Ahad, 26 September 2010

HORMON TAK STABIL

Hari ni kepala aku pening dan sakit. Berdenyut semacam. Bangun pagi tadi rasa terhuyung hayang. Loya pun yer jugak.

Dan paham2 la, kalo pening loya nak pitam, pikiran takdak ke lain dah memikir nya. Asek2 duk tanya diri sendiri 'peknen ker aku ni?'

Pastu diri sendiri jugak jawab 'takde nya lah!"

Pastu diri sendiri jugak rasa was2 dan takut ' yer ker aku ni?"

Huwaaaa...tak suka betuk perasaan nih. benci taw. Seksa woh.

Tapi aku perasan, sejak aku tak ambik pil ni, banyak perubahan. Dalam masa sebulan, 3 minggu jerawat batu hinggap di dagu. Besar penumbuk seketul (melampau lah tu). Tapi mmg besar la. Pastu, baru jer nak kempis yang tu, berbijik2 lagi dia timbul secara berjemaah. Geram nya la wei. Habis berparut hitam muka mek. Huwaaaaa. Tak suka!!!!

Kalo dulu, licin jek muka aku takdak jerawat. Now, usahkan dagu, dahi kening pipi pun dia naik. Risau la wei. Nak makan supplement apa eh?

Lagi pulak, perut aku kalo seminggu nak bendera jepun asyik cramp ajer. Sakit nya pinggang macam nak putus (eh, macam la aku pernah rasa pinggang putus cemana) Sakit la. Zaman remaja dulu takde pun sakit sampai tak selesa nak duduk. Nak kata senggugut pun bukannya period lagik.

macam2 hal la. Stress tau. Dah la hormon tak stabil, perasaan emosi jugak kacau bilau. Asyik naik angin jer. Selalu marah2. Benci lah. Sampai tok laki pun komplen aku asyik marah2. Isu nya takde apa, tapi aku naik angin. Benci la bila gaduh2 nak tok laki. Derhaka aku ni. Huwaaaaa. Lepas baru menyesal, baru nak cakap elok2. Tapi kejap jer pun, bila kena rasuk syaitan, aku mengganas kembali. Pastu menyesal lagik. Habis tu sampai bilo? Takpe2, istighfar banyak2. Bawak mengucap.

Huhu..tatau nak tulis apa la. Otak aku beku. Sakit kepala la. Macam ada mesin ragum duk cengkam apit tempurung kepala aku ni.

Ai hate u PMS! Hate! Hate! Hate!

nak datang tu, datang ler, tak yah lah ngada2. Grrrrrrrrr!!!!!


nukilan hati,
perempuan emo!

7 ulasan:

marinahunny berkata...

test la kv, mana tau double line kang..

KV berkata...

marina,
tak sempat test, hari ni dah mai dah. huhu

jane_doe3328 berkata...

betui betui tuh kak kv. ambo pong sejak tok make pil, teros jerawat tumboh melata. huhu

MushroomCute@Mariea berkata...

Time memuda dulu (terasa cam tua plak)time sekolah lah...wajib 1 hari dlm sebulan cuti sekolah sebab sesungut eh senggugut tu. Tido saja sepanjang hari...sampai sejuk2, biru2 kaki okay...huh..tak ok langsung.. dah tua2 ni, dia wat perangai migrain plak. Sehari sebelum peot, tak semena2 bangun tido jer dah migrain sampai ler ke malam. makan ler panadol sepapan ker tak jalannnn..

sowwy..terpanjang plak komen..heheheh

KV berkata...

jane,
abih tu demo buat lagu mano eh? Share ah sket. hehe

mush,
akak pun mcm2 jadik ni. Benci ah!

Angah berkata...

try evening primrose oil..bantu stabilkan hormon.

KV berkata...

angah,
aku pun ingat nk try yg tu ler. Tq noks!