Khamis, 31 Mac 2011

SINGGANG TULANG

Motif? Nak buh resepi singgang tulang, tp terlupa snap gambor singgang tulang.
Huwaaaa mek lupa.
Dah kertu benar ke aku ni? ;(


Ok lah, walopun tadak gambar nya, korang ambi jer lah resepi ni hokeh.



Tulang rusuk lembu sekilo. Basuh bersih2 campak dalam puyuk dan rebus sampai empuk.


Dah lama sikit rebus nya tu (empuk ler), masukkan hirisan halia, lengkuas dan gunting lada kering. Arwah mak aku dia siap tumbuk lada kering tu kasik pecah2. Tapi mek malas kaedahnya uols. Gunting2 sajork lah.


Dan rempah tu korang tumbuk skt kasik pecah2.


Dah turun rasa lengkuas bagai tu, masukkan bawang putih, bawang merah dan asam keping.


Sekejapan tu masukkan garam, pak aji, dan rasa sendiri lah masam masin nya. Nanti korang beger2 sendiri utk citarasa masing2 hokeh.


Itu aja, bersiaran lagi di lain waktu untuk resepi yang lain pulak.

Baiiii

ROS DAN ORKID

Ros dan orkid adalah kesukaan ku.
Tapi bunga pape pun, aku suka.
Aku kan penggila bunga.
Kalo boleh, semua jenis bunga aku nak tanam kat laman rumah.


Ini koleksi terbaru yer.
Murah2 jer beli kat pasar tani.;P




Ros merah.;)


Ros kunen. ;)



orkid jalur pepel.;)



orkid kombinasi pepel, putih dan hijau.;)



sangat2 suka hati.;)

Rabu, 30 Mac 2011

Selasa, 29 Mac 2011

LANGGAR PANTANG

Hmm..sejak sedar diri gemuk (huk huk) dh lama aku tak makan nasik belah malam. Rutin biasa, pagi beli nasik sebungkus, share 2 org ngan hubby. Aku makan 1/3, selebinya suami lah yg makan.

Tgh hari mkn roti cicah sup ker. Atau sup tomyam ker. Atau lapar sgt order mee rebus ke asam laksa yg sikit cinonet rege 1.50 sen. Hik hik

Malam pun mkn ala2 jugak. BUat sup sayur lbh kurang. Kalo lapar sgt tambah bihun secotet. Tipu mata. Haha. Tp non hado nya aku nk kurus. Lantak lah ko wahai gemuk. Huhu. Sebabnya, walopun kurangkan nasik, aku melantak benda lain jugak. Hihi


Semalam, kononnya nak makan ikan celup tepung jer. Ratah2 lauk gituh. Syokk!!


Tapi











Bila tgk hubby cincang pelam muda terus air liur mek menitis tis tis. Tak tahan weh. Terliur nak makan nasik ngan budu. Tambah2 dia pi panggang tawar ikan selayang nak cicah ngan budu. Kalo korang nk tau, kombinasi pauh muda cincang ngan ikan tawar, bila di gaul dengan budu adalah sungguh merengsakan. Huwaaaa. Sedappppp!!!
Puas hati dapat makan nasik malam tadi. Huhu. Nasib baik aku tanak byk sikit beras herba ponni utk encik suami. Boleh mengendeng. Hik hik





Dah turun nasik2 ke perut, terus sambung makan colek limau kerbau ni (limau bali ke uols?)
Adei...syok nya makan!

LEBIH TERURUS

Asyik duk beli tudung kan, aku tak perasan yg hanger tudung tu dah tak muat nak sumbat tudung2 aku.


Korang tengok, selonggok hokeh.




Ni hanger lama, beli kat ikea. Aku kosongkan dulu.




NI hanger murah baru beli kt wakaf che yeh. 2 ketul 15 hengget.



So, hat ni susun tudung awning yg plain.



Hat ni tudung awning bercorak dan inner.



Hat ni pulak tudung syria dan selendang.

Walopun korang nampak selekeh, tp cukup berkesan bagi aku. Senang pagi2 nak pilih tudung. Hik hik.

Ahad, 27 Mac 2011

MAKIN LAMA

Tatau kenapa.
Makin lama makin malas nak apdet blog.
Why ah?
Blog adalah satu medium utk aku mencurah rasa
blog berbeza ngan fb
kalo kt fb aku menghadkan perkara2 tertentu sahaja
walopun kat blog bukan semua yg berlaku aku tempek
tp fb dan blog dua medium yg berlainan bagi aku

Bukan takde benda menarik dlm hidup aku
tapi malas nak buat entry
malas nak snap gambar
kalo ada gambar lg syok apdet blog
tp malasssss
huhu

korang mandrem aku utk rajin apdet blog hokeh!

