Selasa, 30 November 2010

MANIK LAGI

Hehe..setelah berhempas pulas, sampai mau patah pinggang. Dan jugak gangguan mcm2, akhirnya sipa jugak projek manik mek yg kedua utk season ini. Wah, season katanya. Sebabnya, jahit manik ni ikut mood sukahati mek je. Haha




Linen hijau lumut, mek jahit manik bentuk simple jer. Takdak idea la uols. Janji ada kaler2 setempek kat lengan. Motif bunga2mek tak suka sgt. Kalo corak2 retro dan geometri semangat sikit nak buat. Hehe. Tapi kalo org nak tolong jahit kan corak bunga mek ok jer. Cumanya memikirkan upah, alahai...tak tahan. Hihi





Kat dada tak jahit sbb susah nak dukung dina nanti. Hehe. Lagi pun mek malas. Tu jer alasan sebenar. Hak hak

POKOK PERGOLA

Ari tu gi pasar minggu, lalu depan org jual pokok2. Terus nampak pokok pergola ni. Tak mahal aih. 8 hengget jer. Terus grab.







Amat suka sbb bunga dia kaler pink. Slalu kalo jumpa kale pepel jek. Mcm morning glory kan?

Isnin, 29 November 2010

MASAK2 DAN MAKAN

Lepas mancing dan dapat hasil, wajib la acara makan2 yer dok.


Ikan darat (panggilan org kelate pada ikan air tawar) adalah kegemaran kami anak beranak. Tp danish n dina tak makan sgt sbb ikan2 ni byk tulang. Bahaya.


So, goreng gorengan adalah wajib. Goreng garing dan makan jugak dgn nasik yg panas. Dua-dua panas bersatu, malatop uols. ;P



Wajib jugak ada hat panggang. Jangan buh pape, kasi kosong jer.


Sebabnya nak cicah dengan budu. Tambah lagi ada pauh muda cincang. Walaweiii. Mertua lalu pun tak perasan. Hahaha.



TUlang singgang mek tak laku. Kesian dia.

MENGAIL LAGIK

Selagi kemaruk tak ilang, selagi tu la laki mek sibuk memancing, tahan tauk, tahan pukat. Tak tahan jaga dina sensorang kat rumah, wajib la mek memfolo laki pi mancing kaedahnya. Hihi. Jeles tak boleh blah!




Mek nun jauh di sana. Hehe



Mcm masuk pertandngan mengail lak. Dina carah yg tolong snap.



Ikan haruan hasil pancingan mek. Tepuk tepuk tepuk.


Ikan haruan sesat yg mabuk pi makan umpan anak belalang. Heh heh



Hasil petang itu. Sangat lumayan.

Sabtu, 27 November 2010

LALUAN PEJALAN KAKI

Masih in progress katanya.

Kesnya, bajet tak kena. Hua hua hua.




Patutnya, tambah lagi dua bijik benda alah tu baru cukup. Pastu lupa nak beli batu2 putih kecik tu nak taruk kat keliling. Kalo gi kb, asyik lupa jer nak singgah kedai tu. Huhu

Entah kurun bila nak siap tatau lah nih.

Jumaat, 26 November 2010

ORKID AIR

Ari tu kan mek cerita masa gi jogging kan, jumpa pokok2 orkid yang selama ni kami duk intai dalam parit depan rumah orang. Kali ni jumpa dalam tali air kada jer. Nak lagi memudahkan keje kami, kada tengah menclearkan tali air dorang. Segala pokok2 dlm tali air tu dorang cebok (eh bukan popo yer..hahhaa) letak kat tebing. Kami pi pungut jer lah. Hehe. Tocheh kada.



So, dah hidup molek dah pokok2 orkid air mek tu. Dah siap buh dlm kolam dah. Tapi sayang blom berbunga. Tappi...tetap nak menunjuk dlm blog. Hehe


Rupa paras orkid air ku.

UBI KELING

Sapa pernah makan? Angkat tangan eh, angkat keyboard. Hehe



Nak tiba musim hujan ni, macam2 ubi dijual kat pasar. Hubby pantang lihat orang jual ubi keling, mesti nak beli utk mak dia.


Rupa paras ubi keling sebelum masak. Ni masa blom dibersihkan. Nampak kotor sbb pasir berlumuih lagi.



Ni versi yg dah direbus. Hat putih tu isi dia selepas dikupas kulit.


