usia yang meninjak 3 tahun ni, mama dan abah berharap dina membesar menjadi anak yg bertimbang rasa, bijak dan mendengar nasihat. Moga yang terbaik aje buat mu anak. Insyaallah.