Sabtu, 26 Mac 2011

Makan gulai

Istilah kelantan kalo ke majlis kenduri.

Tgh hari td berkesempatan ke rumah opismate kt Pasir puteh. Orang terima menantu. Nun jauh orang batu pahat. Tahniah lah yer.

Bawak Dina ngan Danish sekali. Kekanak ribena tu mmg Suka sgt kalo Ada majlis kawen2 ni. Mesti dorang mkn dgn byk sekali. Kami Pegi jam 12.45 sbb tunggu Danish balik dr skul. Ada Kem solat.

Menunya sgt best. Nasik putih Dan nasik minyak. Gulai kawah yg isi nya campur segala daging hati paru perut. Wallah. Ada ayam masak merah. Kerabu sarang, ikan rebus goreng, ikan kering Dan pajeri nenas.

Kuih pulak mcm2. Ada cara berlauk. Agar2. Tapai pulut. Dan bubur kacang.

Sent from my iPhone

Rabu, 23 Mac 2011

BABA ICE CREAM

Sabtu lps, jenjalan ngan anak2 buah kat pekan rantau panjang. Memang serono bila berjalan ngan family. Ada2 saja menjadi bahan gelak.;P

Pastu kan, kt rantau panjang tu kita otomatik feeling2 berada di pekan golok. Kalo masuk kedai kopi pun rasa pelik jer. Rasa bukan kat kelantan. Haha.

Pastukan, kat rantau pjg, ada mcm2 makanan yg pelik tapi sedap. Sungguh mengasyikkan. Kalo gi situ, wajib makan mee celup dan beli makanan cucuk2 tu. Aku paling suka hot dog yf ada pulut kat dalam. Pelik jer rasanya, tapi sedap. Wakakak


Dan sabtu lepas, kami telah meneroka makanan baru katanya. Ice Cream Baba.

Tengok, pakcik tu menjual ngan beca sajork. Payung pun tulisan siam. Aku tak paham sepatah haram apa yg dia tulis.

Tgk encik suami, siap carry toto lagik. Kiriman ibunda nya. Haha



Danish dan didi seronok layan aiskrim.



Aiskrim ni mmg spesel. Ada pulut, roti, kacang, jagung, sos blueberi, cincau, locong. Ala2 abc tuh.





Mengasyikkan tak?



Self capture. Suami ku syok melayan aiskrim. Merembes kah Bi?

Selasa, 22 Mac 2011

PAKAR UROLOGI

Semalam aku cuti.
Bawak danish pi husm nak wat check up susulan lps operate bulan 10 ari tu.

Benornya tarikh nya bulan jan 3haribulan. Napa tah aku mengong pi set dlm memori 13 hb. Adeii. Naseb baik anak ku sihat walafiat jer. So bila call utk tarikh baru, semalam baru dpt. Sibuknya pakar2 ni.

Alhamdulillah, bila doktor check semuanya ok.

So lepas ni dah tak yah gi spital tp every minth make sure parent kena check sendiri. Kalo ada something yg pelik, or kerantung testis dia membesar semula, kena cepat2 gi klinik surgery. Harap2nya tak de pape lah kan.

Syukur sgt2.

Khamis, 17 Mac 2011

SUDAH LAMA MENCARI

Akhirnya baru mendapat.




Inner ala2 tudung awning kain tiset lembut.



Mek sekarang kan suka pakai syria. Walopun muka bulat macam donat dan selalu kena kutuk. ADa aku kesah?



Rabu, 16 Mac 2011

WORDLESS WEDNESDAY (2)




P/S: kerabu sarang

WORDLESS WEDNESDAY (1)




p/s: my new collection

Selasa, 15 Mac 2011

TABLET PC

*Pic pinjam yer.


Minggu lepas kan, mek pegi pc fair.
Nak tengok2 garmin ekceli.
Segan asek duk pinjam hat my bff jak.
Walopun kami konsep2 harta mu harta ku jua
Tapi kalo lama2 naik menyampah pulak karang.
Waka waka

So pergi la survey
Walopun takmo beli. Hihi
Kiranya tngok rege dulu, nak pi travel nanti pi beli la
Bila tatau, tgk keadaan gituh

Akan tetapi
Takkan nak tgk garmin jer kut
Kena la tgk gadjet2 hebat
walopun mek buta kayu.
Har har har

