Rabu, 30 Mei 2007

FUTSAL

pagi ni, naik serak tekak kv menyorak bebudak main futsal. Actually, ofis kv kan selalu menerima kunjungan bebudak plkn. So, nak kasi dorang tak tensyen sgt, kita org buat la games skt. Apa lg, main futsal la. Seb baik ramai bebudak praktikal yg training kat sini. Kalo tak, harus org tua kena main. Tak pasal2 ada yg kena diberi bantuan nanti. Semput dlm gelanggang. Eh, kv terlupa nak snap gambar!



Budak2 ni komitmen sungguh. Tiap2 kali main mesti menang. Tu yg best. Hahaha... Tp, dah tak lama dah dorang kat sini. Lagi 2 minggu dah tamat latihan. Mesti rindu nak gaduh2 ngan dorang. Pas ni dah takde dah tukang jahit baju kurung kv. Hahahaha..

Oh ya, tadi before start main futsal, ada kekecohan skt belakang ofis kv. Memula tu, anak buah kv ckp ada org bunuh diri. Kv mmg tak percaya langsung sbb budak tu selalu auta. Hiks. Tp bila ada org lain turut mengesahkan, mcm ribut kami berlari ke tempat kejadian.

Kv tak dpt tgk sbb terpisah dgn pagar ofis. Masa kv pegi tu, pick up polis baru jer sampai. Lama jugak baru mayat di bawa turun. Mangsanya budak lelaki berumur 17 tahun. Dengar cerita budak ni tak sekolah pun sbb dia takde ic. Mak dia org thai. Sama mcm mak dia jgk, takde ic. Jiran dia cerita, sebelum mak dia kluar berniaga kat pasar borong(hanya 200 meter jek dr rumah dia). Bila balik dlm jam 9.00 pg td, anak dia dah tergantung dlm rumah.

Hubby kv cerita, tali yg budak tu guna sebesar lengan. Tali kapal. Entah kat mana la dia dpt. Hmm.. entah apa masalah dia tatau lah. Kv gerun nak gi dekat takut teringat ingat. So, pandang dr jauh jer lah. Ofismate ckp, bila di bawak turun dan diletakkan dlm strecher(ejaan?), kaki dia masih lg biru. Polis just tudung dgn towel. Ternampak nampak leher dia ke kiri dan ke kanan. Lembik. Entah lah, kv nak komen pun tak reti. Tp bagi kita org islam yg waras, kalo bunuh diri, maknanya kita mati dlm kesesatan. Mudah - mudahan kita dan keluarga kita dijaukan dr perkara2 sebegini. Amin...

Selasa, 29 Mei 2007

MERAJUK

Pagi tadi danish merajuk ngan kv. Katanya mama tak beli pun baju raya utk dia. Hah, terkejut sakan kv! Sapa la yg usik budak tu bab baju raya ni? Raya lambat lg, tapi mamat ni dah kecoh ngan baju raya. Katanya nak pakai baju raya sambil main bunga api.

Tergelak kv tgk dia dok tergolek golek merajuk atas katil mama tu. Budak ni, biar betul. Kv pun pujuk lah dia,

Mama: Kan mama dah beli utk danish masa mama beli stroller adik baby ari tu!

Danish: Mana?

Mama: Dlm plastik beg barang adik baby. Atas almari nun!

Danish: Mama ambik laaa....danish nak tengok!!!

Mama: Kejap lagi, mama nak iron baju dulu.

Nasib baik dia diam. Kalo tak, lewat la ke ofis pagi ni layan mood baju raya dia tu.

Sejak cuti sekolah ni, setiap pagi dia akan bertanya sama ada mama + abah cuti atau tidak. Bila jwab tak, terus guling2 merajuk. Hish...budak ni. Agaknya dia boring sgt kut duduk ngan atuk dia jer kat rumah. Kalo gi skolah, ramai pulak kawan. Biasakan kalo minggu sekolah, bila cuti hari minggu, kv dan hubby pun cuti sama. Tu yg dia seronok sakan kalo hari cuti. Ni, dia ajer yg cuti. Mati kutu agaknya.Hehehe

Bila mood dah tak berapa nak baik tu, mcm2 lak timbul idea yg tah apa apa ntah dia tu. Mcm2 permintaan dia, tak larat kdg2 tu nak layan. Kalo dia dah tensyen sgt ngan kv (tak laan dia tu), dia kan merajuk dan cakap;

"Danish tak nak adik!!!!" dengan suara yg kuat (mmg suara dia kuat sgt pun)

Tp kalo mood dia baik, siap cakap ngan MIL;

Danish: Mek, danish ada adik!!!

MIL: Mana???

Danish: Dlm perut mama!! nanti dia kluar lah!

Gelak sakan MIL dgn gelagat dia. Pastu siap angan2, bila dah alhir adik nanti, dia akan jaga adik. Balik skolah nak buat susu utk adik. Padahal dia sendiri pun dok mengamuk kat mama + abah suh buat susu. Itu lah gelagat budak2 kan. Hehehe...


