Isnin, 20 September 2010

BBQ RAYA

Tak ingat raya ke berapa. Rasanya hari rabu kut.


Dah lama tak berkumpul family pegi pantai buat bbq. Kalo dulu, zaman arwah mak ada, mmg tetiap tahun kami buat.Pastu semua gerun nak pi pantai gara2 kes tsunami. Bayangkan lah dah berapa tahun tak jejak pantai rhu muda ni. Hehe (padahal aku anak beranak tetiap minggu jer pi pantai. Haha)


Tapi mmg syok la berkumpul, lepak, relax, makan2. Cuma kali ni mmg tak bawak dina n danish. Kesian kat mereka tapi tak boleh dimaafkan lah. Danish dh start skolah ari selasa lagik. Dina lak demam. Baik jer dia duk rumah pengasuh kan. Karang kalo bawak pi pantai makin teruk demam, menyesal lak nanti. Huhu

Tapi naseb baik tak bawak bebudak tu. Baru jer hampar tikar dan pasang khemah kecik 2 bijik, hujan turun lebat gilo. Berlindung dlm khemah pun basah kuyup. Kesian kat semua baby2. haha. Last2 aku kluar jer dari khemah. Main hujan. hihi.

Sesi bbq berlangsung dlm hujan lebat. Tukang panggang, memanggang jer keje dorang. Lantak la nak hujan ke nak ribut ke. Tudiah. semangat bukan main. Hehe. Makan mihun goreng dlm hujan lebat tu macam makan mihun sup tau. Ahaha. Tak nak menunggu hujan reda tatau bila, semua org kelaparan. Mihun sup pun mihun sup la.

Dlm 1/2 jam kut hujan lebat pastu baru reda sikit. Semua anak2 burung dah boleh dibawa kluar dari khemah. Lps tu resque pun sampai. Bawak khemah besar. Hampeh jer. haha

Malas nak buh gambar bebanyak. Lebih kurang jer lah yer. Ambik syarat. Hehe. Dan semua org dlm gambar basah kuyup okeh!


Side sini bahagian ikan ayam dan sosej.

Bahagian sini pulak side kambing dan ayam. Rasa2 tekak selera hat mana, pergi lah kamu ke bahagian tersebut. Wakaka. Ringkas dan padat kaedahnya.


Me n hubby. Syok bergambar berdua bila anak takde. Tp pilu gak mengenangkan dorang. Huwaaa (nampak tak aku tgh kobek peha ayam tuh? Haha)



Ni ler rupa khemah besar tanpa dinding yg telah di pasang setelah hujan reda. Hihi. Polis hindustan betul dorang ni.


Gelagat anak2 buah ku. Ni sebahagian jer nih. amai lg yg tak muat gegambar. haha


Lepas makan2 borak2 lepak2, mandi manda, kami pin chow dulu. Kesian anak2 tertinggal kat rumah. Tahun depan boleh bbq lagik.;P

Tiada ulasan: