Memaparkan catatan dengan label mak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mak. Papar semua catatan

Ahad, 8 Mei 2011

I LOVE U MAK

Happy mother's day to all lovely mommies out there.
Menjadi ibu adalah perkara yang terbaik dalam hidup ku.
Memiliki ibu adalah harta yang tidak ternilai bagi ku.
Namun, mak pergi jua. Allah lebih menyayangi nya.



Gambar ini ku simpan dalam wallet dan bawak saja ke mana2 bersama ku.
Kalo rindu, ku tatap potret mak.
Sungguh, sayang ini tak pernah berubah.
Mak lah segala gala nya.
Mak penyokong jatuh bangun ku.
Sayang mak sangat sangat.
Al fatihah buat arwah mak. Moga mak dilindungi Allah Taala bersama orang - orang yang beriman. Amin.


Juga buat mak mertua ku. Yang kini mengambil alih sepenuhnya tugas ibu (dia lah ibu, dialah ibu mertua). Moga mil sihat dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat kami. Sayang MIL. Kami juga sentiasa mendoakan kesejahteraan MIL. Moga panjang umur, murah rezeki dan sihat senantiasa. Amin.

Juga buat diriku yang 8 tahun lalu telah bergelar ibu, Masih merah inai di jari. Masih belum sempat bulan madu. Terus mabuk, dan 7 bulan kemudian lahir lah bayi pra matang yg amat kami sayang. Diikuti 4 tahun kemudian oleh adik nya. Alhamdulillah, setelah hampir 9 tahun bergelar ibu, mempunyai sepasang cahaya mata, terasa bahagia menyelubungi hidupku. Hari2 bergaduh, berceloteh, bergurau senda dengan anak, melengkapkan hidupku sebagai ibu.

Juga buat kawan2 ku yang bergelar ibu, moga terus dirahmati.

Dan buat kawan2 ku yg masih menanti gelaran itu, insyaallah, tiba masa nya nanti akan ada 'rezeki' dari Allah Taala. Jangan putus harap yer.

Moga hidup kita sentiasa diberkati olehNYA. Amin.

Khamis, 5 Mei 2011

BESEN PUSAKA

Besen aluminium milik arwah moyang Dina.


Now dah jadi kolam renang dina dah. hak hak.




Wajib kalo arwah masih ada, kena hempuk dah cicit dia ni. Besen kesayangan katakan. Takut kemik. Hehe
Dulu masa Danish kecik2 pun slalu besen ni jadik mangsa.



Abahnya pun eh. Masa kecik, balik skolah panas2 tu, terus kedebum berenang dalam besen ni. Lantas kena marah. Hahaha



So, tiap kali tgk dina berendam dalam besen ni mesti kami gelak teringatkan arwah.

Al fatihah utk moyang dina. Moga mok tenang di sana. Amin

Isnin, 2 Mei 2011

BUNGA KENANGAN

Dah besar pokok bunga ni. Ekceli, dah setahun kut ada kat rumah. Lepas salin pasu dia makin membesar. Aku pow kat rumah akak. Anak nya yg tanam. Anak buah aku tu, tanam la apakebenda, nesti hidup subur nya lah.

Pokok ni benornya, arwah mak beli kat nuerseri mana ntah dulu. Masa tu aku kecik2 baya dina kut. Pastu dia hidup lagu tu jer lah dlm pasu. Tak besar sgt, tp mati pun tak mau. Before arwah mak 'pergi', anak buah ku telah membuat sesuatu. Tapi aku tatau macam mana dia buat. Dari pokok yg hidup segan mati tak mau tu, dia biak sampai jadi byk pasu. Mmg berbaloi lah usaha dia. So, dah hidup molek tu, aku pow lah sepasu. Hek hek

Buat kenangan uols. Bila tgk pokok ni kt rumah sendiri, terus teringat akan arwah. Walopun dia tak sempat jejak kan kaki ke rumah kami (rumah baru tahun 2008 dulu) tp pokok bunga kegemarannya ada sokmo kat porch. Rindu nya kat arwah mak. Al - fatihah.





Tapi aku tatau pokok apa. Tatau nama dan tatau spesis mana. Daun nya halus2 comel jer.

Khamis, 12 Februari 2009

SETAHUN SUDAH

Semalam, genap setahun pemergian arwah ibu. Che Jah bt Awang.

Al fatihah buat arwah. Semoga roh nya tenag di sana. Mak, doa adik sentiasa mengiringi. Mudah - mudah Allah tempat kan Mak bersama orang - orang yang beriman. Adik rindu sangat - sangat dengan mak.

Gambar kat bawah ni, kenangan bersama mak sewaktu cucu nya melangsungkan perkahwinan.





Terasa baru jer Mak pergi. Al fatihah.