Terasa baru jer melahirkan dia. Masih teringat pertama kali memeluk dan mencium dia. Sekarang dah besar dan asyik nak buat keputusan sendiri jer.;)

Isnin, 28 Mei 2007

BARANG BABY

Kelmarin, kv gi rutin check up. Misi kata kandungan kv kecit sgt, mcm tak sampai 25 minggu. So, dia refer kat doktor. Bila doktor check, dia ckp ok jer, takde masalah sbb baby mmg gerak aktif sesangat. Kdg2 sampai nak muntah kv dibuatnya. Alhamdulillah, sbb doc ckp ok. Risau gak kv. Tp kalo ikutkan hang nadim dulu lg kecik.

Oh ya, sabtu lps kv gi jenjalan ke kota bharu. Lps huha huha kat pasar tu, kv ajak hubby gi butik baby, saja nak survey barang. Kalo ikutkan, mmg terlalu awal sbb baru 6 bulan. Tp kalo ikut hang nadim dulu, 28 minggu dah kluar dah. So, kv kena la beringat sbb takut sejarah berulang lg. Masa hang nadim dulu mmg tak sempat nak shopping bagai sbb dia kluar mengejut. Terpaksa pnjam brg jiran kv yg baru bersalin. Tp naib baik sempat jgk hubby dan kakak ipar tolong pi shopping.;)

Hubby ajak singgah butik anakku dulu. Saje tgk2 barang. Eh, tak sangka pulak dorang buat sales utk member cards. Byk barang menarik. Kami survey stroller. Mmg geram tgk. Hubby cadang suh beli terus sbb member cards sale just utk hari tu jer. Mmg syok la shopping. Kalo ikutkan semua nak beli. TP biasalah, pemeriksa kira2 selalu dok bagi isyarat. Hahahaa... hubby tegah beli semua dulu. Nanti2 lah, kata dia.




Dua beg plastik yg di bawa pulang. Tak byk yg kv beli selain stroller. Tp satu beg tu barang yg di beli dan satu beg lagi barang hadiah.


Selain drp stroller, hanya ni jer yg kv beli (buat sementara). Towel 2 lai, botol susu 2 jenis, baby wipes (utk kat wad), quilt (kv tatau baby girl ke baby boy, so belasah jer beli kaler pink, lg pun murah, hahahaha) dan kipas angin. Dan kemeja serta jeans utk hang nadim. Kebetulan sales sampai 60-70% kv sambar terus utk raya ni. Yer lah, kv kan due bulan puasa. Nanti tak sempat nak beli pulak. Hahaha


Ni pulak hadiah yg kv dapat sempena jualan murah tu. Bijirin nestum, topi, botol susu dua nos, mangkuk makanan, set sudu garfu dan susu tepung. Awek kaunter tu ckp, kalo kv beli barang dgn harga RM50 lps ni, dia akan bagi susu free satu lagi, pastu kv kena hantar dua plastik bekas susu tu, akan dpt hadiah lagi. Pastu dia jugak bagi borang peraduan. Best kan shopping mcm ni. Byk dpt hadiah. Hahahaha....




Gambar2 kat atas ni pulak, antara baju2 baby yg dah sempat kv beli. Bayangkan utk semua tu kv hanya habis RM 34.oo sajork. Hahaaha...best kan shopping barang urah. Baju2 tu sebenarnya berjenama. Mcm2. Pigeon, anakku, baby elle, strawberry, disney, pooh, barnie dan mcm2 lagi. Tp, baju reject. Kalo tgkkan takde benda pun cacat. Kv pun tak paham tang mana la yg kena reject tu. Hahahaha...

Selasa, 22 Mei 2007

SELAMAT JALAN BUNGA KU

Huk huks...sedih pulak rasanya. Kv dan hubby sebenarnya mmg bercadang nak jual kete civic hubby tu, nak beli kete lain. Tp perancangan kami tu selepas dah settle segala urusan pembinaan rumah tahun depan.

Tup tup.. bila terjumpa kawan masa kejohanan boling ari tu, kami saje jer borak2 pasal kete ni. Mengikut dasar kerajaan, kami tak boleh simpan lama civic tu kalo kami bercita cita nak beli kete baru. Haha, panik jugak dibuatnya.

Teringat pulak pd bulan lps, abg angkat hubby ada call tanya pasal civic tu. Dia mintak kami jual sbb nak beri kat anak teruna dia. Masa tu mmg kami tolak pelawaan dia. Malas nak pikir pasal kete ni. Tp bila ditimbang tolak, kami pun rasa lebih baik jual buat masa sekarang sebelum harga nya merudum tahun depan.

Keesokannya kami bawa civic tu utk abg angkat hubby test drive. Masa tu jgk dia bersetuju nak kete tu. Nak bayar cash pulak tu. Bila dia dah setuju nak beli tu, kami pulak yg rasa semacam. Sayu, pilu, sedih. Sapa tak sayang kalo benda tu dah lama dgn kita. Walo pun kete tu dah buruk. Tp kena la pikir lbh positif.

Hari ni, abg angkat kv dah nak mai ambik kete. Cuma dia mintak tolong hubby uruskan semuanya. Alhamdulillah urusan kami tiada halangan.