Rasanya lemak2 manis. Arwah emak mek dulu tonyoh ubi mentah dalam penyejat nak kasi tanggal kulit dia. Pastu rebus dengan santan sampai kering. Dah masak tu di gaul gula. Dia panggil resepi tu 'ketupat sebutir'. Haha. Macam2.

Khamis, 25 November 2010

FUNGSI BATANG PISANG

Ni kolam ikan kami yg dah siap. Tp blom beli waterpump lg. So takdak air terjun bagai yer. Ikan pun blom boleh beli sbb open pond nanti ikan tak cukup oxigen kalo takdak water pump.


Ari tu buh lah pokok kiambang. Tengok2 dah mati semua. Kami terlupa yg air kolam tu masih 'rasa' simen. Sian pokok2 kiambang tu. Mati keras lah jawabnya.


Terus hubby kerat batang pisang, rendam dalam ayaq kolam tu. Bagi batang pisang tu berenang byk ari sikit. Pastu buang dan salin air baru. Batang pisang tu menyedut rasa simen tu. Tu lah sebenarnya fungsi batang pisang. Hehe.;P


MEMANCING IKAN PUYU

Orang kampung uols. Tambah2 lagi hobi suami main dlm bendang, lepas musim menuai ni sebok la puulak xtvt memancing. Hehe. Sebagai bini yang mistali, mek pun memvontoti lah suami. Sesambil cari pacat katanya. Hiks.









Dina carah hepi banget bila abah kail dpt ikan.




Ikan puyu nama dia.



Ok lah hasil petang semalam. Jumaat nanti boleh makan. hehe.;P








Dan terima lah aksi gedix 2 beranak yg hasil nya non ado. Hehe. Abaikan mak budak yg mokmok giler tu yer.

Rabu, 24 November 2010

SUDAH 2 MALAM

Sudah 2 mlm berturut turutmasak menu yang sama.




Nasi goreng kampung utk hubby dan anak2.




Char kuey tiaw utk mek. Tp mek punya versi berkuah sikit.

Gambar adalah digugel. Nak snap sendiri terlupa la pulak. Dah siap mkn baru ingat. Hehe

Selasa, 23 November 2010

PACAT

Kalo pegi kebun ke bendang ke padang ke, benda yang paling aku takuti adalah PACAT



Image digugel yer. Terima kasih enchik purbawi. Mek pinjam gambar sat naa.


2 hari lepas, pi kebun nak cari pokok jenerih. Pokok jenerih ni spesis jering gak tp dia tak berbuah. Cuma pucuk nya di makan buat ulam. Makan mentah2. Rasa nya lemak2 pahit gitew.

Pi cari pokok tu sbb nak tanam kat kawasan rumah. Lenkali kalo nak makan tak yah pi kebun. Boleh petik belakang rumah jer. Gitew.

Tengah syok2 mencari tu, rasa betis ku gegatal. Bila di selak seluar. Uwaaaaaaaaaa. Aku bertempik mcm halilintar. Otomatik tau. Pacat!! Besar weh. Pacat dewasa.

Terkujat hubby den. Dengan dia2 sekali panik. Hua hua hua. Dia ingat mek nampak ular ke hapa. Berlari dia cabut pacat kat betis domok mek yang hampir nak pitam itu.

Masatu danish tak ikut. Dina jer. Dina tengok mek dh takut2 start berubah wajah dah. Tp dia cool lagi. So, kami pun jalan2 sesambil intai pokok, sesambil nak pi tempat motor.

Tetiba dina menjerit tunjuk kat tangan dia. Uwaaaaaaa. Anak pacat weiii. Naseb baik mek tak menjerit jugak. Terus tonyoh pacat kt tangan dia tu ngan anak pokok jenerih. Dina dah start melaung dah. Mengigil. Takut giler. Kesian lak kat dia.

Hubby yg masih dlm kebun berlari2 nak cabut pacat tp mek dah jadik power rangers walopun terketar2. Dina nangis lama. Dapat rasa jantung dia dup dap dup dap. Kesian kat dia. Pastu mek pujuk dia, cakap kat dia, kalo nangis lagi kuat, lagi ramai pacat datang, sebab pacat dengar suara. Terus minah tu benti nangis. Hahaha. Tapi kesian betul kat dia.

