Selasa, 18 Mei 2010

KUTIP IKAN ADALAH MENYERONOKKAN

Selalunya, dengar orang jer bercerita keseronokan kutip ikan. Petang khamis lepas, kami pun tak nak lepas kan peluang. Hehe

Setelah riki2 kat mana, kami pun bergegas lah anak beranak ke pantai tok ba.li.



Pantai nya tepi jambatan tok ba.li yer. Ini mercu tanda dia. Hihi.



Hasil kutipan. Ikan gelama. Ini saiz yang paling besar tau.



Danish gigih mengutip. Siap tertonggeng. Haha.




Tengok lah gelagat anak beranak ni. Hubby ghairah menyauk ikan dalam ombak tu.



Dina meneman mama yang kepenatan. Hampir 2 kilo jalan kaki sepanjang pantai kutip ikan. Nampak tak plastik depan dina tu? Penuh ikan2 satu plastik tu tau!



Selain dari ikan gelama dan ikan nipis, macam2 spesis hidupan laut yg terdampar.


Ada obor2.



Anak jaws. Hihi. Anak ikan yu ler.



Ikan buntal.



Ikan gelama sungai.



Belangkas.



Wajah hepi kami anak beranak. :P




Masa kami pegi tu, dah seminggu ikan ni mabuk. Penduduk tempatan sibuk mengutip ikan. Bila kami tanya, dorang cakap ikan2 gelama ni sibuk mengejar udang baring (geragau) tapi bila sampai tepi pantai cuaca panas sangat, so air laut jadi panas dan ikan lemas.

Masa kami kutip tu, masih bernyawa lagi ikan2 tu.

Jam 7 petang baru balik. Seronok sangat. Anak2 pun hepi. Hampir 4 kilo kut kami dapat kutip. Yang besar2 tu aku gulai kunyit, dan goreng. Yang kecik halus tu MIL buat ikan kering.

Tak sabar nak tunggu time sotong mabuk lak. Ari tu dah naik 2 hari. terlepas. Kami lewat dapat maklumat. Huhu

14 ulasan:

Aleeya berkata...

uishhh dasatttttttt mcm2 jenis ikan ade lak tu..jeles2 huhuuu

eynda berkata...

Wah!! Seronok la macam ni... :-)

Nanak berkata...

jakunnya i..tak pernah dgr ada aktiviti serupa ini..heee

sisdee berkata...

wah besnya.....klu my hubby nmpk ni dia sure jelessssssssssssss!!! hahahahhahah

fabulous.farah berkata...

best nya kv! teringat masa awal2 nak tsunami hari tu kan

zailamohamad berkata...

zaila pon pernah g pantai Tok Bali tu tapi xpernah jumpa lagi ikan2 yang terdampar tepi pantai..huhuhuhu..kalu betul2 g masa tu, seronotnyaaaa;)

Jasfyra berkata...

bestnya wei..
kalo camni aku nk pindah dok kelantan la

Lady of Leisure berkata...

wahhh macam unik je kan hehehe

honeylanz berkata...

sampai bila musim ikan pening dna mabuk nih?? Has nak belik kg ni...awal june nnt... biasa lepak gak ke Tok Bali

KAKTINY berkata...

kaktiny ternampak sesuatu yg menarik di situ.. BELANGKAS!!..
my feveret tuh!!..

musim belangkas naik jugak ker??...
(teringat pantai kt butterworth satu masa duluuuuu... penah tangkap 18 ekor belangkas betina.. ber'selerak' mengawan tepi pantai... syokk oooo... bakar... harum semerbak baunya... yumm yummm..)

Hanisumayyah berkata...

Bestnya KV, tak terbayang seronoknya kalau dapat pungut...

KV berkata...

aleeya,
mcm ada. jakun sekejap

eynda,
mmg syok abih la

nanak
me pun jakun gak. Hehe

sisdee
sila bagitau kat dia. haha

farah,
ha'a, akak pun terpikir jgk. Tp lps tsunami ari tu, dh berapa kali fenomena cenggini berlaku.

zaila,
akak pun pestaim ni. selalu dengar cerita org jer.

zura,
hahaha..wajib ko pindah duk sini.;P

lady,
jarang nak jumpa kan?

has,
haha...entah la, sbb takleh nak tau masa bila dorang nak mabuk.

tiny,
kv tak pernah makan belangkas. Tatau cara.;(

salwa,
mmg best sgt2!

Amna Faqiha berkata...

sokak2 dpt ikang byk2

CikLilyPutih berkata...

belangkas pun ade ek!