Rabu, 30 Mei 2007

FUTSAL

pagi ni, naik serak tekak kv menyorak bebudak main futsal. Actually, ofis kv kan selalu menerima kunjungan bebudak plkn. So, nak kasi dorang tak tensyen sgt, kita org buat la games skt. Apa lg, main futsal la. Seb baik ramai bebudak praktikal yg training kat sini. Kalo tak, harus org tua kena main. Tak pasal2 ada yg kena diberi bantuan nanti. Semput dlm gelanggang. Eh, kv terlupa nak snap gambar!



Budak2 ni komitmen sungguh. Tiap2 kali main mesti menang. Tu yg best. Hahaha... Tp, dah tak lama dah dorang kat sini. Lagi 2 minggu dah tamat latihan. Mesti rindu nak gaduh2 ngan dorang. Pas ni dah takde dah tukang jahit baju kurung kv. Hahahaha..

Oh ya, tadi before start main futsal, ada kekecohan skt belakang ofis kv. Memula tu, anak buah kv ckp ada org bunuh diri. Kv mmg tak percaya langsung sbb budak tu selalu auta. Hiks. Tp bila ada org lain turut mengesahkan, mcm ribut kami berlari ke tempat kejadian.

Kv tak dpt tgk sbb terpisah dgn pagar ofis. Masa kv pegi tu, pick up polis baru jer sampai. Lama jugak baru mayat di bawa turun. Mangsanya budak lelaki berumur 17 tahun. Dengar cerita budak ni tak sekolah pun sbb dia takde ic. Mak dia org thai. Sama mcm mak dia jgk, takde ic. Jiran dia cerita, sebelum mak dia kluar berniaga kat pasar borong(hanya 200 meter jek dr rumah dia). Bila balik dlm jam 9.00 pg td, anak dia dah tergantung dlm rumah.

Hubby kv cerita, tali yg budak tu guna sebesar lengan. Tali kapal. Entah kat mana la dia dpt. Hmm.. entah apa masalah dia tatau lah. Kv gerun nak gi dekat takut teringat ingat. So, pandang dr jauh jer lah. Ofismate ckp, bila di bawak turun dan diletakkan dlm strecher(ejaan?), kaki dia masih lg biru. Polis just tudung dgn towel. Ternampak nampak leher dia ke kiri dan ke kanan. Lembik. Entah lah, kv nak komen pun tak reti. Tp bagi kita org islam yg waras, kalo bunuh diri, maknanya kita mati dlm kesesatan. Mudah - mudahan kita dan keluarga kita dijaukan dr perkara2 sebegini. Amin...

9 ulasan:

Kaklong berkata...

salam,

teringin nak main futsal hehe.

takutlah dngr org bunuh diri. bukannya apa,lepas tu mesti dikaitkan ngn tpt bunuh diri tu berhantu..hmm

wah, dah shopping barang baby ya. akak ni satu hapah pun belum, ikutkan hati tu excited nak shopping tp awal lagila..anak nak masuk 5 pun, excitement tu ttp ada heheh.

baby awak kecil?akak pulak, last routine check up ari tu, alhamdulillah, berat baby ngn usia dia sepadanlah. bahkan doktor cakap, kalau stabil aje tumbesaran dia dlm perut ni, tak mustahil keluar nanti 3.5kg..tp ikut history akak, paling besar 3.3 aje..tak taulah.tp mmg baby aktif dah ni. terasa jari jemarinya kekadang menggaruk hehe. tpkan, akak duk risau, sbb mcm kedudukannya melintang, hmm.tak sabar nak tunggu next check up..

Sastri berkata...

errr... disebabkan kecederaan yg ada ni, takleh nak aktif dalam apa jenis sukan pun...

selalu rupanya KV updet ek, ketinggalan sas nih... banyak shopping untuk baby nampaknya... :D

kasutVincci berkata...

kak long,
kv pun tak boleh nak main futsal tu. Hehehe..kalo ikutkan semangat, mmg la rasa nak masuk jer gelanggang tu.
ala kak, bukan shopping apa sgt pun, cuma tambah2 jer. Byk lg brg2 hang nadim dulu yg tak pernah di guna dan ada jgk yg masih baru.;)
Baby kv ni pun asyik dok main bole jer. Sekali pun tak dok diam. Sampai nak muntah dibuatnya.;) Harap baby aka tdk melintang la. Tp org ckp ada bidan yg boleh betulkan.

sas,
ler...cedera kat maa tu. Kesiannya!
Ala sas, kebetulan la ni kv bawak laptop sendiri mai ofis. Tu yg terlebih rajin update tu.;)

kakLuna berkata...

2,3 tahun lepas kat kampung saya pun ada budak bunuh diri, sebab tension mak bapak bercerai, dia pulak kene tanggung adik2 yg ramai..masa balik keje, adik dia nangis2 nak coklat..abang dia angin la, kawan tu dah la penat..last2 ilang kewarasan, abiskan nyawa gantung diri.disebabkan mati begitu, mayat nya ditanam di luar kawasan kubur orang2 Islam.sungguh kesian.

memang lepas2 tu ada org nmpk 'si abang' dok canggung kat depan umah..menangis,merengek memohon ampun..mungkin jasadnya tak diterima bumi...

seram kan?

ada sorang lagi pulak, pompuan, jenis liar le jugak..putus cinta, terus bunuh diri, siap buh notes sblm nk bunuh diri tu..badan budak ni ada tatoo, bertindik..alahai...

Kak Lady berkata...

KV tengah seronok shopping untuk baby eh? Memang seronok nak menyambut sikecik kan? Kak lady ni dah lama tak buat persiapan camtu...

Minta2 jgn le ade anak2 muda kita atau pun siapa saja yang mengikut jalan sesat budak tu...membunuh diri bukan jalan penyelesaian...betul tak?

Ajzie berkata...

Memang menakutkan kes2 org bunuh diri nih kan.. Sempat juga Kv berlari tgk.. Nasib baik lah berpagar..kalau tidak entah Kv pun tumpang sekali tgk ..berani betul. Saya nih penakut.. dengar citer2 mcm nih dada berdebar mcm nak pecah...rasanya..

Kv bila bersalin.. manyak sungguh ku terlepas N3 mu ini..

cuaca berkata...

Picture baby tu cute sangat!

Sapa tak tau bunuh diri?

Aku Bukan Bidadari berkata...

tak suka BOLA... lalalalalala

kasutVincci berkata...

kak luna,
dgr cerita pun, budak ni kena sara semua family dia. Adik2 dan mak bapak. Bapak dia tau mintak duit jer. Agaknya dia tensyen sgt ku, lg pun takde didikan yg cukup dr parent dia. Tu yg dia taj pikir pjg. Hmm.. kesian jgk dgr cerita dia.;{

kak lady,
mmg brg2 baby ni comel2 kan? Geram tgk. Skrg ni kan byk betul sales. Kena tahan la skt. Hahaha

ajzie,
hiks dah habis becuti ker? Kv pun bkn nya berani sgt. Takut nak tgk dekat. Just intai2 jer.
Due kv dijangka 11 sept (3 hari be4 puasa kalo tak silap);)

cuaca,
tu gambar hang nadim (danish) masa kecit.
Budak yg gantung diri tu, budak blkg ofis kv.

tiara,
hang mmg tak suka BOLA, tp suka parang TUMPUL!!!!!