Rabu, 16 Mei 2007

BUAH TERAJAM

Hiks... kali ni nak cerita pasal makan lg. La ni kan peringkat awal musim buah. Kalo lalu jln2 kampung mesti bau wangi semacam. Semerbak bau bunga durian yg berguguran memenuhi jalan. Pastu mangga mcm2 jenis tgh lebat berbuah. Sesetengahnya dah habis pun dituai.

Ada satu lg pokok yg tgh rancak berbuah, malah ada yg dah gugur kekeringan. Pernah dengar dak buah terajam?Mungkin bg org kelate pernah tgk dan rasa. Kv eja ikut sebutan org kelate lah. Kalo negeri lain tatau la ape kebenda nama nyer.

Mmg masa kecit2 dulu, blkg rumah mak kv ada pokok terajam ni. Daun dan pokok ia lbh kurang pokok rambutan. Cuma buah dia kecit2 kaler hijau. Dah matang dia akan bertukar kaler oren. Bila dah masak akan tukar kaler merah kehitaman. Rasa dia kelat dan manis.

Namun bebudak zaman sekarang dah tak kenal buah terajam. Walaupun pokoknya masih ada, tp agaknya bukan makanan org zaman sekarang. Zaman dulu mana ada buah2 yg canggih manggih tu. Dok telan buah terajam ni lah. Tp hati2 bila memakannya krn gigi anda akan bertukar menjadi biru. Hahahaha.... Buah ni best jugak kalau digaul dgn cuka, garam dan gula. Hmm..kecuq ayaq liuq.;P

Kv mmg penggemar buah terajam ni. Tahun lps dpt makan sbb blkg rumah mak kv ada pokoknya yg baru belajar berbuah. Ada la dlm 3-4 tangkai. Tp bila blk minggu lps, mak kata jiran sebelah dah tebang pokok tu (dekat dgn dapur dia). Agaknya pokok tu gigit dia kut (walaupun masih dlm tanah mak). Mmg frust betul.

Mak kv pun pesan jgn balik awal. Kalo boleh blk lps asar. Ingatkan kenapa. Rupanya mak kv gi cari dlm kebun dia. Katanya dulu pokok kat sana pernah berbunga. 15 minit kemudia dia balik, bawak 2 tangkai. Buahnya dah byk yg kering. Tp dpt la melepaskan kehendak hati. Kv mkn sorang2 jek. Ala, org lain bukannya suka pun buah tu. Buah tak glemer dr segi rasa.

Masuk kerja hari ahad tu, abg ipar kv dtg cari kat ofis. Ingatkan napa. Rupanya dia bawak satu plastik buah terajam tu. Wawawawawa. I like! Buahnya masih segar dan tgh masak meranum. Dekat rumah abg ipar kv ada pokok nya.

Ramai staf dan bebudak praktikal yg tak kenal buah terajam ni. Nampak sgt kv ni mmg org kampung darat. Hhahaha. Ramai yg dok perli kv ni mengidam barang yg tak glemer. Tak kisah lah. Hehehe. Janji lps apa yg kv dok idam tu.

Kv lupa nak snap gambar nya. Agaknya yg ada lbh kat rumah tu pun dah kering. Tp kv ada snap satu gambar masa kat muzium terengganu ari tu. Kv pun tatau ni buah apa. Tp mmg sahih bukan buah terajam. Cuma bentuk dan warnanya mmg sama. Nanti kalo berkesempatan kv taruk gambar yg betul.;)


Buah terajam tu lbh kurang gini la bentuk dan kaler dia.;)

10 ulasan:

bat berkata...

hak2.. ingatkan jambu air bley??

maks tak penah ler weii makan buoh neh..

Kaklong berkata...

salam,

ha, mmg tak pernah tgk n makan pun.

selamat hari ibu untuk kv ya..

Kak Lady berkata...

KV...Happy Belated Mothers Day...

Buah terajam? Tak pernah dengar pun...meh pos kat akak...heheh

Sastri berkata...

baru pertama kali tengok dan dengar nama buah terajam nih... kat KL ada jual ke?

Mummy Rizq berkata...

tak tau lah buah tu... nanti ada gambar masukkan erk!

Apple Pie berkata...

nyah..buah pelik2 yg ko suker yach. kang aku balik umah aku tanya mak aku buah apakah itew. itupun kalo dia kenal haahhahahaha

ADIEJIN berkata...

bukan saja budak budak, budak umur 40 tahun ni pun tak kenal buat terajam tu..ish..

kasutVincci berkata...

bat,
hadoi...lambai tak nampak la kalo nak dibandingkan dgn jambu air tu. Jauh bezanya!

kak long,
selamat hari ibu jgk.
Ni buah kampung kak, budak kampung pun dah tak kenal skrg ni.;)

kak lady,
happy utk kak lady jgk.;)
Kalo kv pos kat akak, agaknya dah hancur berderai buah tu baru sampai.;)

sas,
buah ni takde jual kat mana2. Org skrg tak makan. Buah tak glamer. Rasa dia bukan best pun. Kalo ada pokok pun, buat tu kering kat dahan jer. Kv sorang jek yg gemar. hahaha

mar,
aku asyik lupa jek nak snap gambarnya. Napa ntah!

apple,
ntah mak ko ingat lg ke idak. Haruss ko tanya nanti!

adiejin,
hahahahha... lahai, kesiannya.;P

YuszTieY berkata...

yeyerr..kami kenal buah tu n kat kebun kg ader buah tu..zame dulu gak kalu make buah terje tu siap wak lagu lu baru buleh make...puk puk per manis mulut,kelat bate...baru boley ngap..sodappp...

moniq woon berkata...

memg best buoh ni.... tp di kampung2 je kot yg still ada buah ni...tp mak sy ada tanam kat rumah... so kalu musim berbuah mmmg byk buah dia.... manis & kelat.... beto tu.. lagu tu pn dlu sy pernha nyanyi... hehehe... pok pok pey, manih mulut kelat bate...heheheh... sronok betul trigt kt kg...