Hubby dah membebel dah. Dia cakap, dina takut pacat sbb mek yg takut dulu. Kalo mek tak bertempik mcm halilintar mebi dina cool jek. Yer ker? Konfius nih. Hehe

Balik rumah, kecoh dia bercerita ngan abang dia pacat pacat. hehehe

MANIQ KAYANGAN

Setelah 3 hari berhempas pulas. Eh 2 hari jer kut. Sehari before raya dan hari raya. Hehe





Punya lah seksa nak menyiapkan. Gangguan betul dari dina carah. Marah pun tak guna, dia buat derk jer. Akhirnya aku saiko dia. AKu cakap dia tak sayang aku sebab menyusahkan kej2 aku nak buat. Last2 dia mengalah dan kasi can aku buat sepenuh perhatian.

Lesai satu. Ada satu lg kaler hijau lumut. Hat tu baru separuh siap. Asyik tak cukup manik la pulak. Haish. Asal bersemangat jer ada aje benda2 yang membantutkan. Hehe

Isnin, 22 November 2010

JIRAN FROM HELL

Adeiii..tajuk. Maaf kan mek. Ari tu tengok estero, tertengok tajuk macam ni, terus terasa nak buat entry. Wakakaka.

1. Bagaimana perasaan anda, bila anda sedap2 nyenyak tido di subuh hening (sebab period), tiba2 terdengar bunyi mesin kelapa. Terus musykil sbb takde seorang pun dlm isi rumah anda mahu memasak menggunakan kepala. Bila pergi tengok, kantoi jiran anda sedang mesin kelapa. Tanpa mintak izin. Pastu tengahari tu curi pakai lagi. Tanpa jugak mintak izin walopun dah kantoi yang belah pagi.

2. Bagaimana perasaan anda bila terdengar anak anda dihalau balik setelah anak anda berniat mengajak anak jiran anda sambung bermain sedangkan 5 minit sebelum tu anak jiran anda buat sepah lego penuh porch anda. Makan roti bersama anak2 anda abih sebungkus, minum ayaq kotak bersama anak2 anda sampai abih stok dlm petiais.

3. Bagaimana perasaan anda bila selalunya anak jiran anda melenjan basikal anak2 anda, dan tetiba jiran anda membeli basikal utk anaknya. Bila anak anda ajak bermain bersama, jiran anda menyorok basikal dlm rumah takut anak anda teringin basikal baru anak nya.

4. Bagaimana perasaan anda, bila tetamu jiran anda menegur anda sedang berkebun dan anda terdengar jiran anda berkata berkebun benda yang tak berfaedah. Sedang kan, blom lagi masak buah mata kucing, jiran anda lah orang pertama yg mencuri buah mata kucing anda. Dan kalau anda ada baru lah mintak izin dengan alasan anaknya terliur.

5. Bagaimana perasaan anda, bila mahu mengadakan kenduri, stok kerusi anda dlm stor tiada sbb jiran anda menggunakannya. Dan bila di minta jiran anda tak mengaku mengambil nya.

6. Bagaimana perasaan anda bila jiran anda mahu berkenduri, tapi mahu menggunakan segala kemudahan di rumah anda. Mesin kelapa, lampu belakang, bangsal belakang, air, dan sebagainya. Segalanya mintak dengan tiba2 dan bila selesai guna satu sen pun tak bayar padahal dah berjanji sebelum tu. Dan merasa lah anda membayar bil letrik yang mencanak pada bulan itew.

7. Bagaimana perasaan anda, bila anda sengaja buat garaj khas utk memparking kete moto, tapi anak jiran anda sesedap rasa memarking moto nya di porch yg anda sengaja kosongkan utk memberi ruang anak anda bermain. Tanpa mintak izin dan minyak itam nya menjejeh abih ke lantai porch. Satu hal pulak anda nak membasuh.


8. Bagaimana perasaan anda bila anda membina garaj abih beribu riban tapi bila adik beradik jiran anda datang, sesedap rasa dorang park kete dalam garaj anda.

9. Bagaimana perasaan anda bila mana adik beradik jiran anda tak park kete dlm garaj (sbb kete anda dah ada bawah garaj tu) tapi park kat laman menyebab kan kete anda tak dapat keluar atau anda susah nak masukkan stok kedai sbb dorang park kete dekat pintu kedai.

10. Bagaimana perasaan anda bila mana anda terpaksa bersengkang mata menunggu tetamu jiran anda pulang (yang berkereta) sebab anda mau tutup pintu pagar dan mengunci nya.

Cukup la 10 dulu aku beratkan otak korang mememikirkan perasaan aku. Wahahaha.


Semuanya berpunca dari anda telah baik hati memberi emak jiran anda menumpang buat rumah di tanah anda dan tak sampai hati nak menghalang anak2 nya dari menumpang duduk bersama. Maka jadikan anak2 nya tu jiran anda.