Buat masa sekarang, kami malas nak pikir nak pakai kete apa. Simpan dulu duit jualan, tiba masa yg sesuai, kami beli lah nanti.;)

Sebagai kenangan terindah bersama WFG238, kv abadikan dekat blog. Besok2 boleh la gali balik tgk 'dia'.

Selamat jalan 'bungaku'. Kenangan terindah bersamamu takkan luput diingatan.;)

Isnin, 21 Mei 2007

yeay yeay

yeay yeay.. naik gaji. Huhuhu..mesti lps ni byk barang naik harga. Kv baru jer plan nak gi shopping barang baby.;(

Tp takpe lah, kalo kerajaan tak boleh nak kontrol harga barang, kita sbg pengguna tak mampu nak buat apa dah. Nak boikot? Hanya brg2 tertentu shj yg boleh, kalo keperluan asas tu, terpaksa lah pejam mata.

Ahad, 20 Mei 2007

KRONOLOGI KONSERT AKHIR AF5

Hehehe... jgn korunk terpedaya dgn tajuk yg tercipta di atas. Kv just nak cerita pasal kehidupan kv kelmarin. Di hari konsert akhir af5.



9.00 pagi

Ke pasar besar siti khadijah kota bharu sbb hubby nak cari lauk yg best2 sikit. Perut kv masuk angin. Haru betul. Hubby masuk pasr basah. Kv ngan hang nadim lepak kat tepi tu sambil makan kacang tanah dan ubi keladi rebus.



Kejap jer, hubby pun mai. Dia beli ikan siakap liar yg besar (bkn yg pelihara dlm sangkar, yg ni org mengail dapat) tu tp 15 ringgit jer. Murah giler! Pastu hubby beli telur ikan duri dan hati ikan pari yg jgk besar2 tp campur dua tu hanya 2 ringgit sajork. Lagi la murah giler.



Kami lepak kat situ kejap sbb awal sgt. Hubby naik aras 1 beli air teh o beng limau dgn teh beng. Sambil tgk org lalu lalang, sambil makan. Lapar, maklum la, sarapan pagi berkongsi nasi sebungkus tiga beranak. Hehehe.



Nak beredar dr situ, kv beli lg ubi keladi rebus. Seringgit jer. Beli jugak kerabu kaki ayam yg lazat tu. Nyum nyum. Best woo.

10.30 pagi
Gi kb mall sbb jabatan kv ada pertandingan boling antara jajahan. Seronok juga kat situ sbb boleh jumpa ramai kawan2. Sembang punya sembang, kami pun beredar. Layan hang nadim main indoor game kjp. Pastu dia asyik mintak nak balik jer. Kv terlupa yg dia mkn ubat selesema pg tu. Mau tak mengantuk.

12.00 tgh hari
Singgah zakini nasi kukus beli nasi bungkus. Malas nak masak dah. Penat. Hehehe. Balik tu, solat zuhur dulu baru makan. Pastu landing kat pangkib blkg rumah. hang nadim tidur dlm buaian.

2.30 ptg
hang nadim dah bangun. Tak sempat nak lelap mata pun. Sambung baca paper dan tgk tv. Sambil2 tu bungkus hadiah utk cikgu hang nadim yg 2 org tu. Hadiah hari guru. Dia tolong kv bungkusjan jgk. Kalo tak bagi mmg kecoh lah. Terpaksa la walo lambat.;)

6.30 ptg
Round kampung dgn motor. Berdua sahaja dgn hubby sbb hang nadim ikut MIL ziarah org sakit. Best jugk selusur tali air tgk budak2 kampung main wau. Blk tu dah maghrib. Kecoh hang nadim bertanya mana mama dan abah pegi. Tak bawak dia pun. Hahaha

8.45 mlm
cepat iron baju takut tak dan nak tgk konsert akhir af5. Hehehe. Akhirnya perempuan dpt jd juara. Ok lah tu.;)

Khamis, 17 Mei 2007

AF5

Hiks.. semenjak af5 berlangsung ni, kv tak pernah pun tercerita fasal 'dia' kat blog ni kan. Well, kv ttp tgk cam org lain jgk. Diari pun ttp tak tinggal kecuali kalo terpaksa. Tu yg bila jam 9, hubby terpaksa berkorban dr tgk channel 78. Kena bagi kv layan af dulu. Pastu baru dia ambik alih. Hehehe

Memulanya kan, kv tak berapa minat ngan pesertanya. Bagi kv kurang bermutu kalo nak dibandingkan dgn farhan dulu. Tp sejak akhir2 ni, mmg nampak sgt berbakat kan. Performance dorang tu mmg menusuk kalbu jgk la pd certain2 part tu.

Plg mengesan duet antara ebi dan mila utk lgu meihat(sebutan hang nadim). Pagi2 kv bukak youtube dulu layan video klip dorang sampaikan ofismate menyampah. Hahaha. Memang drama dorang tu tersentuh la dibuatnya. layan blues gitew. hahaha. Teringat zaman2 akak berchenta duly. Ahaks!