Ahad, 18 Januari 2009

SAYANG SUNGGUH

Cincin suasa.

Cincin arwah mak aku yg punya.

Ekceli ada beberapa lg barang kemas mak. Kakak2 dan kakak ipar masing2 dah pilih yg dorang berkenan dan bayar ngan harga yg sepatutnya. Duit tu nanti akan kami bahagi bahagikan mengikut bahagian msg2.

Yg mana takde org nak tu kena jual kt kedai emas la.

Cincin ni sbb suasa tak laku jual (sikit je nilainya).

Sbb org lain tak muat (kakak2). Maka dorang beri kt aku. Maknanya, walopun aku gemuk, kakak2 aku lg gemuk dr aku tau. Huhu. Mati la adik beradik obesiti.

Cincin ni mmg aku kenan sungguh. Permata delima gabung ngan berlian minyak gas (hitam).

Tp sayang, taktau napa, permata nya dah pecah.

Tp takpe lah, aku simpan wat kenangan abadi dari arwah mak. Tidak ternilai.








Huhu..rindunya dekat mak.

Khamis, 8 Mei 2008

SELAMAT HARI IBU

Kepada semua, kv ucapkan selamat hari ibu.

Bertuah rasanya terpilih bergelar ibu. Tiada perkataan yg dpt ditaip membayang kan betapa bahagianya dikurniakan sepasang anak yg keletah dan comel. Alhamdulillah.

Bila bergelar ibu baru kv tau apa perasaan mak (arwah) bila kv melawan cakap, memberontak dan buat tindakan bodoh. Kecik hati ibu. Tp dgn anak ni, perasaan kasih dan sayang itu mengatasi segala. Terus berdoa agar anak2 menjadi anak yg soleh. Huhu..

Kv dah takde ibu. Mak pergi menyahut panggilan Ilahi 12 februari yg lalu.

Masa mengkebumi kan arwah kak N 2 bulan slps itu, kv sempat singgah ke pusara mak. Titip kan doa dan surah al fatihah, dgn harapan ibu tenang 'di sana'.

Masa tu, kv berkata pada mak,
"Mak, kali ni kami menghantar kak N untuk bersama mak disana. Moga kak N pun beroleh kerahmatan dr PenciptaNya"
Selepas menutur kan itu, kv menangis terisak isak. Sedih, pilu, sayu. Entah lah (air mata bergenang nih)

Tiada org lain yg dpt mnggantikan tempat mak di dunia ni. Kv rindukan masakan mak. Kv rindukan perhatian mak. Kv rindukan segala galanya tentang mak. Ya Allah, tempat kan lah ibu ku bersama org2 yg soleh.

Hanya ini lah kenangan yg kv ada semasa ibu sedang bertarung dgn kesakitan. Dan kesakitan itu lah punca 'pemergiannya'. (segala sebab dan musabab telah ditentukanNYA).



arwah mak semasa dlm wad 28, HRPZ II, kota bharu.


Gambar ni kv snap semasa doktor sedang cuba masukkan drip.

Dewan bedah intan. Detik cemas menunggu semasa arwah mak di bedah.

Semoga mak tenang di sana. Amin.

Rabu, 13 Februari 2008

PERGI TAK KEMBALI

Mak kv, pergi nya di usia 67 tahun pd tanggal 11 februari 2008 jam 12 tgh hari (mengikut sijil kematian). Alhamdulillah segala urusan jenazah dpt kami selesaikan mengikut perancangan. Terima kasih buat saudara mara dan jiran tetangga. Org kampung yg sama2 membantu dan mengambil berat menguruskan jenazah.

Mlm sebelum mak kv takde, kv mimpi pelik. Mcm alamat gitu, cuma kv rasa takmo pikir sgt. Pagi tu kv gi klinik kejap. Kv demam, dina pun sambung demam. Pkl 9 masuk pejabat kononnya nak setelkan skt kerja, pas tu langsung nak ke spital.

Baru je tiba kat opis, abang kv call bagitau mak koma. Kv terus blk rumah tukar baju (rumah hubby on d way nak gi spital). Bila sampai, adik beradik dan sepupu tgh baca yasin (dorang sampai awal sbb abg sulung kv call dorang dulu).

Terus gi ambik wuduk dan baca surah yasin sambil ajar mak mengucap.Kv langsung tak tinggal kan mak. Berada di tepi telinga mak dan sebut kalimah Allah. Makin lama nafas mak makin jarang. Bila tgk keadaan mak hampir nak pergi (walo pun tak biasa, tp naluri kv mcm mengerti), kv kuit semua supaya hampir dgn mak.

Walo pun kv cuba tabah, cuba kuatkan semangat, tp air mata kluar jugak. Suara rasa tercekik di tekak. Abg2 kv berkali kali pesan agar kv jgn putus sebutkan kalimah Allah di telinga mak.