Susah juga bila orang mementingkan diri sendiri ni. Bukan sekadar tak mengenang budi, tapi menyusahkan la pulak.

Dan anda tidak boleh berbuat apa2 sealin bersabar dengan cogankata 'takut glemer seantero kampung, mentang2 tuan tanah, berlaku kejam pada orang yang menumpang'.

Tudiah. Korang ado?

MANJA ATAU MENGADA NGADA

Atau lebih senang di sebut gedik. Hehe

Ni cerita kawan aku, tp aku nak kongsi kat blog jugak, sbb letih aku gelak sorang2.

La ni kan zaman fb. Kawan yang entah kurun bila boleh bertemu kembali di dunia fb. Canggih sungguh teknologi sekarang.

Nak jadikan cerita, suami kawan aku ni, di kontek oleh kawan lama nya, perempuan. Tak kisah lah sbb kawan aku pun ramai kawan2 lelaki zaman persekolahan. Takde yang pelik.

Kebetulan, raya haji lepas, kawan pompuan suaminya tu telah menyatakan hasrat mau berjumpa. Nak datang bertandang ke rumah. Nak mengerat kan balik silaturahim yg lama dah terputus. Tak kisah lah. Lagi pun nak datang ke rumah kan, bukan nya ajak jumpa kat tempat lain.

Tapi awal2 lagi suami kawan aku ni dah pesan kat bini dia yang pompuan ni mengada ngada. Sila sediakan 'perisai', kata suami nya.

Bila pompuan tu datang, orang nya mmg lawa. Mekap cantik, body slim. Nak kata mantop tu tak sgt, tp kategori lawa la. Dress up pun lawa. Cuma baru bergelar janda. Takde yang pelik dengan status tu.

Cuma kawan aku cerita, dia tak tahan tengok body language pompuan tu. Cara bercakap nya yang amat manja kalah artis Ella tu. Haha. Letih nak melihat orang yang manja bercakap sambil badan meliuk lentuk katanya.

So, kawan aku ni bagi suami dia berborak. Dia duduk kejap, pegi dapur kejap, duduk kejap, pegi tgk anak tido, duduk kejap, pegi layan anak2 pompuan tu. Macam2 la yang dia buat, sbb tak tahan. Hahaha. Dalam hatinya berdoa supaya cepat la tetamu nya pulang. Sbb tak tahan dlm hati duk mengutuk.

Nak jadi cerita, si pompuan bertanya kan suami kawan aku ni nombor kontek kawan lama dorang. Rupa2 nya, bekas bofren dia zaman skolah dulu. Macam yang suami kawan aku ni cakap la, agenda utama dia datang tu mebi nak aim balik ex boifren dia tu. Masalahya ex dia tu dah kawen beranak pinak dah.

So, depan2 kawan aku dan suami, pompuan tu call ex dia. FUllamak, ayat, memang tak boleh blah. Memang kawan aku mendidih dengar. Kawan aku cakap, kalo dia jadi bini ex pompuan tu, mmg hangen giler ah. Test market uols. Siap mengimbau kenangan indah zaman bercinta. Haha. Adeiii.

Pastu pompuan tu cakap ngan suami kawan aku yang ramai orang salah tafsir berkawan dengan dia. Ramai orang ingat yang dia ni suka nak menjalinkan hubungan. Habih tu? Dengan sikap nya macam tu, bagaimana orang mau mengelak diri dari terus menafsir?

Entah lah, masa kawan aku cerita tu aku gelak sakan. Dia ngan suami dia pun gelak jugak. Kadang2 some of part pertemuan tu dijadikan bahan ketawa lak.

Pastu, kawan aku cakap dia terfikir, kalo lah dah berstatus macam tu, elak kan lah berperangai lagu tu. Sbb kawan aku kata dia yakin itu bukan sifat semulajadi, itu sifat yang sengaja di create kan. Kenapa perlu meliuk lintuk bila bercakap dengan orang, terutamanya lelaki? Kenapa perlu di manja2 kan suara bila bercakap dengan lelaki?

Kawan aku kata, dia tidak bercakap pasal konteks orang lain, tapi hanya perempuan itu. Tidak sesekali hina menjadi janda sbb bukan semua orang jodohnya panjang dan bahagia. Tapi kenapa perlu bersikap demikian.