Pastu suka gak tgk heliza masa nyanyi lagu kesal by ella tu. walo pun nampak pelik heliza terloncat - loncat tu, tp dia mampu membawa kan genre rock tu dgn baik. Kv kan fanatik rock kapak! Mesti la masyuk dgn jiwa. Abaikan tudung heliza, just tgk persembahan dia jer. Kalo tgk masa praktis mmg hancur betul budak heliza tu. Nak2 masa dia buat aksi mendarat dgn lutut tu. Mmg berair mata gelakkan dia. Tak sangka plk masa konsert ok2 jer. Kan?

Yg lain2 tu biasa jek la. Tp kv rasa yg masuk final kali ni kira orait la. Berbakat semua. Cuma kv kureng gemar dgn aswad. Suara dia bagus cuma rasa tak seswai jek kalo dia yg jadi juara. Ntah la kenapa, cuma kv tak gemar kat dia. Tp dlm pd minat2 pun, tak pernah sekali pun afundi. Sekadar tgk ajer.

Takpelah, malam final nanti kita tgk la sapa yg bawak balik vios tu (eh, ke kereta apa hadiahnya ek?) Hahahaha...

p/s: Kv lupa la nak snap gambar buah terajam tu. Gambarkan buah terajam tu sama dlm gambar yg kat bawah tu, cuma bila masak ranum kaler dia lg gelap dan hitam.;P

Rabu, 16 Mei 2007

BUAH TERAJAM

Hiks... kali ni nak cerita pasal makan lg. La ni kan peringkat awal musim buah. Kalo lalu jln2 kampung mesti bau wangi semacam. Semerbak bau bunga durian yg berguguran memenuhi jalan. Pastu mangga mcm2 jenis tgh lebat berbuah. Sesetengahnya dah habis pun dituai.

Ada satu lg pokok yg tgh rancak berbuah, malah ada yg dah gugur kekeringan. Pernah dengar dak buah terajam?Mungkin bg org kelate pernah tgk dan rasa. Kv eja ikut sebutan org kelate lah. Kalo negeri lain tatau la ape kebenda nama nyer.

Mmg masa kecit2 dulu, blkg rumah mak kv ada pokok terajam ni. Daun dan pokok ia lbh kurang pokok rambutan. Cuma buah dia kecit2 kaler hijau. Dah matang dia akan bertukar kaler oren. Bila dah masak akan tukar kaler merah kehitaman. Rasa dia kelat dan manis.

Namun bebudak zaman sekarang dah tak kenal buah terajam. Walaupun pokoknya masih ada, tp agaknya bukan makanan org zaman sekarang. Zaman dulu mana ada buah2 yg canggih manggih tu. Dok telan buah terajam ni lah. Tp hati2 bila memakannya krn gigi anda akan bertukar menjadi biru. Hahahaha.... Buah ni best jugak kalau digaul dgn cuka, garam dan gula. Hmm..kecuq ayaq liuq.;P

Kv mmg penggemar buah terajam ni. Tahun lps dpt makan sbb blkg rumah mak kv ada pokoknya yg baru belajar berbuah. Ada la dlm 3-4 tangkai. Tp bila blk minggu lps, mak kata jiran sebelah dah tebang pokok tu (dekat dgn dapur dia). Agaknya pokok tu gigit dia kut (walaupun masih dlm tanah mak). Mmg frust betul.

Mak kv pun pesan jgn balik awal. Kalo boleh blk lps asar. Ingatkan kenapa. Rupanya mak kv gi cari dlm kebun dia. Katanya dulu pokok kat sana pernah berbunga. 15 minit kemudia dia balik, bawak 2 tangkai. Buahnya dah byk yg kering. Tp dpt la melepaskan kehendak hati. Kv mkn sorang2 jek. Ala, org lain bukannya suka pun buah tu. Buah tak glemer dr segi rasa.

Masuk kerja hari ahad tu, abg ipar kv dtg cari kat ofis. Ingatkan napa. Rupanya dia bawak satu plastik buah terajam tu. Wawawawawa. I like! Buahnya masih segar dan tgh masak meranum. Dekat rumah abg ipar kv ada pokok nya.

Ramai staf dan bebudak praktikal yg tak kenal buah terajam ni. Nampak sgt kv ni mmg org kampung darat. Hhahaha. Ramai yg dok perli kv ni mengidam barang yg tak glemer. Tak kisah lah. Hehehe. Janji lps apa yg kv dok idam tu.

Kv lupa nak snap gambar nya. Agaknya yg ada lbh kat rumah tu pun dah kering. Tp kv ada snap satu gambar masa kat muzium terengganu ari tu. Kv pun tatau ni buah apa. Tp mmg sahih bukan buah terajam. Cuma bentuk dan warnanya mmg sama. Nanti kalo berkesempatan kv taruk gambar yg betul.;)


Buah terajam tu lbh kurang gini la bentuk dan kaler dia.;)

Selasa, 15 Mei 2007

SELAMAT

Walaupun dah lewat, tp kv tetap nak ucapkan jugak selamat hari ibu buat semua rakan2 blogger. Moga kita semua menjadi ikon buat anak2. Ye lah, hidup di zaman 'moden' yg penuh pancaroba kdg2 menguji kesabaran. Mcm kv, selalu risau memikirkan masa depan anak2. Takut dorang tersalah langkah. Apa yg penting kena kuat berusaha dan berdoa byk2. Insyaallah diizinkan tuhan.;). Buat kawan2 yg masih belum menjadi ibu (arena, tiara, ayu dan mungkin ada lg yg kv terlupa), kv doakan korang cepat2 mendapat zuriat. Yg penting jgn putus asa. Org yg bercakap senang drp org yg menanggung. Namun, doa kv mengiringi usaha kalian!

