Selasa, 15 Mei 2007

SELAMAT

Walaupun dah lewat, tp kv tetap nak ucapkan jugak selamat hari ibu buat semua rakan2 blogger. Moga kita semua menjadi ikon buat anak2. Ye lah, hidup di zaman 'moden' yg penuh pancaroba kdg2 menguji kesabaran. Mcm kv, selalu risau memikirkan masa depan anak2. Takut dorang tersalah langkah. Apa yg penting kena kuat berusaha dan berdoa byk2. Insyaallah diizinkan tuhan.;). Buat kawan2 yg masih belum menjadi ibu (arena, tiara, ayu dan mungkin ada lg yg kv terlupa), kv doakan korang cepat2 mendapat zuriat. Yg penting jgn putus asa. Org yg bercakap senang drp org yg menanggung. Namun, doa kv mengiringi usaha kalian!

Selamat hari guru juga buat rakan2 yg menjadi pendidik. Tak kira la tahap mana, asalkan kerjanya memberikan pendidikan. Guru adalah satu pekerjaan yg mulia. Teringat kv minggu lps pd satu peristiwa. Kv terima panggilan drp seseorang. Kebetulan masa tu kv tgh selsema yg teruk, jd telinga rasa berdengung jek. So, ckp org sebelah sana kv kurang dengar. Terpaksa la kawan tu menerangkan beberapa kali siapa gerangan dirinya.

Rupanya cikgu kv masa sekolah rendah. Hahahaha. Tekezut ber*k kv. Bayangkan sekarang kv hampir 29 tahun! Lagi 2 tahun dia nak pencen. Mmg suara dia bercakap ngan kv girang sungguh. Kebetulan dia ada urusan dgn pejabat kv. Alhamdulillah kv dpt settle kan masalah dia pd hari tu jgk.

Mlm nya beria2 di sms kv ucapkan terima kasih. Ala, bagi kv apa la sgt pertolongan yg kv buat tu berbanding dgn ilmu yg dia curahkan. Tak putus2 dia mengucapkan rasa gembira dan bangga dgn kejayaan bekas pelajar2nya! Itu lah hadiah yg terbaik buat seorang yg bergelar cikgu, katanya. Hehehe.. bergenang air mata kv. Namun, sampai ke hari ini kv masih berhutang janji dgn dia. Janji nak kluar minum. Sampai hari ni tertuggak. Hehehe... insyaallah akan tiba masanya. Kv doakan cikgu kv tu sentiasa ceria dan sihat walafiat!

Kesihatan kv makin ok. Sakit muka masih ada 5 persen. Tp kiranya dah ok lah. Kelmarin kv masih muntah2. Terasa macam alahan semula. Agaknya akibat sakit sgt kut. Lembik dan lemah satu badan. Makan pun langsung tak berselera. Dah 2 ptg kv ponteng kerja. Blk tido. Hehehe. Hari ni rasanya tak yah ponteng kerja dah. Org ckp, kalo sakit muka akibat resdung mmg rasanya teruk sgt. Dulu masa form 2, kv pernah alami. Tp takde lah seteruk ni. Mlm td, hubby terpaksa buatkan air limau glukos, nak kasi tambah tenaga dan jugak roti bakar. Sama cam menu masa alahan teruk hari tu. Kalo makan benda lain terus muntah tak hengat! Alhamdulillah hari ni beransur baik berbanding kelmarin.

Sebenarnya hari ni kv ada temuduga UMK (univ.M'sia Kelantan) utk jawatan yg sesuai dgn kelulusan kv. Sekali pikir siapa yg takmo naik pangkat kan? Tp dua kali pikir, kalo kv sakit ke apa ke, kv dah tak boleh nak ponteng2 mcm sekarang. Pastu kalo kv tensen atau ada salah faham dgn rakan sekerja, kv tetap dok torcongok kat situ. Dah tak boleh bertukar ke tempat lain atau 'musuh' kv tu jugak dah tak boleh bertukar sama. Takpe lah, kv dah pun nekad takmo kerja kat situ. Insyaallah, lambat laun kv akan ada rezeki naik pangkat dekat tempat kerja kv sekarang.;) Korang doa - doa kan lah ya!

6 ulasan:

pB berkata...

Kadang kadang kita perlu fikir secara positif dan kita perlu berubah...

Rasanya itu adalah resepi orang orang yang telah berjaya..

Hi hi...pandai je cakap.

Kak pB pun kalau boleh nak cari kerja lain atau pun nak berenti kerja. Tapi loan umah , saper nak bayar kalau berentiiiii ....

kuang kuang kuang

Minum 100 plus ok per....

NBK466 berkata...

Salam Hari Ibu & Best Of Luck utk keputusan temuduga itew..

Mummy Rizq berkata...

KV.. semoga cepat hilang alahan ok! Cam MB laa.. dah baper kali nak tukar keje, tp still dok kat sini lagi. Sayang environment & sayang kengkawan la.

kasutVincci berkata...

kak pb,
rasanya susah dah nak cari kerja yg mempunyai suasana kerja mcm kv skrg ni. Byk tolak ansur dan flexible. Mungkin rezeki kv dah tersurat dekat 'sini'. Hahaha
100 plus tu terpaksa kv kurangkan sbb nak pantangkan minuman bikarbonat. Kdg2 terlepas juger.;)

abg shahrul,
kv tak pegi pun temuduga tu. Insyaallah takkan terbit rasa sesal.;)

mar,
kdg2 kv tensyen dgn tpt kerja skrg. Tp bila pikir org atasan akan sentiasa naik pangkat dan bertukar, mungkin tahap ketensyenan kv pun akan sentiasa berubah. Syg pulak nak tinggalkan tpt kerja skrg.;)

bat berkata...

KV..

dah lama takleh komen pasai apa tatau.. hiks

paperpung "Selamat Hari Ibu" to u oso

kasutVincci berkata...

mama bat,
apa masalah nya ek? Tak kisah lah, apa pun hepi mothers day to u too jugak.;)