Selasa, 23 November 2010

PACAT

Kalo pegi kebun ke bendang ke padang ke, benda yang paling aku takuti adalah PACAT



Image digugel yer. Terima kasih enchik purbawi. Mek pinjam gambar sat naa.


2 hari lepas, pi kebun nak cari pokok jenerih. Pokok jenerih ni spesis jering gak tp dia tak berbuah. Cuma pucuk nya di makan buat ulam. Makan mentah2. Rasa nya lemak2 pahit gitew.

Pi cari pokok tu sbb nak tanam kat kawasan rumah. Lenkali kalo nak makan tak yah pi kebun. Boleh petik belakang rumah jer. Gitew.

Tengah syok2 mencari tu, rasa betis ku gegatal. Bila di selak seluar. Uwaaaaaaaaaa. Aku bertempik mcm halilintar. Otomatik tau. Pacat!! Besar weh. Pacat dewasa.

Terkujat hubby den. Dengan dia2 sekali panik. Hua hua hua. Dia ingat mek nampak ular ke hapa. Berlari dia cabut pacat kat betis domok mek yang hampir nak pitam itu.

Masatu danish tak ikut. Dina jer. Dina tengok mek dh takut2 start berubah wajah dah. Tp dia cool lagi. So, kami pun jalan2 sesambil intai pokok, sesambil nak pi tempat motor.

Tetiba dina menjerit tunjuk kat tangan dia. Uwaaaaaaa. Anak pacat weiii. Naseb baik mek tak menjerit jugak. Terus tonyoh pacat kt tangan dia tu ngan anak pokok jenerih. Dina dah start melaung dah. Mengigil. Takut giler. Kesian lak kat dia.

Hubby yg masih dlm kebun berlari2 nak cabut pacat tp mek dah jadik power rangers walopun terketar2. Dina nangis lama. Dapat rasa jantung dia dup dap dup dap. Kesian kat dia. Pastu mek pujuk dia, cakap kat dia, kalo nangis lagi kuat, lagi ramai pacat datang, sebab pacat dengar suara. Terus minah tu benti nangis. Hahaha. Tapi kesian betul kat dia.

Hubby dah membebel dah. Dia cakap, dina takut pacat sbb mek yg takut dulu. Kalo mek tak bertempik mcm halilintar mebi dina cool jek. Yer ker? Konfius nih. Hehe

Balik rumah, kecoh dia bercerita ngan abang dia pacat pacat. hehehe

5 ulasan:

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

terpaksa scroll cepat. x nk tgk pic. mek gile gok..hehehehe. mmg boleh pitam la!!

rina berkata...

aku pn takut ngan pacat...

KV berkata...

joy,
ahahaha...kalo tak buh gambar mmg tak feel ah. ;P

rina,
geli takut seram dan sewaktu dengannya

cik ta berkata...

KV....

gelak giler aku baca posting engko kv...sebab aku pon takut pacat...tapi musim hujan ni syok cari kulat sisir kat pokok getah mati...taim tu lah pacat banyak...

Unknown berkata...

Saya ni peminat ulam-ulaman tempatan. Setakat ni belum pernah cuba pucuk Jenerih. Macam mana saya nak dapatkan benih atau pokok Jenerih untuk ditanam? Kepada sesiapa yang ada maklumat bolehlah beritahu saya ye.