Tersangkut ngan satu tablet pc
ala2 hat hp gambar kt atas ni
murah jer
kalo hat wifi jer 699
kalo wifi n 3g 899
Dan kiyut
Ala2 iphone mek jer konsep nya
Boleh pusing terlentang terbalik jugek
Keyboard dia pun ada
Nak pakai touch screen dah tentu lah boleh
pastu mouse built in dia comel
alahaiiii comel nyaaaaa

Brand apa ke nama ntah
Dizzebele ke apa (tak reti eja)
Made from Spain katanya
mek gugel tak jumpa
ada simpan dia punya flyers
tp dalam kete
tak kuasa eh nak pi ngambik
terbakar kalori mek yg mahal ni nanti

Saiz nya lbh kurang diari
ala2 samsung tab ke hapa tu
Syok jer kalo duk dlm henbeg
terus feeling2 gadis urban yg intelektual
walopun haprak
wakakaka

Adei syok la wei
dan2 tu rasa nak beli
nasib baik cepat2 mengucap
fuhh fuhhh
hembus nafsu jahat pegi jauh2

Takpe takpe
kita masukkan dalam wishlist

Korang doakan mek terjumpa harta karun selonggok okeh
tak sabar nak memilikinya. ;P

BILA SUAMI ANDA BERGURAU BIAWAK

Gurau biawak = gurauan sedikit terlampau

Huhu

Semalam, balik keje, terus solat asar sama2.
Usai solat landing jap lepas lelah lah konon.
Membebel isu apa ntah tak ingat.
Tapi terselit isu gemuk. Hua hua hua

Lantas si suami bertanya pada isteri;
"Mama dah takmo mengandung lagi ker?"
Sang isteri terkedu tatau nak jawab apa.
Huwaaaaaaa

Rasa sedih
Rasa bersalah
Rasa takut
Macam2 rasa si isteri rasa

Lantas si isteri merajuk (padahal si isteri tatau mcm mana nak bereaksi)
Si suami terus gelak
Kata nya dia hanya bergurau
Yer lah tu bergurau
Macam la si isteri tak paham

Hmm...
Si isteri bukan takmo mengandung lagi
Tp serik dengan 2 kehamilan sebelum nya masih terasa
Mcm2 serik, tak yah cerita lah
Tapi yang penting memang betul2 menjejaskan kesihatan lah
Dan suami paling tahu pasal tu
Alhamdulillah dah dapat anak sepasang


Tatau lah isteri nak komen apa
Masa dan keadaan menentukan
Ikut kan hati, dan nasihat doktor cukup lah dengan 2
Tapi mana tau ada rezeki di masa hadapan
Semua nya kerja Allah

Andai ada rezeki, isteri redha dan bersyukur.

Isnin, 14 Mac 2011

NEW PC

Wah!!!
Setelah duk sakit jiwa ngan my netbook, akhirnya mek ngepow pc opis. Adeii..lega rasanya. Ni hari2 lappy kecik ku bermasalah tak nak connect internet. Tatau lah apa masalah problemnya. Hari mood dia ok, dia ok, hari mood down mmg satu hari takleh pakai internet. Mabuk ke hapa ntah.

Last2, bos kecik pi cuci otak semua pc yg ada ket department mek. So, wajib la mek caras satu.



So lepas ni senang dah, tak yah usung lappy sendiri mai keje. Dah ada hat company punyer. Suka hatiii.

Heppi heppi day!

MASAK2 HARI MINGGU

Ni gambarajah masak2 hari jumaat yer. Hari sabtu malas nak snap gambor.



Dimulakan dengan budu plus asam kerat lintang dan ulam nya petola celur. Hik hik




Asam pedas ikan baung. MIL yg masakkan. Mek tak pernah masak sendiri asam pedas. Susah ke eh?



Oh ni ketam kulit lembik goreng blackpepper. Mcm tak nampak jer rupa ketam nya. Lantak lah. Janji sedap.


Korang masak apa?

Ahad, 13 Mac 2011

ADA BENDA...

Hmmm... ada benda yg aku nak apdet. Tp internet aku weng pulek. Tatau masalah kabel ka, masalah pc. Nak kena check dulu. Dah la aku tak reti chek sendiri. Tengok la, selama mana aku nak kena pinjam pc orang.

Bila pc org tu, sendiri mau ingat la. Takkan nak buat macam harta sendiri pulak kan?

Hmm cuaca sehari dua ni teruk kt kelantan. Dah 3 hari hujan. Semalam mmg tak kluar matahari langsung. Asyik hujan jer. Rumah jiran belakang rumah pun dah banjir. Agak nya kesan cuaca buruk global kut kan? Cemana rakan2 kat jepun yer? Harap nya selamat lah semuanya. Kalo tgk buletin utama malam td, mmg takut ah tgk ombak besar dgn puing2 dan lumpur menderu masuk bandar. Lagi teruk dari acheh rasanya.