Selamat hari guru juga buat rakan2 yg menjadi pendidik. Tak kira la tahap mana, asalkan kerjanya memberikan pendidikan. Guru adalah satu pekerjaan yg mulia. Teringat kv minggu lps pd satu peristiwa. Kv terima panggilan drp seseorang. Kebetulan masa tu kv tgh selsema yg teruk, jd telinga rasa berdengung jek. So, ckp org sebelah sana kv kurang dengar. Terpaksa la kawan tu menerangkan beberapa kali siapa gerangan dirinya.

Rupanya cikgu kv masa sekolah rendah. Hahahaha. Tekezut ber*k kv. Bayangkan sekarang kv hampir 29 tahun! Lagi 2 tahun dia nak pencen. Mmg suara dia bercakap ngan kv girang sungguh. Kebetulan dia ada urusan dgn pejabat kv. Alhamdulillah kv dpt settle kan masalah dia pd hari tu jgk.

Mlm nya beria2 di sms kv ucapkan terima kasih. Ala, bagi kv apa la sgt pertolongan yg kv buat tu berbanding dgn ilmu yg dia curahkan. Tak putus2 dia mengucapkan rasa gembira dan bangga dgn kejayaan bekas pelajar2nya! Itu lah hadiah yg terbaik buat seorang yg bergelar cikgu, katanya. Hehehe.. bergenang air mata kv. Namun, sampai ke hari ini kv masih berhutang janji dgn dia. Janji nak kluar minum. Sampai hari ni tertuggak. Hehehe... insyaallah akan tiba masanya. Kv doakan cikgu kv tu sentiasa ceria dan sihat walafiat!

Kesihatan kv makin ok. Sakit muka masih ada 5 persen. Tp kiranya dah ok lah. Kelmarin kv masih muntah2. Terasa macam alahan semula. Agaknya akibat sakit sgt kut. Lembik dan lemah satu badan. Makan pun langsung tak berselera. Dah 2 ptg kv ponteng kerja. Blk tido. Hehehe. Hari ni rasanya tak yah ponteng kerja dah. Org ckp, kalo sakit muka akibat resdung mmg rasanya teruk sgt. Dulu masa form 2, kv pernah alami. Tp takde lah seteruk ni. Mlm td, hubby terpaksa buatkan air limau glukos, nak kasi tambah tenaga dan jugak roti bakar. Sama cam menu masa alahan teruk hari tu. Kalo makan benda lain terus muntah tak hengat! Alhamdulillah hari ni beransur baik berbanding kelmarin.

Sebenarnya hari ni kv ada temuduga UMK (univ.M'sia Kelantan) utk jawatan yg sesuai dgn kelulusan kv. Sekali pikir siapa yg takmo naik pangkat kan? Tp dua kali pikir, kalo kv sakit ke apa ke, kv dah tak boleh nak ponteng2 mcm sekarang. Pastu kalo kv tensen atau ada salah faham dgn rakan sekerja, kv tetap dok torcongok kat situ. Dah tak boleh bertukar ke tempat lain atau 'musuh' kv tu jugak dah tak boleh bertukar sama. Takpe lah, kv dah pun nekad takmo kerja kat situ. Insyaallah, lambat laun kv akan ada rezeki naik pangkat dekat tempat kerja kv sekarang.;) Korang doa - doa kan lah ya!

Ahad, 13 Mei 2007

BURUNG UNTA

Dah lama kv dan hubby berhasrat nak bawak hang nadim tgk burung unta (ostrich). Padahal dekat jek dgn rumah tp selalu lupa. Asyik2 gi pantai jer.

Kebetulan, pada kelmarin dan hari ni (12&13 mei) ada pertandingan go-kart diraja dekat dgn kawasan rumah kv tu. Hubby pun excited nak tgk go-kart, jd boleh la jugak tgk2 burung unta tu. Kv sendiri pun tak pernah tgk dr dekat lagi lagu mana rupa burung yg hang nadim panggil 'UNTA' tu. Hahaha

Kami pegi dah ptg sgt. Lg pun kv kurang sihat. Selsema hari tu dah ok cuma resdung nya makin teruk. Muka kv sakit sgt2. Ok, lupakan pasal sakit2 ni, kita cerita pasal burung unta. Masa sampai tu, dah takde org sgt. Rupanya race dah habis. Sambung besoknya pulak utk final.

Tp kan ok gak sbb dpt parking dgn senang dan tak compact sgt. Kami terus gi tgk burung unta dulu. Oh ya, tempat ni jugak kawasan jagaan kuda2 raja. Mcm2 jenis ada.

