Memaparkan catatan dengan label pantai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pantai. Papar semua catatan

Selasa, 18 Januari 2011

CUTI DAN PANTAI

Cuti weekend jumaat lepas.
Tatau nak gi mana.
Last2 layan keinginan anak nak mandi pantai.
Tp awal2 dah pesan, kalo ombak besar no mandi manda. Hehe



Memang ombak besar pun kat pantai irama hari tu. Angin masih kuat walopun dh tak hujan.



Boleh jer lah layan dorang main di gigi air. Lepas kempunan.



Kononnya nak rest baca novel, tp nan hado dpt nyer.;P



Dina sarah paling hepi.



Kalo gi situ tak sah tak beli lokceng a.k.a sate ikan.

Isnin, 4 Oktober 2010

PACHAKAN DALAM RHU

Khamis lepas sempat gi pusat pendaratan ikan kat pantai dalam rhu bertempat di kg. Pachakan. Slalu gak aku wat entry pasal tempat ni. Tapi malas nak cari link. Hehe.

kat sini nelayan turun pagi lepas subuh dalam 2-3 jam pastu dlm jam 10.30 ke 11 atau lebih dorang balik ke darat. Hasil tangkapan dorang jual lah kat koperaso dorang ni. So mmg harga nya murah berbanding kat pasar. Dan tentu nya lah segar2 kan. Pemborong pun ramai yg dtg beli kat sini.

Y=Tujuan utama nak beli udang akor (aku tatau eja lah) Tapi udang putih tu. Terasa nak makan udang mentega. Tu yg hubby ajal pi cari kat situ. Besar, segar dan murah. tapi tengok rezeki jugak lah. Kalo ada, dapat la merasa. Kadang2 takde. Kadang2 berebut ngan peraih.






Nampak tak teduhan perahu2 nelayan nuh. Sayup mata memandang.

Aku beli ketam madu ni. Entah apa nama dia. kenkononya soft shell crab. Tapi non ado soft nya. Haha. Isi dia agak sedap jgk. RM 5 jer sekilo.

ketam bunga ni hubby beli utk dina. Murah jer. RM 9 sekilo. Kalo dlm pasar mebi 15 kut.
Ni lah udang akor tu. Size xxl. Tapi dlm gambar nampak kecit jer. RM 25 sekilo. Kalo dalam pasar dlm 38-42 sekilo.



On da way balik tu singgah beli kopok lekor yg dh siap goreng. Senang terus ngap jer. Haha.

Selasa, 21 September 2010

TANGKAP KETAM

Sabtu lepas kami pi kenduri kawan. Dah lama tunggu dia kawen, akhirnya sampai jugak seru. Hehe. Tahniah beb! Tapi gambar pengantin takdok, lupa nak snap. Sibuk makan.;P


Dah kebetulan rumah pengantin dekat ngan pantai, makanya berjanji manis mu lah kami ngan anak2 nak bawka dorang pi pantai. Masing2 dah excited bebenor. Satu hari tu mmg lepak dlm rumah jer. Tak mengamuk mintak nak turun main kat laman pun. Haha. Kelakar betui.


lepas makan2 dan jumpa pengantin kami terus shoot ke pantai tok bali. Kalo pantai rhu muda atau dlm rhu jauh sikit nak park kete ngan pantai. Salin baju bajan semua terus kedebumm terjun tiruk. Haha



Dina yang hepi.









Abang pun. Tapi mmg danisg muka selenga jer ambik gambar. Macam tak hepi jer. Haha



Pastu, hubby kecewa betul sbb kat situ byk batu. Pastu pantainya tak landai sgt, bahaya sikit la anak2 nak mandi. Lagi pun dia frust sbb dia mempunyai misi menangkap ketam ragi. Dah siap beli umpan ikan selayang/sardin kat pasar. Hehe


Last2 ajak pindah pi pantai bachok/irama lak. Sakan.Tapi layan jek lah. Terus salin baju pulak. Sampai pantai irama salin baju sekali lagi. Huhu


Ni minit2 pertama bilakala suami ku menjadi nelayan. Dapat 2 ekor ketam ragi.



