Selasa, 22 Mei 2007

SELAMAT JALAN BUNGA KU

Huk huks...sedih pulak rasanya. Kv dan hubby sebenarnya mmg bercadang nak jual kete civic hubby tu, nak beli kete lain. Tp perancangan kami tu selepas dah settle segala urusan pembinaan rumah tahun depan.

Tup tup.. bila terjumpa kawan masa kejohanan boling ari tu, kami saje jer borak2 pasal kete ni. Mengikut dasar kerajaan, kami tak boleh simpan lama civic tu kalo kami bercita cita nak beli kete baru. Haha, panik jugak dibuatnya.

Teringat pulak pd bulan lps, abg angkat hubby ada call tanya pasal civic tu. Dia mintak kami jual sbb nak beri kat anak teruna dia. Masa tu mmg kami tolak pelawaan dia. Malas nak pikir pasal kete ni. Tp bila ditimbang tolak, kami pun rasa lebih baik jual buat masa sekarang sebelum harga nya merudum tahun depan.

Keesokannya kami bawa civic tu utk abg angkat hubby test drive. Masa tu jgk dia bersetuju nak kete tu. Nak bayar cash pulak tu. Bila dia dah setuju nak beli tu, kami pulak yg rasa semacam. Sayu, pilu, sedih. Sapa tak sayang kalo benda tu dah lama dgn kita. Walo pun kete tu dah buruk. Tp kena la pikir lbh positif.

Hari ni, abg angkat kv dah nak mai ambik kete. Cuma dia mintak tolong hubby uruskan semuanya. Alhamdulillah urusan kami tiada halangan.

Buat masa sekarang, kami malas nak pikir nak pakai kete apa. Simpan dulu duit jualan, tiba masa yg sesuai, kami beli lah nanti.;)

Sebagai kenangan terindah bersama WFG238, kv abadikan dekat blog. Besok2 boleh la gali balik tgk 'dia'.

Selamat jalan 'bungaku'. Kenangan terindah bersamamu takkan luput diingatan.;)

12 ulasan:

alia elena berkata...

ya ampun mantap lagi tuh kete tuh..

KV berkata...

hayyo...meks masih dlm tempoh berkabung neh. Sedih yew! Tak tgk pun masa org ambik 'dia' tadik. Takut air mata berguguran.;(

pB berkata...

Itu baru kereta ...

kalau hilang orang tersayang, tak tahu lah cam ner , eks?

Mummy Rizq berkata...

memang sayang kalau dah lama kete tu ngan kita kan.. so now guna khete KV jer la ke?

aNIe berkata...

Memang sayang kalau kita dah guna kenderaan tu lama2...maklumlah pasti banyak kenangan bersama...tol tak? Kalau mampu mau aje pasang dua...hehehhe

NBK466 berkata...

Yup..masih mantap lagi tuh..ada sun roof lagik...sport rim pun cun.. Tapi tuh ler HONDA lak skg (CIVIC) every 2 years keluar model baru so older model turun gegilos regenya.

p/s : Kete gapo dio replace BUNGAMU itew?

KV berkata...

kak pb,
hik hik hik... biasa la tu.

mar,
la ni mmg pakai kancil buruk kv tu 100%. Buat sementara...

kak lady,
insyaallah kereta kedua coming soon. Tp tatau lg bila. Takde perancangan.;)

abg shahrul,
kalo nak ikutkan mmg spesifikasi budak2 skrg la. Dgn enjin integra, recaro seat dan mcm2. Tp sampai bila kan? Ada peluang ni kena la rebut.
p/s: tatau bila dan apa yg nak direplace kan. Malas lg nak pikir.;)

blackpurple @ jowopinter berkata...

Syahdu... Apatah lagi kalau tak pernah 'berpisah' lama-lama.

he he he..

KV berkata...

BP,
eh, mcm berpengalaman jer? Hahahaha

kakLuna berkata...

mmg lawo lagi kete tuh...nombor plet pun cantik jugak..kalau org cina..suka la sgt plet yg ada 2,3 dan 8 nih :)

Sastri berkata...

wow... civic... tukar dgn civic baru tu la KV... cantik wooo...

KV berkata...

kak luna,
sayang pun nak buat lagu mana, terpaksa. Kao tak kami akan rugi puluhan ribu januari ni. Kena pejam mata jer la.

sas,
kv dan hubby tak aim lg nak beli apa. Just wait n see. Tgk atas rezeki jugak.;)