Selasa, 29 Mei 2007

MERAJUK

Pagi tadi danish merajuk ngan kv. Katanya mama tak beli pun baju raya utk dia. Hah, terkejut sakan kv! Sapa la yg usik budak tu bab baju raya ni? Raya lambat lg, tapi mamat ni dah kecoh ngan baju raya. Katanya nak pakai baju raya sambil main bunga api.

Tergelak kv tgk dia dok tergolek golek merajuk atas katil mama tu. Budak ni, biar betul. Kv pun pujuk lah dia,

Mama: Kan mama dah beli utk danish masa mama beli stroller adik baby ari tu!

Danish: Mana?

Mama: Dlm plastik beg barang adik baby. Atas almari nun!

Danish: Mama ambik laaa....danish nak tengok!!!

Mama: Kejap lagi, mama nak iron baju dulu.

Nasib baik dia diam. Kalo tak, lewat la ke ofis pagi ni layan mood baju raya dia tu.

Sejak cuti sekolah ni, setiap pagi dia akan bertanya sama ada mama + abah cuti atau tidak. Bila jwab tak, terus guling2 merajuk. Hish...budak ni. Agaknya dia boring sgt kut duduk ngan atuk dia jer kat rumah. Kalo gi skolah, ramai pulak kawan. Biasakan kalo minggu sekolah, bila cuti hari minggu, kv dan hubby pun cuti sama. Tu yg dia seronok sakan kalo hari cuti. Ni, dia ajer yg cuti. Mati kutu agaknya.Hehehe

Bila mood dah tak berapa nak baik tu, mcm2 lak timbul idea yg tah apa apa ntah dia tu. Mcm2 permintaan dia, tak larat kdg2 tu nak layan. Kalo dia dah tensyen sgt ngan kv (tak laan dia tu), dia kan merajuk dan cakap;

"Danish tak nak adik!!!!" dengan suara yg kuat (mmg suara dia kuat sgt pun)

Tp kalo mood dia baik, siap cakap ngan MIL;

Danish: Mek, danish ada adik!!!

MIL: Mana???

Danish: Dlm perut mama!! nanti dia kluar lah!

Gelak sakan MIL dgn gelagat dia. Pastu siap angan2, bila dah alhir adik nanti, dia akan jaga adik. Balik skolah nak buat susu utk adik. Padahal dia sendiri pun dok mengamuk kat mama + abah suh buat susu. Itu lah gelagat budak2 kan. Hehehe...


Terasa baru jer melahirkan dia. Masih teringat pertama kali memeluk dan mencium dia. Sekarang dah besar dan asyik nak buat keputusan sendiri jer.;)

7 ulasan:

NZNM berkata...

Alohla..nome nome sihatnyo dio..mmuah..mmuah..ensem jak kecik..he..he..kak nik pun segho gitu sokmo, duk belek2 kaki tgn hakimi, segho br jah sebesar dua jari, loni bsr pjg doh tp manja takleh tinggal :) duk ats ribo ummi abah sokmo.kalu tanyo baby cpt jah jwb 'tak nak!' supo k.nik zmn kecik2 marah bena kalu oghe tanyo bab2 adik gak..he..he..tp Hakimi tok jd ank tunggal kot, InsyaAllah. Abe sambil duk kira budget siap pk2 doh kalu ado ank ke dua..bla..bla.. ;)

Oren... berkata...

kiutnye die...

banyak noo shopping barang baby..aku rasa aku tak beli pape dah, sebab yang najmi punya pun masih elok..baby wipes pun dok ada lagi walaupun najmi dah tak pakai...

tinggai lagi nak kena punggah balik barut2 yang ntah mana aku campakkan...

blackpurple berkata...

"Danish tak nak adik!!!!"

He he he...

Selamat KV..

kasutVincci berkata...

kak nik,
dorang ni cepat membesar kan? Hehehe...kv pun takde adik (anak bongsu) tp tak manja. Hahaha
Eh, bila nak 'tambah' tu? ;P

oren,
aku pun kena kobek gobok gak cari brg2 dandish dulu, Rasanya byk yg tak digunakan. Barut2 pun entah ke mana. Bila la aku nak mulakan misi mencai tu.;)

bp,
hehehehe...biasalah tu time memberontak. Eh, org tu bila nak berdua? Nanti cepat2 dapat 'adik'. Hehehehe

Mummy Rizq berkata...

lain nampak muka danish waktu kecik & besar...

alaa.. biasa lah tu. dah lama dok sorang, bila nak adik adik, buat perangai laa...

NBK466 berkata...

Dah mintak baju raya ker? Yelah tgk ibunya beli baby banyak 'baju raya' tuh..he.he.he..

kasutVincci berkata...

mar,
anak kv tu angin dia bukan boleh dikira. Ada jer idea dia. Kalo ckp apa2 mesti kena hati2. Sbb diamudah faham dan mudah mengingat. Tu yg kv malas nak janji apa2 ngan dia.

abg shahrul,
kalo nak beli brg baby, mesti dia kecoh nak tgk segala mak nenek kenderaan mainan. Sibuk sekali. Hehehe...Tp, bila dah sampai rumah, dia akan tunjuk kat atuk dia brg2 adik dia. Siap kemaskan kat tempat yg kv sediakan.:)
Sbb mulut dia becok, atuk dia dan jran2 selalu usik dia. Tu yg dia selalu angin kus kus tu.