Isnin, 22 November 2010

MANJA ATAU MENGADA NGADA

Atau lebih senang di sebut gedik. Hehe

Ni cerita kawan aku, tp aku nak kongsi kat blog jugak, sbb letih aku gelak sorang2.

La ni kan zaman fb. Kawan yang entah kurun bila boleh bertemu kembali di dunia fb. Canggih sungguh teknologi sekarang.

Nak jadikan cerita, suami kawan aku ni, di kontek oleh kawan lama nya, perempuan. Tak kisah lah sbb kawan aku pun ramai kawan2 lelaki zaman persekolahan. Takde yang pelik.

Kebetulan, raya haji lepas, kawan pompuan suaminya tu telah menyatakan hasrat mau berjumpa. Nak datang bertandang ke rumah. Nak mengerat kan balik silaturahim yg lama dah terputus. Tak kisah lah. Lagi pun nak datang ke rumah kan, bukan nya ajak jumpa kat tempat lain.

Tapi awal2 lagi suami kawan aku ni dah pesan kat bini dia yang pompuan ni mengada ngada. Sila sediakan 'perisai', kata suami nya.

Bila pompuan tu datang, orang nya mmg lawa. Mekap cantik, body slim. Nak kata mantop tu tak sgt, tp kategori lawa la. Dress up pun lawa. Cuma baru bergelar janda. Takde yang pelik dengan status tu.

Cuma kawan aku cerita, dia tak tahan tengok body language pompuan tu. Cara bercakap nya yang amat manja kalah artis Ella tu. Haha. Letih nak melihat orang yang manja bercakap sambil badan meliuk lentuk katanya.

So, kawan aku ni bagi suami dia berborak. Dia duduk kejap, pegi dapur kejap, duduk kejap, pegi tgk anak tido, duduk kejap, pegi layan anak2 pompuan tu. Macam2 la yang dia buat, sbb tak tahan. Hahaha. Dalam hatinya berdoa supaya cepat la tetamu nya pulang. Sbb tak tahan dlm hati duk mengutuk.

Nak jadi cerita, si pompuan bertanya kan suami kawan aku ni nombor kontek kawan lama dorang. Rupa2 nya, bekas bofren dia zaman skolah dulu. Macam yang suami kawan aku ni cakap la, agenda utama dia datang tu mebi nak aim balik ex boifren dia tu. Masalahya ex dia tu dah kawen beranak pinak dah.

So, depan2 kawan aku dan suami, pompuan tu call ex dia. FUllamak, ayat, memang tak boleh blah. Memang kawan aku mendidih dengar. Kawan aku cakap, kalo dia jadi bini ex pompuan tu, mmg hangen giler ah. Test market uols. Siap mengimbau kenangan indah zaman bercinta. Haha. Adeiii.

Pastu pompuan tu cakap ngan suami kawan aku yang ramai orang salah tafsir berkawan dengan dia. Ramai orang ingat yang dia ni suka nak menjalinkan hubungan. Habih tu? Dengan sikap nya macam tu, bagaimana orang mau mengelak diri dari terus menafsir?

Entah lah, masa kawan aku cerita tu aku gelak sakan. Dia ngan suami dia pun gelak jugak. Kadang2 some of part pertemuan tu dijadikan bahan ketawa lak.

Pastu, kawan aku cakap dia terfikir, kalo lah dah berstatus macam tu, elak kan lah berperangai lagu tu. Sbb kawan aku kata dia yakin itu bukan sifat semulajadi, itu sifat yang sengaja di create kan. Kenapa perlu meliuk lintuk bila bercakap dengan orang, terutamanya lelaki? Kenapa perlu di manja2 kan suara bila bercakap dengan lelaki?

Kawan aku kata, dia tidak bercakap pasal konteks orang lain, tapi hanya perempuan itu. Tidak sesekali hina menjadi janda sbb bukan semua orang jodohnya panjang dan bahagia. Tapi kenapa perlu bersikap demikian.

Dan yang pasti, akan ada call yang berkesinambungan untuk ex boifren dia.


p/s: sekadar berkongsi. BUkan prejudis. Peacee

1 ulasan:

Unknown berkata...

gelenyar tu org klate pggil..mcm terdesak je pompuan tu tau la awk tu janda..