Dan yang pasti, akan ada call yang berkesinambungan untuk ex boifren dia.


p/s: sekadar berkongsi. BUkan prejudis. Peacee

Ahad, 21 November 2010

PIALA MEGI

Masa kat kampung ari jumaat tu, sesambil layan colek pauh, org2 lelaki dewasa tgh memberi kata2 nasihat dan tunjuk ajar buat remaja2 (anak2 buah ku jer pun) skill dan teknik bermain bola secara bijak.

oH, bang ku anjurkan pesta bola piala megi. Kenapa piala megi? Sebab takde bajet, makanya hadiahnya adalah megi. Hua hua hua. Boleh jer.

Tujuannya nak cari pelapis utk pasukan kampung. Bebudak yg nak joinken abayar yuran penyertaan 3 hengget sorang. Pastu di undi masuk grup mana2. Dorang main 8 minit satu masa. Belah pagi main, belah petang pun main. Belah petang tu kami join menyorak. Hehe. Lama tak buat keje ni.


padang bola sekolah menengah ku. Huwaaaaa....rindu nya saat berlatih atas padang ni. Now dah semput la. Dan rinduu nya zaman bertenet kat tepi padang. Mengintai mamat hensem tgh training, mengular latihan dan mcm2 xtvt kat padang ni. Dah 15 thn meninggalkan skolah ku yg tersayang. Bila la dorang ni nak buat reunion. Kalo buat kat skolah pun best apa?




Kami, penyokong terbaek. Hahaha. Siap ajar ref suh bagi kad merah lagik. Macam pandai.



Mek yg domokkk. Huhu



Dina ralit mengunyah gula2.



Abang danish excited kemain. Balik tu request kasut bola. Janji kena tunaikan yer bang, baru mama beli kasut bola.


Hehe..petang2 danish main pakai kasut biasa jer. Adi.das samba. So, tak sesuai nak main bola. Tp belasah jer la janji berkasut. Main ngan bebudak kampung jer pun.

AIDILADHA 2010

Raya korban tahun ni sungguh takdak feel. Ntah. Mmg takde rasa. Hari sblm raya aku masih keje (eh, mcm org lain cuti, hak hak). Masuk pasar depan opis ni org ramai giler. Tgk org jual mcm2 esspecially ketupat daun palas. Pun tak de mood aku nak beraya.

Baju raya aku tadek. Tp being me, takde baju raya pun, berkoyan koyan baju tak raya tukang jahit siapkan. Weehooo. Anak2 pun takde baju raya. Dina ada spsg kurung riau yg pengasuhnya buat. Benornya utk raya puasa tp tak sempat siap, taram utk raya haji la. Baju bajan semu aku tak beli. Stok raya puasa byk lg tak pakai. Tapi...aku tetap pakaikan dorang ngan baju2 lama. Hahaha. Meroyan ke hapa aku ni?

Takpe lah, yg penting anak2 hepi. Pagi raya aku goreng meehun jer. Utk sarapan sendiri. Karamg lapar pulak org kat rumah ku. Hueh hueh hueh.



Pose2 pagi raya.

Dina carah pakai tudung lama. Naseb baik ala2 mecing (walopun tak mecing) Hahhaaa


Pastu aku sambung aku sambung jait manik kat baju kurung linen sementara tunggu enchik suami ajak pi tempat korban. Hubby suh aku jer 'korban', tp kali ni bagi can kat suami la, tahun lps dia dh bagi kat bini dia. Tahun depan mek ambik turn. Insyaallah kalo pjg umur. Gilir2 la.




Masing2 menengok lembu. Mcm tak pernah tgk lembu kan? hHahaha


Sudah disembelih oleh tok siak. Masa ni dina menyodok dlm tudung aku. Takut. Hahhaa



Masih lagi takut2.


Pastu tuan rumah ajak makan2 minum2. Tunggu sekejap, hubby hantar balik. Tukar syif pulak. MIL ngan atuk yg pegi siang lembu tu. Kami tunggu kat rumah sesambil aku sambung jait manik.

Bila daging sampai terus goreng2 dan rebus perut buat air asam. Lesai makan siap2 nak balik kampung. Hoyehhhhh. Hepi. Masa ni dh takde baju raya dah, sluar ngan tiset jer. Haha

Sampai kat kampung, lepak2 makan2 smabung masak2 utk dinner. Lps dinner jam 6.30 ptg kami beransur pulang. Lepak lagi.

Hari khamis (raya ke2) pegi kota bharu. Beli barang. Pastu gi jenjalan kb mall. Sopim sesikit, pastu gi maidenn mall, pastu dh tgh hari sambung terus pi mkn kenduri aqiqah anak kawn hubby. Lesai kenduri shoot balik cepat2 sbb kawan skolah hubby nk dtg bertandang.

