Ahad, 6 Mei 2007

perkembangan terkini

waduh..lama tak update blog. Tak dan. Bizi ngan kerja keadeahnya. Ari tu kan byk cuti2 umum gitew, so terkejar - kejar dateline la jawabnya. Semput dibuatnya eh.

Kesihatan kv pun agak teruk skt. Selsema yg agak kritikal pernah kv alami. Sampaikan terpaksa berjaga di malam hari sbb tak boleh bernafas. Tercungap - cungap mcm kena asma la pulak. Siang hari pulak siap muntah bagai. Bukan sbb alahan peknen, tp sbb tak boleh bernafas jugak. Wuuu.... seksa wo. Hehehe

Hari ni pun masih dlm kondisi yg teruk. Cuma suasana kerja tenang skt. Byk kerja yg dah beres. Baby kecit plak tak bergerak lg. Kv konfius jgk bila misi tanya. Katanya patut dah ada gerakan sbb ni dah minggu ke 22. Tp bila dok tercari - cari tu, terasa macam ada degupan. Tp jarang - jarang. Agaknya dia kecit sgt kut. Gerakan dia tak kv rasai. Atau kulit perut kv mmg teball gitu. AHahahaha...

Oh ya, cuti2 ari tu kv sempat jalan - jalan ke terengganu. Dah lama terasa nak pi terengganu. Lg pun perjalanan 2 jam jek. Boleh balik hari. Bila hubby tanya before tu, kv tak de plan sbb tgk hang nadim tak sihat dan kv pun mula rasa panas2 badan gitu.

Pagi Selasa tu, tgh landing lps solat subuh, hubby tanya sekali lg nak gi mana. Teringat kat hang nadim yg nampak ok dan kv pun rasa mcm ok, kv ajak hubby gi terengganu. Terkejut hubby. Tp kami cepat2 bangun sarapan dan mandi. Hahaha. Ekspres beb! Kejar masa. Bawak beg sandang bekal baju hang nadim dan kain sembahyang jer. Pastu bakul susu hang nadim. Kami pun bertolak jam 9.00 pg.

Decided nak ikut jalan pantai (Penarik), kami singgah isi minyak dekat Semerak. Sempat beli sedikit air dan jajan kat situ. Teruskan la perjalanan. Dah lama tak pi terengganu. Hang nadim mmg tak pernah sampai pun lg. Tertanya - tanya dia cemana la rupa terengganu tu. Mmg excited dia. Lama2 tu dia pun keboringan. Kami singgah nak guna tandas kat pantai penarik. Lg pun nak pujuk hang nadim yg dah nampak bunga2 nak meragam tu.;). Sempat ler pose2 maut kat situ. Hahaha. (Err..gambar tak boleh nak upload la, penat kv cuba. Nanti kalo dpt kv upload lain hari).

Hang nadim siap main kejar2 ketam angin ngan abah dia. Pastu kami teruskan perjalanan ke kuala terengganu. Kat pantai penarik tu jugak sempat hubby survey ikan kerapu bara dah lokan. Dah target nak beli, tp nanti perjalanan blk la. Kalo tak, harus busuk ikan tu dlm bonet kete.

Perjalanan lancar walopun byk jalan dlm pembinaan. Wah, terengganu makin maju la prasarana dia. Dr atas jambatan tu dah nampak pulau duyong. Ala tempat monsoon cup tu ler. Kelab teluk warisan yg cit cat kontroversi pun kat situ ler. Hubby ajak gi, tp kv takmo lah.

Kv ajak hubby gi muzium. Masa ni hang nadim mmg mengantuk giler. Kesian dia. Seb baik dah sampai muzium tu, ada helikopter kecik. Cerah mata dia. Nak2 pulak ada 2 biji kereta kebal polis kat situ. Kemain lg menceceh. Terlompat - lompat kesukaan. Hahaha..

Kagum kv tgk seni bina muzium terengganu tu. Teringat bangunan fakulti alam bina utm. Wah kenangan mengusik jiwa ni. Hehehe. Er, kalo tak silap kv, design muzium tu by raja bahrin tak? Ala, ayahanda si idin dan shahira tu. Kalo salah tolong betul kan yer.

Bayar tiket 2 ringgit, tp kamera tak boleh masuk. Tiket tu siap boleh buat poskad lg. Hiks, ok gak kan. Mula2 jumpa batu bersurat. Salah satu faktor kv kepingin nak gi muzium tganu ni mmg nak tgk batu bersurat la. Hari tu baru kesampaian. Kebetulan, masa tu ada pameran foto2 bersejarah. Gambar banjir merah pun ada. Hiks, penuh berilmu jalan2 kv ari tu. Hahaha. Benda lain byk lg la. Penat pusing2. Hang nadim plak takut dgn suasana yg kelam dan sunyi tu. Lampu ada tp jarang2. Kv pun tetiba naik takut bila hang nadim asyik ckp, takut, takut. Hahaha. Nak2 tgk patung yg dipakaikan pakaian raja2 lama.

