Ahad, 13 Mei 2007

BURUNG UNTA

Dah lama kv dan hubby berhasrat nak bawak hang nadim tgk burung unta (ostrich). Padahal dekat jek dgn rumah tp selalu lupa. Asyik2 gi pantai jer.

Kebetulan, pada kelmarin dan hari ni (12&13 mei) ada pertandingan go-kart diraja dekat dgn kawasan rumah kv tu. Hubby pun excited nak tgk go-kart, jd boleh la jugak tgk2 burung unta tu. Kv sendiri pun tak pernah tgk dr dekat lagi lagu mana rupa burung yg hang nadim panggil 'UNTA' tu. Hahaha

Kami pegi dah ptg sgt. Lg pun kv kurang sihat. Selsema hari tu dah ok cuma resdung nya makin teruk. Muka kv sakit sgt2. Ok, lupakan pasal sakit2 ni, kita cerita pasal burung unta. Masa sampai tu, dah takde org sgt. Rupanya race dah habis. Sambung besoknya pulak utk final.

Tp kan ok gak sbb dpt parking dgn senang dan tak compact sgt. Kami terus gi tgk burung unta dulu. Oh ya, tempat ni jugak kawasan jagaan kuda2 raja. Mcm2 jenis ada.

Walaupun hanya 5 ekor, tp mampu la menarik perhatian budak2 dan org tua melihatnya.;)


Hang nadim posing berlatar belakang kan burung unta. Lps snap gambar, kalut dia berlari sbb ada sekor burung unta menuju ke arah dia. Padahal burung tu nak minum air kat situ. Hahaha..

Lps puas tgk burung unta, hubby bawak hang nadim tgk kete go-kart dan litar. Kv tunggu bawah khemah dekat burung unta tu jer. Lama dorang pegi. Kv layan perasaan kat situ. Sakit muka beb.

Sudah tu, sbb hubby kesian tgk kv, kami pun decided nak blk sbb kv dah tak tahan sakit. Sampai kat kereta, kv termuntah sbb sakit sgt. Ubat selesema dan antibiotik yg doc beri tu mcm tak memberi kesan langsung.

Lps mkn nasi goreng kampung, kami gi klinik. Doc bagi 2 jenis ubat tahan sakit yg sesuai dgn org peknen. Alhamdulillah sakit muka kv tu beransur hilang. Dpt la layan konsert AF5 sambil tuam muka dgn ais.

Pagi ni sakit tu ada lagi cuma jauh berkurangan berbanding kelmarin. Harapnya sakit kv ni cepat sembuh. Agaknya kv suka sgt makan makanan laut kut. Tak pernah kena resdung sampai gini sekali. Tp sekali kena mmg teruk sgt rasanya. Baru sibuk nak berpantang. Nak makan ubat kampung pun tak boleh sbb peknen. Kena makan ubat klinik jugak.;)

3 ulasan:

pB berkata...

Cuba berubat dgn cara moden.
Insyaallah , akan banyak kurang sakit itu...

(kalau time dtg sakit muka, rasa macam nak tercabut isi pipi) ..

mana gambar kuda sultan...??

AppleB berkata...

alahaii siannya dia. maybe ko alah dgn seafood neh. lagi2 ko tgh pregnant mana tau alahan tu makin kuat.

moga ko cepat sihat yer.

KV berkata...

Kak pb,
kv makan ubat tahan sakit. Rasa ada perubahan sikit. Mmg tak boleh nak cerita rasa sakit tu mcm mana. Hanya org yg pernah merasai tahu betapa 'nikmatnya' sakit muka tu. Hehehe.
Err.. gambar kuda tak sempat nak snap. Sakit muka weh!

apple,
aku pun rasa sbb aku tgh peknen kut. Tu yg over sensitip sket.;)