Anak2 hepi jer main pasir.



Abahnya kalut ngan umpan ketam. Haha



Dekat dua jam kut lepak kat pantai. Sampai dina komplen lama bebenor mandi pantai. Haha. Abih tu, abahnya kemaruk tangkap ketam.


Dah penat semorang, naik ke darat. Salin baju bagao, pi lepak gerai pekena ayaq kelapa dan colek pulak.


Anak2 keletihan tapi hepi. ;)


Mama pun hepi.;P


Colek fishball dan meat ball.



Ini lah hasil tangkapan kami pada petang itu. Sungguh lumayan. Hehe

Isnin, 20 September 2010

BBQ RAYA

Tak ingat raya ke berapa. Rasanya hari rabu kut.


Dah lama tak berkumpul family pegi pantai buat bbq. Kalo dulu, zaman arwah mak ada, mmg tetiap tahun kami buat.Pastu semua gerun nak pi pantai gara2 kes tsunami. Bayangkan lah dah berapa tahun tak jejak pantai rhu muda ni. Hehe (padahal aku anak beranak tetiap minggu jer pi pantai. Haha)


Tapi mmg syok la berkumpul, lepak, relax, makan2. Cuma kali ni mmg tak bawak dina n danish. Kesian kat mereka tapi tak boleh dimaafkan lah. Danish dh start skolah ari selasa lagik. Dina lak demam. Baik jer dia duk rumah pengasuh kan. Karang kalo bawak pi pantai makin teruk demam, menyesal lak nanti. Huhu

Tapi naseb baik tak bawak bebudak tu. Baru jer hampar tikar dan pasang khemah kecik 2 bijik, hujan turun lebat gilo. Berlindung dlm khemah pun basah kuyup. Kesian kat semua baby2. haha. Last2 aku kluar jer dari khemah. Main hujan. hihi.

Sesi bbq berlangsung dlm hujan lebat. Tukang panggang, memanggang jer keje dorang. Lantak la nak hujan ke nak ribut ke. Tudiah. semangat bukan main. Hehe. Makan mihun goreng dlm hujan lebat tu macam makan mihun sup tau. Ahaha. Tak nak menunggu hujan reda tatau bila, semua org kelaparan. Mihun sup pun mihun sup la.

Dlm 1/2 jam kut hujan lebat pastu baru reda sikit. Semua anak2 burung dah boleh dibawa kluar dari khemah. Lps tu resque pun sampai. Bawak khemah besar. Hampeh jer. haha

Malas nak buh gambar bebanyak. Lebih kurang jer lah yer. Ambik syarat. Hehe. Dan semua org dlm gambar basah kuyup okeh!


Side sini bahagian ikan ayam dan sosej.

Bahagian sini pulak side kambing dan ayam. Rasa2 tekak selera hat mana, pergi lah kamu ke bahagian tersebut. Wakaka. Ringkas dan padat kaedahnya.


Me n hubby. Syok bergambar berdua bila anak takde. Tp pilu gak mengenangkan dorang. Huwaaa (nampak tak aku tgh kobek peha ayam tuh? Haha)



Ni ler rupa khemah besar tanpa dinding yg telah di pasang setelah hujan reda. Hihi. Polis hindustan betul dorang ni.


Gelagat anak2 buah ku. Ni sebahagian jer nih. amai lg yg tak muat gegambar. haha


Lepas makan2 borak2 lepak2, mandi manda, kami pin chow dulu. Kesian anak2 tertinggal kat rumah. Tahun depan boleh bbq lagik.;P

Isnin, 19 Julai 2010

PESTA WAU ANTARABANGSA

Jam 6.30 petang baru terhegeh hegeh naik kete. Memang dah agak dah, mesti dah katup la acaranya.

Sampai2 tu, prg masih ramai, tapi wau nya dah non ado. Hak hak

Naesb baik ada lagi sekor sutun kurita si paul yg blom landing.





teady bear ni dah nampak dari jauh, tapi masa sampai dah menyembah bumi dah. Huhu


Dina excited. Baju rasmi pantai tu, jangan tak tau. Haha





Lepas layan wau, kami gi minum2 plak.