Dah kluar tu, layan hang nadim tgk ikan koi dlm kolam besar bawah muzium utama tu. Pastu gi naik kapal besar. Best woo... boleh tgk permandangan sungai besar kat tepi tu. Pastu pusing2 lg tgk burung2 dan pokok yg jarang2 dijumpai. Ayam hutan pun ada. Penat jalan, tak sempat kami pusing sampai habis. Perut pun dah kruk krak kruk krak, kelaparan.

Hubby ajak makan dan solat kat pantai batu buruk. Ramai btul manusia. Dah la hari cuti, ada pertandingan memancing plak. Pas tu layan hang nadim main kat playground yg besar tu. Kemain seronok dia, dah la baru lps mandi.

Pastu, nak gi pasar payang. Hubby ajak gi mydin mall yg besar tu dulu. Wah, org tganu dah ada tempat shopping yer. Hehehe. Beli lala yg besar2 dan segar. Pastu beli ayam madu panggang. BUat bekal perjalanan balik. Sudah tu terus gi pasar plak. Beli batik tganu buat mil dan mak. Ole2. Ingat nak beli telur penyu. Bila tgk harga, terbuntang bijik mata. Baik beli kat kb jek lah. Apsal harga tetiba naik mencanak ek?

Siap kat pasar tu, kami beransur pulang. Habis sekor ayam madu tu kami tiga beranak pulun. Hang nadim pun kemain berselera makan. Singgah gerai keropok lekor sukaramai yg tersohor tu. SElain keropok lekor, beli gak sotong kering dan ikan talang kering yg besar bagak tu.

Sepanjang perjalanan pulang, hujan lebat mencurah - curah. Singgah di penarik nak beli ikan kerapu bara tu. Alamak, dah habis la pulak. Frust betul hubby. Kami pun singgah kat tok bali, ingat nak cari apa2 lauk yg best. Takde jugak. Beli sotong ngambang yg murah tu. Kv pun heran awat budak tu jual murah sgt sotong2 dia. Sibuk plak hang nadim nak tgk kapal. Temankan dia kejap pastu kami bertolak balik. Azan maghrib kami dah sampai kat rumah. Hang nadim tak tido pun. Seronok sgt agaknya. Hehehe.

Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik kami tiada masalah walopun perjalanan yg tdk dirancang dr awal. Walaupun hanya menaiki kancil 660 jek. Hahhaaha. Kemain lg hubby pecut. Tp kami just tiga beranak jer. Takde la masalah, cuba kalo penuh kancil tu. Mau mcm kura2 nanti.

Hiks, pjg benor en3 kali ni. Itu jek la. babai.

6 ulasan:

DJINSAKTI berkata...

panjang nyer entry ni..penat Jin..Kat Ganu pun ada Mydin jugok ko?

Apple Pie berkata...

wahh...sakan rupanya ko berjalan ke trengganu. dah lama aku tak pi sana huhuhhuhuhuhu.

pB berkata...

Tu dia sekali dia update, panjang berjela.

Bila tak update, berhari hari rehat..

Jaga kesihatan.
Klate panah lonni..

mhkg berkata...

meks tingin gaks jenjalan sisir pantai giteww kan.. dinch penah lagi ler.. so far teruih ajor sampai deh..

Aidura Sofiee berkata...

salam ziarah KV :)

kasutVincci berkata...

Jin,
alahai..penat ker? Hiks. Yer lah, kat ganu dah ada mydin. Besor lagi tu!

apple,
mai ler kat sini. Sebelum gi ganu tu, jln2 kat kota bharu dulu. Hehehe. Mcm2 makanan eksotik ada. Ko nak apa? Tahi itik? Hahahahaha

kak pb,
kdg2 internet down. Agaknya pc kv kena virus kut. Ala semenjak byk tgn ni, gitu ler masalahnya. Selalu update ngan pc hubby baru dpt. Tu yg makan masa gak tu.
Kat klate ni dah musim hujan perolakan kak. Petir waktu ptg dan malam. Agaknya perubahan cuaca, tu yg ramai kena selsema. Kv pun masih belum baik. Batuk dan selsema.

mama bats,
yer ker? Alahai...dah panjat gunung ganang tu, sesekali ubah la angin.;)

aidura,
salam kembali. Selamat dtg.;)