Akhir nya nafas mak hilang. Doktor dtg mintak kami biar kan dulu. Tp kami dah tau mak dah 'pergi'. Pergi utk selamanya. Lps tu doktor dtg sahkan mak dah takde.

Abg2 kontek sepupu2 supaya uruskan semua kat rumah. Kami uruskan mak kat spital dulu. Alhamdulillah kenderaan jenazah cepat dpt.

Sampai kat rumah, semua saudara mara dan org kampung menunggu. Kv berpeluang ribakan kepala mak semasa proses mandikan arwah. Lps tu, kami adik beradik dan yg berkaitan diminta mengucup mak buat kali terakhir slps proses mengkapan selesai.

Kv iringi jenazah mak ke kubur. Mendengar talkin dibacakan dan menyiram air mawar ke pusara mak. Alhamdulillah, semua urusan selesai sblm jam 7 ptg.

Tahlil kami buat jgk mlm tu walaupun makanannya ala kadar. Insyaallah akan di teruskan sampai ke hari ke tujuh dan hari jumaat slps nya. Terima kasih pada semua yg sudi hadir.

Doa kv moga Allah ringankan siksa kubur buat mak, dan Allah tempatkan roh arwah di kalangan org2 yg beriman. Amin ya rabbal alamin.

Terima kasih pd kak pb yg sudi memberitahu rakan2 blog. Terima kasih buat yg sudi meng sms dan menalifon. Insyaallah kv tabah dan redha.




Kenangan dgn arwah mak semasa di HRPZ II. Al fatihah buat arwah.

Isnin, 4 Februari 2008

DUHAI HATI...

Duhai hati..tabah lah. Moga aku terus mampu menempuh ujian dari MU ya ALLAH. Hanya itu yg bermain di fikiran kv.

Dua hari (jumaat dan sabtu) dina demam. Kv langsung tak kontek family tanya fasal mak. Selalunya ari sabtu kv ambik giliran jaga mak dekat wad. Tp kv takde jadual. Anak kecik, mana boleh susun jadual.

Hari ahad (kelmarin) masuk kerja. Tetiba MIL kakak kv (kami keje 1 ofis), bertanya tentang mak kv yg katanya tetiba uzur. Terkejut gajah kv di buatnya. Mmg shock betul!! Rasa kecik hati terus bersarang dlm dada. Kenapa they ols tak inform kv? Rasa sedih dan terpinggir. Nak release tension kv ngadu kat hubby. Berubah muka hubby. Hubby pujuk kv. Katanya tak baik bersangka buruk. Kv pun malas nak sesakkan dada. Ofismate ckp, tak yah pikir karang 'strok' otak pulak. Huhu

Last2 kv tumpang kete ofis ke kota bharu. Abg (no 2) dan wife kv punya giliran. Tgk muka mak entah warna apa. Kalo selalu kuning, dah bertukar jd hijau, biru, ntahapahapntah. Rasa sedih giler. Jujur, mmg rasa nak menitik air mata. Dia nak buka kelopak mata pun tak boleh.

Abg kv crita yg mak mula beronar pagi sabtu (masa tu giliran abg sulung ngan wife dia). Darah tak stabil. Tinggi sgt dan rendah sgt. Mak terketar ketar tak sedar kan diri. Langsung dah tak kenal org. Abg sulung call abg kv yg ni dlm pkl 1 suh dtg segera sbb dia risau keadaan mak. Tp pkl 3 dia call blk ckp yg mak stabil. Kv pun pikir mungkin dorang tak nak nyusahkan kv kut. Yer lah, dah la susah hati dgn anak demam kuat, tetiba dpt berita gitu lagi la kacau bilau kv jd nya. Di persimpangan dilema. Nak berlari pd mak, anak yg demam sapa nak jaga, kan? So, perasan kv pulih serta merta.

Hubby sms tanya khabar betul ke mak spt yg MIL kakak kv ckp kan tu. Kv terus call hubby. Senang crita. Malas nak sms nnti kena taip pjg2 plk. Petang skt mak makin ok. Darah pun dah stabil semula. Mak dah kenal kv. Plg kv rasa nak menitis air mata masa mak mintak kv jgn balik dulu. Kv sms hubby suh call MIL tanyakan khabar dina. Kalo dina ok maybe kita org blk lewat skt. Alhamdulillah dina ok.

Dlm pkl 6++ kv n hubby balik. Masa tu mak tgh tido. Malas nak kejutkan dia takut dia sedih tgk kv nak balik. Kv pun harap mak dan family faham sbb kv ada komitmen lain. Kalo dina dah besar, tak kisah lah kalo kv berkampung kat spital.

