Rabu, 25 April 2007

PTK

Periksa @ exam

Before crita pasal exam, kv nak ucap trima kasih buat kawan2 yg beri komen pasal en3 kat bawah tu. Baca komen kawan2 pun air mata penuh bergenang. Sensitip sungguh! Awat ya? Heheheh... kv pun doakan kebahagiaan buat semua. Sama2 kita menjalani hidup dgn penuh keceriaan.;)

Berbalik pada cerita periksa. Eh, cam budak skolah pulak rasanya. Nak wat lagu mana, tempat kv keje ni mmg nak kene periksa. walo pun tak wajib, tp kalo kita tak mohon dan hadiri peperiksaan, akan merugikan masa depan gitew. Kalo lulus tahap yg dikehendaki, naik gaji. Walopun skt, tp tu lah cara nak naik gaji lbh skt. Kalo tak, nak gaji level biasa jek la. Walopun beza skt ja, tp lama kelamaan byk jugak kan?

Kv dah lulus kertas umum. Seb baik. Padahal kertas umum la yg memeningkan. Mana nak ingat pasal cuti, elaun, pekeliling bagai tu. Bukannya selalu gunapakai pun. Kv masih tak mencapai aras IV utk kertas khusus. Sbb kv ni org teknikal, solannya pun teknikal jugak lah. Lbh kurang menjawab soalan dlm dewan exam kat utm dulu rasanya. Bezanya yg ni objektif. Kalo malas nak pikir, tembak jer. Hahahaha... silap tembak, sesat peluru tu.

Kertas khusus ni, kv baru dpt aras III. Hanya layak dipertimbangkan utk kenaikan pangkat. Tp belum layak utk kenaikan gaji. Naik pangkat tu mmg masih di laut dlm la. Tak yah nak angan2. Hehehehe.

Kalo dulu, kv study gak skt2. Mmg konfiden boleh jawab. Sengih jek kluar dewan tu. Tp bila mai result, hancuss. Frust sgt, kv tak study pun. Malas nak tension2. Sbbnya, bos kv tak pernah hayat hayun pun hadir exam dpt aras III, cemana tu? Sapa nak jawab?

Ramai yg kata ikut kuota. Kalo nasib baik, kita dpt aras IV dgn mudah. Kalo nasib tak baik, kena tunggu giliran. Tp, bila dibuat pemerhatian, golongan muda cam kv ni takde pun yg dah dpt aras IV utk kedua2 subjek. Yg dpt mesti yg dah separuh umur. Hmm... apa maksudnya ek? Ala, tak yah pikir ler. Kalo cuepacs berjaya dlm misi memansuhkan ptk ni, harus kv org yg borsorak skan. Hehehe. Buat masa ni, gi jer exam tu. Apa susah. dah hari exam, tak pyh masuk ofis dah. Boleh menebeng ke mana yg mahu.

Kv ngan hubby pun, apa lagi. Ambik pluang han nadim takde ni, berdating la. Mula2 makan colek jemput malas dan ayaq sunquick depan pantai timur tu. Suka makan jemput malas kat situ sbb rasa dia sedap, ada udang dan tepung dia mmg lembut. Colek dia pun lazat. Heheheh. Sebijik besar penumbuk tu, 50 sen. Order 2 bijik, sekak perut kv. Hubby yg habiskan.

Pastu gi maidin beli brg kedai mek. Sudah kat situ gi pasar siti khadijah nak beli lauk mentah. Kv tak ikut hubby masuk pasar. Tunggu dan duduk kat luar tu jer. Tak larat jek rasa panas2 ni. Cam nak pitam. Pastu gi beli jagung dan kacang tanah rebus utk hang nadim. Mmg kegemaran dia.