Walaupun hanya 5 ekor, tp mampu la menarik perhatian budak2 dan org tua melihatnya.;)


Hang nadim posing berlatar belakang kan burung unta. Lps snap gambar, kalut dia berlari sbb ada sekor burung unta menuju ke arah dia. Padahal burung tu nak minum air kat situ. Hahaha..

Lps puas tgk burung unta, hubby bawak hang nadim tgk kete go-kart dan litar. Kv tunggu bawah khemah dekat burung unta tu jer. Lama dorang pegi. Kv layan perasaan kat situ. Sakit muka beb.

Sudah tu, sbb hubby kesian tgk kv, kami pun decided nak blk sbb kv dah tak tahan sakit. Sampai kat kereta, kv termuntah sbb sakit sgt. Ubat selesema dan antibiotik yg doc beri tu mcm tak memberi kesan langsung.

Lps mkn nasi goreng kampung, kami gi klinik. Doc bagi 2 jenis ubat tahan sakit yg sesuai dgn org peknen. Alhamdulillah sakit muka kv tu beransur hilang. Dpt la layan konsert AF5 sambil tuam muka dgn ais.

Pagi ni sakit tu ada lagi cuma jauh berkurangan berbanding kelmarin. Harapnya sakit kv ni cepat sembuh. Agaknya kv suka sgt makan makanan laut kut. Tak pernah kena resdung sampai gini sekali. Tp sekali kena mmg teruk sgt rasanya. Baru sibuk nak berpantang. Nak makan ubat kampung pun tak boleh sbb peknen. Kena makan ubat klinik jugak.;)

Selasa, 8 Mei 2007

Makan - makan

Hmm... semenjak dah kurang tahap mabuk ni, asyik pikir pasal makan sajork. HIks, pagi2 dah plan nak makan nasi gulai itik. Tgh hari plk, makan nasik tom yam. Atau nasi goreng ikan masin.

Hari cuti pulak, gi pasar siti khadijah atau pasar jelawat nak cari lauk mentah. Sambil2 cari lauk tu, ada jugak makanan sampingan. Mee celup la. Mee goreng la. Kacang tanah rebus la. Donat la. Di samping buah - buahan. Buah pulak mcm2. Sbb selsema dan batuk, kena elak makan rambutan dan mangga. Walo pun kecur air liur, nafsu tetap kena tahan. Sbg pengganti, beli limau madu, limau jebur (jgn salah baca tau!), atau anggur. Nak kasi western skt, beli lai wangi. Hmm..lazat.

Lauk mentah pulak, carik yg best2. Kepala kerapu la. Mcm2 jenis. Spesis yg kv baru kenal keparu batu. Kaler hitam legam. Ramai org tak berani nak beli, tp kami tetap beli. Masak steam. Wow! Terangkat beb! Udang pulak kalo awal bulan mesti carik yg besor2 tu. Udang harimau atau udang akor. Hmm..sehingga menjilat jari.

Kalo dah boring tatau nak beli apa, beli ikan cencaru jer. Bakar tawar cicah air asam. Best! Atau ikan talapia. Masak goreng pedas kicap sambal belacan. Makan dgn nasik panas. Nyun nyum.

Korang pulak, macamana?

Isnin, 7 Mei 2007

sekolah

Kali ni kv nak bercerita fasal hang nadim plak. Anak 'jate' kv tu ler. La ni tak de masalah sgt nak gi skolah. Dia akan bangun sekali ngan kv, tp kena nyonyot botol susu dulu. Hehehehe... yg tu wajib, tak boleh nak tinggal lg. Sudah solat subuh, abah dia mandikan dan pakaikan baju skolah. Siap dgn kopiah. Pastu bagi duit seringgit.

Duit tu bukan bekal belanja pun. Dia akan kasi kat cikgu supaya simpan. Ala, mcm kita main kutu tu. Cikgu akan rekodkan jumlah simpanan. Hujung tahun nanti, boleh ambik. Yg haru, setiap kali sesapa bagi duit kat dia, sebok nak kasi kat cikgu. Baki beli buku pun, nak kasi kat cikgu. Semangat sungguh!

Ari tu, hubby bekalkan duit lebih sikit dekat dia. Yer lah, balik dr skolah dia nak beli aiskrim ke apa kan. Tp, MIL selalu ckp duit yg lbh tu hilang kat skolah. Yer lah, dia kan baru 4 tahun. Mana la tau jaga barang sendiri sgt. So, hubby tak kasi duit lebih kat dia. Cuma tinggalkan syiling dlm satu balang atas meja kat ruang tamu tu. Kalo nak beli apa2 ambik duit dlm balang tu bila blk skolah. Selamat skt. Tp kdg2 MIL pakai duit dia jer, kalo hubby suh hang nadim ganti, MIL akan masukkan dlm tabung unta hang nadim. Tak kisah lah. Janji dah ganti, kan.

Byk jugak perkembangan yg kv lihat semenjak dia bersekolah ni. Surah2 pendek byk yg dah dia hafal. Mlm2 dia kan mengaji ngan MIL dan che (moyang dia). Tp dia takmo mengaji sekali ngan bebudak lain waktu tgh hari. Demand betul. Satu peel dia yg tak berapa nak best, dia tak suka ikut arahan. Suka sgt melawan arus. Jd, kami kena byk guna psikologi dgn dia.

