Ahad, 22 April 2007

KV dan Hubby

Mlm semalam, kv berborak ngan hubby. Berborak mcm2. Salah satu isu fasal plan nak buat rumah (masih dlm angan2). Kv ngan hubby jenis berterus terang. Kv ni jenis tak sabar dan tak boleh memendam perasaan. Hubby pun galakkan kv luahkan apa yg terbuku. Dia akan dengar dulu apa luahan kv, baru lah dia bagi pendapat atau nasihat.

Sebelum maghrib hubby dok terangkan kat mil pasal plan rumah yg kami baru design. Susun atur dan letak pelan lokasi. Walaupun lambat lg nak buat, tp kami tgh mencari pelan yg sesuai. Senang nanti.

Rententan drp itu (ewah, ayat sastera pulak), kv tanya la hubby pasal kedudukan kv kalo apa2 yg terjadi nanti. Masa depan mana kita tau kan? Kami sebenarnya plan nak buat loan rumah bersama. Tanah dah sedia ada. Mil akan tukarkan nama pd hubby. Malas nak buat loan sensorang takut nanti dekat slip pemotongannya ribu riban. Nanti nak buat benda lain tak boleh pulak kan.

Kv tanya ngan hubby, apa jaminan dia pd kv setelah kv berkorban potong gaji untuk rumah kami. Sedangkan tanah nama dia, duduk pun dgn mil, che dan mak. Kalo apa2 jadi nanti, apa nasib kv. Heheheh.. saja nak test hubby. But, at least kv boleh tau apa dlm fikiran dia.

Kata hubby, dah selesai buat rumah nanti, hubby akan pecah lot tanah yg satu lg tu (dekat dgn tapak rumah). 1 lot tu dia akan beri pd kv terus. Kv tanya lg adakah berbaloi dgn potongan gaji kv setiap bulan tu. Mana la tau kut2 dia ada hati nak berbini lagi suatu hari nanti (minta lah dijauhkan).

Nak tau apa jawapan hubby? Hubby ckp, sekiranya ditakdirkan dia 'pergi' lebih dulu dr kv, semua insurans dan apa2 tu mmg jd hak kv. Kalo lah ditakdirkan kv tak boleh duduk dgn mil masa tu, dia mintak kv kluar dulu dr rumah tu. Tp MESTI tinggalkan sorang anak buat mil. Sbb dah takde sapa dah akan jaga mil nanti. Nanti lps mil dah 'takde' kv masuk balik dok rumah tu walau pun kv dah berkahwin lain. Dia dgn rela hati izinkan.

Dengar jer dia ckp mcm tu, kv terus menangis terisak - isak. Rasa sedih sgt2. Kv tanya soalan mcm tu, kv tdk mengharapkan jawapan dia mcm tu. Kv pikir pasal lain, hubby plk fikir lain. Mmg tak boleh tahan. Rasa sayu sesangat. Kv tak pernah terlintas pun di fikiran hidup kv suatu hari nanti tanpa hubby. Maksudnya bercerai mati.

Semua org akan alami 'benda' ni. Kita tak tau sama ada kita yg 'pergi' dulu atau suami kita yg 'pergi' dulu. Kuasa Allah swt, siapa lah yg tahu. Hubby pujuk kv, katanya, kita just teruskan kehidupan. Apa yg nak jd masa depan nanti, kita serahkan pd tuhan. Hubby tanya kv, napa kv nangis sampai mcm tu sekali. Kv ckp ngan dia, kv takut benda ni terjadi. Kv betul2 tak sanggup nak hadapi. Dlm hati, kv mintak kv yg 'pergi' dulu sebelum hubby. Namun kv tak ckp ngan dia.

Pastu kv ckp balik ngan dia, kv bukan tanya pasal mati. Tak pernah pun terlintas perkara mcm tu. Kv tanya pasal manalah tau suatu hari nanti hubby beralih arah. Ke mana kv nak pergi. Hubby ckp, mintak doa dgn Allah agar dia tdk berubah hati.

Tak pasal2 kv menangis. Rasa sesal plk tanya hubby mcm tu. Terus solat isya' dan mintak doa dgn Allah semoga suami kv dipanjangkan umur agar boleh membimbing dan mentadbir keluarga kami dgn aman dan bahagia.

p/s: menaip en3 ni pun air mata kv mencurah - curah. Kv publish kan pasal ni kat blog bukan bermaksud lain. Sekadar mencurah perasaan. Harap kawan2 paham.

11 ulasan:

Aku Bukan Bidadari berkata...

sedihkan..he isn't everything, but without him everything is nothing..

Oren... berkata...

speechless....

NZNM berkata...

mudahnya kalau senang nak berterus terang...Alhamdulillah KV dikurniakan hubby yg bertanggungjwb & syg amat pd KV

Kehidupan Terlampau Seorang MHKG berkata...

meks maks hembus ingus kat kertas toilet neh..*uwaaaaa*

Apple Pie berkata...

*pi mintak tisu toilet segulung kat mhkg nk hembus ingus gak* huhuhuhuuh aku pun sedey gak dgn jawapan laki ko tuh. sayangnya dia kat ko. tp apasal dia pikir sampai ke mati lak nyer.

kakLuna berkata...

tu la bezanya ppuan dgn lelaki...benda2 mcm ni kita tak buleh 'test', nanti2...tentu saja jawapan yg keluar tidak seperti yang kita fikirkan/harapkan.

betul kata hubby kak KV tu..teruskan saja kehidupan selagi Allah izinkan, idup kita ni tak tentu sampai bila..ntah kan esok ntah kan lusa..kita hanya merancang,Allah lah yang lebih Mengetahui segalanya.

apa yg kita ada pd hari ni, umur kita pd hari ni, kita buatlah yg terbaik dan jangan habiskan dengan bersedih2an.

Arif a.k.a Idham berkata...

KV....saya faham. dan saya Ameeen kan doa KV itu.
semoga panjang umur dan bahagia selalu ...

arif.

pB berkata...

berbahagialah kamu wahai isteri yang terpilih...

bersyukur dengan apa yang telah perolehi dan akan dapat

bergembiralah kamu dengan suami yang penyayang ...

kah kah kah ....
simbolik la pulak komen kak pB hari ini

dok terbayang bayang muker kV dan aBear kV masa tulih komen nie...

cuaca berkata...

haiyoooo pengalaman sangat....

Kak Lady berkata...

Memang sedih bila org yang kita sayang...tempat kita bergantung kasih cakap mcm tu...tapi kita kene hadapi segala yang ditakdirkan buat kita dengan redha...sebab kita tak tau apa yang akan berlaku nanti. Kalau apa yang hubby cakapkan itu memang benar2 dia maksudkan...itu bagai satu pesanan....

Alex Lacey berkata...

hoh....k.we baru sampai rumah baru KV ni terus baco cerito sedih...anyway, kita memang harus sentiasa bersedia....:D