Petang lepak2 sambil berkebun. Boring nya. Huhuhu. Terus ckp ngan hubby, napa la kampung dia jauh ngan kampung mek? kalo dekat alwiz mek balik kampung. Huhu. Sedih tau.

Pagu jumaat, pujuk hubby suh anta mek anak beranak balik kampung. Hoyeh, hubby setuju dgn sejuta pesanan. Baik bos. Kat kampung mmg best. Borak, gossip, masak, makan. Sesi makan entah berapa juta kali sampai hampir nak terkoyak baju (tudiah...makan tak hengat la wei. Diet buang ke laut dulu) Wakaka. Sambung lagi makan colek pauh epal.

Petang hubby dh dtg ambik. Janji lps asar, tp orang azan dia dah terpacak. Huwaaaaaa. Nak lama2 kat kampung. Takpe lah, nanti2 boleh balik lg.;)

RANTAU ABANG

Lepas bergambaran kat kuala abang tu, singgah lg kat rantau abang. Haha. Kalo tak singgah entah kurun bila nak sampai agaknya. Kat pantai nya tu ramai giler org sbb ada majlis pelepasan anak penyu. So, kami lajak sikit kat depan nya.


Singgah tengok org mengail ikan toman. Entah perahu entah rakit mamat ni. Sungguh2 hati dia mengayuh. haha




Anak2 dan abahnya.


Lawakan pemandangan. jambatan klasik giler.



Dina melepas hajat. Hahaha.


Pastu balik la ke pangkal jalan. Singgah beli kopok ikan tambang dan kopok lekor sbg buah tangan org2 kat rumah.

Alhamdulillah, jam 9 kami selamat sampai dengan selamat.

Berakhirlah percutian singkat cum cuti bajet. Haha.

Sabtu, 20 November 2010

KUALA ABANG

Lepas kluar dr gambang terus shoot balik. Ambik jalan kuala terengganu sbb nak balik kut jalan pantai gak. Singgah beli nasik kukus kat cherating sbb anak2 ketidoran. Pastu benti makan kan RRR pantai kemasik, Masa dtg tu pun singgah lunch kat situ gak. Lawa tempat dia dan plg penting bersih. Tp syg lupa snap gambar.



Pastu singgah kuala abang. Hubby la, asyik ckp kenangan dia zaman muda2 panjat batu kuala abang tu. Wajib la mek jelez sbb mek tak pernah sampai pun. Kesian. Huhu



Memula, snap picture kat pokok kelapa tumbang dulu. haha.



Bagi can la mek nak feeling comel. Hahahaha



Ehem...abang danish yg tolong snap. Hahaha.



Lawa kan batu dia.



Dina excited kutip anak2 siput kat batu tu. Siap bawak balik rumah tu.


bersambung...

GAMBANG WATER PARK

Lepas kat teluk cempedak terus shoot ke gambang water park. Masa kami sampai tu awal lg. Beli tiket pun takde org. Oh, dina dh melepasi 90cm. So, kena bayar tiket. Haha. Ambik gak 50 mata (RM) utk mkn sewa pelampung dsb.


Kat entrance lepas scan tiket.



the way to water park. Tak sabar msg2. haha



Mek ngan anak2. Hehe. Masani baru lepas ombak tau. Masa mula2 hubby bawak pelampung tu try la nak naik. Naik2 jer, terus jadi ombak. Huwaaaaa...kuat lak tu. Mau pitam aku dibuatnya eh. Takut gilo. Serikkkkkk!!!




Pastu gi main gelungsur air kat sini. Seronok gilerrr. Bukan budak jer seronok, orang tua pun bukan main seronok.

Pastu naik pelampung abih anak beranak lalu kut terusan terpanjang dia tu. Siap masuk gua. Seb baik air tenang jer, takde lah mek gabra. Tapu masuk gua tu danish takut giler, siap nak turun tu. Hahhaa. Lps nampak cahaya sikit baru ok mamat tu. Lps tu sambung lagi main gelungsur air sampai penat.

Pi makan2 kejap. Hotdog, wafler, aiskrim, semua kami taram. Haha.

Sambung main kejap lg pastu dh penat. Ajak salin pakain semua. Tapi dina takmo balik. Seronok sgt agaknya. Tp dh tgh hari, nk kena kluar dah. Takut lewat sgt sampai rumah malam kang.


Bersambung.