Hubby tanya, nak blk terus ker? Sbb tatau nak gi mana. Mati kutu. Hehehe. Last2 singgah kat kb mall (lagih?) sbb sejuk kat situ. Tempat lain panas. Hehehe. Mula2 tu lepak sambil tgk org lalu lalang. Pastu gi minum lagi kat kiosk muhibbah cake tu. Kali ni jus oren plak. Lama lepak kat situ. Mcm2 kita org borak. Tgk jam dah masuk waktu, solat zuhur kjp. Pastu tatau nak makan apa. Hubby pun cdg beli mcD tapau jek. Masih kenyang lg rasanya.

Masuk pasific dulu beli stok buah buahan. Beli kek utk hang nadim jgk. Pastu kami pun balik. Ingat nak landing kat pangkin belakang rumah tu. Tp bila sampai jek, hang nadim tak tido pun lagi. Hancur harapanku. Makan sama2 ngan dia kat pangkin tu. Cam berkelah plak kata hubby. Hiks

Sambil baca majalah yg baru beli, hang nadim layan main pasir plak dgn segala jentera berat dia tu. Hubby bantai tido, kv pun ngantuk giler tp tak boleh nak tido sbb kejap2 hang nadim panggil. Kalo tak menjawab, harus boleh dengar tempikan halilintar nanti. Heheh

Wah, dah pjg kv menaip. Tp crita tah apa2. Ok lah, stop sini dulu. Babai.

8 ulasan:

Sastri berkata...

janji lulus KV... :D seronoknya jenjalan ek...

pB berkata...

Bila baca n3 ni kan, dlm kepala kak pB dok terbayang bayang sumer tempat yang KV pergi tu...

Boleh la imajin, sebab tahu tempat , termasuklah tempat makan itu....

Kaklong berkata...

salam,

lohh..dah pindah rumah baru rupanya..eh, kv dah announce ke dlm blog lama tu..akak ni tergerak baca balik ruangan komen kat entri last di blog lama tu, baru tau kv dah tukar blog baru..

oh ya, akak ada bagi komen pasal petua nak bagi anak selera makan kat entri last blog lama tu. kat anak akak berjayala..

moga lulus exam ni..

sedihla baca entri pasal pelan rumah tu huhu..samalah cam akak. ni suami baru p kursus 3 hari kat seremban, masa duk babai kat dia, air mata akak dah menitis, dia tak perasan pun. itu baru pisah kejap lum pisah mati..samalah ngan akak, biarlah akak mati dulu, jgn dia..

Kehidupan Terlampau Seorang MHKG berkata...

haruihlah maks ke KB mall kan kalau kesana kaedahnya.. *promosi gteww* wakakakak

auwww berjalan2 berdua2 an giteww kosser..

NBK466 berkata...

Sori ler dah terMISS 2 N3...tu lah kalau pindah2 rumah nie... Oh...berjiwang yek Hang Nadim takde..bagus ler..

Mummy Rizq berkata...

waa.. bestnya dengar berkelah kat umah sambil makan makan....

Apple Pie berkata...

sib baik aku tak keje gomen. kalo dak harus aku exam main tembak2 jer pasal aku tak suker exam tau ahahahahahaha.

kasutVincci berkata...

sas,
tak kesah lah lulus ke idak. Tp seronok gak gi periksa sbb dpt jumpa kawan2 lama.;)

kak pb,
hiks..harus bila blk kb nanti akak gi makan jemput malas tu. Hahaha

kak long,
kv tak boleh masuk terus dlm blog lama, cemana nak announce. Napa la dia sakit hati ngan kv tatau! Heheh

mak hayams,
hehehehe.. nanti dah siap pelangi mall, kv promote kat situ plak. Tesco ngan giant dah ada kat sinun kan. Tp kat kb ni masih under construct. Hehehe

abg shahrul,
kdg2 kan selalu cari peluang nak berdua - duaan ngan hubby. Tp bila dpt peluang mcm tatau plak nak gi mana. Hahaha

mar,
rumah kami tu panas sesangat. Tu yg kdg2 best jek makan kat pangkin bawah pokok rambutan tu.;) Nyaman.

apple,
harus nanti ko tiru aku!!! Hahahahaha. Jgn mareeee...