Balik tu dina dok menangis. Mengantuk dan lapar. Segera mandikan dia dan suap nestum. Alahai...kesian anak dara kebuluran. Huhu. Sori syg! Pas tu suapkan ubat dan terus dia tido. Alhamdulillah tido nya tak byk ragam. Cuma batuk ada skt2 tp lps sapu vicks dia ok.

Besok, insyaallah kv dan hubby cuti sbb doktor nak buat pembedahan berkamera utk batu karang dlm hempedu mak. Mengikut doktor, may be mak kv letih sgt akibat drp itu. Lps buat besok (tu pun kalo mak stabil), doktor nak tgk plk sama ada mak mampu utk di bedah.

Oh ya, hikmah disebalik kejadian pembatalan operation tu, pakar bius bagitau yg dia rasa konfius dgn tahap kesihatan mak. Rasanya tubuh mak dah tak mampu utk di operate (tgk keadaan skrg). Mungkin akan berlaku kegagalan paru2. Lega kami dgr.

Kakak kv (yg sakit kanser pangkal rahim tu) pun dah 2 minggu di HUSM. Kv tak sempat jenguk sgt dia kat sana. Tumpuan semuanya lbh pd mak. Nasib baik anak sulung dia yg jaga (baru habis diploma poly). Dah dua kali tak sedar kan diri. Doktor ckp kurang protein dan kalsium.

Ya Allah, Kau tabah kan lah hati kami menempuh segala dugaan ini. Amin.

Khamis, 31 Januari 2008

penantian satu penyiksaan

malam semalam kv terima call dr salah sorang kakak kv. Kak M bagitau yg doc nak operate mak besok pagi (rabu). Dia pesan jugak, kalo nak jumpa mak sblm masuk OT, dtg pagi2. Doktor bercadang nak bedah mak kv tu sbb usus dia byk yg dah rosak kena jangkitan kuman kanser. Bila minum air kluar kut perut yg telah dibedah dulu. Tp doc tatau lg apa yg bakal dilakukan, bila dah bedah baru tau prosedur mana yg patut dibuat.

Kv ngan hubby pun bergegas lah ke hospital pagi tu. Bila sampai kakak bagitau yg doc dtg bagitau yg mungkin giliran mak lewat skt sbb operation yg bakal dilakukan mengambil masa dlm 7-8 jam atau lbh. So, dorang nak sudahkan dulu mana2 patient yg sakit apendik dan batu karang.

Menunggu la kami kat situ sambil2 borak sambil2 temankan mak. Doc 2-3 kali dtg. Mintak kami berdoa dan mintak mak bertenang. Mlm sebelum nya masjid kat kampung buat solat hajat. Doc yg selalu merawat mak pun ckp dia buat solat hajat. Ada manusia2 yg baik hati (yg kami kenal kat spital) pun buat jugak solat hajat kat surat spital. Mintak Allah permudahkankan urusan dan selamat semua. Sungguh terharu rasanya.

Tetiba tgh hari skt nurse dtg bagitau yg operation terpaksa dibatalkan sbb bilik icu penuh. Sebenarnya, prosedur yg bakal dibuat pd mak kv; lps operation mak akan menghuni icu selama seminggu dua. Dia akan di injek ubat tido sbb doktor takut mak kena strok macam hari tu. Tp tiba2 ada patient yg lps di bedah terpaksa menggunakan khidmat icu. Emergency case.

Mmg sungguh rasa terkilan. Mak kv menangis bila dpt tau yg operation tak jadi. Bayang kan lah dah 2 bulan setengah dia menghuni katil dlm wad tu. Kv dok tak sampai seminggu dlm wad pun dah menangis nak balik. Sebelum dpt tau berita pembatalan tu, mak dah bersungut, kalo doc tak jadi nak bedah dia, dia nak balik rumah. Tak kisah lah apa nak jadi. Dia dah redha. Tp kami pujuk dia mintak bersabar.

Bila dia menangis kv pun rasa sedih sesangat. Kv n adik beradik lain pujuk mak. Ckp ngan dia ada sebab tuhan jadikan 'benda' ni. Dah prepare bebaik tp tak jadi. Kita je yg tak tau 'kenapa'. BIla ckp mcm tu mak dah tenang semula. Lps tu dia tido.

Doc dtg dan mintak maaf dekat mak. Dorang pun frust bukan main. Pembedahan seterusnya tak tau dah bila. Doktor pun tak boleh nak ckp. Kalo icu ada tempat pun mungkin pakar2 atau bilik bedah pulak yg tak boleh. Kena susun jadual semula.

Mmg penantian satu penyiksaan. Namun apa pun kami tetap bersabar menunggu. Mungkin ada sinar harapan. Buat kawan2, tolong doakan apa2 kebaikan buat mak kv jika ada kelapangan. Kv ucapkan jutaan terima kasih. Tidak terbalas rasanya.