Ok lah korang, mcm otak mek tepu pulak tatau nak membebel apa. Daaa

Khamis, 10 Mac 2011

CARTOON SERIES MOUSE PAD & ARMREST

Semedang jek tangan ku lenguh asyik duk kenyet tikus. Huhu
Kebetulan teman bff beli speaker, terjumpa benda alah ni.
Langsung terbeli.
Lapan hengget jer uols.
Mintak kurang cina tu tak bagi. Kedekkk!!
Tapi terbeli jugak.
Hahaha




Best jer span bergetah tu. Lembut jer. Rasa nak kunyah2. hak hak

Rabu, 9 Mac 2011

WORDLESS WEDNESDAY (3)






p/s koleksi cadar murah. Beli kat sogo

WORDLESS WEDNESDAY (2)



































































p/s: koleksi weges terbaru

WORDLESS WEDNESDAY (1)



p/s: wangian terbaru

Selasa, 8 Mac 2011

SHOPPING @ TERENGGANU

Oke, malas nak satu kan dlm entry sebelum (mesti jadik pjg berjela). So, mek pecah kan jadik 2 yer.


Ni bab membeli yg tak berapa membelah di terengganu tu ari.


Satu2 nya kraftangan tembaga yg mek beli. Seterika model klasik. Siap ada ayam bapak lagik.


Pastu beli telekung DIna. Padahal ada jer kat kb, tp malas nak mencari. Kebetulan terjumpa kat pasar payang, terus grab lah.


Beg siap gambar princess uols. Punya minah tu seronok. Semua org dia nak tunjuk. Siap sangkut kat basikal tu.



Siap sedai utk solat berjemaah dgn moyang nya.;)


Oh ini kopok ikan parang. Mek tak pernah rasa. Sbb tu beli sikit jer nak try.


Ni keropok ikan tambang. Kalo pegi pasar payang, mmg satu kedai ni jer mek selalu borong. Nak beli kt tempat lain takut lain skt rasa dia. Kalo kedai ni mmg rasa nya cukup. Masin, lemak, masin. Rasa ikan betul lah. Dulu tu beli 18 sekilo. Ari tu dah naik 20 sekilo. Masa CNY tu dorang ckp 25 sekilo. Walaweii. Tapi sebab sedap, beli jugak. Haha. No kedai? Tatau ler. Tp paling tepi mengadap kedai santan.



Ni rupa kopok ikan tambang setelah digoreng.


Pastu beli kopok lekor kat bukit tok beng. Depan skolah. Kena masuk simpang sikit. Slalu beli kat kedai btb ke hapa nama ntah, dah kurang sikit ngan selera aku. Kalo hat ni lagi 'rasa' ikan dia. Lenkali boleh pi beli kat situ.


Dan, cili kering giant ni besar2 lengan DIna. Besar wei. Terus pakat beli. Sbb tengok cili ni lawa betul. Hahha



Batik sutera? Pakat malas beli. Selain dari mahal (alasan no.1 tu. Mmg la mahal sbb elok dan lawa kan) pakat malas basuh tangan, pastu pakat malas nak iron. Hahaha.

Syok la pi terengganu.

JENJALAN KE KUALA TERENGGANU


Minggu lepas (hr apa ntah, malas nak ingat), mek mengikuti lawatan kerja ke terengganu. Nanananana teganu kitoooo.

Memang suka hati dpt pegi teganu. Syok wooo!!!



Nak tau kenapa?


Tengok tu, makcik2 sibuk duk sopim batik sarung terengganu.


Ni tatau dorang sopim apa. Kalut masing2 haih. Haha



Penat tunggu dorang memilih, posing sat. 4 lai kain batik kat tgn mek tu utk MIL dan ibu dina.


Yang tak tahan, lps shopping terus tunjuk brg masing2. Hak hak hak. Adeiii



Kusyuk adik ni wata keje tempek diamond sambil layan kami.


Tikar meja pun nak beli. Macam la kat KB takdok. haha



Mata berpinau bila lalu kut barang2 tembaga. Lawa2 seh. Tak tahan. Tak tahan.


Siap kat pasar payang, pakat pegi lunch kat pantai batu buruk. Seterusnya, solat jamak kat masjid kristal.



Pastu beli brg sikit2 (nanti ptg karang mek wat entry lg), terus balik kelantan. Hihi. Syokk