Air nyor campur aiskrim.


Dan colek campur, fish ball, meat ball, jemput malas. Dan jambu cicah asam boi tuan kedai bagi sebagai pencuci mulut. Hilir! ;P


Lepas maghrib baru bertolak balik.

Selasa, 13 Julai 2010

PANTAI

Petang jumaat lepas pegi pantai i.rama. Bosan anak2 duk mengajak. Lagi now kan musim ombak ala2. Sedang elok la anak nak mandi manda. Tak bahaya sgt. Nak jaga pun senang.

Tapi petang jumaat mmg org ramai giler sokmo2 kat situ. Hari cuti tambah2 lg ada pasar malam yg agak besar kat situ. Kadang2 3 kali pusing baru dapat parking. Mmg kalo nak pegi situ, wajib bawak kancil. Senang nak nyelit parking. hehe


Dina dengan uniform mandi manda. Wajib nak pakai baju ni kalo pegi mandi kat mana2. Layan.



3 beranak gigih tangkap ketam ragi.


Rupa wajah anak ketam ragi.




Mek?

Malas nak belengas kan badan, tunggu tepi pantai je lah, sambil pose2 manja. ;P


So, bosan menunggu, wajib la carik2 apa yg boleh di makan yer dok? Kat tepi pantai tu macam org berniaga ngan motor, takperlu susah payah jalan jauh carik makanan. Aiskrim, rojak buah, satar, lokceng (sate ikan) dan mcm2 lg lah.


Oke, memula kita bantai satar dulu. Sedap jugak la ngan tekak mek. Layan.


Abih satar kita tengok pulak benda lain. Oh, lokceng pilihan anak bujang, maka nya wajib la beli. Asyik merungut lapar jer.



Malam tu semua keletihan dan tido awal. Bagus!

Selasa, 18 Mei 2010

KUTIP IKAN ADALAH MENYERONOKKAN

Selalunya, dengar orang jer bercerita keseronokan kutip ikan. Petang khamis lepas, kami pun tak nak lepas kan peluang. Hehe

Setelah riki2 kat mana, kami pun bergegas lah anak beranak ke pantai tok ba.li.



Pantai nya tepi jambatan tok ba.li yer. Ini mercu tanda dia. Hihi.



Hasil kutipan. Ikan gelama. Ini saiz yang paling besar tau.



Danish gigih mengutip. Siap tertonggeng. Haha.




Tengok lah gelagat anak beranak ni. Hubby ghairah menyauk ikan dalam ombak tu.



Dina meneman mama yang kepenatan. Hampir 2 kilo jalan kaki sepanjang pantai kutip ikan. Nampak tak plastik depan dina tu? Penuh ikan2 satu plastik tu tau!



Selain dari ikan gelama dan ikan nipis, macam2 spesis hidupan laut yg terdampar.


Ada obor2.



Anak jaws. Hihi. Anak ikan yu ler.



Ikan buntal.



Ikan gelama sungai.



Belangkas.



Wajah hepi kami anak beranak. :P




Masa kami pegi tu, dah seminggu ikan ni mabuk. Penduduk tempatan sibuk mengutip ikan. Bila kami tanya, dorang cakap ikan2 gelama ni sibuk mengejar udang baring (geragau) tapi bila sampai tepi pantai cuaca panas sangat, so air laut jadi panas dan ikan lemas.

Masa kami kutip tu, masih bernyawa lagi ikan2 tu.

Jam 7 petang baru balik. Seronok sangat. Anak2 pun hepi. Hampir 4 kilo kut kami dapat kutip. Yang besar2 tu aku gulai kunyit, dan goreng. Yang kecik halus tu MIL buat ikan kering.

Tak sabar nak tunggu time sotong mabuk lak. Ari tu dah naik 2 hari. terlepas. Kami lewat dapat maklumat. Huhu