Tp kan, mmg dah tabiat budak, apa yg parent ckp dorang tak berapa nak pakai. Kalo cikgu ckp, elok jer dorang ikut. Hang nadim mcm tu ler. Nama Allah 99 tu byk yg dia dah hafal. Doa2 pun byk gak. Kdg2 kv jd kagum gak, tak sangka dia yg moody tu boleh hafal mcm2 doa. Dlm bahasa arab siap dgn terjemahan dlm bahasa melayu.

Dia kan masih lagi 'telor'(pelat), so kena perhatikan betul2 apa yg dia baca/cakap, baru kita faham. Kdg2 makan hari gak baru kv dan hubby faham. La ni kami pun terpaksa 'gali' balik apa yg ustazah ajar masa skolah dulu. Byk yg lupa daa. Hahaha.. teruk betul rasanya.

Hang nadim ni, kalo kita suh dia baca, mmg dia takmo. Tp kalo dia asyik main basikal ke kereta ke, sesenang jer dia baca apa yg cikgu ajar kat skolah tu. Elok gak dr dia dok ingat lagu pencinta wanita dan my heart tu, kan. Hehehe

Ada satu hari tu, dia marah2 sbb tak muat nak masukkan bola dlm beg. Rupanya, waktu kat skolah ada aktiviti luar. Main bola. Bila kv check beg dia, siap dah ada kasut sukan dan botol air mineral yg kecik tu. Semuanya dia kemaskan sendiri. Kagum kv sekejap sbb kalo perangai dia yg selalunya mmg 'tak makan saman' lah. Baju sekolah dan baju sukan, bila MIL angkat dr ampaian dia akan hanger kan dan simpan dlm almari siap. Besok pagi ambik jer pakai. Bagus betul pengurusan diri dia. Hahaha..

Harap2 nya, semangat dia nak bersekolah takde la mati di tgh jln. Biasa lah si ibu2 ni, selalu risau tak bertempat, kan. Kv salah sorang lah tu.;). Tp kalo hari ahad (permulaan hari selepas cuti) mesti ada rengekan, tak kasi mama gi kerja. Kv keraskan hati, tinggalkan dia gitu jer. Balik kerja tu, dia siap report yg dia gi skolah dan tak menangis. Hahahaha.

Ni gambar masa dlm perahu kat Pantai Penarik, Terengganu. Kemain suka dia bila boleh sentuh dan panjat2 perahu2 kat situ.

p/s: maaf lah, gegambar lain kv dah cuba upload, tp tak dpt. Ada sesapa yg boleh tolong ajar kv cemana nak kecikkan gambar tak. Kv pakai digicam biasa jer.

Ahad, 6 Mei 2007

perkembangan terkini

waduh..lama tak update blog. Tak dan. Bizi ngan kerja keadeahnya. Ari tu kan byk cuti2 umum gitew, so terkejar - kejar dateline la jawabnya. Semput dibuatnya eh.

Kesihatan kv pun agak teruk skt. Selsema yg agak kritikal pernah kv alami. Sampaikan terpaksa berjaga di malam hari sbb tak boleh bernafas. Tercungap - cungap mcm kena asma la pulak. Siang hari pulak siap muntah bagai. Bukan sbb alahan peknen, tp sbb tak boleh bernafas jugak. Wuuu.... seksa wo. Hehehe

Hari ni pun masih dlm kondisi yg teruk. Cuma suasana kerja tenang skt. Byk kerja yg dah beres. Baby kecit plak tak bergerak lg. Kv konfius jgk bila misi tanya. Katanya patut dah ada gerakan sbb ni dah minggu ke 22. Tp bila dok tercari - cari tu, terasa macam ada degupan. Tp jarang - jarang. Agaknya dia kecit sgt kut. Gerakan dia tak kv rasai. Atau kulit perut kv mmg teball gitu. AHahahaha...

Oh ya, cuti2 ari tu kv sempat jalan - jalan ke terengganu. Dah lama terasa nak pi terengganu. Lg pun perjalanan 2 jam jek. Boleh balik hari. Bila hubby tanya before tu, kv tak de plan sbb tgk hang nadim tak sihat dan kv pun mula rasa panas2 badan gitu.

Pagi Selasa tu, tgh landing lps solat subuh, hubby tanya sekali lg nak gi mana. Teringat kat hang nadim yg nampak ok dan kv pun rasa mcm ok, kv ajak hubby gi terengganu. Terkejut hubby. Tp kami cepat2 bangun sarapan dan mandi. Hahaha. Ekspres beb! Kejar masa. Bawak beg sandang bekal baju hang nadim dan kain sembahyang jer. Pastu bakul susu hang nadim. Kami pun bertolak jam 9.00 pg.

Decided nak ikut jalan pantai (Penarik), kami singgah isi minyak dekat Semerak. Sempat beli sedikit air dan jajan kat situ. Teruskan la perjalanan. Dah lama tak pi terengganu. Hang nadim mmg tak pernah sampai pun lg. Tertanya - tanya dia cemana la rupa terengganu tu. Mmg excited dia. Lama2 tu dia pun keboringan. Kami singgah nak guna tandas kat pantai penarik. Lg pun nak pujuk hang nadim yg dah nampak bunga2 nak meragam tu.;). Sempat ler pose2 maut kat situ. Hahaha. (Err..gambar tak boleh nak upload la, penat kv cuba. Nanti kalo dpt kv upload lain hari).

Hang nadim siap main kejar2 ketam angin ngan abah dia. Pastu kami teruskan perjalanan ke kuala terengganu. Kat pantai penarik tu jugak sempat hubby survey ikan kerapu bara dah lokan. Dah target nak beli, tp nanti perjalanan blk la. Kalo tak, harus busuk ikan tu dlm bonet kete.

Perjalanan lancar walopun byk jalan dlm pembinaan. Wah, terengganu makin maju la prasarana dia. Dr atas jambatan tu dah nampak pulau duyong. Ala tempat monsoon cup tu ler. Kelab teluk warisan yg cit cat kontroversi pun kat situ ler. Hubby ajak gi, tp kv takmo lah.

Kv ajak hubby gi muzium. Masa ni hang nadim mmg mengantuk giler. Kesian dia. Seb baik dah sampai muzium tu, ada helikopter kecik. Cerah mata dia. Nak2 pulak ada 2 biji kereta kebal polis kat situ. Kemain lg menceceh. Terlompat - lompat kesukaan. Hahaha..

Kagum kv tgk seni bina muzium terengganu tu. Teringat bangunan fakulti alam bina utm. Wah kenangan mengusik jiwa ni. Hehehe. Er, kalo tak silap kv, design muzium tu by raja bahrin tak? Ala, ayahanda si idin dan shahira tu. Kalo salah tolong betul kan yer.

Bayar tiket 2 ringgit, tp kamera tak boleh masuk. Tiket tu siap boleh buat poskad lg. Hiks, ok gak kan. Mula2 jumpa batu bersurat. Salah satu faktor kv kepingin nak gi muzium tganu ni mmg nak tgk batu bersurat la. Hari tu baru kesampaian. Kebetulan, masa tu ada pameran foto2 bersejarah. Gambar banjir merah pun ada. Hiks, penuh berilmu jalan2 kv ari tu. Hahaha. Benda lain byk lg la. Penat pusing2. Hang nadim plak takut dgn suasana yg kelam dan sunyi tu. Lampu ada tp jarang2. Kv pun tetiba naik takut bila hang nadim asyik ckp, takut, takut. Hahaha. Nak2 tgk patung yg dipakaikan pakaian raja2 lama.

Dah kluar tu, layan hang nadim tgk ikan koi dlm kolam besar bawah muzium utama tu. Pastu gi naik kapal besar. Best woo... boleh tgk permandangan sungai besar kat tepi tu. Pastu pusing2 lg tgk burung2 dan pokok yg jarang2 dijumpai. Ayam hutan pun ada. Penat jalan, tak sempat kami pusing sampai habis. Perut pun dah kruk krak kruk krak, kelaparan.

Hubby ajak makan dan solat kat pantai batu buruk. Ramai btul manusia. Dah la hari cuti, ada pertandingan memancing plak. Pas tu layan hang nadim main kat playground yg besar tu. Kemain seronok dia, dah la baru lps mandi.

Pastu, nak gi pasar payang. Hubby ajak gi mydin mall yg besar tu dulu. Wah, org tganu dah ada tempat shopping yer. Hehehe. Beli lala yg besar2 dan segar. Pastu beli ayam madu panggang. BUat bekal perjalanan balik. Sudah tu terus gi pasar plak. Beli batik tganu buat mil dan mak. Ole2. Ingat nak beli telur penyu. Bila tgk harga, terbuntang bijik mata. Baik beli kat kb jek lah. Apsal harga tetiba naik mencanak ek?

Siap kat pasar tu, kami beransur pulang. Habis sekor ayam madu tu kami tiga beranak pulun. Hang nadim pun kemain berselera makan. Singgah gerai keropok lekor sukaramai yg tersohor tu. SElain keropok lekor, beli gak sotong kering dan ikan talang kering yg besar bagak tu.

Sepanjang perjalanan pulang, hujan lebat mencurah - curah. Singgah di penarik nak beli ikan kerapu bara tu. Alamak, dah habis la pulak. Frust betul hubby. Kami pun singgah kat tok bali, ingat nak cari apa2 lauk yg best. Takde jugak. Beli sotong ngambang yg murah tu. Kv pun heran awat budak tu jual murah sgt sotong2 dia. Sibuk plak hang nadim nak tgk kapal. Temankan dia kejap pastu kami bertolak balik. Azan maghrib kami dah sampai kat rumah. Hang nadim tak tido pun. Seronok sgt agaknya. Hehehe.

Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik kami tiada masalah walopun perjalanan yg tdk dirancang dr awal. Walaupun hanya menaiki kancil 660 jek. Hahhaaha. Kemain lg hubby pecut. Tp kami just tiga beranak jer. Takde la masalah, cuba kalo penuh kancil tu. Mau mcm kura2 nanti.

Hiks, pjg benor en3 kali ni. Itu jek la. babai.