Isnin, 7 Mei 2007

sekolah

Kali ni kv nak bercerita fasal hang nadim plak. Anak 'jate' kv tu ler. La ni tak de masalah sgt nak gi skolah. Dia akan bangun sekali ngan kv, tp kena nyonyot botol susu dulu. Hehehehe... yg tu wajib, tak boleh nak tinggal lg. Sudah solat subuh, abah dia mandikan dan pakaikan baju skolah. Siap dgn kopiah. Pastu bagi duit seringgit.

Duit tu bukan bekal belanja pun. Dia akan kasi kat cikgu supaya simpan. Ala, mcm kita main kutu tu. Cikgu akan rekodkan jumlah simpanan. Hujung tahun nanti, boleh ambik. Yg haru, setiap kali sesapa bagi duit kat dia, sebok nak kasi kat cikgu. Baki beli buku pun, nak kasi kat cikgu. Semangat sungguh!

Ari tu, hubby bekalkan duit lebih sikit dekat dia. Yer lah, balik dr skolah dia nak beli aiskrim ke apa kan. Tp, MIL selalu ckp duit yg lbh tu hilang kat skolah. Yer lah, dia kan baru 4 tahun. Mana la tau jaga barang sendiri sgt. So, hubby tak kasi duit lebih kat dia. Cuma tinggalkan syiling dlm satu balang atas meja kat ruang tamu tu. Kalo nak beli apa2 ambik duit dlm balang tu bila blk skolah. Selamat skt. Tp kdg2 MIL pakai duit dia jer, kalo hubby suh hang nadim ganti, MIL akan masukkan dlm tabung unta hang nadim. Tak kisah lah. Janji dah ganti, kan.

Byk jugak perkembangan yg kv lihat semenjak dia bersekolah ni. Surah2 pendek byk yg dah dia hafal. Mlm2 dia kan mengaji ngan MIL dan che (moyang dia). Tp dia takmo mengaji sekali ngan bebudak lain waktu tgh hari. Demand betul. Satu peel dia yg tak berapa nak best, dia tak suka ikut arahan. Suka sgt melawan arus. Jd, kami kena byk guna psikologi dgn dia.

Tp kan, mmg dah tabiat budak, apa yg parent ckp dorang tak berapa nak pakai. Kalo cikgu ckp, elok jer dorang ikut. Hang nadim mcm tu ler. Nama Allah 99 tu byk yg dia dah hafal. Doa2 pun byk gak. Kdg2 kv jd kagum gak, tak sangka dia yg moody tu boleh hafal mcm2 doa. Dlm bahasa arab siap dgn terjemahan dlm bahasa melayu.

Dia kan masih lagi 'telor'(pelat), so kena perhatikan betul2 apa yg dia baca/cakap, baru kita faham. Kdg2 makan hari gak baru kv dan hubby faham. La ni kami pun terpaksa 'gali' balik apa yg ustazah ajar masa skolah dulu. Byk yg lupa daa. Hahaha.. teruk betul rasanya.

Hang nadim ni, kalo kita suh dia baca, mmg dia takmo. Tp kalo dia asyik main basikal ke kereta ke, sesenang jer dia baca apa yg cikgu ajar kat skolah tu. Elok gak dr dia dok ingat lagu pencinta wanita dan my heart tu, kan. Hehehe

Ada satu hari tu, dia marah2 sbb tak muat nak masukkan bola dlm beg. Rupanya, waktu kat skolah ada aktiviti luar. Main bola. Bila kv check beg dia, siap dah ada kasut sukan dan botol air mineral yg kecik tu. Semuanya dia kemaskan sendiri. Kagum kv sekejap sbb kalo perangai dia yg selalunya mmg 'tak makan saman' lah. Baju sekolah dan baju sukan, bila MIL angkat dr ampaian dia akan hanger kan dan simpan dlm almari siap. Besok pagi ambik jer pakai. Bagus betul pengurusan diri dia. Hahaha..

Harap2 nya, semangat dia nak bersekolah takde la mati di tgh jln. Biasa lah si ibu2 ni, selalu risau tak bertempat, kan. Kv salah sorang lah tu.;). Tp kalo hari ahad (permulaan hari selepas cuti) mesti ada rengekan, tak kasi mama gi kerja. Kv keraskan hati, tinggalkan dia gitu jer. Balik kerja tu, dia siap report yg dia gi skolah dan tak menangis. Hahahaha.

Ni gambar masa dlm perahu kat Pantai Penarik, Terengganu. Kemain suka dia bila boleh sentuh dan panjat2 perahu2 kat situ.

p/s: maaf lah, gegambar lain kv dah cuba upload, tp tak dpt. Ada sesapa yg boleh tolong ajar kv cemana nak kecikkan gambar tak. Kv pakai digicam biasa jer.

4 ulasan:

Kak Lady berkata...

Pandainya hang nadim menguruskan diri sendiri...anak kak lady si fareez ni...manjanya lebih...mentang2 ibu dia tak bekerja maka segalanya ibu dia yang bereskan...pakai baju...bukak baju...dan segala bekalan yang cikgu minta...

Moga Hang Nadim akan membesar menjadi insan yang bertanggungjawab

Mummy Rizq berkata...

waa... hang nadim dah jd big boy. tp budak2 mmg macam tu. apa yg kita ajar tak nak ikut, tpcikgu cakap semua betul!

Kaklong berkata...

salam,

ha biasalah kv..anak2 akak pun lebih pegang cakap cikgu drp cakap kita..boleh jadi 'gaduh' dibuatnya hahaha.

akak mmg ajar anak2 berdikari, senang sikit sbb kot apa2 jadi kat kita mcm tak sihat ke, depa dah boleh jaga diri sendirikan..takpelah kalau dia nak urus diri sendiri tu, kita pantau ajelah..

eh, anak akak sampai 6 thun masih menyusu botol. mmg sblm atau selepas balik tadika mintak susu. ni dah masing2 darjah 1 dan 2, tak de mintak susu botol dah :D

kasutVincci berkata...

kak lady,
hang nadim tu, dia ikut mood. Kalo mood nak bermanja, semua kita kena uruskan. Kalo mood nak berdikari tu, susu pun buat sendiri.

mar,
la ni tgh sibuk nak blajar menulis pulak. Agaknya kat skolah cikgu ajar dia menulis kut.;)

kak long,
tatau la hang nadim tu umur brapa nak berenti nyonyot botol. Harapnya dia cepat2 'malu'. Ada satu hari tu, cikgu dia singgah beli minyak motor, waktu tu dia tgh nyonyot botol. Cepat2 buang botol susu. Malu kalo cikgu tgk. Hehee