Ahad, 21 November 2010

PIALA MEGI

Masa kat kampung ari jumaat tu, sesambil layan colek pauh, org2 lelaki dewasa tgh memberi kata2 nasihat dan tunjuk ajar buat remaja2 (anak2 buah ku jer pun) skill dan teknik bermain bola secara bijak.

oH, bang ku anjurkan pesta bola piala megi. Kenapa piala megi? Sebab takde bajet, makanya hadiahnya adalah megi. Hua hua hua. Boleh jer.

Tujuannya nak cari pelapis utk pasukan kampung. Bebudak yg nak joinken abayar yuran penyertaan 3 hengget sorang. Pastu di undi masuk grup mana2. Dorang main 8 minit satu masa. Belah pagi main, belah petang pun main. Belah petang tu kami join menyorak. Hehe. Lama tak buat keje ni.


padang bola sekolah menengah ku. Huwaaaaa....rindu nya saat berlatih atas padang ni. Now dah semput la. Dan rinduu nya zaman bertenet kat tepi padang. Mengintai mamat hensem tgh training, mengular latihan dan mcm2 xtvt kat padang ni. Dah 15 thn meninggalkan skolah ku yg tersayang. Bila la dorang ni nak buat reunion. Kalo buat kat skolah pun best apa?




Kami, penyokong terbaek. Hahaha. Siap ajar ref suh bagi kad merah lagik. Macam pandai.



Mek yg domokkk. Huhu



Dina ralit mengunyah gula2.



Abang danish excited kemain. Balik tu request kasut bola. Janji kena tunaikan yer bang, baru mama beli kasut bola.


Hehe..petang2 danish main pakai kasut biasa jer. Adi.das samba. So, tak sesuai nak main bola. Tp belasah jer la janji berkasut. Main ngan bebudak kampung jer pun.

Tiada ulasan: